WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
SIAPA KAH `ENAM JAHANAM' YANG DISEBUT OLEH `KETUA JAHANAM' (KJ) ITU? Posted: 30 Nov 2011 08:29 PM PST Oleh: WFAUZDIN NS `ENAM JAHANAM', suatu perkataan yang dipopularkan oleh KJ (Ketua Jahanam). Apa yang dimaksudkan oleh KJ sebagai Enam Jahanam itu? Bukan tajuk filem Allahyarham P. Ramlee, tetapi `Enam Jahanam ' itu adalah tajuk ucapan KJ atau `Ketua Jahanam' di dalam kandang yang diselubungi dengan isu `Lembu Dalam Kondo dan Kereta Merc'. Bertempat di `Place Where Talking Cow' (PWTC), KJ mengungkapkan enam jahanam itu adalah seperti berikut; 1. Menjahanamkan sistem demokrasi 2. Menjahanamkan sistem pentadbiran 3. Menjahanamkan maruah negara 4. Menjahanamkan sejarah negara 5. Menjahanamkan jati diri bangsa dan 6. Menjahanamkan kemakmuran negara. Siapa agaknya yang KJ (Ketua Jahanam) tujukan dengan `Enam Jahanam' ? Tidak lain dan tidak bukan kepada `spesis mamalia' yang berada di PWTC. Sebab apa? Sebabnya boleh diulas sedikit di sini berpandukan `Enam Jahanam' yang disebut oleh `Ketua Jahanam' (KJ) itu; Pertama, Menjahanamkan Sistem Demokrasi. Semua tahu siapa yang rosakkan sistem demokrasi. Mereka yang menggunakan seluruh media kerajaan dan jentera kerajaan untuk berkempen buat kepentingan mereka adalah perosak sistem ini. Pernah anda lihat pemimpin Pembangkang diberi ruang untuk bercakap hatta 10 minit bagi menjawab tuduhan mereka? Bagaimana pula dengan program ceramah pihak Pembangkang, sering diganggu dengan berbagai alasan dan cara. Semua tahu apa SPR buat selama ini di mana `Kampung Baru' pun tersenarai sebagai Pengundi. Pendatang pun boleh mengundi? Dan...banyak lagi. Kedua, Menjahanamkan Sistem Pentadbiran. Terbaru, apa yang berlaku kepada Prof Dr Aziz Bari? Bagaimana pihak pentadbiran Universiti pun mahu diganggu kerana kepentingan mereka. Semua tahu seringkali di dalam program politik mereka, kakitangan kerajaan dikerah hadir untuk meramaikan jumlah kehadiran. Siapa yang tidak tahu bagi pihak mereka, sekolah bebas digunakan untuk mereka bercakap soal `keris tanpa sarung' atau `Dacing Baghdad'. Dan...banyak lagi.. Ketiga, Menjahanamkan Maruah Negara. Maruah negara menjadi busuk bila Perancis membuka fail tentang kes rasuah `Scorpene' melibatkan pemimpin utama mereka. Kisah pembunuhan Altantuya rakyat Monggolia, sehingga kini membusukkan nama negara kerana masih gagal menentukan mengapa Altantuya dibunuh dan atas arahan siapa? Sebuah akhbar di luar negara sering melaporkan kisah isteri seorang pemimpin negara ini yang suka bermewah-mewah di luar negara. Ini menjahanamkan maruah negara. Dan, banyak lagi.... Keempat, Menjahanamkan Sejarah Negara. Siapa boleh berikan jawapan tepat samada British itu dianggap sebagai Pejuang Kemerdekaan atau mereka yang menentang British? Jika benar British itu pengkhianat atau penjajah, siapa pula yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong yang dimiliki oleh British ketika itu? Siapa yang sebut Tok Janggut itu pengkhianat? Pemimpin utama mereka baru-baru ini sebut, Komunis sekarang sudah baik? Adakah kerana ingin berbesan dengan rakyat negara komunis maka secara `automatik' Komunis pun menjadi baik? Dan, banyak lagi... Kelima, Menjahanamkan Jati Diri Bangsa. Berlaku sudah lama, sehingga jati diri tulisan Jawi pun mereka hapuskan. Berapa banyak lagi yang tinggal tanah rezab Melayu? Jika di Selangor, cuba tanya Satim Diman tentang kisah tanah rezab Melayu yang terjual ini. Siapa yang pernah memperkenalkan pengajaran Sains dan Metamatik di dalam Bahasa Inggeris? Siapa tahu nama UMNO itu singkatan dari bahasa Melayu kah atau Bahasa Inggeris? Mana jati diri? Dan, banyak lagi.... Akhirnya, yang keenam, Menjahanamkan Kemakmuran Negara. Semenjak bila negara ini tidak makmur? Bukankah pemimpin negara sering berkata negara kita makmur? Cuba tunjuk di mana kawasan atau negeri di negara ini sekarang sedang berperang atau berlaku kekecohan? Mereka hanya dakwa akan berlaku huru-hara jika parti mereka tewas dan tidak lagi berada di Putrajaya. Ertinya, sekarang ini masih wujud lagi kemakmuran. Di Empat buah negeri yang berada di tangan Pembangkang sekarang berlaku perang atau huru-hara kah? Yang melakukan huru-hara di negeri-negeri tersebut siapa? Mahu tahu cuba tanya Umno atau geng-geng songkok tinggi. Kesimpulannya, KJ (Ketua Jahanam) ingin memberitahu bos mereka bahawa cukup-cukuplah jangan memperbodohkan rakyat lagi. Kesemua `Enam Jahanam' yang disebut oleh `Ketua Jahanam' (KJ) itu memang tepat ke atas pemimpin-pemimpin yang sekarang ini sedang berlonggok di dalam `kandang' Place Where Talking Cow (PWTC). Syabas KJ./wfauzdin.blogspot.com |
"PLACE WHERE TALKING COW" (PWTC), LEMBU BETINA MENGAMUK Posted: 30 Nov 2011 06:35 PM PST Oleh: WFAUZDIN NS MAKA, bertempat di `Place Where Talking Cow' (PWTC), berkumpullah segala jenis lembu dari berbagai bentuk rupa untuk membincangkan masalah spesis mereka dan masa hadapannya. Persidangan kali ini amat penting kerana dikhabarkan harga lembu jatuh mendadak dan begitu murah sekali walaupun dari jenis lembu yang tinggal di dalam kondo. Semalam, lembu jantan tua yang lembam mukanya bercakap atas kandang di PWTC, didengari oleh lembu-lembu jantan dan betina yang masih muda belaka. Si Lembam itu bercakap bagi merasmikan persidangan "lembu-lembu kebangsaan bersatu" khusus untuk lembu-lembu muda sebelum perasmian besar hari ini. Hari ini, perasmian oleh bapak lembu adalah untuk segala jenis lembu, tua, muda, nyanyuk, jantan atau betina. Bezanya, lembu-lembu yang sudah nyanyuk diberikan tempat khas di kandang PWTC berhampiran tandas kerana dibimbangi lembu-lembu nyanyuk dan veteren ini akan `melepaskan hajat' di merata-rata tempat. Di dalam banyak-banyak lembu di kandang PWTC mulai semalam hingga setakat ini, diperlihatkan seekor lembu betina yang menunjukkan garang dan seperti meroyan. Naik kembang segala bulu di tubuh lembu betina ini menunjukkan amarahnya apabila ada yang mendakwa keturunan beliau memiliki kandang mewah berupa kondo dan sebijik kereta Merc yang mewah. Marahnya lembu betina ini sehinggakan terangkat-angkat kaki dan ekornya seperti mahu melepas lagaknya. Lembu betina ini tak mampu menjawab hujah atas dakwaan terhadap keluarganya, maka yang keluar dari muncung mulutnya adalah meroyan tanpa ada butir dan isi. Akhirnya, lembu betina ini mahu sekalian lembu-lembu betina di dalam kandang PWTC bangkit dan mempertahankannya. Memang lazim perangai lembu di cucuk hidung, maka lembu-lembu betina yang lain pun bersorak dan bertepuk hingar bingar di dalam kandang PWTC mempertahankan bos mereka lembu betina yang sudah memiliki kondo dan merc itu, walaupun lembu-lembu betina yang lain itu hanya tinggal di dalam kandang reput. Begitu sedih melihat bagaimana murahnya maruah lembu-lembu betina yang lain. Lembu tetap lembu. Hari ini, bapak segala lembu pula akan berdiri di pentas PWTC. Sudah dijangka semestinya bapak lembu jantan itu juga akan memohon sokongan lembu-lembu yang lain agar terus menyokongnya menjadi ketua segala lembu. Ini penting untuk lembu jantan ini meneruskan hidup mewahnya terutama buat bininya yang berjambul itu. Maka, persidangan kali ini hanya untuk membela dua ekor lembu iaitu bos lembu betina dan lembu jantan. Bos lembu betina perlu sokongan untuk meneruskan kehidupan keluarganya di kondo, manakala sokongan untuk lembu jantan pula untuk meneruskan kehidupan mewah lembu betina berjampul dan bercincin itu. Lembu-lembu yang lain bagaimana? Mereka seperti biasa akan pulang ke kandang reput masing-masing untuk terus menjadi `lembu pawah'./wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan