Rabu, 30 November 2011

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Saifuddin: Shahrizat tak payah kait Wanita Umno

Posted: 30 Nov 2011 08:15 PM PST

NFC 'stole' livestock project, claims PKR

Posted: 30 Nov 2011 08:14 PM PST

PKR: NFC bought Putrajaya land, Merc

Posted: 30 Nov 2011 08:09 PM PST

Projek kambing fidlot...

Posted: 30 Nov 2011 05:47 PM PST

Shahrizat, I, too, cry with you

Baru-baru ini bila kisah skandal lembu baru muncul, aku dan rakan2 di pejabat dok gelakkan seorang kawan yang mengusahakan ternakan kambing.

"Hang silap ji....awat hang buat biz kambin. Kalu hang biz lembu, kami pun buleh tumpang senang!" seorang rakan dari Sarawak bukak cerita...

"Tapi aku bukan menteri...!!" Haji kawan aku tu menjawab selamba sambil tersengih aje....Boss kamipun gelak sama.

Maknanya kisah lembu ni sudah menjadi satu konklusi umum bahawa Shahrizat memang bersalah. Tengok kat sudut manapun salah.

Apa tidaknya? Apabila Haji ni bercadang nak membesarkan perusahaan ternakan kambingnya, aku menemani beliau ke serata agensi ternakan negara. Jabatan Pertanian, Veteriner, Jabatan Haiwan, Maju Ternak, Risda dll. Hapah...macam2 alasan diberikan. Tidak ada satupun jawapan yang memberangsangkan diperolehi sedangkan Haji kawan aku tu sudah sedia menternak 40 ekor kambing pada masa itu.

"Haji...aku ingat engkau kena team up dengan mana2 menterilah kot? Buatlah projek kambing fidlot pulak!" Kawan2 mengusik...

"Lepas tu hang belilah kondo, merc, pergi umrah tiap2 bulan bla bla bla...!" Kami gelak sakan...


Depa ni...pusin kot manapun cerita nak projek. Dah ketua kaki putaq....!!

Posted: 30 Nov 2011 03:44 AM PST

Wanita pun boleh lobi projek, kata perwakilan Pulau Pinang
Fazy Sahir
November 30, 2011

"Tengok lelaki yang jadi ketua bahagian,pakai kereta besar lepas itu buka cawangan Umno banyak-banyak. Akhirnya perut pun sama besar," katanya

KUALA LUMPUR: Belum pun reda isu projek lembu yang dikaitkan dengan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil, perwakilan Wanita Pulau Pinang membangkitkan pula isu melobi projek oleh kaum hawa.

Menurut Ekafarlina Saparuddin, wanita juga perlu diberi ruang untuk melobi sebarang projek memandangkan mereka mempunyai keupayaan berbuat demikian.

Dengan nada sinis dan berjenaka Ekafarlina berkata selama ini aktiviti melobi projek dilakukan lelaki sedangkan wanita juga mampu melakukan dengan lebih baik.

"Projek-projek berkaitan untuk wanita melobi..kadang-kadang ia mempunyai hubung kait dengan kepakaran wanita.

"Wanita mampu melakukan apa sahaja dari segi melobi, memasak, mencuci. Sebagai contoh wanita dari awal jual pisang..sampai akhirnya akan jual pisang.

"Tengok lelaki yang jadi ketua bahagian,pakai kereta besar lepas itu buka cawangan Umno banyak-banyak. Akhirnya perut pun sama besar," katanya ketika sesi perbahasan ucapan dasar ketua Wanita Umno sempena perhimpunan agung parti di PWTC.

Tuang air

Ucapan Ekarfarlina itu turut mencuit perhatian bukan sahaja para perwakilan wanita lain malah Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang kemudian bangun untuk menuangkan gelas berisi air kepadanya.

Menurut Ekarfarlina,selama ini kaum lelaki diberi peluang luas untuk mengaut keuntungan dalam projek yang dijalankan, maka beliau mahu perkara sama diberi perhatian terhadap wanita.

Beliau turut mencadangkan agar wanita diberi ruang dan sokongan dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) kerana yakin mereka lebih bertanggungjawab.

"Saya yakin kerajaan mampu bagi peluang kepada wanita untuk meningkatkan kemajuan kaum ini. Contoh bagi kontrak mencuci kepada GLC dan beri pula wanita dan secara tak langsung membantu 60 ibu tunggal.

"Ini kontrak semua beri pada lelaki.

Bila kontrak dapat pada GLC masih beri pada lelaki…

"Tak fikirkah kita bahawa bukan sedikit wanita hidup merempat? Maka saya cadangkan tolong tengokkan projek-projek dan kalau ada beri pada wanita dalam dewan ini," katanya tegas.

Update: Shahrizat pindah skandal peribadi dan famili kepada Umno...

Posted: 30 Nov 2011 03:42 AM PST

Yang peliknya...'lembu2' dalam Umno seronok nak share the problem. Bukankah bangang namanya tu...? Hehe...

Terbaru...

RM5j dana NFC biaya Benz, tanah di Putrajaya dan cuti

KUALA LUMPUR, 30 Nov — PKR meneruskan serangan berhubung skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), dengan hari ini mendakwa RM5 juta dana awam projek ternakan lembu itu digunakan untuk membeli Mercedes Benz dan tanah di Putrajaya serta wang tunai RM588,585 disalurkan kepada syarikat-syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Dakwaan terbaru oleh pemimpin PKR berhubung salah guna ini muncul beberapa jam selepas Shahrizat mempertahankan dirinya ketika berucap pada Persidangan Agung Tahunan Wanita di sini pagi ini.

PKR juga berkata NFC telah mengeluarkan sebanyak 15 cek bagi agensi pelancongan Impian Global Network Services.

Mendedahkan perkara itu petang ini, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendesak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat "memberitahu siapa yang pergi bercuti."

Rafizi menambah RM534,622 digunakan untuk membeli Mercedes Benz CLS350, dana NFC yang disalurkan kepada National Meat and Livestock Corporation (NMLC) dan RM588,585 lagi dipindahkan kepada Meatworks (Singapore), kedua-dua syarikat yang milik penuh keluarga Shahrizat dan tiada apa-apa kaitan dengan rancangan perniagaan NFC.

"Ketua Pemuda Umno (Khairy Jamaluddin) ada mengatakan bahawa NFC tiada bisnes di Singapura... jadi mengapa sejumlah wang itu dipindahkan ke sana?" kata beliau pada sidang media di sini.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail berkata, tanah juga dibeli di Precinct 10 Putrajaya, yang sebahagian besar merupakan kawasan kediaman.

"Saya pasti pelan induk Putrajaya tidak melibatkan ternakan lembu di sana," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Machang.

Tiada ulasan: