Rabu, 30 November 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Serangan UMNO untuk alih perhatian dari isu Rasuah

Posted: 30 Nov 2011 10:02 PM PST

Nyata semua ibu bapa di Malaysia akan berasa jijik dengan bahasa yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dalam Perhimpunan Agung Pemuda UMNO.  Jelas perbuatan mereka mencerminkan cara pemikiran UMNO yang bukan sahaja ketandusan modal tetapi dipenuhi dengan fitnah, kebencian, permusuhan dan ketakutan.  Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin adalah antara yang paling lantang sekali dengan kenyataannya bahawa PAS dan PKR sudah menjadi bapok dan pondan, di samping melabelkan semua penyokong DAP sebagai bangsat.
Read More / Baca Lagi >>

Wajah-wajah Penyokong Seks Bebas..??

Posted: 30 Nov 2011 09:57 PM PST

Najib disappoints with lacklustre speech: Pakatan bashing, hints again of GE-13

Posted: 30 Nov 2011 09:54 PM PST

Najib disappoints with lacklustre speech: Pakatan bashing, hints again of GE-13As expected, Prime Minister Najib Razak had little to offer but bombast and bluster during his policy speech for his ruling Umno party. The 2011 Umno general assembly is regarded as a watershed meeting as Najib is expected to call for snap national elections early next year, but even so, all he could do was to bash the Pakatan Rakyat led by Opposition Leader Anwar Ibrahim and insist that Umno was the most democratic party in the country.
Najin, the Umno president, repeated his hint that the 13th general election would be held soon, but again failed to give any concrete indication of when Malaysians could expect to go to the polls. His insistence on not giving any advance notice to the opposition is against democratic norms and would be looked at with scorn and contempt in developed democracies.
Read More / Baca Lagi >>

Akta Himpunan 2011 untuk sekat pembangkang – Ahli Parlimen Jerman

Posted: 30 Nov 2011 09:52 PM PST

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jerman, Dr Thomas Gambke, menyifatkan Akta Himpunan Aman 2011 sebagai tindakan tidak tahu malu kerajaan Umno untuk menyusahkan pembangkang di Malaysia.
"Akta Himpunan Aman akan menghalang protes jalanan di Malaysia dan kebebasan bersuara akan disekat. Ini adalah satu tindakan tidak tahu malu untuk menyusahkan pembangkang.
"Undang-undang itu diluluskan majoriti kerajaan dalam jangka masa singkat tanpa sebarang perdebatan di Parlimen. Pembangkang meninggalkan Parlimen sebagai tanda protes.
Read More / Baca Lagi >>

PRU-13: Waktunya sudah tiba, kata Najib

Posted: 30 Nov 2011 09:50 PM PST

KUALA LUMPUR, 1 Dis — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini sekali lagi memberi bayangan bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tidak lama lagi — spekulasi menyebut ia akan diadakan awal 2012.
Najib, yang juga Presiden Umno dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung Umno 2011 di sini, mengingatkan semua anggota parti supaya "merapatkan saf, menyalakan jamung dan menggigit sekuatnya perjuangan dengan geraham kita" bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Palulah genderang perang, palulah ia tabuh-tabuhan dan tiupkanlah semboyan. Masanya sudah hampir, waktunya sudah tiba.
Read More / Baca Lagi >>

Satu Malaysia dalam konteks realiti sosial dan politik

Posted: 30 Nov 2011 09:49 PM PST

Dr Kamarudin Musa   
Pendahuluan One Malaysia – satu Malaysia: satu metafora di antara beberapa metafora dalam sejarah penggantian kepimpinan utama negara, maknanya cemerlang, gemilang dan terbilang akan menjadi salah satu "artifak" sejarah, sebagaimana lenyapnya "kepimpinan melalui teladan", "bersih, cekap dan amanah". Persoalannya, apakah yang dikatakan satu Malaysia? Apakah falsafah di sebalik gagasan (?) satu Malaysia? Mencari Damai Abadi.
Read More / Baca Lagi >>

Kini Lembu Feedlot pandai pandu MERCEDES pula !

Posted: 30 Nov 2011 09:45 PM PST

Oleh: sangkancil

"PKR hari ini meneruskan pendedahan berhubung dakwaan penyelewengan dalam projek fidlot yang diusahakan keluarga Menteri pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil – kali ini didakwa melibatkan pembelian kereta mewah dan juga lot tanah di Putrajaya.
Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa dana National Feedlot Corporation (NFC) itu digunakan untuk membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz berharga RM534,622 pada Disember 2009.

Read More / Baca Lagi >>

PAS lawan Umno, tak kan yang menang DAP

Posted: 30 Nov 2011 09:21 PM PST

KUALA LUMPUR, 1 Dis: "Budak tadika pun tahu jawapannya, jika Umno lawan PAS, yang menang sudah tentu antara Umno atau PAS," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika merasmikan Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di Dewan Merdeka PWTC pada 29 November lalu yang menyatakan DAP ganti PAS, bukan PAS ganti Umno.
"Sifir mana Timbalan Presiden Umno ini belajar.
"Bagaimana Najib lawan Muhyidin yang menang ialah Chua Soi Lek. Analogi yang tidak masuk akal langsung," ujarnya kepada Harakahdaily.
Katanya, kalau itulah kenyataan yang keluar daripada seorang Menteri Pelajaran, maka amat malanglah rakyat Melaysia kerana lain yang ditanya maka lain pula yang dijawab.
Tambahnya, Timbalan Presiden Umno menyebut DAP ganti PAS sebagi strategi Umno untuk menakutkan rakyat daripada memilih PAS dan meninggalkan Umno walaupun anologi beliau sebagai orang yang pening lalat.
Read More / Baca Lagi >>

PSC: SPR perlu segera guna dakwat kekal

Posted: 30 Nov 2011 09:17 PM PST

KUALA LUMPUR, 1 Dis: Jawatankuasa (JK) Khas Parlimen (PSC) mengenai penambahbaikan pilihan raya hari ini mengesyorkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) segera meminda peraturan pilihan raya bagi membolehkan dakwat kekal digunakan pada PRU-13.

Bercakap sewaktu membentangkan pandangan dan syor-syor awal JK itu di parlimen pagi ini, Pengerusi PSC Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili berkata, dakwat kekal disyor untuk digunakan dan tidak perlu kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan.

LJawatankuasa mengesyorkan penggunaan dakwat kekal (indelible ink) dalam proses pengundian bagi pilihan raya ke-13.

"Bagi syor ini jawatankuasa mendapati bahawa pindaan hanya perlu dibuat kepada peraturan berhubung dengan pilihan raya sahaja tanpa perlu meminda perlembagaan persekutuan.
Read More / Baca Lagi >>

1Lembu : Umno hancur jika enggan terima ‘game changer’, kata Najib

Posted: 30 Nov 2011 09:16 PM PST

KUALA LUMPUR, 1 Dis — Datuk Seri Najib Razak, presiden Umno yang ketujuh, hari ini memberi amaran parti itu akan menempah tragedi dalam arena politik jika gagal menghayati 'game changer' atau peneraju cara gaya baru dalam persekitaran semasa.
Najib menegaskan keperluan itu ketika parti teras Barisan Nasional (BN) itu berhadapan dengan situasi kritikal mengekalkan kuasa pada pilihan raya umum ke-13, selepas hilang majoriti dua pertiga kerusi Parlimen dan lima kerajaan negeri tiga tahun lalu.
Dengan menggariskan lima keperluan susulan kepada kemajuan sebelum ini, Najib yang juga Perdana Menteri berkata, ahli-ahli Umno mesti insaf dan jika masih gagal memahami dan menghayati faktor-faktor yang menjadi 'game changer' atau peneraju cara gaya baru kepada landskap politik nasional dan tidak pula mengambil langkah merangka semula 'game plan' yakni gerakan terancang, "maka kita namanya menempah tragedi untuk parti."
Read More / Baca Lagi >>

Skandal SOLAR GATE, Siapa Lindungi Hishamuddin ?

Posted: 30 Nov 2011 09:07 PM PST

Oleh : JAYANTHI GEETA SUKUMARAN

KEDUDUKANNYA sebagai Naib Presiden UMNO dan Menteri Dalam Negeri; dan paling penting sebagai 'Sepupu Perdana Menteri' mungkin menyebabkan Datuk Seri Hishamuddin tidak berani disentuh oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan masih belum disiasat oleh Ketua Audit Negara (KAN) Hishamuddin adalah Menteri Kabinet Pertama yang bertanggung jawab meletakkan Sabah dalam dilema keracunan plumbum dengan memasang Sistem Solar Hibrid di sekolah-sekolah yang tidak mempunyai talian grid; sebelum Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengikut rentak yang sama

Mengikut Aktivis Masyarakat dan Hak Asasi Manusia, Datuk Patrick Sindu, semakan beliau bersama Tim Pemantauan Sabahkini.net di Sabah, sehingga kini 179 buah sekolah sudah dipasang dengan Sistem Solar Hibrid, 78 buah sekolah untuk Fasa Pertama dan 101 buah sekolah untuk Fasa Kedua dan bakinya 24 buah sekolah masih dalam penantian.

Read More / Baca Lagi >>

Umno sudah jadi parti budaya maki-hamun?

Posted: 30 Nov 2011 08:55 PM PST

Saya suka menarik perhatian laporan berita Malaysiakini bertajuk "Perwakilan dakwa penyokong DAP bangsat" dan dukacita sangat menyaksikan Pemuda Umno suda menjadi sebuah pergerakan yang menagih budaya maki-hamun.

Daripada initipati berita itu, nyata sekali Pemuda Umno memiliki taraf budaya dan tamaddun yang rendah sekali. Mereka seolah-olah tidak pandai menggunakan bahasa Malaysia kecuali ayat-ayat kesat dan kasar.

Suatu ketika itu, kerajaan yang dipimpin oleh Umno telah beriya-iya sangat menggerakkan
kempen berbudi bahasa tetapi nyata sekali ianya tidak membawa kesan. Adalah lebih berfaedah kalau kempen ini diulangi sekali lagi dengan memfokus kepada tindak-tanduk Pemuda Umno semata-mata.
Read More / Baca Lagi >>

PERKAUMAN & RASIS : Senjata akhir Umno

Posted: 30 Nov 2011 08:48 PM PST

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyatakan bahawa Umno sedang berusaha keras mencetuskan huru hara apabila cuba membangkitkan isu perkauman pada waktu ini.

Menurutnya, tindakan itu dibuat supaya Umno dapat mengambil kesempatan selepas kerajaan BN semakin lemah. Apatah lagi kerajaan BN dilihat sudah tidak mampu menguruskan ekonomi dan kebajikan rakyat Malaysia.

"Kita yakin Umno sekarang dalam keadaan tersepit dan cuba cetuskan kemarahan kaum.

"Umno BN cuba mengambil kesempatan dengan menimbulkan belbagai propaganda untuk menarik kembali sokongan rakyat.

Read More / Baca Lagi >>

Allah - Umno - Muhammad : Ini songkok apa?

Posted: 30 Nov 2011 08:45 PM PST

Ameno World
Sorry geng, ada benda yang aku nak share supaya korang pun sama confuse cam aku gak. Lihat gambar di atas neh. Apa benda yang cuba ditonjolkan menerusi songkok neh? Aku sendiri agak keconfusesan selepas admin kbsb [rakan admin] bagi link neh kat aku. Hermm.. aku fikir.. fikir dan fikir. Tapi tidak temui jawapannya. Dan aku masih fikir fikir dan fikir.. dan tatau lah sampai bila nak berhenti fikir.. muahahaha
Yang sebenarnya ada dua benda yang confusekan aku.
Read More / Baca Lagi >>

Calon Boleh Menang pilihan Najib

Posted: 30 Nov 2011 08:44 PM PST

WALAUPUN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Calon Boleh Menang (CBM) atau 'winnable candidate' mestilah seseorang yang boleh diterima majoriti pengundi dalam masyarakat tempatan serta jentera parti, namun siapa yang boleh menentukan bahawa calon itu CBM?


Di Parlimen Silam, misalnya, semua Wakil Rakyat yang ada bukan CBM kerana mereka mengkhianati rakyat dan majoriti pengundi teraniaya di bawah tadbir urus mereja yang tidak pandai mengurus

Ahli Parlimen, dr Haji Salleh Kalbi yang bukan sahaja memperdaya pengundi dengan 'Ijazah Kedoktoran Palsu', 'Duta Keamanan PBB Palsu', isteri yang menggunakan IC Palsu, Jata Ahli Parlimen Palsu dan sebagainya; malah tidak pernah menunaikan janji yang telah dibuatnya sejak dipilih sebagai Ahli Parlimen pada 2008. Salleh Kalbi telah menggunakan peruntukan Parlimennya untuk kepentingan diri sehingga berjaya membeli tiga buah rumah secara tunai, kereta mewah; tidak termasuk kereta yang disumbangkan IGM Enterprise.Read More / Baca Lagi >>

1Lembu : Tiada bukti wujud unsur pecah amanah dalam NFC kata polis.....jawapan yang dijangka sejak awal bila SPRM serah pada Polis..!!

Posted: 30 Nov 2011 08:39 PM PST

KUALA LUMPUR, 1 Dis — Siasatan polis setakat ini menunjukkan tiada unsur pecah amanah dalam projek ternakan lembu kontroversial Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar (gambar) berkata pihak polis telah pun menyoal siasat 74 orang berhubung aduan berkenaan projek itu termasuk anggota keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
"Bagaimanapun kami meneruskan siasatan berkenaan isu ini dan akan memanggil menteri (Sharizat) untuk merakamkan kenyataan beliau jika diperlukan," kata beliau kepada pemberita di Sungai Buloh, dipetik Star Online hari ini.
Polis memulakan siasatan selepas aduan berkenaan dipindahkan kepada mereka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dua minggu lalu.

Risalah Cincin Puaka Versi Online !

Posted: 30 Nov 2011 08:31 PM PST

Rasis: Terima Kasih Umno

Posted: 30 Nov 2011 08:24 PM PST


Oleh Firdaus Jaafar
Jika diikutkan apa yang diucapkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Ahmad Maslhttp://2.bp.blogspot.com/_2NdbcEkwej4/SRRX6ACD6NI/AAAAAAAACcs/Z5B71LunNGE/s400/muhyiddin-yasin-4.jpgan, jelas UMNO/BN sudah tidak 'ketahuan' lagi. Sejak kebelakangan ini, UMNO sudah menunjukkan betapa parti yang kononnya perjuangkan nasib bangsa melayu ini sudah berada diambang 'sakaratul maut'.

Umum mengetahui bahawa UMNO selama ini menang di dalam pilihanraya bukanlah bergantung sepenuhnya kepada kekuatan undi melayu namun memerlukan 'tongkat' kaum lain terutamanya kaum Cina untuk menampung hayat mereka. Mengimbau kembali sejarah pilihanraya umum 1999 ketika mana bangsa melayu bangkit menolak UMNO/BN akibat 'buah tangan' isu Dato' Seri Anwar Ibrahim, parti melayu ini di'selamat'kan oleh undi kaum lain selain daripada memanupulasi undi pos. Jadi apakah Mahyuddin dan Ahmad Maslan tidak belajar daripada peristiwa tersebut?
Read More / Baca Lagi >>

NFC scandal: Will BN do it right?

Posted: 30 Nov 2011 08:18 PM PST

by Kim Quek
AFTER almost one month of inexplicable silence, National Feedlot Corporation Sdn Bhhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj70sAWKwTL1s6brWQufAE7I1CsgGUJffkkB3Tz-SzJSi5Vdy3GXjCGWLkuMfAfXHz43URpuBgQs4kViWcx66x45AmctOZWX62YSVONi_86ODJH4mrVZ_k6mekU3F_YE92HEZqpPckhC0w/s320/shahrizat.gifd (NFC), which is the target of brickbats and center of swirling controversy both inside and outside Parliament, finally broke its silence.
Mohamad Salleh Ismail, chairman of NFC and husband of Women, Family and Community Development Minister Shahrizat Jalil, gave a press conference on Nov 17 to defend NFC. He said everything was dandy; the project was right on target, and there was no impropriety.
Read More / Baca Lagi >>

‘Akta gila dari kerajaan gila’

Posted: 30 Nov 2011 08:17 PM PST


KUALA LUMPUR: Pembentang Rang undang-undang Perhimpunan Aman 2011 dilihat sebagai satu akta yang gila yang dibentang oleh kerajaan gila, kata Peguam PAS, Hanipa Maiden.
Beliau bercakap demikian ketika ditemui semasa menyertai himpunan aman anjuran Majlis Peguam Malaysia di Tasik Perdana menuju ke Bangunan Parlimen pada 29 November lalu.

Mengulas lanjut, Hanipa berkata, akta baharu yang cuba diperkenalkan kerajaan ini menidakkan hak rakyat yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Ianya memberi kuasa sepenuhnya kepada polis untuk menentukan masa, tempat dan tarikh himpunan yang mahu dianjurkan, katanya.
'Akta gila dari kerajaan gila' Sambil menyifatkan ia sebagai suatu yang zalim, Hanipa juga memaklumkan PAS akan memfailkan semakan kehakiman terhadap Rang Undang-undang tersebut dalam masa terdekat bagi menghalang ia dari menjadi suatu akta.
Read More / Baca Lagi >>

Adegan UMNO yang tak sanggup kita lihat…

Posted: 30 Nov 2011 08:16 PM PST

Oleh Fairuz Azhan
Perhimpunan agung UMNO bermula secara rasminya hari ini. Namun arah tujuannya sudah pun jelas melalui suara persidangan sayap pemuda, wanita dan puteri parti semalam. Malah lebih awal lagi, api perkauman sudah pun dinyalakan.
Sebelum persidangan bermula, Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan telah memulakan tembakan dengan memberi peringatan basi kepada orang Melayu bahawa jika UMNO hilang kuasa, maka Melayu akan hancur musnah.

Read More / Baca Lagi >>

Oi Menteri Lembu...ingat duit rakyat nie duit mak bapak hangpa kaa....???

Posted: 30 Nov 2011 08:09 PM PST

Shahrizat Abdul Jalilgua lama tak menulis... tapi hari nie gua bila baca sinar gua naik semak dengan KAK JAT LEMBU nie... yang dok mereben kacau dalam kain orang apa kejadahnya nie.... Jawab dulu laa bab LEMBU laki ko tuu dulu dok kacau kes orang lain.... Untuk makluman hang kak jat oi kes yg terlibat dengan Anwar semua masuk mahkamah dan sedang dibicarakan... so far kira dia berani kerana benar laaa... tak macam yg ko nie.... tak ada perbicaraan apa pon semua main simpan bawah kain jaaa... jadi skrg siapa yg berani hadapi kenyataan... Isu sekarang dana LEMBU telah disalahgunakan untuk beli KONDO dan sekarang didedahkan beli TANAH dan KERETA.
Read More / Baca Lagi >>

Pertahan halang hudud, sekat royalti juga jihad?

Posted: 30 Nov 2011 08:02 PM PST

KUALA LUMPUR, 1 Dis: Semalam rakyat Malaysia telah dimualkan dengan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa mempertahankan Umno adalah satu jihad.
"Tetapi persoalannya ialah adakah menyekat Kelantan dan Terenggau laksana hudud dan royalti juga adalah satu jihad?" tanya Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Nazmi Nik Din sebagai respons kepada kenyataan Muhyiddin malam semalam sewaktu merasmikan perhimpunan sayap-sayap Umno yang bertajuk 'Menunjangi Survival Bangsa: Suatu Jihad'.
Read More / Baca Lagi >>

Fernandes declares war on Malaysia Airports over tax hike

Posted: 30 Nov 2011 08:00 PM PST

Fernandes' AirAsia reached out to its customers in a bid to fight off MAHB's tax increase. — File pic
KUALA LUMPUR, Dec 1 — Hot on the heels of lambasting Malaysia Airports over the cost of KLIA2, Tan Sri Tony Fernandes vowed yesterday to fight the government-linked company over the recent 28 per cent airport tax increase. AirAsia also kicked off an anti-tax hike campaign and many of its customers received emails yesterday asking them to "say NO" to the tax hike for international flights that takes effect today.
Read More / Baca Lagi >>

Negara Zina : Adakah hendak lahirkan masyarakat gila seks?

Posted: 30 Nov 2011 07:58 PM PST

KUALA LUMPUR, 1 Dis: Berita pada tarikh 29 November di dada sebuah akhbar tempatan bertajuk Elak Kehamilan Tidak Dirancang pada bahagian keluarga agak menyentap kalbu para siswi.
"Sama ada mereka pandang ini adalah penyelesaian terbaik atau dari sudut pandang yang lain, ini akan menghancurkan martabat anak gadis remaja," ujar Ketua Penerangan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Mohd Yusof Hadri dalam satu kenyataan.
Mengulas sedikit apa yang cuba untuk disampaikan dalam berita itu adalah kadar tinggi bagi kehamilan yang tidak terancang itu adalah bukti terdapat kekurangan maklumat dan pendidikan mengenai kesihatan seksual serta reproduktif bagi warga muda di Malaysia.
Melengkapkan para remaja dengan maklumat kesihatan reproduktif seksual di samping memberi inspirasi kepada mereka untuk membuat keputusan bijak merupakan isu penting yang perlu diberi perhatian serius.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: