Rabu, 2 November 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Halau MP Keluar Parlimen - Speaker Bertindak Macam Dewan Bapak Dia Yang Punya

Posted: 02 Nov 2011 12:02 AM PDT


Orang India Sendiri Tolak, Umno Pulak Terima.. Tak Cerdik Sungguh..

Posted: 01 Nov 2011 11:45 PM PDT

NGO India Pertikai Perlantikan Nalla Sebagai Senator

KUALA LUMPUR, 2 Nov - Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas), salah satu pertubuhan bukan kerajaan komuniti India, hari ini mempersoalkan pelantikan Datuk K S Nallakaruppan sebagai senator.

Nallakaruppan( gambar ), pengasas dan presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) akan mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara hari ini.

MIUP yang ditubuhkan selepas Nallakaruppan, bekas rakan sukan tenis Datuk Seri Anwar Ibrahim, keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR), menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 2008.


"Mipas ingin mempersoalkan adakah ia satu majlis (detik) yang harus di banggakan? Datuk Nalla menubuhkan Parti Bersatu India Malaysia setelah keluar PKR, malangannya MIUP tidak menyertai pilihan raya umum ke-12, ia hanya menumpukan kepada kerja-kerja dalaman parti sahaja," kata Setiausaha Agung Mipas S Barathidasan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, kata beliau, MIUP juga bukan sebuah parti majoriti yang mewakili masyarakat India.

"Mipas ingin bertanya apakah sumbangan Datuk Nalla untuk masyarakat India dan negara? Pernahkah beliau membawa apa-apa perubahan dari segi ekonomi, sosial dan politik?" katanya lagi.

"Bagi Mipas, Datuk Nallakaruppan hanyalah merupakan bekas 'rakan tenis' Datuk Seri Anwar Ibrahim, adakah untuk itu beliau di lantik sebagai senator?" kata beliau.

Nallakaruppan, 65, merupakan antara bekas pemimpin PKR dilantik dan ketua parti yang menyokong BN dari luar dilantik sebagai senator.

Sebelum ini, bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ezam Mohd Nor dilantik sebagai anggota Dewan Negara.

Kedua-duanya pernah dilabel sebagai antara orang kuat Anwar.TMI


Sudahlah Mulut Berbuih.. Bangang Pulak Tu..

Posted: 01 Nov 2011 05:46 AM PDT

SHAH ALAM, 1 Nov : Dakwaan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek bahawa Kerajaan Negeri Selangor terlibat dalam kemasukkan seorang warganegara Israel ke Malaysia sebagai suatu yang palsu dan berunsur fitnah.

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor, Elizabeth Wong menyatakan Menteri Belia dan Sukan itu tidak sepatutnya menuding jari kepada pihak lain(kerajaan Selangor).

"Sebagai seorang menteri, beliau patut sedar hal imigresen berada di bawah bidangkuasa Kerajaan Persekutuan,"katanya.


Semalam di parlimen Shabery mendakwa Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat bertanggungjawab dalam kemasukkan warganegara Israel itu untuk perfileman siri televisyen realiti antarabangsa, "The Challenger Muay Thai."

Mengulas lanjut, Elizabeth yang juga merupakan Adun Bukit Lanjan menegaskan bahawa Selangor tidak terlibat dalam penganjuran persaingan tersebut sama ada dari sudut pemilihan ahli sukan ataupun penerbitan siri televisyen tersebut.

"Jika kami dimaklumkan, Kerajaan Negeri Selangor pasti memohon kepada Kementerian Belia dan Sukan dan Jabatan Imigresen supaya menolak kemasukkan warganegara Israel tersebut," katanya

Elizabeth menerusi kenyataan medianya hari ini dengan jelas menegaskan Pakatan Rakyat berpendirian teguh dengan semangat setiakwan dengan rakyat Palestin sekaligus menolak sebarang hubungan diplomatik, perdagangan, budaya ataupun sukan dengan rejim Zionis-Israel.

Ini merupakan kali kedua pada tahun ini Menteri Belia dan Sukan telah membenarkan warganegara Israel memasuki Malaysia dengan pas masuk khas.

"Kami menyeru Kerajaan Persekutuan untuk menghentikan pengeluaran pas masuk khas kepada warganegara Israel sehingga negara Israel mengiktiraf kenegaraan Palestin,"katanya.

Sebagai makluman, penerbit siri tersebut merupakan pihak yang mengeluarkan program-program televisyen lain yang telah memenangi anugerah seperti "The Contender," "The Biggest Loser Asia" dan "The Apartment."

Malaysia benar warga Israel masuk bagi mesyuarat, sukan

Posted: 01 Nov 2011 05:26 AM PDT

Malaysia membenarkan kemasukan warga Israel ke Malaysia untuk menyertai mesyuarat atau kejohanan sukan antarabangsa, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan menteri luar negeri, Datuk Richard Riot berkata kerajaan boleh membuat ketetapan berkenaan walau Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

"Dasar Malaysia memang kita tidak ada hubungan diplomatik dengan Israel, iaitu hubungan bilateral. Walau bagaimanapun, kerajaan dari masa ke semasa boleh melonggarkan untuk warga Israel untuk hadiri mesyuarat dan penyertaan dalam aktiviti sukan tapi dengan syarat tertentu,



Tambahnya lagi, kebenaran itu juga disyaratkan supaya penyertaan warga berkenaan hendaklah berbentuk "low profile seperti tidak boleh beri publisiti oleh media tempatan," katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu berhubung kehadiran peninju Israel, Ilya Grad yang mendakwa telah memasuki Malaysia untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai pada Jun lalu.

"Katanya lagi, kerajaan sedar dengan sensitiviti rakyat berhubung kemasukan warga Israel ke negara ini.

"Namun sekiranya warga isreal disekat daripada menyertai persidangan dan kejohanan bertaraf dunia, besar kemungkinan akan ada bantahan atau penarikan diri daripada sekutu Israel seperti Amerika Syarikat," katanya lagi.

Jawapannya itu menyebabkan beberapa orang ahli parlimen pembangkang dan BN bangun untuk menuntut penjelasan lanjut.

Antaranya Khalid Samad (PAS-Shah Alam) (kanan) yang mempertikaikan jawapan berkenaan kerana Grad telah memperlekehkan kebenaran Malaysia selepas dibenarkan masuk ke negara ini.

"Bila menteri buat keputusan benarkan masuk itu merupakan kesilapan besar. Bila menteri belia dan sukan anjurkan program, mereka patut lebih teliti.

"Pertandingan antarabangsa yang ada atlet daripada negara Israel yang perlu ditapis lebih awal... Sepatutnya kita minta maaf, dia tidak boleh datang. Itu merupakan satu ketegasan yang perlu dizahirkan," kata Khalid lagi yang marah dengan tindakan menteri belia dan sukan yang menyalahkan kerajaan Selangor berhubung kemasukan Grad ke Malaysia.

Seorang lagi wakil pembangkang, Yusmadi Yusof (PKR-Balik Pulau) turut mempertikaikan kenyataan timbalan menteri berkenaan kerana program yang dihadiri Grad telah dirakamkan untuk stesen TV AXN.

Riot bagaimanapun mempertahankan kenyataannya sebelum itu dan menambah, dasar luar negara Malaysia tidak pernah berubah.

Berita Berkaitan :
Pengusiran Ahli Parlimen Bakri Bukti Negara Ini Munafik Dalam Isu Perjuangan Palestin

Kaki Fitnah Umno Ini Merajuk Sebab Gaji Sudah Ditarik Balik kot?

Posted: 01 Nov 2011 03:44 AM PDT

Selama ini pemimpin umno terlalu bodoh dan menelan bulat-bulat fitnah yang direka dan ditabur oleh kaki fitnah no. 1 negara ini yang hanya lulus SPM dan pernah dibuang dari perkhidmatan polis kerana masalah disiplin.

Baru sekarang agaknya pemimpin umno mulai sedar bahawa selama ini penjilat mereka ini rupa-rupanya telah menjadi duri dalam daging dan memberi makan kepada binatang haram ini umpama menanggung biawak hidup yang akan mencakar belakang tuannya apabila tembolok mula kontang..

Akibatnya banyak fitnah yang direkayasa oleh binatang ini kini mulai terdedah kebenarannya kerana pembohongan demi pembohongan dan fitnah-fitnah penjilat ini sudah terlalu sukar bagi rakyat yang berkelulusan atas daripada SPM untuk menerima logiknya. Hanya mereka yang masih belajar di tadika KEMAS dan berkelulusan bawah dari SPM sahaja yang boleh termakan dengan fitnah dan pembohongan binatang bernama Papababigomo ini.. Kahkahkah...


Baca di sini

Tiada ulasan: