Addin |
- Dasar Pemimpin UMNO, Dapat Bini Muda Cerai Bini Tua
- Media Sosial, Setakat Mana Persediaan Pakatan Rakyat?
- Akibat Desakan, Anak Najib Letak Jawatan
- Mengapa Rasulullah Melarang Minum Sambil Berdiri?
Dasar Pemimpin UMNO, Dapat Bini Muda Cerai Bini Tua Posted: 23 Nov 2011 05:00 AM PST Sebelum ini Menteri dari sarawak Nor Efendi Nawawi,, ambik janda arwah artis Hani Mohsin,, Tiara Jaqeuline, cerai bini tua.... Terkini Ahli Parlimen dari Kinabatangan Sabah, Bung Mokthar, boleh bini artis cun tembam,,,, cerai bini tua.... Sikit hari lagi kita boleh tunggu, tuntutan harta sepencarian bekas isteri tua di mahkamah syariah,, juta-juta bro...... - Manjung Mari |
Media Sosial, Setakat Mana Persediaan Pakatan Rakyat? Posted: 23 Nov 2011 01:00 AM PST 20 November, UMNO/BN mengadakan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra yang juga merupakan ibu pejabat UMNO. Perhimpunan yang mengumpulkan hampir 1,500 orang pengamal media sosial pro UMNO-BN dari seluruh negara itu, turut dirasmikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak. Penulis dimaklumkan konvensyen semalam adalah satu daripada beberapa siri program sama yang menghimpunkan pengamal media sosial/baru pro UMNO-BN yang telah diadakan sepanjang tahun ini. Walaupun penulis yakin majoriti yang datang 'diupah' untuk menghadiri program tersebut (difahamkan antara RM500 – RM100 seorang) tapi itu bukanlah satu alasan untuk kita memandang sepi persediaan UMNO-BN dalam menghadapi 'peperangan siber'. Konvensyen itu sendiri menunjukkan keseriusan UMNO-BN dalam menghadapi 'peperangan maya' yang bakal berlaku dalam kempen pilihanraya umum ke-13 yang bakal diumum pada bila-bila masa. Maka itu, sesuai dengan namanya 'peperangan', maka Najib mengelarkan peserta perhimpunan ini sebagai 'tentera baru' UMNO-BN. Dan perhimpunan semalam menandakan bermula pergerakan 'tentera baru' ini dalam menjawab dan membalas serangan dari Pakatan Rakyat, tidak terkecuali mensensasikan fitnah dan pembohongan terutama sekali yang berkaitan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Persoalan penulis sekarang ialah, bagaimana pula persediaan sama dipihak Pakatan Rakyat? Mungkin kita tidak perlu ke tahap mengadakan konvensyen seperti mana yang dilakukan UMNO-BN tapi kita perlukan program-program hampir sama untuk menaikkan semangat dan menggerakkan 'tentera maya' kita pula. Statistik terbaru menunjukkan bloggers/facebookers Pakatan Rakyat tidak lagi mendominasi alam maya sebagaimana kita mendominasinya pada beberapa pilihanraya yang lepas bermula pada pilihanraya umum 1999. Kebanyakkan bloggers kita terlalu bergantung kepada portal berita seperti Malaysiakini, Malaysian Insider, Free Malaysia Today dan Harakah Daily untuk mendapatkan sumber berita rujukan. Tidak kurang juga yang 'menceduk' jawapan dari portal berita yang disebutkan untuk membalas serangan cybertroopers UMNO-BN. Ini bukanlah satu masalah tapi dengan beberapa portal seperti Malaysiakini yang kemorosotan langganan lanjutan dari beberapa penyiaran berita yang disangsikan kebenarannya, sedikit sebanyak imej bloggers 'mesra' Pakatan Rakyat yang memetik berita ini untuk menjawab serangan cybertroopers UMNO-BN akan turut terjejas. Penulis masih ingat dahulu kita mempunyai barisan bloggers yang begitu hebat dan mendominasi carta web yang mendapat 'hit' tertinggi. Kebanyakkan mereka ini mempunyai susun atur pentadbiran sendiri malah mempunyai 'field reporter' mereka sendiri juga. Antaranya 'TerengganuKite Online', MSO, Siasah Online dan Jeff Ooi (sekadar menyebut beberapa). Dari segi sokongan kepimpinan juga hebat. Hasil pendedahan dan siasatan oleh para blogger kita digunakan oleh kepimpinan atasan untuk disensasikan di peringkat lebih tinggi, bukan seperti sekarang, bloggers kita pula mensensasikan pendedahan yang dilakukan kepimpinan tertinggi. Blogger seperti Jeff Ooi diberi pengiktirafan tersendiri apabila dicalonkan dan menang dalam pilihanraya umum 2008 bagi kerusi parlimen Jelutong di Pulau Pinang malah dilantik sebagai Chief of Staff bagi pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang. Dari segi peruntukkan pula kerajaan Pakatan Rakyat Selangor pada 2009, memperuntukkan sebanyak RM 10 juta untuk tujuan membiayai operasi bloggers dan pengamal media sosial seperti facebook dan twitter yang pro Pakatan Rakyat. Hebat, memang hebat tapi kenapa sejak 2008, kita mengalami kemerosotan yang agak ketara? Blogger pro UMNO seperti PapaGomo malah Minda Intelek Melayu (MiM) yang hanya diwujudkan pada 2009, sudah mengatasi kita. Itu belum lagi bercakap tentang blog politik seperti MyKMU, Agenda Daily dan sebagainya yang telah wujud lebih lama. Ini adalah sesuatu yang kita semua perlu sama-sama fikirkan, masa yang ada sudah tidak banyak dan kelebihan pula berada di tangan UMNO-BN kerana mereka berkuasa untuk menentukan tarikh pilihanraya. Tambah menakutkan, bukan itu saja kelebihan yang mereka ada, sumber mereka juga tidak terbatas dari apa segi sekalipun. Kalau kerajaan negeri Selangor saja memperuntukkan RM 10 juta, bayangkanlah berapa pula yang boleh diperuntukkan UMNO-BN untuk cybertroopers mereka? Komisyen kapal selam saja sudah RM 500 juta lebih, bayang-bayangkanlah saja tu./suaraPR |
Akibat Desakan, Anak Najib Letak Jawatan Posted: 23 Nov 2011 01:00 AM PST KUALA LUMPUR — Saham Harvest Court Industries Bhd menjunam berikutan muncul berita bahawa anak Perdana Menteri, Mohd Nazifuddin Mohd Najib telah meletakkan jawatan semalam sebagai Pengarah Bukan Eksekutif syarikat itu. Mohd Nazifuddin memiliki 3.982 juta saham Harvest Court. Sehingga pukul 9.55 pagi tadi, kaunter itu turun 42 sen kepada 98 sen dan muncul kaunter paling rugi, lapor Bernama Online. Pada 15 November, Bursa Malaysia Securities menggantung dagangan kaunter itu sambil menyatakan sekuriti Harvest Court Industries dan waran Harvest Court Industries dijadikan sekuriti bertanda berkuat kuasa 16 November berikutan spekulasi berlebihan di dalam dagangan kedua-dua sekuriti itu. Dengan penandaan itu, dagangan kaunter itu dibenarkan tetapi perlu membuat bayaran awal sebelum membeli dan baki sekuriti yang tidak terikat sebelum pelupusan dilakukan. Semalam, kaunter itu ditutup meningkat 4.0 sen kepada RM1.40. Harvest Court mengendalikan empat segmen, iaitu pengeluaran produk kayu, pembinaan, pembangunan hartanah dan pegangan pelaburan dan lain-lain./tmi |
Mengapa Rasulullah Melarang Minum Sambil Berdiri? Posted: 22 Nov 2011 09:00 PM PST Dalam hadis disebutkan "janganlah kamu minum sambil berdiri". Dari segi kesihatan. Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfinger. Sfinger adalah suatu struktur muskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup. Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada 'pos-pos' penyaringan yang berada di ginjal. Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi. Terus menuju kandungan air kencing. Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana. Benar, penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi. Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: "Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri". Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk." Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat. Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan keras. Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan. Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan. Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna. Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum. Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat. Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus. Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak. Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut. Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran makanan atau minuman yang masuk. Sebagaimana keadaan keseimbangan pada masa berdiri disertai pengecutan otot pada kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke usus secara mudah, dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa makan dan minum. Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata: "Lihatlah orang itu duduk seperti budak." Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: "Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak." Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan. Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya, "Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan" - Hadis Riwayat Bukhari. - tulahan |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan