Selasa, 22 November 2011

shalehudin

shalehudin


Video saat-saat Harimau muda ligan ayam 5-4...

Posted: 22 Nov 2011 08:00 AM PST

TAHNIAH pada pasukan Harimau muda Malaysia yang telah memperoleh pingat emas dengan menewaskan Indonesia 4-3 menerusi tendangan penalti selepas terikat 1-1 dalam masa 120 minit pada perlawanan akhir di Stadium Gelora Bung Karno,Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta semalam.

Keangkuahan penyokong Indonesia yang berjumlah hampir 80,000 akhirnya runtuh. Mereka terdiam membisu kerana'diaibkan' para pemain Harimau Muda Malaysia dinegara sendiri... PADAN NGAN MUKA!!! Kahkahkah...

Tahniah buat pasukan negara yang diketuai oleh Ong Kim Swee kerana berjaya mengekalkan pingat emas dalam acara ibu segala pingat iaitu bola sepak.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak negara yang berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Sea 2011.

"Tahniah saya ucapkan kepada pasukan bola sepak Malaysia yang baru sahaja memenangi pingat emas di Sukan Sea dalam aksi final yang mendebarkan sebentar tadi.

"Semoga pasukan bola sepak negara terus mengukir kecemerlangan," ujarnya yang juga Menteri Besar Kelantan menerusi twitter.

Video gol pertama Malaysia...

Saksikan video saat-saat penalti ini..
Sumber video : Sokernet

Caya lah Sayfool... anugerah sijil dekan tuhhh...

Posted: 22 Nov 2011 07:38 AM PST

UUM Anugerah Sijil Dekan Untuk Saiful Bukhari.

Di sebalik cabaran dan dugaan berdepan isu liwat, Mohd. Saiful Bukhari Azlan masih mampu mencapai kejayaan dalam pelajaran apabila menerima Anugerah Sijil Dekan Universiti Utara Malaysia (UUM) hari ini.

Beliau yang mengikuti pengajian jarak jauh di UUM cawangan Kuala Lumpur dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Hal Ehwal Antarabangsa memperoleh purata nilai gred keseluruhan (CGPA) melebihi 3.50.

 "Anugerah dekan ini membawa makna besar kepada saya, keluarga dan sahabat-sahabat saya. Ia memberi motivasi dan semangat terhadap saya untuk mengekalkan prestasi ini di samping meningkatkan potensi diri sehingga tamat pengajian.

"Walaupun terdapat beberapa pihak yang memandang hina terhadap saya berhubung kes liwat tersebut yang berjalan lebih tiga tahun, namun saya tetap cekal dan fokus terhadap pelajaran kerana saya juga ingin berjaya dalam hidup," katanya kepada Mingguan Malaysia pada Majlis Penganugerahan Sijil Dekan UUM di sini hari ini.

Mohd. Saiful Bukhari, 26, adalah antara 72 pelajar pengajian jarak jauh UUM cawangan Kuala Lumpur menerima Sijil Anugerah Dekan dan Sijil Kecemerlangan Akademik universiti itu.

Anugerah disampaikan Naib Canselornya, Datuk Dr. Mustapha Ishak.

Sumber - Utusex Malaysia.

Salim Parlan akhirnya mengaku berkhalwat

Posted: 22 Nov 2011 05:36 AM PST

GEORGETOWN: Selepas beberapa kali dihadapkan ke mahkamah, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan, 51, dan bekas pembantu peribadinya akhirnya mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah hotel di Batu Ferringhi, di sini, April lalu.

Pengakuan itu dibuat Salim dan Nur Diayana Norslan, 30, di hadapan Hakim Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya sejurus pertuduhan dibaca semula ke atas mereka di Mahkamah Syariah Batu Gantung, di sini, semalam.

Salim yang memakai baju putih dan berseluar hitam dilihat hanya menunduk dan sedikit gelisah, manakala Nur Diayana pula menangis teresak-esak selepas membuat pengakuan di kandang tertuduh.

Salim didakwa mengikut Seksyen 27(a) Enakmen Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996, manakala Nur Diyana didakwa di bawah Seksyen 27(b) enakmen sama.

Sabit kesalahan, mereka boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Nik Bukhari Hashimy bagaimanapun menetapkan 19 Disember ini bagi menjatuhkan hukuman terhadap mereka berdua yang tidak diwakili peguam.

Sebelum ini, pada 21 Jun lalu, Salim mengemukakan semakan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Nik Bukhari Hashimy yang membenarkan perbicaraan kes khalwatnya diteruskan.

Pada 15 September lalu pula, Mahkamah Tinggi Syariah di sini membenarkan perbicaraan kes khalwat itu diteruskan.

Sejurus prosiding selesai, Salim dilihat terlebih dulu keluar dan Nur Diayana pula dilihat keluar kira-kira lima minit selepas itu sebelum dilihat menaiki Perodua Alza putih yang menunggunya di luar mahkamah.- myMetro

Jawapan terbaik bagi kat UMNO... kahkahkah...

Posted: 22 Nov 2011 03:30 AM PST

RM100 hanya terselit di celah gigi

PERDANA Menteri Najib melalui bajetnya memberi RM500 kepada setiap keluarga miskin dan timbalannya, Muhyiddin Yassin pula memberi RM100 kepada setiap murid sekolah.

Tidak kira apakah ia pemberian bulanan atau tahunan, tetapi pemberian itu adalah bagi meringankan keperluan keluarga miskin dan persekolahan anak-anak kita.

Ada pun pemberian kepada murid-murid itu, bolehkah ia tidak berbangkit lagilah anak tidak bersekolah kerana tidak ada perbelanjaan dan tidak ada lagi murid-murid ke sekolah tanpa duit poket untuk ke kantin semasa rehat.

Jika dikatakan untuk meringankan beban kehidupan, akan tepat sasaran itu kiranya ia pemberian bulanan, tetapi kalau untuk tahunan tidak ada apa yang dapat diringankan.

Sebagai pemberian tahunan, setiap murid dapat kurang dari 50 sen bagi setiap hari bersekolah. Bagi keluarga miskin pula dapatlah kira-kira RM 1.50 sen sehari.

Dibandingkan dengan kenaikan harga barang yang melambung beberapa kali setahun dan perbelanjaan hidup yang bertambah mahal, maka pemberian itu jadi makanan yang terselit di celah gigi saja.

Ada pun semua pemberian tetap baik untuk murid mahupun kepada keluarga miskin, tidaklah pernah dibuat selama ini.

Selama ini semasa negara kita belum membangun sehingga ke peringkat sedang membangun, keadaan kemiskinan adalah tinggi, tidak pernah kerajaan beri duit poket kepada murid sekolah dan orang-orang miskin secara terus.

Ada kerajaan menyediakan peruntukan melalui jabatan kebajian untuk orang miskin tegar, ibu-ibu tunggal yang daif, terutama yang kurang upaya.

Ada berupa bantunan bulanan atau untuk beberapa bulan sekali. Semua pemberian itu adalah secara terpilih dan mereka yang meminta saja. Yang tidak minta dan tidak sanggup berlulang ke pejabat kebajikan, nescaya tidak merasa apa-apalah.

Tetapi kerajaan Najib ini bermurah hati pula. Dia sedia beri kepada semua fakir miskin. Tidak secara pilihan lagi. Asal fakir dan miskin berhak dapat. Daftar sajalah kepada institusi tertentu.

Mungkin pemurah Najib itu didorong oleh sikap isterinya tidak lokek dan tidak sayang duit untuk berbelanja, maka antaranya dilimpahkan kepada fakir dam miskin yang memerlukan.

Tetapi yang sanggup diberi pada hari ini ialah kira-kira 50 sehari bagi hari bersekolah kepada setiap murid dan sekada RM1.50 sehari bagi satu keluarga fakir. Itu yang terdaya kerajaan bagi.

Dulu kerajaan tidak rasa wajib memberi kepada setiap fakir. Tetapi untuk tahun 2012 ini kerajaan bersetuju memberinya sekali pun sekadar yang disebut tadi.

Bersyukurlah sekali pun tidak sebanyak mana. Dari tak ada langsung, baiklah ada sekali pun sekadar10 sen sehari.

Kerana apa kerajaan sanggup bagi RM500 kepada fakir dan RM100 kepada murid?

Mungkin kerana kerajaan sekarang terasa lebih senang sedikit dari masa-masa lalu. Dulu kerajaan tidak sanggup dan tidak dapat menimbangkannya, mungkin kerana tidak cukup duit.

Atau mungkin juga kerajaan di masa lalu mengira rakyat masih sanggup menampung keperluan mereka walau sefakir mana sekali pun. Ertinya rakyat masih boleh berikhtiar dan tidak pernah rasa terdesak untuk berjumpa along.

Tetapi dengan tahap negara hampir mencapai taraf negara maju, rakyat sudah tidak terdaya lagi hidup sekali pun terpaksa bergantung kepada sabsidi yang mula dikurangkan dari semasa ke semasa.

Memang kenaikan harga barang yang tidak tertahan itu menyebabkan rakyat berada di atas paras kemiskinan menjadi orang miskin, orang miskin jadi miskin tegar. Kiranya di bawah miskin tegar itu ada pula fakir, maka inflasi dan stagflasi menjadinya fakir.

Selama ini ketika jauh dari tahap negara maju, kerajaan tidak memberi laut kepada yang memerlukan laut, tetapi memberi mereka pancing supaya tahu mencari lauk sendiri.

Tetapi bertambah menghampiri negara maju, kerajaan terpaksa beri pula RM100 setahun kepada setiap murid, dan RM500 pula kepada setiap si miskin. Ertinya kerajaan terpaksa beri lauk pula, tidak lagi memberi pancing.

Selepas 54 tahun merdeka kerajaan bukan saja tidak beri pancing kepada rakyat tetapi terpaksa mengadakan lauk. Adakah teruk sangat rakyat sekalian?

Atau ia satu pemberian untuk menghadapi PRU 13? Tidakkah ia tanda-tanda kerajaan BN dan pemimpinnya sudah miskin dengan idea dan tindakan?

Saham Azmin boleh melonjak naik ka kalu camni...

Posted: 22 Nov 2011 01:30 AM PST

Azmin Wakil Rakyat Paling Sistematik

Oleh Mohd Sayuti Omar

TIDAK melampau kalau saya isytiharkan Ahli Parlimen Gombak yang juga Adun Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali adalah wakil rakyat yang bersistematik berdasarkan pengalaman saya sendiri. Belum pernah saya terjumpa cara berkerja dan juga melayani rakyat seperti dilakukan oleh Azmin. Saya bergaul dengan lebih 300 orang wakil rakyat dari semua fraksi, Umno, Pas, PKR dan juga DAP.

Tetapi tidak ada seorang pun dari 300 orang wakil rakyat itu termasuk menteri yang berhubung dengan rakyat atau menyatakan terima kasih kepada rakyat seperti mana Azmin walaupun perkara kecil. Maaf ... dalam hal ini wakil rakyat Pas terkebelakang sekali. Selain dari Azmin ada dua tiga orang lagi wakil rakyat yang menggunakan surat untuk berintraksi dengan saya.

Keduanya ialah wakil rakyat dari BN bertaraf menteri dan seorang lagi wakil rakyat BN juga bertaraf ahli Parlimen dan kini menjadi Adun. Kedua mereka berasal dari Kelantan. Saya pernah menerima surat dari kedua mereka ini hanya untuk memaklumkan sesuatu yang boleh disampaikan dengan mulut saja.

Jelas cara bekerja Azmin adalah bersistematik, kemas, mengkagum dan profesional. Dan kalau boleh saya sebut stail Azmin sama juga dengan cara Tengku Razaleigh Hamzah menghormati orang. Saya pernah menerima surat balasan dari Tengku Razaleigh hanya kerana menghantarkan kepadanya sebuah buku tulisan saya.

Baru sekejap tadi seorang pegawai di pejabat Azmin telah mengirimkan sepucuk surat mengucapkan tahniah atas majlis kenduri meraikan perkahwinan anak saya semalam. Surat itu juga beliau membuat apologis kerana tidak dapat hadir.

Apalah sangat surat itu? Tetapi bagi saya rakyat marhaen mendapat surat dari wakil rakyat merasakan satu penghargaan besar. Surat memilik sentimen value yang tinggi bagi orang seperti saya.

Saya tahu Azmin boleh mengirimkan ucapan selamat dan apologis itu menerusi SMS atau dengan memberi komen di blog saya. Tetapi beliau tidak berbuat begitu dan mengambil sedikit masa serta menggunakan kertas untuk memberi ucapan itu. Kalaulah semua wakil rakyat berkhidmat seperti Azmin saya kira mereka tidak ada masalah untuk terus disayangi rakyat.

Bagaimana pun mungkin kebagusan Azmin dalam bab ini tetapi tidak dalam bab-bab lain. Itu saya tidak peduli dan mengambil kira. Seperti saya katakan tadi pengiriman surat ini sesuatu yang membanggakan saya.

Azmin bukan saja mengirimkan surat seperti itu tetapi beliau tidak pernah melupai untuk mengirimkan saya saban tahun kad ucap selamat hari raya dan kad jemputan rumah terbukanya. Walaupun beliau ada menjemput menerusi banner atau siaran akhbar, tetapi beliau tetap mengirimkan kad secara rasmi.

Ini stail dan kelebihan Azmin bagi saya.

Oleh kerana itu kalau orang nampak saya saban tahun ke rumah terbukanya, usahlah cemburu kerana dia melayan saya penuh profesional. Wajar kalau saya juga membalas sikap baik itu dengan penuh kehormatan.

Di sini saya menyeru wakil rakyat terutamanya dari Pas belajarlah berurusan seperti Azmin dan ambil berat hal rakyat walaupun perkara itu agak kecil nilainya. Sebab penilaian itu bermula dari perkara yang remeh temeh. Kalau hal yang ringkas dan mudah tidak dapat dilaksanakan, macamana hendak memerintah dan mentadbir negeri. Rakyat yang celik akan menilai kemampuan seseorang atau sesebuah parti itu dari kerja-kerja ringkas dan kecil saja

http://msomelayu.blogspot.com

Helaian hidup Syed Husin Ali...

Posted: 22 Nov 2011 12:00 AM PST

Selepas memoir SHusin: Menunggu "buku baru" Anwar ...

Pelancaran buku Memoir Perjuangan Politik Syed Husin Ali, malam 16 Nov lalu, agak istimewa. Sentuhan bekas Timbalan Presiden KeADILan yang juga mantan Presiden Parti Rakyat Malaysia itu memang ditunggu-tunggu.

Sepertimana buku Dua Wajah, yang mengisahkan pengalaman ditahan ISA selama enam tahun, gaya penceritaan Dr Syed HUsin cukup menarik dan memaksa pembaca menekuninya dari muka ke muka.

Majlis di Pusat Konvensyen Shah Alam itu juga mendapat sambutan hebat. Dewan penuh, ada yang berdiri. Selain dihadiri pemimpin KeADILan pelbagai peringkat, ia juga menemukan ramai kenalan lama Syed Husin, termasuk mereka yang mendampinginya semasa pembabitan awal dalam politik. Untuk sebuah majlis pelancaran buku, ia boleh dianggap luar biasa.

Ucapan kenalan rapatnya seperti Dr Sanusi Osman, A Samad Said, Tian Chua dan Anwar Ibrahim dilafaz secara santai dan bersahaja. Agak lama saya tidak mendengar Anwar disapa dalam majlis rasmi dengan panggilan "saudara" dan bukan lagi "Dato' Seri". Malah Abd Khalid Ibrahim turut mengakui terpaksa membuat kerja rumah "membedah" buku tersebut sebelum berani merasmikan program yang melewati jam 11 malam itu.

"Macam ceramah politik pula malam ini, dah pukul 11 lebih baru tamat majlis," kata seorang Adun muda KeADILan semasa saya berjalan keluar dewan. Mungkin biasanya majlis pelancaran buku tidak berlangsung lama. Saya perhatikan ramai yang terpaksa menunggu giliran berbaris panjang untuk mendapatkan tandatangan Dr Syed Husin.

Meskipun Anwar sendiri mengakui beliau meminta majlis berkenaan diberikan keutamaan oleh Menteri Besar, selaras dengan kepentingan membudayakan tradisi ilmu, manakala Pengerusi KeADILan negeri, Azmin Ali telah mengerahkan aktivis parti seluruh bahagian di Selangor menghadirinya, namun saya kira pengalaman berkaca Dr Syed Husinlah yang lebih menarik minat orang ramai, termasuk saya, yang menggagahi diri memandu dari Ampang membelah hujan dan kesesakan lalu lintas.

Semua mengetahui keghairahan Anwar dengan buku sejak dalam kerajaan. Justeru, walaupun dengan nada berseloroh beliau mengumumkan syarat bahawa sesiapa yang berhasrat menjadi calon KeADILan dalam pilihan raya umum ke-13 mesti memiliki dan membaca memoir Dr Syed Husin itu, saya kira peringatan tersebut akan diambil perhatian serius.

Tian Chua yang berucap membuka majlis, mengesan keunikan tokoh politik seperti Syed Husin, yang baginya tidak mudah tergiur dengan kuasa. Bukankah politik dan kuasa sukar dicerai-tanggal tetapi beliau tetap dilihat berprinsip, istiqamah dan hidup sederhana? Tawaran jawatan senator pun sulit sekali dihadapinya, dan seperti didedahkan sendiri dalam buku, beliau terpaksa menerimanya selepas "diperangkap"oleh rakan-rakan.

Beliau mengakui bahawa "yang paling aku tidak senangi ialah gelaran Yang Berhormat atau YB ... kepada kawan-kawan aku beritahu aku tidak akan melayan mereka jikalau mereka menggunakan gelaran YB itu selepas dua kali".

Pak Samad juga menyentuh kesederhanaan hidup Syed Husin. "Antara persamaan kami berdua adalah kami masih memakai capal," katanya mengakhiri ucapan. Isteri saya yang duduk di sebelah, turut tersenyum sambil berkata, "samalah tu ...." Ya, saya sendiri tidak memakai sepatu sejak lebih 25 tahun lalu!

Banyak babak menarik atau pendedahan yang dirakam Syed Husin melalui memoirnya ini. Kita dapat menelusuri era awal penubuhan parti-parti pembangkang, dan bagaimana kezaliman pemerintah melakukan taktik kotor, bukan sahaja untuk melemahkan kekuatan dan pengaruh oposisi dengan tahanan tanpa bicara, malah bertindak menyusupkan agen untuk memecah-belahkan parti.

Saya tertarik dengan beberapa episod penting pengalaman politik Syed Husin selepas Anwar dipecat dan diaibkan Dr Mahathir Mohamad, misalnya latar belakang gerakan reformasi, percantuman PRM dan KeADILan, pertandingan Timbalan Presiden yang mendebarkan, alasan Ezam keluar parti, dan kegagalan untuk membentuk kerajaan pada 16 September. Begitu juga dengan peristiwa beliau ditolak sebagai calon PRU12 di Kota Bharu, yang dikaitkan dengan faham sosialisme.

Sebuah laman web lebih tertarik untuk menonjolkan bab Ezam berpaling tadah. Menurut Syed Husin, Ezam pernah memberitahunya, sebulan sebelum meletakkan jawatan, bahawa beliau kesempitan wang dan malu kerana terpaksa bergantung kepada pendapatan isterinya.

"Doktor, sekarang saya tiada pekerjaan dan tidak ada sumber pendapatan. Pendapatan saya sebanyak US$3,000 sebulan di Indonesia sebagai pengarah sudah terhenti sejak syarikat itu tutup. Sekarang saya terpaksa bergantung hanya kepada pendapatan isterti saja. Malulah, walaupun gajinya besar juga, kira-kira RM8,000. Saya kena cari peluang untuk mendapatkan satu dua jawatan pengarah. Ini boleh hanya jika ada bukti saya sudah meninggalkan parti," kata Ezam, seperti dinukil Syed Husin dalam bukunya.

Bagaimanapun, Ezam dalam responsnya berkata, perbualannya seperti dirakam semula Syed Husin itu bukan dalam konteks keluar parti. Sebaliknya, kata Ezam, beliau menceritakan kesusahannya, antaranya kerana tidak mempunyai kerja, sebagai respons kepada "kekecewaan" Syed Husin dengan Anwar dan Azmin yang didakwa mewah.

Saya kira mungkin beberapa pendedahan lain dalam memoirnya itu akan turut disanggah atau dilihat dalam perspektif berbeda. Ya, ia satu perkembangan menarik yang boleh merancakkan perbahasan dan penilaian semula terhadap sejarah. Sama-samalah kita tunggu.

Semasa berucap, Syed Husin sempat menitip pesanan penting terutama buat mereka yang mengimpikan untuk menguasai Putrajaya dalam PRU13. Sikap sesetengah wakil rakyat yang enggan turun padang merasai gelora hati masyarakat bawahan, khususnya pengundi di kawasan masing-masing ditegurnya. Beliau mahu setiap aktivis Pakatan kembali merenung perjuangan masing-masing; apakah sedia berkorban dan sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat?

Dalam halaman akhir bukunya, beliau menekankan tentang dasar dan matlamat parti yang belum dihayati sepenuhnya, selain disiplin sesetengah pemimpin dan anggota yang masih agak lemah. Syed Husin turut mengakui pernah menulis catatan panjang kepada Menteri Besar Selangor, yang mengandungi senarai masalah dan cabaran-cabaran kerajaan negeri, termasuk sebuah artikel dalam buku "mengenai Reformasi Kerajaan Selangor, akan tetapi kelihatan tiada kesannya".

Syed Husin sudah menerbitkan memoir politiknya, dan sebelumnya Dr Mahathir melalui A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad. Rasanya lebih ramai menunggu nukilan Anwar, seperti dibangkitkan pengacara majlis malam itu, Amir Sari. Apa pun, mungkin Anwar mahu menyempurnakan dahulu tugasnya untuk membentuk "sejarah baru" daripada menulis "buku baru" ...

Umno mengganas di San Francisco... haha...

Posted: 21 Nov 2011 10:00 PM PST

Pelajar disembur semburan lada

RAKAMAN video menunjukkan seorang anggota polis menggunakan semburan lada terhadap barisan penunjuk perasaan di Universiti California, Amerika Syarikat Jumaat lalu. - AP

SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Sekumpulan penunjuk perasaan yang mengadakan protes di kampus Universiti California sebagai menyokong gerakan duduki Wall Street disembur semburan lada pada jarak dekat oleh seorang anggota polis berpakaian seragam antirusuhan dalam insiden yang tersebar di Internet kelmarin.

Canselor Universiti California, Linda Katehi menyifatkan rakaman kejadian itu sebagai 'menakutkan' dan mengarahkan satu jawatankuasa bertindak ditubuhkan untuk menyiasat kejadian itu.

Bagaimanapun, seorang pegawai polis yang menonton klip video rakaman beberapa pelajar itu menyatakan pengunaan kekerasan dalam insiden tersebut merupakan prosedur standard polis.

Dalam klip video berkenaan, seorang anggota polis dilihat menyembur semburan lada terhadap penunjuk-penunjuk perasaan yang sedang duduk.

Mereka bertindak menutup muka tetapi tidak melawan dengan beberapa pelajar menjerit meminta anggota polis berkenaan supaya berhenti berbuat demikian.

Klip video itu yang tersebar di YouTube dan beberapa laman web lain menimbulkan kemarahan pelajar pusat pengajian tinggi AS. - AP

Soklan senang yang payah Umno nak jawab... kahkahkah...

Posted: 21 Nov 2011 08:00 PM PST

Dalam Keadaan Selesakah Umno-Bn Untuk Menghadapi PRU 13?

OLEH Litmohd

Hari raya ke tiga korban pada hari ini iaitu 12 Zulhijjah 1432H bersamaan 8 November 2011, penulis meronda sekitar bandar bagi mendapatkan sarapan untuk anak-anak yang pulang bercuti.

Kedai ke empat barulah dapat membeli makanan yang dihajati dek orang yang ramai di semua premis sarapam pagi. Lebih sejam masa diambil untuk mencari sarapan pagi itu bagi penulis yang mendiami di pusat bandar ini di kira terlalu lama.

Memang budaya orang Melayu jika sudah tiga hari kedai bercuti tiada nasi kandar dan roti canai, apabila buka sahaja, berpusulah pelanggan di semua premis.

Biarpun makanan berisiko seperti roti canai, orang sanggup menunggunya, termasuklah penulis. Di Perlis, roti canai telah mencecah RM0.80 sekeping. Di Kuala Lumpur sudah tentulah RM1.00 sebagai mengiring kenaikan harga semua barang-barang.

Mungkin mereka belum lagi merasai beban kenaikan harga barang-barang. Yang penting boleh makan apa sahaja yang digemari buat masa ini. Biasalah orang Melayu yang begitu lama ditarbiah oleh Umno tidak mampu berfikir apa yang akan berlaku di masa hadapan.

Situasi seperti ini , penulis rasa wujud di seluruh negara di ketika cuti perayaan. Orang ramai sanggup menunggu dan makan dengan selesa. Pastinya ia adalah suatu fenomena yang di kehendaki oleh Umno-BN kerana ia menggambarkan Malaysia yang aman damai dan rakyat masih mempunyai banyak wang untuk berbelanja.

Dek budaya seronok dan makan orang Melayu, apa sahaja isu yang didedahkan oleh media massa tidaklah diendahkan sangat oleh warga penduduk. Isu-isu seperti korupsi, ketirisan wang rakyat, gejala sosial dan jenayah, kurang diambil peduli atau mereka sudah lali dengan isu-isu sedemikian.

Perkataan 'biasalah' , 'sama saja siapa perintah' , 'kalau hang dok di atas pun..' atau 'kalau aku pun dalam keadaan macam tu..' Itulah ungkapan-ungkapan yang biasa kita dengar.

(Catatan; hang – bahasa utara bermaksud awak).

Biarpun sebuah akhbar di muka hadapannya memaparkan berita dua bayi baru lahir dijumpai terbuang di Nilai dan di Petaling Jaya dengan gambar seorang bayi yang dijumpai itu masih hidup.

Itulah antara berita pagi yang sempat dilayar oleh mata penulis ketika memerhati secara rambang tajuk-tajuk berita di beberapa buah akhbar sementara menanti makanan yang di minta.

Memang benar, berita buang bayi sudah menjadi berita lumrah di Malaysia, dan ia sudah tidak lagi direspon oleh rakyat. Apakah ia merupakan petanda bala' dari Allah sudah ke tahap maksimum!

Di ketika saat yang celaru seperti ini juga Umno tetap menolak Hudud sebagai jalan penyelesaian ke atas gejolok umat ini dengan memberi pelbagai helah.

Bukankah bayi-bayi yang dibuang itu hasil dari penzinaan yang berleluasa. Peliknya biarpun bayi itu dibuang di sungai atau di parit atau disembunyikan ia tetap akan dijumpai oleh manusia. Bukankah Allah SWT mahu manusia menyaksikan di hadapan mata kepala mereka sendiri hasil perbuatan mungkar yang dilakukan oleh manusia dan hasil kerana tidak mahu melaksanakan hukum Allah.

Kita boleh merujuk balik kajian yang dibuat badan-badan yang berautoriti, angka-angka yang begitu menakut kan bersabit penglibatan remaja di dalam seks bebas, gejala porno, anak yang tidak sah taraf termasuklah bayi yang dibuang sehingga terwujud pula sekolah remaja mengandung di Melaka itu yang majoritinya adalah orang Melayu Islam.

Rakyat yang sudah lali dengan kebobrokkan dan kepincangan sosial di dalam negara baru-baru ini dikejutkan pula dengan laporan Audit Negara yang mendedahkan berlakunya penyelewengan, pembaziran dan ketirisan wang rakyat berbiilion ringgit serta peningkatan hutang yang serius. Ia menggambarkan betapa kepincangan tadbir urus kewangan oleh kerajaan pusat sudah ditahap membimbangkan.

Laporan Audit ini mengesahkan betapa amalan korupsi dan kronism yang sentiasa menjadi buah mulut rakyat memang mempunyai asasnya.

Di saat genting seperti ini yang menggambarkan betapa isu sosial dan pengurusan di dalam Negara sudah di tahap meruncing Umno masih menggunakan hujah akal untuk menolak perlaksanaan dasar Islam secara menyeluruh sebagai jalan penyelesaian kehidupan umat.

Di saat PAS sedang menerangkan (berdakwah) kepada rakan-rakan bukan Islam samada di dalam Pakatan Rakyat atau di luar tentang kebaikan peraturan Islam, Umno memintasnya dengan mengatakan ia belum sesuai dan pelbagai lagi hujah akal.

Jelas, Umno sebenarnya menjadi penghalang perlaksanaan sistem Islam, biarpun mendakwa mereka parti yang memperjuangkan Islam.

Biarpun telah berkuasa dan menerajui negara lebih 50 tahun, namun Umno gagal memberi gambaran Islam yang sebenar kepada rakan-rakan bukan Islamnya di dalam BN sehingga mencetuskan keraguan melampau malah penentangan terhadap Islam seperti dilakukan oleh pemimpin rakan Cina mereka, Chua Soi Lek.

Umno usah merasa memadai dengan perlaksanaan sistem Islam dari aspek-aspek tertentu sahaja seperti zakat, takaful, perbankan Islam, haji dan sebagainya kerana dilihat ia boleh menjana keuntungan.

Umno hendaklah yakin bahawa perlaksanaan apa sahaja dasar Islam termasuk Hudud tetap akan memberi keuntungan dan kebaikan kepada seluruh manusia kerana Islam adalah sistem cara hidup yang diturunkan dari langit oleh Allah SWT yang mencipta manusia dan segala isi makhlukNya.

Di saat Umno menuduh PAS menggunakan agama untuk berpolitik, Umno sendiri banyak terperangkap oleh agenda-agenda politik yang menjadi darah dagingnya. Kes Aziz Bari sudah cukup menjelaskan siapa yang bermain politik.

Malah agenda politik Umno terserlah di dalam isu-isu penguatkuasaan bersabit agama dan kepentingan rakyat terutama di Selangor dan Pulau Pinang yang menjadi target rampasan kuasa mereka.

Akibat agenda politik keterlaluan dan tidak 'smart' Umno juga tewas untuk mempolitikkan isu ceramah Mat Sabu biarpun seluruh jentera terutama media dikerah 24 jam untuk membenamkan PAS atas anggapan liar PAS sudah jadi komunis.

Justeru tidak memadai di saat rakyat dan negara sedang berdepan dengan hentaman gejolok, ombak, badai dan gelora yang berkesinambungan, tiba-tiba pilihanraya mahu diadakan hanya semata-mata terpampang gambar di muka hadapan akhbar pengampunya, Perdana Menteri dan isteri sedang bertawaf di Kaabah.

Usahlah kerana politik, kouta tambahan untuk jemaah haji dibolot habis, sehingga mengambil hak ramai jemaah lain yang sekian lama sabar menanti dan ikhlas untuk menunaikan ibadah rukun ke lima itu.

Media massa talibarut dan pengampu Umno perlu ingat bahawa akan tiba masanya rakyat yang semakin bermaklumat dan cerdik terutama golongan muda akan menolak secara total cara mereka menghidangkan maklumat untuk rakyat.

Pergolakan di Timur Tengah yang menyaksikan kejatuhan satu persatu rejim yang begitu lama berkuasa dan menindas rakyat sepatutnya menjadi pengiktibaran buat Umno kerana arus kebangkitan rakyat pada satu tahap ia tidak boleh dibendung lagi.

Apakah Umno-BN akan menggunakan apa cara sekalipun seperti pernah diucapkan oleh Perdana Menteri terutama sebagai strategi mereka untuk merampas kembali negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat, yang merupakan negeri-negeri yang sangat strategik buat negara kita.

Dengan tidak mempedulikan tuntutan Bersih 2.0 sebaliknya memprogramkan pula kerakyatan kepada warga asing agar membolehkan mereka mengundi Umno-BN seperti dijejaki oleh penyiasat Pakatan Rakyat merupakan ingauan-ingauan ngeri buat demokrasi di Malaysia.

Ingat, biarpun di dalam keadaan tidak selesa, demi survival politik dan kuasa Umno boleh melakukan apa sahaja hatta secara tidak demokratik dan membelakangkan perlembagaan seperti mana pernah mereka lalukan di dalam drama 'coup de tat' Negeri Perak dari Pakatan Rakyat dua tahun lalu.

UMNO Rosak dan Teruk -Tun Mahathir

Posted: 21 Nov 2011 06:00 PM PST

Oleh: laniismaa

UMNO tidak membuat apa-apa kemajuan yang berkesan sejak Pilihanraya umum 2008 dan tidak dapat untuk mendapatkan sokongan daripada orang Melayu, kata Tun Mahathir melalui menjelang Perhimpunan Agung UMNO melalui temubual Utusan Malaysia."UMNO sudah menjadi rosak dengan teruk apabila Tun Abdullah Badawi mengambil alih. Ini kerana beliau mengutamakan keluarganya dan macam-macam lagi pertuduhan rasuah dan pelbagai lagi.

Lepas itu orang tahu tentang penglibatan menantunya. Sekarang ini UMNO yang rosak ini diwarisi oleh Datuk Seri Najib untuk beliau perbaiki. UMNO memerlukan banyak masa supaya ia boleh diperkuatkan. Tapi beliau pun sibuk dan tidak mempunyai masa yang cukup. Pemimpin-pemimpin UMNO yang lain pula belum ada kredibiliti dan masih baru", kata Tun Mahathir 'kondem' Pak Lah.

"Tidak nampak perubahan yang berkesan dan UMNO pun tidak boleh mempertahankan diri. Bila dituduh rasuah senyap, bila dituduh rasis pun hanya senyap. Malah nak sebut nama Melayu pun sudah tidak boleh lagi, kalau sebut sahaja sudah jadi rasis. Orang lain boleh sebut bangsa mereka tapi orang Melayu tidak boleh. Saya pun dituduh rasis kerana bercakap tentang Melayu", katanya lagi.

Nampaknya kenyataan Tun berlawanan dengan PM dan TPM. TPM begitu yakin dapat merampas semua negeri PR. Tentu ada muslihatnya tentang keyakinan TPM itu.-EkEle.Net

Sampai hati depa kata Polis jadi alat... kahkahkah...

Posted: 21 Nov 2011 04:00 PM PST

Video Fitnah: Umno peralat polis untuk penjarakan Anwar- Surendran

KUALA LUMPUR 21 Nov: Pimpinan Umno-BN memperalatkan polis dalam cubaan untuk memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, tegas Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

Menurutnya, ia berikutan siasatan terhadap ketua pembangkang itu dalam kes video fitnah yang dihadapinya, ketika pilihan raya umum kian hampir.

"Satu siasatan jenayah baru telah dilakukan terhadapnya berdasarkan satu laporan yang dibuat oleh satu DSP Shanmugamoorthy yang telah menyiasat aduan Anwar berhubung ugutan, peras ugut dan fitnah jenayah oleh trio 'Datuk T'.

"Maka, daripada menjadi seorang pengadu, pihak berkuasa telah menjadikan Anwar sebagai orang tertuduh," kata Surendran dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, seluruh siasatan dirancang oleh pegawai tertinggi polis, dengan pengetahuan dan pembabitan peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

"Tiada keraguan satu konspirasi besar sedang berlaku untuk mendakwa dan memenjarakan Anwar Ibrahim," kata Surendran.

Justeru itu katanya, Umno-BN perlu menghentikan salahgunakuasa dengan menggunakan institusi tersebut bagi mengekalkan kuasa politik mereka.

"Kita menyeru kerajaan BN menghentikan penyiasatan dan pendakwaan berunsur politik terhadap Anwar Ibrahim dan menyertai politik demokrasi melalui perbahasan dan wacana awam secara rasional," katanya.

Pada 16 November lalu, polis merakam kenyataan Anwar berhubung dakwaan kononnya memberi 'laporan palsu' dalam kes video fitnah yang dikaitkan dengannya.

Ia berhubung laporan polis yang dibuat Anwar terhadap trio "Datuk T" yang menayangkan satu rakaman video seks kepada petugas media dan individu tertentu di sebuah hotel di ibu negara, Mac lalu.

Tiga individu itu ialah – bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Pimpinan KEADILAN menafikan sekeras-kerasnya individu dalam rakaman itu adalah Anwar berdasarkan bentuk tubuh pelaku terbabit, dan menganggap ia konspirasi terbaru Umno-BN untuk menjatuhkan Anwar.- KD

Video: Mudah ja nak batal aqidah...

Posted: 21 Nov 2011 02:30 PM PST

Tiada ulasan: