Rabu, 30 November 2011

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


CERAMAH ISU UNDI.....UMNO MENGAKU KE....

Posted: 30 Nov 2011 08:34 AM PST

Teresa : Pelabur Jepun Tunjuk Minat Tingkat Pelaburan Di Selangor

Posted: 30 Nov 2011 07:52 AM PST

SHAH ALAM 30 NOV : Pelabur Jepun menunjukkan minat yang mendalam untuk terus memperkukuhkan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara Jepun dan negeri Selangor hasil lawatan delegasi kerajaan negeri pada Seminar Pelaburan Malaysia anjuran Malaysia-Japan Commerce Association (MAJECA) di Tokyo baharu-baharu ini.

Menurut Exco Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok yang dihubungi Selangor Kini menjelaskan lawatan tersebut adalah usaha berterusan kerajaan negeri untuk menarik minat pelabur asing bagi menanam modal dan memperkembangkan industri ke negeri ini.

"Pelabur Jepun berminat dengan suasana di Selangor dan delegasi memberi penjelasan kepada pelabur Jepun apa keistimewaan yang ada di sini," katanya.

Dalam lawatan selama dua hari ke Jepun itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut melawat Ibu Pejabat Sony Corporation dan mengadakan perjumpaan singkat dengan Naib Presiden Kanannya, Tsugie Miyashita.

"Kita ambil peluang ini melawat Sony dan berjumpa dengan pengurusan Toyota dan memahami apa masalah mereka. Kita mesti ada hubungan yang mesra dengan pelabur Jepun dan menjemput mereka untuk membawa pelaburan ke Selangor," kata Teresa lagi.

Dalam tempoh Januari hingga Ogos 2011, sebanyak 18 projek dari Jepun telah diluluskan dan menyediakan lebih 1,000 peluang pekerjaan.

"Kerajaan Negeri Selangor amat menghargai sokongan pelabur Jepun yang menjadi pelabur terbesar di negeri ini dengan jumlah pelaburan hampir RM1.2 bilion setakat Ogos lalu," katanya.

Turut serta dalam lawatan ke Jepun itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC), Datuk Mohd Jabar Ahmad Kembali dan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Jaafar Atan.

KALI NI SHAHRIZAT KENA SELAK KAIN SUNGGUH LAH KALAU MACAM TU.....HANG SELAK KAK IJAT...DEPA DOK MAIN-MAIN NI....DAK PUN HANG SAMAN DEPA...

Posted: 30 Nov 2011 07:43 AM PST

NAHHHHH.......... AIHHHH....KALI NI KENA SELAK BAGI DEPA TENGOK SUNGGUH LAH..DEPA DOK BUAT TUDUHAN MACAM-MACAM NI....BUAT LECE DEPA NI..MAUDOK BAWA PI COURT PAIH TU SAMAN DEPA...AWAT DEPA DOK BUAT LAGU NI...SEMUA NI LECE...DOLU DOK KATA KITA BELA LEMBU...LA NI DOK TUDUH KITA BELI KETA NGAN TANAH PULA.....ADOIIII

DEPA DOK KATA KAT CHEK MACAM-MACAM.....MARAH LA..BARA SEMUA CUKUP..TIBAI PULAK PASAI ANWAR...MANA DOK MAI SANGKUT DENGAN ANWAR PULAK....

CHEK JAWAB LA LEKLOK .....





PKR dedah pula dakwaan pembelian tanah, kenderaan

PKR hari ini meneruskan pendedahan berhubung dakwaan penyelewengan dalam projek fidlot yang diusahakan keluarga Menteri pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil – kali ini didakwa melibatkan pembelian kereta mewah dan juga lot tanah di Putrajaya.

NONEPengarah strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa dana National Feedlot Corporation (NFC) itu digunakan untuk membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz berharga RM534,622 pada Disember 2009.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini, Rafizi mendakwa pembelian itu dibuat oleh National Meat and Livestocks Corporation, sebuah syarikat milik penuh keluarga Shahrizat.

Dakwanya, bayaran untuk membeli kenderaan terbabit pada Disember 2009 dibuat NMLC melalui dana yang disalurkan melalui NFC.

"(Bayaran untuk) menyelenggara pula dibuat terus daripada akaun NFC. Saya pasti ia adalah untuk kegunaan pengarahnya," dakwanya lagi.

Selain itu, Rafizi juga mendakwa, NMLC telah membeli dua bidang tanah di Presint 10, Putrajaya dengan bayaran berjumlah RM3,363,507.

Pendedahan hari ini timbul berikutan tindakan Shahrizat yang menggunakan peluang berucap di perhimpunan agung Umno hari ini untuk menyerang pemimpin PKR berhubung siri pendedahan berhubung dakwaan penyelewengan dana NFC.

Barisan Nasional Hukum Rakyat Dengan Undang-Undang Perhimpunan Awam

Posted: 30 Nov 2011 07:41 AM PST




KUALA LUMPUR, 29 NOV: Pakatan Rakyat menyifatkan usaha kerajaan Barisan Nasional berkeras untuk melaksanakan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman (PA2011) sebagai hukuman kepada rakyat yang menentang kepimpinannya seperti perarakan Bersih 2.0 pada 9 julai lalu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil kira pandangan yang dikemukakan oleh Majlis Peguam dan bukannya mentadbir negara secara semberono.

"Saya telah melihat cadangan rang undang-undang yang dikemukakan oleh Majlis Peguam dan pada sesi perbahasan pagi tadi, saya telah meminta kerajaan menarik balik rang undang-undang itu dan perlu mengambil kira pandangan ahli parlimen yang membahaskan perkara ini termasuk dari Pakatan Rakyat," katanya.

Anwar berkata demikian dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini selepas berjumpa dengan wakil perhimpunan menentang rang undang-undang itu yang berarak ke Parlimen.

Akan tetapi rang undang-undang tersebut sudah diluluskan oleh Dewan Rakyat setelah Ahli Parlimen Pakatan keluar dewan dan tidak mengambil bahagian di dalam perbahasan.

Perhimpunan "Walk for Freedom to Walk" (Berarak Untuk Kebebasan Berarak) itu tercetus apabila Kerajaan Persekutuan membentangkan rang undang-undang bagi mengawal jenis perhimpunan yang boleh diadakan.

Perhimpunan tengah hari itu dihadiri lebih kurang 1,000 ahli Majlis Peguam Malaysia dan aktivis masyarakat sivil.

Mereka membanjiri Kelab Taman Tasik Perdana seawal 11 pagi tadi dan berjalan sejauh satu kilometer ke Parlimen bagi menyerahkan kertas cadangan rang undang -undang yang dicadangkan oleh Majlis Peguam.

Walaubagaimanapun hanya 10 orang dari Majlis Peguam dibenarkan memasuki kawasan Parlimen bagi menyerahkan rang undang-undang alternatif kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

Mereka mengecam Rang tersebut kerana ia dikatakan lebih mengongkong hak rakyat untuk berhimpun. Mereka berkata rang itu bertentangan dengan prinsip demokrasi dan Artikel 10 Perlembangaan Persekutuan.

Sebuah lagi badan pendesak 'Occupy Parlimen' di laporkan akan terus berhimpun selama tiga hari di perkarangan Parlimen sebagai tanda mendesak kerajaan untuk tidak meluluskan undang-undang itu.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar berpendapat yang kerajaan pusat terpaksa melakukan apa sahaja dalam mempertahankan kedudukan mereka walaupun dengan menafikan hak rakyat.

"Ini adalah reaksi negatif Umno-BN menghukum rakyatnya kerana mengadakan perhimpunan pada 9 julai lalu (BERSIH 2.0) dan ini juga adalah usaha untuk memastikan bahawa rakyat tidak lagi boleh berhimpun seperti Bersih 2.0,"katanya.

Dalam perkembangan sama, Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee menyifatkan akta yang digubal kerajaan tidak adil sama sekali dalam sebuah negara demokrasi dengan mengenakan pelbagai syarat keterlaluan.

Lim yang mengetuai perarakan beratus peguam menerusi kempen 'Walk for Freedom to Walk" turut mengesa kerajaan mempertimbangkan rang undang-undang alternatif yang dikemukakan oleh pihak Majlis Peguam.

"Majlis Peguam akan terus mengetuk pintu Parlimen jika rang undang-undang ini dijadikan akta dalam bentuk yang semasa," katanya.


ends

Tiada ulasan: