WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
KETURUNAN TOK KENALI DIBURU, AYAH PIN SELAMAT DI BUMI MALAYSIA Posted: 01 Nov 2011 07:00 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS BERSUNGGUH benar nampaknya JAIS untuk menangkap Bob Lokman seperti memburu Komunis atau penjenayah besar. Apa salah Bob Lokman? JAIS kata Bob Lokman memberi tazkirah tanpa Tauliah, walaupun dikatakan sepanjang Tazkirah bekas artis terlenal itu pegawai-pegawai JAIS sendiri mengikutinya dan tiada pula mereka sebut Bob Lokman menyampaikan ajaran sesat atau songsang. Tanda kesungguhan JAIS terbukti apabila Jabatan itu telah mendapat waran tangkap ke atas Pelakon, pengacara dan penulis lirik terkenal tersebut kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah. Pengarah JAIS, Marzuki Hussin memberitahu wartawan di Shah Alam bahawa waran tangkap itu dikeluarkan pada 28 Oktober lalu yang membolehkan Bob ditangkap jika dikesan di negeri itu. Bob ditahan di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat pada 10 Oktober lalu kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah kepada kira-kira 70 hadirin. Paling menarik dan memberi kesan kepada jiwa kita apabila Bob Lokman berkata, "Nak tangkap, tangkaplah. Saya tidak akan hadir. Sifat (JAIS) begini bukan hendak jaga keharmonian agama," katanya sambil memberitahu dia akan hanya berserah pada Allah. Beliau disiasat mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Jenayah Syariah Selangor, yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun. Adakah bekas Pesuruhjaya PAS, Dr Hassan Ali yang juga Exco Agama Selangor boleh tidor lena atau tidak mendengar berita buruk terhadap pendakwah seperti ini? Dr Hassan Ali sebelum ini pernah menyebut beliau tidak boleh tidor jika tidak dapat hadir di dalam Perhimpunan Sejuta Umat Selamatkan Akidah (HIMPUN) yang diadakan di Stadium Shah Alam baru-baru ini. Jika setakat mahu berhimpun untuk selamatkan akidah pun Dr Hassan Ali tidak boleh tidor, masakan kezaliman yang berlaku kepada Pendakwah yang juga berhasrat untuk selamatkan akidah umat Islam seperti Bob Lokman ini boleh melenakan Dr Hassan Ali? Saya harap tidak begitu. Kita tahu Dr Hassan Ali tiada kuasa di dalam menentukan isu agama seperti ini walaupun beliau seorang Exco Agama di Selangor. Tetapi kita harap beliau lantang bersuara sepertimana lantangnya beliau bersuara semasa isu pencerobohan sebuah Gereja Kristian oleh JAIS baru-baru ini. Ada yang berpendapat, soalnya bukan dakwah tetapi Tauliah. Jika soalnya Tauliah, susah sangatkah untuk memberi Tauliah? Setahu kita melambak kumpulan Tabligh yang menjadikan masjid-masjid dan surau tempat tidor mereka disamping mereka memberikan tazkirah. Pernahkah kita mendengar pemimpin Kumpulan Tabligh ditahan atau dikeluarkan waran tangkap? Mungkin mereka ada Tauliah atau kerana mereka bukan pro parti Politik? Saya setuju 100% jika sesiapa yang mahu menjadi Guru Agama yang mengajar secara tetap di mana-mana masjid atau surau memerlukan Tauliah. Ini adalah bagi megelakkan Guru agama mengajar ilmu-ilmu yang sesat dan menyeleweng. Tetapi amat keterlaluan jika seseorang itu memberikan tazkirah iaitu saling ingat mengingati sesama Islam juga memerlukan Tauliah. Apatah lagi mereka gagal dibuktikan memberikan ucapan yang menyesatkan orang ramai. Mengapa kerja dakwah ini disempitkan? Kita patut berbangga apabila seseorang artis yang dahulunya bergelumang dengan maksiat kini insaf dan ingin mengingati kita semua agar tidak menjadi sepertinya dahulu. Salahkah cara yang dibuat oleh Bob Lokman? Amat memeningkan kepala kita apabila Tauliah agama menjadi punca menyempitkan jalan dakwah, tetapi permit hiburan di negara ini tidak pernah mengalami `kesempitan' seperti itu bahkan ditaja pula. Kali ini Bob Lokman diburu. Saya percaya tidak lama, Bob Lokman pasti akan diberkas seperti penjenayah. Berbeza dengan Ayah Pin `Kerajaan Langit', yang sudah berpuluh tahun bebas sehingga kini tidak dapat ditangkap. /wfauzdin.blogspot.com |
APA JASA DATUK NALLA DAPAT SENATOR? PEMIMPIN UMNO BAWAHAN PATUT MUHASABAH DIRI Posted: 01 Nov 2011 03:59 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS DI DALAM negara di bawah pemerintahan Umno/Bn ini nampaknya tidak sukar untuk mendapat kedudukan yang setaraf dengan Wakil Rakyat bahkan untuk menjadi Menteri. Tanpa bertanding di dalam Pilihanraya dan tanpa berbuat jasa kepada rakyat dan negara, sesiapa pun boleh mendapat kedudukan seperti itu dengan hanya menjadi `pengampu' dan `pencacai' kerajaan. Jawatan Senator adalah jawatan yang dilantik bukan melalui Pilihanraya seperti Wakil Rakyat. Lojiknya sesiapa yang mendapat jawatan itu mestilah tokoh yang banyak berjasa kepada rakyat dan negara. Tetapi di bawah Kerajaan Umno/Bn, sesiapa pun boleh berada di kedudukan itu asalkan sanggup menjadi `pencacai dan pengampu' nombor Wahid. Contohnya, apa jasa Ezam sesumpah? Apa jasa Jamil Khir Baharom? Dan, terbaru Datuk Nalla. Datuk K S Nallakaruppan bakal dilantik sebagai Senator dalam majlis mengangkat sumpah di Dewan Negara yang akan berlangsung di Kuala Lumpur, esok (Malaysiakini). Kita lebih mengenali beliau sebagai taukeh judi dan suka menyebarkan cerita fitnah memburukkan DS Anwar. Ezam sesumpah juga begitu, semenjak keluar dari GERAK iaitu NGO yang kononnya menentang amalan rasuah, akhirnya Ezam sesumpah bergelumang dengan parti yang penuh dengan rasuah. Selepas `bermazhabkan' Umno, Ezam sesumpah menjadi pencacai dengan memburukkan peribadi DS Anwar. Maka, layaklah dia menjadi Senator. Jalan singkat yang dilalui oleh Ezam sesumpah menjadi ikutan Datuk Nalla. Maka, beliau berhasil mencapainya. Kesilapan pemimpin-pemimpin Umno bawahan yang begitu lama berjasa pada parti dan ada yang bekerja kuat membela rakyat di kawasannya namun tidak berpeluang menjadi calon Pilihanraya, mereka ini tidak pandai untuk memburukkan DS Anwar. Kerana `jahil' untuk memburukkan DS Anwar, mereka tidak layak untuk menjadi Senator. Simpati juga kita kepada ramai pemimpin Umno bawahan yang begitu setia dengan parti tetapi tidak layak untuk diangkat sebagai Senator. Zul Kulim pun bertuah kerana mendapat gelaran Dato' dari Istana walaupun tidak mendapat Senator. Jasa Zul Kulim? Tentunya semua tahu. Saya menasihatkan elok benarlah pemimpin-pemimpin Umno yang merasakan `terbuang' itu bermuhasabah diri dan bersama Pakatan Rakyat demi rakyat. Masakan mereka sanggup melihat seorang demi seorang diberi `anugerah' berbagai-bagai hanya jasa mereka mengampu dan mencacai, sedangkan perjuangan pemimpin Umno bawahan yang setia kepada parti terus diperlekehkan. Sudah tentu KJ, Ketua Pemuda Umno bersetuju dengan pendapat saya./wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan