shalehudin |
- Fitnah terbesar terhadap Nurul
- 1Malaysia boleh tengok lidah Nallakarupan cabang berapa... kahkahkah...
- Kokok ja kuat tapi ekoq penuh taik... hihi...
- Kisah sedih sebuah kapai arang... kahkahkah...
- Wan Azizah teriak depan dia... kahkahkah...
- Video: Guan Eng tunjuk baik pulak... kahkahkah...
- Kaldai betoi la puak-puak nih...
- Sapa dia Mak Tiri Nazifuddin nih... kahkahkah...
- Seronok ooo boleh dok mengata kat UMNO... kahkahkah...
- 15 Jambatan Menggerunkan Di Dunia
- 5 Keampunan buat isteri yang solehah...
Fitnah terbesar terhadap Nurul Posted: 23 Nov 2011 08:00 AM PST Fitnah Terhadap Saya Sama Seperti Dihadapi Dr Mahathir - Nurul PETALING JAYA, 22 Nov 2011 - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menjawab dakwaan dan tuduhan beberapa blog pro kerajaan bahawa beliau mempunyai akaun bank di Israel sebagai fitnah terbesar. "Fitnah terbaru akaun di Tel Aviv, Israel ini merupakan fitnah lama yang menggunakan serangan yang sama seperti Tun Dr Mahathir (Mohamad) dan keluarganya. Sejak beberapa minggu lalu timbul desas desusbahawa beliau mempunyai akaun bank di Tel Aviv, Israel. Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan PKR sudah mengenalpasti calon berwibawa untuk bertanding bagi kerusi parlimen Wangsa Maju dalam pilihan raya umum akan datang. Nurul bagaimanapun, tidak mahu mendedahkan senarai nama calon kepada wartawan.- KLpos |
1Malaysia boleh tengok lidah Nallakarupan cabang berapa... kahkahkah... Posted: 23 Nov 2011 07:00 AM PST Mahkamah putuskan Nallakarupan beri butir-butir kepada Anwar PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini memutuskan bahawa Senator Datuk S. Nallakarupan hendaklah memberikan butir-butir kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan dakwaan ketua pembangkang itu menerima RM60 juta daripada beliau dan sebuah syarikat perjudian. Panel tiga anggota terdiri daripada Hakim Datuk K.N.Segara, Datuk Abdul Wahab Patail dan Datuk Clement Allan Skinner sebulat suara menolak rayuan Nallakarupan terhadap perintah penolong pendaftar kanan Mahkamah Tinggi (SAR) bahawa beliau memberikan butir-butir yang diminta Anwar yang menyamannya (Nallakarupan) RM50 juta kerana memfitnah. Hakim Segara juga memerintahkan Nallakarupan membayar kepada Anwar RM15,000 untuk kos perundangan. Nallakarupan hendaklah menyediakan butir-butir dalam masa 14 hari dari hari ini. Pada 28 Ogos 2009, SAR itu memerintahkan Nallakarupan memberikan butir-butir seperti yang diminta, iaitu siapa yang beri wang, bila dan di mana mereka diberikan. Nallakarupan memfailkan rayuan kepada mahkamah rayuan selepas rayuan beliau ditolak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di mana pada 16 November 2009, mengekalkan perintah SAR. Beliau disaman oleh penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenai satu artikel bertajuk "Anwar terima RM60 juta" (Anwar received RM60 million) yang disiarkan dalam Mingguan Malaysia dan akhbar harian bahasa Malaysia Sinar Harian pada Ogos 2008. Anwar mendakwa bahawa Nallakarupan telah membuat dakwaan palsu dan memfitnah mengenai beliau ketika kempen pilihan raya negeri Permatang Pauh pada 23 Ogos 2008. Bagaimanapun, dalam pembelaannya, Nallakarupan mendakwa bahawa asal dan biasa bermakna perkataaan yang diperkatakan oleh beliau ialah Anwar menerima wang itu menerusi orang tengah. Nallakarupan diwakili peguam S.Sivanesan sementara Anwar oleh R.Sivarasa. - BERNAMA |
Kokok ja kuat tapi ekoq penuh taik... hihi... Posted: 23 Nov 2011 05:23 AM PST Noh Pandai Berpolitik Tapi Penuh Skandal- Faekah Oleh Mat Zahari Ali SHAH ALAM, 22 NOV: "Noh Omar memang seorang yang pandai berpolitik berbanding Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetapi kementerian beliau penuh dengan skandal yang membabitkan penyelewengan dana untuk golongan petani. "Tan Sri Khalid pula bukan seorang yang pandai berpolitik sebaliknya jujur dan pandai mentadbir negeri dengan memberikan khidmat terbaik kepada Rakyat Selangor," kata Setiausaha Politik, Menteri Besar Selangor, Faekah Husin. Kenyataan Faekah tersebut ekoran kenyataan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berhubung tindakan kerajaan negeri yang hanya akan membubarkan DUN Selangor sekiranya Pilihan Raya Umum dilakukan selepas Jun 2012. Menurut Faekah,Noh gagal memahami prinsip utama pilihan raya dan amalan demokrasi. "DUN Selangor mempunyai mandat sehingga Mac 2013 dan Kerajaan Pakatan mahu memaksimakan mandat yang diberikan rakyat agar Belanjawan 2012 dapat dimanfaatkan sekurang-kurangnya selama 6 bulan pada 2012. Justeru, YAB Dato Menteri Besar hanya mempertimbangkan pembubaran DUN selepas bun tahun depan." ujar beliau Katanya jika Dewan Rakyat dibubarkan selepas Jun 2012, Selangor tiada masalah untuk menyertainya. "Sukar sangatkah Noh memahami dua duduk perkara yang berbeza tersebut. "Apa yang lebih penting ialah setidak-tidaknya Pakatan Rakyat Selangor mengamalkan prinsip keadilan dalam sistem demokrasi ketika menjadi pemerintah apabila dengan terbuka memaklumkan kepada rakyat dan semua parti politik akan kemungkinan tarikh pilihan raya negeri. "Berbeza dengan Kerajaan Pusat yang masih mengamalkan demokrasi pengecut bilamana tarikh pilihan raya hanya berada didalam saku Perdana Menteri dan mungkin isteri serta peramal profesionalnya." jelas Faekah. Hari ini lebih 100 petani dan pesawah di Skinchan mengadakan demontrasi menggesa Noh meletak jawatan ekoran laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mendapati berlaku ketirisan wang RM110 juta oleh kementerian dibawah jagaan Noh. Wang tersebut sepatutnya diberi kepada pesawah untuk skim peningkatan hasil padi. |
Kisah sedih sebuah kapai arang... kahkahkah... Posted: 23 Nov 2011 03:22 AM PST Penumpang Hendak Tunggu Apa Lagi ? Oleh: sripetaling Sekiranya bekas kapten memberitahu kepada penumpang bahawa kapal yang dinaikinya bakal karam, penumpang tidak seharusnya tunggu lagi. Selamatkan diri dan naiki kapal yang lain yang lebih selamat. Walaupun bekas kapten tidak mengemudi lagi kapal tetapi baik buruk kapal tersebut sangat diketahui. Dia tahu di mana tempat bocor dan di mana tempat rosaknya yang tidak mungkin dapat dibaiki lagi. Kalu dia sendiri tidak yakin bahawa kapal tersebut selamat berdasarkan pengalamannya yang pernah mengemudi kapal tersebut, kenapa penumpang kapal perlu tunggu lagi dan masih menaruh harapan agar kapal tersebut terus belayar? Penumpang tidak harus menggadaikan nyawa demi kapal yang tidak dapat diselamatkan lagi kerana hanya semata-mata kapten kapal yang baru menjamin kerosakan akan dibaiki. Pilihan yang terbaik ialah menaiki kapal yang lain untuk meneruskan perjalanan. Itulah ibarat kapal yang bernama UMNO melalui kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad. Tun Dr Mahathir yang merupakan bekas kapten kapal dalam wawancaranya dengan Utusan Malaysia semalam menggambarkan UMNO berada dalam keadaan yang lemah dan tiada usaha giat menghadapi pilihan raya, tambahan lagi dengan keadaannya yang rosak selepas diterajui bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. Kenyataan ini seharusnya membuatkan rakyat perlu sedar bahawa kapal yang dinaiki selama ini telah pun hampir karam. Rasuah, ketirisan dan penyelewengan telah menjadi darah daging yang tidak mungkin dipisahkan daripada UMNO. Lihat sahaja pendedahan terbaru tentang aduan rasuah dalam industri pertahanan dan penyelewengan wang rakyat oleh projek ternakan lembu, National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang dimiliki suami Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Pendedahan demi pendedahan dibuat seharusnya menyedarkan rakyat bahawa kenyataan Dr. Mahathir itu adalah benar. Kenyataan ini bukan keluar daripada pihak musuh, tetapi keluar daripada bekas pemimpin mereka yang menjadi idola kepada majoriti rakyat Malaysia sebelum ini. Walaupun banyak usaha yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, kapten kapal yang baru untuk membaiki dan mengubahnya dengan pelbagai slogan yang dicipta tetapi ia tidak memberi kesan sebagaimana pengakuan Tun Dr. Mahathir. Justeru, tidak ada masa lagi untuk rakyat menunggu bagi menyelamatkan diri. Jangan gadaikan masa depan anda dengan janji-janji retorik sedangkan kapal terus perlahan-lahan tenggelam dan terus tenggelam. (Artikel ini ditulis oleh Ustaz Bahruddin Hashim,Ketua Unit Penyelidikan Ulamak Pelapis PAS Pusat) Sumber : http://ulamak.pas.org.my" |
Wan Azizah teriak depan dia... kahkahkah... Posted: 23 Nov 2011 01:30 AM PST Lawak Terbaru Zul Kulim, Wan Azizah menangis depannya? Oleh: wfauzdin_ns "Kelakar sungguh bila membaca kenyataan Zul Kulim dalam Malaysiakini semalam. Dia tak mengaku apa yang didakwa oleh Dr Syed Husin Ali di dalam buku `Memoir' yang menyebut Zul Kulim minta upah untuk kosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru bagi memberi laluan kepada DS Anwar. Korang baca kat SINI dulu. Dr Syed Husin telah keluarkan buku yang bercetak dan diedarkan. Dr Syed Husin bukan bercakap mulut saja atau bercakap di dalam Parlimen yang `kebal' itu. Jadi, sebagaimana Zul Kulim selalu cabar DS Anwar saman beliau atau Blogger yang buat fitnah, maka kali ini apa kata Zul Kulim saman Dr Syed Husin pula? Ada berani? Paling kelakar bila Zul Kulim ini cerita kononnya DS Wan Azizah menangis depan beliau bila DS Anwar `paksa' isterinya itu mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk DS Anwar tandingi. Punyalah haprak lawak jenaka Zul Kulim. Semenjak bila DS Wan Azizah ini tergila-gila nak jadi Ahli Parlimen? Dia ingat DS Wan Azizah ini macam dia yang semenjak dari PAS lagi terhegeh-hegeh nak jadi YB. Malangnya, PAS dah tahu perangai buruk Zul Kulim dan PAS tak pernah pun teringin beliau untuk menjadi calon PAS. Akhirnya, atas simpati DS Anwar maka beliau dipilih sebagai calon PKR di Kulim Bandar Baru. Busuk-busuk bangkai akhirnya terbau juga. Akhirnya, benarlah sangkaan PAS selama ini. Zul Kulim tidak boleh dipercayai, maka dia tercampak dari PKR. Alhamdulillah, satu bangkai sudah hilang dari PKR. Kita semua tahu, DS Wan Azizah asalnya bukan orang politik pun. Semenjak DS Anwar di dalam kabinet kerajaan dulu hingga ke peringkat DS Anwar jadi TPM, DS Wan Azizah tetap `low profile' dan jarang sekali muncul di khalayak ramai. Jauh beza dengan Bik Mama yang ada sekarang. Beliau mula belajar politik bila suaminya dianiayai oleh mamak bendahara. Ketika itu, sudah menjadi kewajipannya untuk berjuang membela nasib suaminya di dalam penjara, apatah lagi ketika itu anak-anak beliau masih kecil dan mentah. Itu mulanya DS Wan Azizah berpolitik. Bukan dia gila jawatan politik, tetapi terpaksa demi suami tercinta. Jika benar DS Wan Azizah ini gila jawatan, sudah lama beliau menunjukkan perangai macam Bik Mama yang bergelar `Hajjah' tu sewaktu DS Anwar menjadi orang No. 2 dalam kerajaan dulu. Jadi, di mana lojiknya kata Zul Kulim bahawa DS Wan Azizah menangis di depannya kerana terpaksa kosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh? Ketawa lagi aku bila Zul Kulim sebut, dia tolak tawaran jadi Pengarah di dalam GLC Selangor yang menjanjikan elaun bulanan lebih kurang RM50,000 sebulan. Aduuuhh...tengok muka Zul Kulim ni korang percaya ke dia tolak tawaran tu jika betul ada? Elaun sebanyak tu kalah gaji PM tu !! Zul Kulim kononnya tolak kerana dia berjuang atas dasar keikhlasan.....wakakakakaaaaaa... Kalau aku, aku ambil je jawatan tu pasal aku boleh bayar hutang-hutang aku kat kawan-kawan semasa berkempen dulu. Tak tahan telinga aku mendengar kawan-kawan merata-rata sebut pasal hutang aku. Buat apa aku pakai kopiah `Ali Baba' kalau aku mati nanti dalam berhutang? Orang semua tahu Zul Kulim, bahawa kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru tu sepatutnya dikosongkan awal lagi kerana ada dakwaan kamu tak jelaskan penyata pilihanraya sebelumnya. Sebab tu akhirnya petisyen yang dibuat oleh Umno Kulim Bandar Baru tu `selesai' di luar mahkamah sebab ada `rundingan' rahsia. Apa rahsianya? Rahsianya dapat dilihat sekarang di mana Zul Kulim jadi Wakil Rakyat Bebas. Ertinya, PKR hilang kerusi itu. Jika petisyen itu dulu dibawa ke mahkamah, maka terpaksa diadakan P/raya di situ, kompom PKR terus memegang kerusi tersebut. Hasilnya, niat mereka tercapai untuk melihat PKR kehilangan kerusi tersebut. Masakan `free' je kot....mesti ada sesuatu di sebalik kopiah Zul Kulim. Nampaknya semakin Zul Kulim bercakap, semakin nampak kebodohannya. Jadi, lebih baiklah Zul Kulim baca `Memoir' Dr Syed Husin tu, dan saman beliau. Sekali lagi kita bertanya, ada berani? |
Video: Guan Eng tunjuk baik pulak... kahkahkah... Posted: 23 Nov 2011 12:00 AM PST Guan Eng : ''Saya Lebih Penting Kerja Untuk Rakyat Daripada Cari Populariti '' Oleh Mohd Ezli Mashut GEORGETOWN 20 Nov : Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata beliau lebih menumpukan usaha dan gerak kerja untuk menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri yang berjiwa rakyat berbanding mengejar untuk populariti. Sebelum ini, Lim dimasukkan dalam satu kajian personaliti kepimpinan di Malaysia yang dijalankan oleh Unit Kajian Media dan Pilihan Raya Universiti Islam Antarabangsa. Kajian itu mendapati bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terus kekal popular walaupun berundur pada 2003 manakala Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Lim menyaksikan populariti mereka merosot. Kajian itu juga menunjukkan peningkatan populariti untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak. Lim berkata kajian berkenaan populariti itu bukan suatu yang penting, kerana ramai lagi pemimpin di negara ini yang lebih popular. Beliau juga tidak menganggap kejatuhan populariti sebagai suatu perkara yang amat merisaukan. "Untuk saya yang penting bukan populariti yang penting bahawa ialah usaha kerajaan yang berjiwa rakyat yang memartabatkan rakyat, program-program yang kita lancarkan kita harap dapat sempurnakan tugas ini untuk menubuhkan dan mengekalkan sebuah kerajaan yang berjiwa rakyat yang memartabatkan rakyat," katanya disini. Guan Eng berkata lagi, beliau agak terkejut namanya tersenarai dalam kajian pemimpin yang popular sedangkan sebelum ini tidak tersenarai dan menganggapnya satu kemajuan. "Saya rasa saya bukan pemimpin yang paling popular, jadi saya rasa itu bukan sesuatu yang penting untuk saya,yang popular sudah tentu pemimpin lain seperti Datuk Seri Anwar,atau Nik Aziz atau Najib. "Jadi saya pun terkejut ,mengapa saya, bahawa nama saya dimasukkan. Sebab itu, kalau menyebut bahawa saya kurang popular sebelum ini, nama saya pun tidak tersenarai, jadi ia satu kemajuan untuk saya," katanya. |
Kaldai betoi la puak-puak nih... Posted: 22 Nov 2011 10:00 PM PST Apabila Kaldai Menjadi Syaitan … "Apabila Najib baru-baru ini mengumumkan ISA akan dimansuhkan, anda semua harus tahu ia hanya "sandiwara". Apabila Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein mengumumkan undang-undang baru yang menggantikan ISA akan termasuk 'Penahanan tanpa perbicaraan', Rakyat harus tahu memang kerajaan UmnoBn tergolong dalam golongan orang yang ZALIM. Tuan Guru Nik Abdul Aziz pernah mengingatkan pihak berkenaan bahawa tiap helai bulu roma, setitik peluh dan air mata yang gugur atau keluar dari tubuh 'tahanan tanpa bicara' ini, maka akan dipertanggungjawab di hadapan Allah kelak. Keseksaan yang dialami keluarga tahanan ISA sudah banyak yg kita dengar. Amat sedih dengan kisah mangsa ISA ditahan 'tanpa bicara di mahkamah' selama 7 tahun, anaknya telah meninggal dunia dalam keadaan ayahnya tiada di sisi. Betapa kejamnya apabila isteri 'tahanan tanpa bicara' terpaksa memohon cerai atas tekanan pihak tertentu. Amat memilukan apabila suami dibawa entah ke mana. Setelah seminggu suami diculik oleh SB, si isteri menghadapi tekanan yang tidak dapat dibayangkan. Tinggallah isteri dalam keadaan trauma dan ketakutan bersama anak-anak kecil. Si isteri sedang mengandung 7 bulan. Rumah beliau ditinggalkan dalam keadaan amat berselerak seperti setelah dimasuki perompak. Barang-barang bertaburan di merata ruang rumah. Apabila masa tiba untuk bersalin, si isteri terpaksa memandu kereta bersendirian ke hospital untuk melahirkan anak yang sudah tidak bernyawa, doktor mengesahkan bayi kandungan beliau telah meninggal dunia dalam rahim. Tekanan ditambah lagi dengan anak remaja yang meninggalkan kampung kerana tak selesa tinggal lagi dengan fitnah terhadap ayah mereka. Cuba bayangkan, bagaimana anak-anak remaja ini, ayahnya yang dituduh membunuh dan merompak tanpa bukti dibawa ke mahkamah, dan media membesarkan tajuk ini dengan menyiarkan gambar-gambar mereka selaku penjenayah sepanjang masa. Waktu itu ada anak-anak ini menghadapi peperiksaan UPSR ,PMR, SPM, STPM dan di pusat pengajian tinggi. Diceritakan kisah seorang anak yang dimaklumkan oleh doktor sebagai ada masalah mental… sehingga anak itu begitu lasak dan ganas dan sering melukakan dirinya sendiri. Si isteri seperti putus asa dengan nasibnya dan nasib anaknya. Dia mengatakan kadang-kadang dia terasa seperti hendak membunuh anaknya dan dirinya sendiri. Mungkin kerana tekanan yang hebat lantaran suami yang ditangkap dan ditahan 'tanpa bicara'. Sekarang kita akan mempunyai ISA 1.0 dan ISA 2.0 Tahniah kepada orang-orang yang meletakkan kaldai ini di takhta pemerintahan selama lebih 50 tahun yang lalu .. Apabila anda meletakkan sekumpulan lembu dalam kawasan yang penuh dengan rumput, anda akan menyalahkan lembu kerana makan rumput orang lain! Lembu adalah hanya lembu ... Masalahnya BUKAN dengan ISA. Ia adalah dengan menteri-menteri yang tidak bertanggungjawab dan pihak berkuasa polis yang sewenang-wenangnya menahan 'Rakyat Yang Berani Bersuara' terhadap UmnoBn, untuk melindungi UmnoBn dan simpan dalam kuasa rasuah serta takut kehilangan hak untuk memerintah! .... UmnoBn takut kuasa rakyat yang akan menjatuhkan mereka! Begitu juga Akta baru yang sepatutnya menggantikan ISA adalah sama seperti mengubah tajuk dan segala-galanya, iaitu kereta Proton tetap sama kecuali warna dan aksesorinya. ISA digunakan oleh perkauman UmnoBn, pelampau, pengganas dan hanya akan bertindak ke atas rakyat biasa dan parti-parti pembangkang. Ini kerana, yang menguasai isu ISA ini, sama ada daripada KDN atau Bukit Aman, terdiri daripada mereka yang hatinya keras, tidak lut dengan nasihat agama dan hilang kemanusiaan mereka. GMI, NGO dan parti politik pembangkang sememangnya tidak mampu untuk menghalang keegoan pemerintah. Hanya kebangkitan rakyat sahaja terutamanya Anak-Anak Muda yang dapat menyelesaikan isu ini… Ayuh!!! Anak Muda…. Kita bangkit menentang kezaliman!!! - reformisanakmuda |
Sapa dia Mak Tiri Nazifuddin nih... kahkahkah... Posted: 22 Nov 2011 08:00 PM PST Demi Maruah Najib: Mak Tiri Nazifuddin Perlu Letak Jawatan TUP tup cucu Tun Razak Husseian yang baru hendak berniaga telah meletak jawatan sebagai pengarah bukan eksekutif syarikat Harvest Court Industeries. Sebabnya ialah kerana saham syarikat dimana beliau menjadi pengarah naik berdecung. Saham HC yang hanya 8 sen naik menjadi RM2.14 selepas Nazifuddin anak lelaki kedua Najib dengan Tengku Puteri Zahariah menjadi pengarah. Kenaikan itu menyebabkan timbul berbagai-bagai spekulasi dan kurang senang di pihak Ha Najib. Sebenarnya menjadi perkara biasa di negara ini mana-mana syarikat atau apa sahaja badan yang membabitkan anak pembesar akan mendapat perhatian. Kalau ia membabitkan syarikat bersaham, sahamnya akan naik dan orang akan berebut untuk mendapat peluang kaya cepat. Syarikat berkenaan tidak payah berpengalaman, famous tetapi cukup kalau didalamnya ada anak orang besar ia akan maju. Bukan saja di zaman Ha(ji) Najib menjadi PM. Masa Dr Mahathir jadi PM pun mana-mana saham yang ada kroni Mahathir atau anaknya naik mengejut. Misalnya waktu itu apa saja membabitkan Daim Zainuddin yang dikenali senbagai kroni Mahathir, apa saja syarikatnya akan mendapat perhatian. Mana-mana syarikat saham yang ada kepentingan Daim akan naik melambung. Terbitan awam sahamnya selalu terlebih langgan berkali-kali ganda. Waktu itu Daim tidak payah berniaga komediti seperti sawit atau logam emas, berniaga garam pun syarikat dia menjadi tumpuan ramai. Begitu juga syarikat saham yang ada kaitan dengan menteri dan PM akan naik. Waktu Anwar Ibrahim dalam Umno, syarikat yang ada sangkut paut dengan kroninya juga akan naik berdecun. Banyak kawan-kawan Anwar yang menjadi kaya raya dan membina empayar hanya semalamannya saja. Itu semua bukan apa, kerana berkat Anwar sebagai TPM. Cuma kalau tidak berapa nak naik pun syarikat yang ada kepentingan dengan bekas PM Abdullah Badawi. Entah kenapa, syarikat yang ada sangkut paut dengan Abdullah lumpuh begitu saja? Kerana kebiasaan dan tradisi itu ia tidak menjadi pelik kalau syarikat anak Najib itu sahamnya naik mendadak. Sebaliknya adalah pelik kalau saham tidak naik. Naik turun saham di Security Malaysia boleh mejadi penunjuk dan penanda aras tentang popular atau tidak, wibawa atau tidak seseorang itu. Justeru kenapa Nazifuddin perlu letak jawatan. Apakah dia bimbang kehadirannya di situ boleh menjejaskan reputasi dan karja bapaknya Ha(ji) Najib? Begitukah perkirannya. Pada saya Nazifuddin tidak perlu meleaps jawatan dan keluar dari syarikat itu. Stretagi syarikat HC itu mengambil Nazifuddin untuk melonjakkan sahamnya sudah kena. Strategi bijak. Sesebuah syarikat mahukan wang. Pengampungan sahamnya kepada umum untuk mendapat wang bagi menambah aktiviti atau modal pusingan perniagaan perkara biasa. Ternyata setelah ia melantik Nazifuddin ia mampu melonjakkan sahamnya berribu kali ganda. Apakah perletakan jawatan itu atas nasihat para penyamun terbus yang mengelilingi Ha Najib? Para penasihat Najib telah menasihatkan Nazifuddin supaya melepaskan jawatan kononnya demi menjadi Najib. Begitukah? Dan apakah ada orang dalam keluarga Najib sendiri cemburu dengan prestasi syarikat itu yang akan memberi keuntungan kepada Nazifuddin? Perlu disedari Nazifuddin adalah anak Najib dengan isteri pertamanya Puteri Zahariah atau Ku Yie. Kalaulah para penasihat Najib ala-ala Apco itu bermaksud demikian, Nazifuddin perlu melepaskan untuk tidak menimbulkan masalah kepada bapanya, pendapat itu salah sebenarnya. Nazifuddin tidak akan memberi apa-apa kesan langsung kepada kedudukan bapaknya. Pembelian saham Haverst Court itu tidak sedikitpun menjejaskan reputasi Najib sebagai pemimpin. Ia adalah perniagaan yang bukan dibayangi oleh Najib. Kalau reputasi dan maruah Najib sebagai PM hendak dijaga, bukan Nazifuddin yang perlu letak jawatan atau jadi mangsa keadaan. Yang patut "meletak" jawatan dan "melepas" jawatan ialah ibu tirinya Rosmah Mansor. Banyak kegiatan dan penampil serta penglibatan Rosmah yang telah memburukan imej Najib. Kalau di check dan diperiksa apa yang menjadi sebutan di luar sana ialah tentang Rosmah bukan Nazifuddin. Orang memperkatakan mengenai Rosmah bukan Nazifuddin. Rosmahlah yang dikaitkan kononnya beliau telah memberi keburukan kepada Najib. Gelagat, penampilan dan juga hobi memiliki aksesori mewah bernilaian jutaan ringgit telah menjejaskan reputasi Najib. Yang dikaitkan dengan projek Permata yang diberikan peruntukan RM1 juta dalam Bajet tahun lalu bukan Nazifuddin tetapi Rosmah. Yang dikaitkan dengan kepala terbuka dan bolos bukan Nazifuddin tetapi Rosmah. Yang dikatakan berperangai seperti Imelda Marcos bukan Nazifuddin tetapi Rosmah. Yang dikatakan menggunakan bomoh dan digelar wanita puaka bukan Nazifuddin tetapi Rosmah. Yang dikaitan dengan pembelian cincin bernilai RM24 juta bukan Nazifuddin tetapi Rosmah. Yang dikatakan terlibat dalam pembunuhan Altantuya bukan Nazifuddin tetapi Rosmah? Semua Rosmah, Rosmah dan Rosmah. Sebenarnya sebelum Nazifuddin melepas jawatan sepatut satu referendum dibuat oleh kalangan penasihat Apco Najib siapakah yang lebih memburukkan Najib, Rosmah atau Nazifuddin? Saya percaya dan yakin perletakkan jawatan Nazifuddin sebagai pengarah bukan eksekutif dan tetap memegang saham bernilai 3,982000 itu boleh membaik pulihkan imej Najib yang dicemari oleh kegiatan dan penampilan serta gaya hidup mewah mak tirinya, si Rosmah. Kalau benar Najib mahu pulihkan imej, menghindarkan orang bercakap mengenai keburukannya penasihat perlu menasihatkan Rosmah meletakkan jawatan bukan Nazifuddin. Mungkin kalau Rosmah meletak jawatan dari segala jawatan yang dipegangnya, imej Najib akan pulih sedikit. Ha Najib perlu sedar yang isterinya sudah banyak mengoyak dan merobekkan maruahnya sebagai suami dan juga perdana menteri Malaysia. Memahami itu bagi saya perletakan Nazifuddin itu bukanlah penawar untuk menjaga reputasi Najib tetapi ia disuruh berbuat begitu kerana ada sangkut paut dengan dengki khianat orang di keliling Najib terhadap Nazifuddin. Imej dan maruah Najib tetap akan seperti persepsi hari ini selagi Romah tidak melepas jawatan. Saya teringat kata-kata bekas pemimpin tertinggi Indonesia, katanya kalau Bapak Najib jadi Perdana Menteri dia bakal berhadapan dengan masalah bukan dengan parti oposisi tetapi dengan isterinya sendiri Ibu Rosmah. Apa yang pernah diucapkan oleh pemimpin itu nampak menjadi kenyataan. Pemimpin itu ada menyebut apakah tindakan yang perlu Najib lakukan, tetapi biarlah saya cerita di posting lain. http://msomelayu.blogspot.com/ |
Seronok ooo boleh dok mengata kat UMNO... kahkahkah... Posted: 22 Nov 2011 06:00 PM PST Dunia kroni Umno: Wang Wang Wang! Ketua Audit Negara telah melakukan kerja yang sangat baik dalam mengeluarkan laporan audit yang menunjukkan penemuan yang jelas dan tidak dapat dinafikan tentang bagaimana wang telah dibelanjakan dan dibazirkan oleh kerajaan UMNO-BN dan jentera mereka pada tahun 2010. Baru-baru ini kerajaan persekutuan UMNO-BN telah memaklumkan kepada rakyat bahawa ia harus meminjam lebih banyak wang untuk perbelanjaan pada tahun 2012 iaitu sebanyak RM45.9 bilion, kira-kira 4.7% daripada KDNK seperti yang dibentangkan di Parlimen. Walaupun pakar ekonomi telah cuba untuk mencari jalan untuk meningkatkan ekonomi dengan mengurangkan perbelanjaan dan mengurangkan pinjaman untuk mencapai bajet seimbang, mereka yang memegang kuasa mempunyai rancangan lain. Mereka dalam usaha untuk mengalihkan perbelanjaan yang dicadangkan untuk mendapatkan pulangan wang untuk diri mereka sendiri. Tidak berminat dalam menjalankan tugas dengan baik Kami mempunyai banyak contoh; Pusat Fidlot Kebangsaan lebih berminat untuk menjana wang bukannya untuk mencapai sasaran penghasilan lembu yang cukup berdasarkan wawasan Kementerian Pertanian. Kenyataan daripada bos NFC sendiri, seperti yang dilaporkan bahawa pulangan pelaburan dalam hartanahlah yang mereka kejar kerana ia lebih menarik dan bukannya meningkatkan bilangan lembu. Beliau juga berkata bahawa jumlah lembu adalah lebih daripada 'cukup' walaupun beliau tidak langsung mempertikaikan penemuan audit. Masalahnya, dalam usaha menguruskan Pusat Fidlot Kebangsaan, beliau seharusnya berfikir lembu, lembu dan lembu; tetapi sebaliknya dia memikirkan wang, wang, wang. Sama seperti skandal PKFZ. Mereka juga memikirkan wang dan bukannya mengusahakan perniagaan yang boleh digunakan untuk menjana faedah jangka masa panjang. Keadaan kucar-kacir dalam melaksanakan dan menguruskan projek itu adalah kerana pelaku dan kumpulan yang lebih berminat memikirkan bagaimana mendapatkan sejumlah besar wang dengan mudah. RM100 bukan untuk membantu tetapi gimik publisiti untuk Najib dan BN Kerajaan baru sahaja mengumumkan pemberian RM100 untuk setiap pelajar sekolah, dan bukannya memberikan buku percuma. Ini bakal mencipta kerumitan dan masalah untuk semua orang. Lebih buruk lagi, ini sebenarnya hanyalah gimik iklan percuma untuk kerajaan UMNO-BN untuk menunjukkan mereka "baik hati dan penyayang". Kerajaan UMNO-BN memberi wang dan wang, wang, wang untuk ibu bapa. Tetapi apabila sudah berada di tangan ibu bapa, apakah jaminan kerajaan bahawa wang itu akan digunakan untuk tujuan yang dimaksudkan? Royalti minyak, Felda, KLMRT dan projek-projek lain Seterusnya, Kelantan telah meminta wang royalti petroleum daripada kerajaan persekutuan yang telah memakan satu jangka masa yang agak lama. Malah "wang ehsan" untuk Kelantan dari kerajaan persekutuan itu bukan berada di bawah kawalan kerajaan Kelantan. Mereka telah kehilangan wang yang sebenarnya hak mereka! Sekarang kerajaan persekutuan cuba untuk mengambil minyak dari perairan di Kelantan dan berita mengenai perkara ini telah dilaporkan sebagai "rompakan terang-terangan kekayaan Kelantan". Di sini, kerajaan UMNO-BN "secara terang-terangan "mencuri" wang Kelantan. FELDA pula sangat bernasib baik. Walaupun ia telah kehilangan sebahagian besar wang, ia boleh meminjam daripada KWSP sebanyak RM6 bilion dan kita semua bolehlah andaikan bahwa ia tidak akan dibayar balik. Itu juga wang kita! Projek mega RM5 bilion, menara 100-tingkat, pembangunan semula tanah Penjara Pudu dan pangkalan udara Sungai Besi tidak berjalan kerana tidak ada wang yang cukup. Begitu juga dengan pengindahan sungai Klang oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Pihak-pihak berkepentingan dalam projek MRT KL juga mempunyai wang dalam fikiran mereka apabila cuba untuk membangunkan tanah-tanah strategik di sepanjang laluan. Mereka berkata wang itu adalah untuk membiayai projek MRT itu sendiri. Sekarang mereka memutarkan cerita yang berbeza, mereka tidak mempunyai wang. Akhirnya, rakyat dalam kesusahan Jadi, adakah lebih baik bagi kita sekiranya kerajaan UMNO-BN kini tidak mempunyai wang yang cukup? Dengan cara yang itu, pemimpin-pemimpin dan sekutu mereka tidak dapat lagi mencuri daripada kita. Atau ia akan menjadi bencana yang lebih besar bagi kita rakyat, kerana tidak kira apapun, mereka tetap akan mengemis, meminjam atau mencuri untuk skim jana wang mereka terus berjalan? Kerana, apa lagi cara lain untuk mereka mengkayakan diri sendiri jika tidak merompak lebih banyak dana kita yang kita hasilkan dengan titik peluh kita |
15 Jambatan Menggerunkan Di Dunia Posted: 22 Nov 2011 04:00 PM PST 1. Hussaini Hanging Bridge, Pakistan 2. Aiguille du Midi Bridge, France 3. William Preston Lane, Jr. Memorial Bridge (Bay Bridge), Maryland 4. Sidu River Bridge, China 5. Royal Gorge Bridge, Colorado 6. Puente de Ojuela, Mexico 7. U Pain Bridge, Myanmar 8. Iya Valley Vine Bridges, Japan 9. Cikurutug Bridge, Indonesia 10. Carrick-a-Rede Rope Bridge, Northern Ireland 11. Capilano Suspension Bridge, Canada 12. Trift Suspension Bridge, Switzerland 13. Canopy Walk, Ghana 14. Mackinac Bridge, Michigan 15. Millau Viaduct, France - Addin |
5 Keampunan buat isteri yang solehah... Posted: 22 Nov 2011 02:30 PM PST Umar R.A. berkata : Kami memaafkan padanya kerana beberapa hak yang harus aku tanggung , 1- Kerana dia menjadi dinding bagiku dari api neraka, sehingga hatiku tenang dan jauh dari perkara yang haram. 2- Dia menjadi penjaga rumahku dan hartaku jika aku keluar. 3- Dia bertanggungjawab menjaga kebersihan rumahku. 4- Dia menjadi murabbi atau pendidik kepada anak-anakku. 5- Dia bertanggungjawab dalam urusan makan minumku. Kitab Tanbihul Ghafilin . Jilid 1 & 2 . M/S : 804... |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan