Selasa, 1 November 2011

Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


Upcara Karpet Merah ke Neraka

Posted: 01 Nov 2011 07:21 PM PDT

Wartawan berkerumun di depan dewan,berbaris panjang menunggu ketibaan artis dan selebriti.Ada sekelompok peminat-peminat fanatik juga sedang riuh menunggu bermulanya upcara karpet merah sebagai pembuka tirai acara malam itu.

"Diumumkan ketibaan tetamu kita yang paling istimewa,Datin Seri Rosmah Mansor bersama anak-anak kesayangan!" Juruacara memulakan majlis. Rosmah Mansor pun berjalan sambil tangannya diangkat menonjolkan simbol "satu" mewakili "1Malaysia" atau sekadar ingin memberitahu orang ramai..dia first lady.

Wartawan kembali berbaris di luar selepas Rosmah Mansor selesai masuk ke dalam. "Itu dia artis pertama kita yang datang...Pasha Santa!" Pasha Santa pun turun dari kereta dengan gaya anggun. "Cik Pasha,Cik Pasha..siapa yang Cik pakai malam ni?" tanya seorang wartawan yang nampak seperti tidak habis PMR.Pasha Santa pun memusingkan badannnya,menayangkan bentuk badannya yang sendat dan menawan lalu menggayakan pakaian designer terkenal itu."Malam ni saya memakai Kadir Selamat.."

Pasha berlalu pergi sambil gambarnya terus di ambil wartawan. Berhenti pula sebiji Ferrari di depan lalu turunlah Llama Jasmon."Cik Llama...gaun rekaan siapa tu?" tanya seorang lagi wartawan hiburan."Kali ni Llama hadir dengan gaun rekaan Peter Chan,pereka dari Hong Kong.." jawab Cik Llama yang gemar membahasakan dirinya menggunakan nama sendiri. Dia pun berpusing lalu menayangkan bahagian belakang badannya yang terdedah. "Wow..seksi,seksi.." fikir beberapa orang wartawan lelaki.

Berenti lah sebuah kereta Perodua Myvi.Turunlah Ustaz Tariq al-Malek,seorang Ustaz yang selalu muncul di kaca TV.Suasana yang sebentar tadi riuh bertukar senyap.Ustaz Tariq hanya datang dengan memakai sehelai t-shirt pagoda dan kain pelikat yang dilipatnya menjadi samping dan capal murah.

Ustaz Tariq diam merenung mereka yang beratur lalu berjalan masuk.Beberapa kali lampu denyar kamera menyala membuatkan mata Ustaz Tariq sedikit silau. Dia melangkah masuk sambil mulutnya terus tersenyum.

Tak lama kemudian datanglah selebriti yang terkenal dengan jolokan artis seksi Malaysia iaitu Fatimah Rozario. Baru saja kakinya hendak berpijak di tanah kamera tidak henti-henti mengambil gambarnya. Fatimah Rozario malam itu mengenakan gaun berwarna merah yang menonjolkan bahagian sisi payu daranya.

"Dia tak pakai bra ke?"fikir wartawan di situ sambil tangan terus laju menukar kadar kepanjangan lensa tepat ke dada Fatimah. "Cik Fatimah,Cik Fatimah!" Seorang wartawan terpekik memanggil. "Give me some good pose please!"

Fatimah pun tidak mahu menghampakan wartawan itu. Dia pun berdiri mencekak pinggang lalu tubuhnya dipusing-pusingkan mempamerkan bentuk tubuh badan yang hanya boleh diperolehi oleh usaha keras di gimnasium dan diet yang berkesan. Payu daranya terbuai-buai setiap kali dia berpusing dan punggungnya yang pejal membuatkan air liur sesetengah peminat di situ meleleh.

"Ok ya..I nak masuk dalam!" kata Fatimah sambil melambaikan tangannya.

Malam itu majlis berjalan lancar. Ramai artis datang dengan pakaian yang direka khas oleh designer tempatan. Rosmah Mansor juga kelihatan sangat gembira apabila diajak berduet bersama Sharifah Aini di atas pentas. Sesi latihan karaoke beliau tidak sia-sia.

Anugerah malam itu disampaikan dan pemenang-pemenang pun pulang dengan senyuman lebar.

..............

Keesokan harinya, semua akhbar tabloid menampilkan kontroversi hangat yang terjadi pada malam anugerah tersebut.Kebanyakan akhbar tabloid, berita utamanya berbunyi "Ustaz Tariq Datang Majlis Berpakaian Tidak Sopan."Ada juga yang meminta Ustaz Tariq memohon maaf kepada penganjur kerana tidak menghormati majlis.Ada juga wartawan yang menyiarkan keluhan peminat yang mahukan Ustaz Tariq digam daripada muncul di televisyen kerana berpakaian tidak senonoh. Malah, laman blog gosip artis Melayu,ramai yang mencemuh Ustaz Tariq kerana tidak menjaga adab majlis.

Tiada ulasan: