Rabu, 16 November 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PROJEK LEMBU - YB YUNUS RAHMAT, ADUN KLAWANG PUN TERLIBAT?

Posted: 16 Nov 2011 08:30 PM PST

Lagi pemimpin Umno diheret dalam skandal projek lembu

Hazlan Zakaria

Nov 16, 2011 
Berdasarkan rekod kewangan syarikat projek ternakan lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), PKR mendakwa terdapat lebih banyak penyelewengan dalam syarikat yang dimiliki oleh keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.

NONE
Pada sidang media di lobi parlimen, setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution mendedahkan bahawa skandal itu kini merebak dan turut membabitkan beberapa pemimpin Umno lain.

1. Lembu-lembu bernilai RM5,281 yang disumbangkan pada tahun 2009 kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Mansor; dan RM2,640 kepada ADUN yang hanya dikenali sebagai 'YB Yunus'.
2. Lembu-lembu bernilai RM70,000 dikatakan dijual secara kredit kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique pada tahun 2008; dan harga pembelian hanya dibayar sepenuhnya pada tahun 2009.

3. RM26,400 yang didakwa dibayar sebagai perbelanjaan yang dilakukan pada tahun 2008 oleh Shahrizat.4. RM368,640 yang dikatakan digunakan bagi sewa pejabat dan dibayar kepada pengarah NFC - suami Shahrizat, Mohamad Salleh Ismail dan anak lelaki mereka, Wan Shahinur Izran.

Syarikat itu, sebelum ini, didakwa telah membelanjakan sebanyak RM250 juta dana awam yang diperuntukan dalam bentuk pinjaman mudah. Namun sehingga hari ini, tiada ulasan berhubung segala dakwaan yang dilemparkan dijawab.

Masalah berkaitan dengan operasi projek ternakan lembu NFC itu, pertama kalinya timbul semasa Laporan Ketua Audit Negara 2010 dibentangkan./Malaysiakini

POPULARITI HAJI NAJIB MENINGKAT, PAKATAN RAKYAT JANGAN MELATAH

Posted: 16 Nov 2011 01:28 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS
 Haji Najib Tun Razak

SEMENJAK semalam media pun heboh memperkatakan bahawa populariti PM Haji Najib meningkat semenjak tahun 2009 mengalahkan populariti pimpinan utama Pakatan Rakyat.  Ini kajian yang dibuat oleh satu unit media dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Tahniah lah kepada Haji Najib di atas populariti yang beliau perolehi itu.  Memang beliau popular pun dalam banyak segi malahan populariti beliau sampai ke Peranchis dan Monggolia.  Jadi, tidaklah menghairankan sangat jika di negara ini beliau lebih popular apatah lagi semenjakl bergelar Tuan Haji.

Apa yang mahu disebut di sini, setinggi mana pun populariti beliau sekarang jangan di antara pimpinan kita di dalam Pakatan Rakyat cuba-cuba untuk mencabar beliau membubarkan Parlimen.  Sememangnya itulah yang diharapkan sangat oleh Haji Najib kerana sebelum ini bila media hebahkan beliau hebat dan semakin mendapat sokongan, pasti ada pemimpin pembangkang yang mencabarnya membubarkan Parlimen.  Jika dahulu, memang beliau takut dengan cabaran kita.  Tapi bukan kali ini dan jangan kita terperangkap.

Beliau sekarang menanti kita mencabarnya untuk membubarkan Parlimen kerana beliau tahu Jawatankuasa Pilihan Khas yang sedang bertungkus lumus untuk membersihkan SPR itu belum selesai tugas mereka.  Mereka telah susun banyak strategi kotor dan jika mereka lambat-lambatkan Pilihanraya Umum, sedikit demi sedikit taktik mereka akan dapat dikesan oleh Jawatankuasa tersebut.  Maka, Haji Najib sekarang sedang berkira-kira untuk membubarkan Parlimen secepat mungkin sebelum Jawatankuasa Pilihan Khas itu selesai melaksanakan tugas mereka.

Sehubungan itu, kita jangan jadi bodoh terperangkap dengan media yang akan provokasi kita untuk mencabar Haji Najib bubarkan Parlimen.  Biarkan mereka mengagung-agungkan Haji Najib melangit sekali pun, kita terus fokus kepada membantu Jawatankuasa Pilihan Khas yang sedang bersidang sekarang. 

Saya setuju dengan kenyataan SAMM yang bersedia untuk menggerakkan BERSIH 3.0 sekiranya Haji Najib menipu rakyat sekali lagi dengan mengadakan Pilihanraya disaat Jawatankuasa Pilihan Khas itu sedang menjalankan tanggungjawab mereka.   Kita mesti pegang pendirian bahawa Pilihanraya Umum mesti dilaksanakan setelah semua tugas Jawatankuasa Pilihan Khas itu selesai dan telah diambil tindakan oleh kerajaan.  Jika tidak, kita kena cari lagi T-Shirt KUNING yang baru./wfauzdin.blogspot.com

DEBAT RAFIZI - KJ AKAN DISEGERAKAN, SHAHRIZAT PASTI BERDEBAR

Posted: 16 Nov 2011 09:33 AM PST

Alu-alukan Kesediaan YB Khairy Jamaluddin Berdebat

Oleh Rafizi Ramli

Saya baru dimaklumkan bahawa YB Khairy Jamaluddin sudi berdebat mengenai kemelut NFC yang menjadi kontroversi. Saya ucapkan tahniah kepada beliau kerana sudi membuka ruang kepada generasi muda mengenali politik baru.Saya akan menulis secara rasmi kepada beliau untuk menetapkan tarikh, format dan perkara-perkara lain supaya debat ini tidak terlalu dilengahkan memandangkan minat rakyat yang tinggi

Alu-alukan Kesediaan YB Khairy Jamaluddin Berdebat

 

Isu NFC: Khairy sedia debat dengan Rafizi

November 16, 2011
 
KUALA LUMPUR, 16 Nov — Khairy Jamaluddin berkata beliau bersedia untuk bertemu dengan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dalam debat berhubung dakwaan penyelewengan RM250 juta menerusi projek ternakan lembu milik anggota keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Ketua Pemuda Umno ini memberitahu bahawa "saya sentiasa bersedia untuk berdebat dengan sesiapa pun."  "Pada dasarnya saya bersedia. Tetapi soalannya adalah masa," kata beliau dengan merujuk kepada perhimpunan agung tahunan partinya akhir bulan ini.

Kelmarin, Rafizi telah mencabar Khairy agar berdebat dengannya sambil mendakwa Ahli Parlimen Rembau itu sebahagian daripada "Budak Tingkat Empat" — yang merujuk kepada pengaruhnya ke atas Pejabat Perdana Menteri ketika era pentadbiran Tun Abdullah.

Pentadbiran Abdullah meluluskan Pusat Fidlot Kebangsaan pada 2006.  Minggu lalu Khairy mempertahankan projek itu dengan merujuk kepada pembelian hartanah kondominum hampir RM10 juta di Bangsar menggunakan wang projek tersebut.

Khairy menyifatkan pembelian itu sebagai pelaburan yang selamat.  Tetapi kenyataan itu dikritik oleh kepimpinan PKR dan Pakatan Rakyat.
 

Tiada ulasan: