Rabu, 16 November 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Sesi model serah tubuh

Posted: 16 Nov 2011 05:46 PM PST

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim, Asmah Rusman dan Siti Nur Hidayatidayu Razali

KUALA LUMPUR: Tertarik untuk menjadi model profesional dengan pendapatan lumayan, seorang lelaki menyamar penguji bakat memperdaya sekurang-kurangnya 15 gadis untuk dirakam gambar bogel sebelum melakukan hubungan seks dengan mereka sejak awal tahun ini.

Lelaki terbabit yang berusia 30-an dan menyamar penguji bakat di sebuah syarikat peragawati terkenal 'mengumpan' mangsa melalui laman sosial dengan menawarkan pendapatan lumayan dengan hanya bergaya di depan kamera.

Terbaru, dua pelajar masing-masing berusia 18 dan 19 tahun menjadi mangsa lelaki terbabit sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi di sini, kelmarin.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber polis berkata, dalam kejadian jam 2 petang, 30 Oktober lalu, kedua-dua mangsa yang mengenali lelaki terbabit melalui laman sembang sosial diminta ke tingkat tujuh sebuah hotel di ibu kota untuk sesi uji bakat.
"Kedua-dua mangsa yang berminat menjadi model profesional tanpa ragu-ragu pergi ke sesi uji bakat berkenaan secara berasingan. Sebaik tiba di sebuah bilik di hotel berkenaan yang kononnya digunakan untuk sesi uji bakat itu, suspek mengarahkan mangsa menanggalkan pakaian. - myMetro

BN anjur "Battle of the band" ... hahahaha

Posted: 16 Nov 2011 04:39 PM PST

Menyedari jaringan sosial media hari ini sangat popular terutama dikalangan remaja muda mudi dari situ tercetusnya idea untuk merealisikan BN Youth Music 2011. Sebuah pertandingan muzik percuma anjuran biro Kebudayaan dan Kesenian Pergerakan Barisan Nasional (BN) ni terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berusia antara 18 hingga 40 tahun dari apa juga latar belakang muzik dan genre.

Pertandingan ini juga memdapat sokongan daripada Persatuan Seniman Malaysia dan label muzik, Universal Muzik Malaysia.

Menerusi pendekatan sosial media juga, pertandingan ni tidak memerlukan anda hadir ke ujibakat. Sebaliknya muat naik video persembhan muzik anda yg berdurasi 6 minit ke laman web, www.bnyouthmusic.com mulai hari ini hingga 31 Disember depan.

"Biarpun orang kata kita cuba nak tarik artis masuk politik, tapi ini bukan agenda politik. Ia lebih kepada satu pertandingan muzik. Macam battle of the band lah. Tujuan kita (barisan pemuda Barisan Nasional) untuk mendekatkan diri dengan anak muda dan belia seluruh Malaysia", kata Pengerusi Pergerakan Pemuda BN, Khairy Jamaluddin, di sidang media yang diadakan di PWTC, semalam.

"Selepas kejayaan BN Youth Job Fair, kita rasakan muzik dapat membawa kepada satu bentuk perpaduan. Disamping memupuk semangat 1Malaysia dikalangan para belia. Juga sebagai satu platform bagi mereka yang berbakat dalam muzik",

Sementara itu penglibatan Seniman dalam projek ni adalah untuk merapatkan pihak politik (BN) dengan industri muzik. Malah pertandingan ni akan diadili oleh juri dikalangan artis seperti pelakon-penyanyi popular Awie (Wings), Zed Zaidi dan beberapa lagi artis.

"Kami bukan dari parti mana. Kami NGO. Jadi saya rasa kami patut sertai sebab sekaligus memberi peluang pada artis kita samada jadi juri, buat show ataupun yang sekadar memeriahkan majlis. Secara tak langsung menarik minat orang ramai untuk datang", kata Zed Zaidi yang juga merupakan Pemangku Timbalan Presiden Ketua Seniman Muda.

Terbahagi kepada tiga kategori iaitu solo, vokal berkumpulan dan band. Berpaksikan objektif mencari bakat baru, kreativiti sesebuah kumpulan atau individu, adalah kriteria utama yang dititikberat.

"Kita mengalakkan mereka untuk buat lagu sendiri. Tapi kalau nak buat lagu cover pun boleh. Apa yang penting, kreativiti dan originaliti yang di persembahkan. Pakej pun penting juga sebab kalau takder pakej,s usah pulak nak diketengahkan nanti. Pendek kata asalkan mereka ada bakat dan pakej, ada lah peluang nak menang", ujar Awie selaku ketua juri pertandingan ini.

Tambah menarik, hadiah lumayan lebih RM90 000 bersama trofi dan sijil penyertaan di tawarkan kepada pemenang.

Bagi kategori solo, juara berpeluang memenangi RM10, 000, naib juara RM7,000 dan tempat ketiga RM5,000. Manakala juara bagi kategori Vokal berkumpulan berpeluang memenangi RM15,000, naib juara RM10,000 dan tempat ketiga, RM7,000. Sementara juara bagi kategori band bakal membawa pulang RM20,000, Naib Juara RM15,000 dan tempat ketiga, RM7,000.

"Kita baru dapat kata persetujuan dari Universal Muzik Malaysia yang mana juara setiap kategori akan berpeluang merakamkan single", tambah Khairy lagi.

Sebanyak 30 peserta akan disenarai pendek untuk ke peringkat separuyh akhir yang akan diadakan di 28 Januari 2012. Kemudian sebanyak 12 peserta (4 perserta/kumpulan bagi setiap kategori) akan layak ke pusingan grand finale yang akan berlangsung pada 29 Januari 2012.

- mD

Lady Gaga terlupa pakai seluar ... Zarina dan Fasha bila lagi

Posted: 16 Nov 2011 05:27 AM PST


LONDON: Berpakaian aneh sememangnya menjadi perkara biasa bagi penyanyi Lady Gaga, bagaimanapun kali ini lebih pelik.


Penyanyi lagu Born This Way ini berani tampil tanpa seluar.

Biarpun dilihat sebagai salah satu gaya fesyen, Gaga kelihatan seolah-olah terlupa untuk memakai seluar.

Seperti dipetik dailymail, Gaga ketika meninggalkan Fountain Studios di Wembley selepas program X-Factor telah mencuri perhatian orang ramai yang berada di situ.

Bagaimanapun, penampilannya bukan sahaja dilihat ganjil malahan tidak bersesuaian dengan cuaca dingin di London.

STONE :Tak lama lagi Zarina pula terlupa pakai seluar lepas tu Fasha Sandha pula. Dan mereka-mereka ini akan berbangga kerana dah terlupa pakai seluar. .... Ini lah dunia artis ... hahahaha

Tiada ulasan: