AdukaTaruna |
Bahang BERSIH 3.0 : Rang undang2 perhimpunan Aman. Posted: 22 Nov 2011 01:14 AM PST Oleh : AdukaTaruna Bahang 3.0 semakin dirasai. Peliknya, dakwat yang boleh dipadam oleh orang macam papa Gomo masih tak dibuat. Kena gubal undang2 katanya. Kalau betul gubal, guballah. Sebaliknya gubal undang2 baru yang takda kena-mengena. Apsal takut dengan dakwat, gua tak tahulah. Tak respek langsung gua.
|
Semakin banyak gua tahu, semakin banyak gua tak tahu. Posted: 22 Nov 2011 12:42 AM PST Oleh : AdukaTaruna [1] Betullah kata2 Allah. Ilmu, mustahil habis. Gua bermula dari persendirian. Dan kini ditakdirkan Allah untuk berada dalam pelbagai kumpulan. Semakin banyak yang gua tahu, semakin banyak yang gua tak tahu. Semakin banyak yang gua belajar, semakin banyak yang belum belajar. [2] Untuk N3 ini, gua nak share catatan kehidupan gua mengenai hidup berkumpulan. Kata ulamanya, hidup berjemaah. Dalam Jemaah PAS / PKR, ada banyak kumpulan2 sokongan. Ada khusus untuk tarbiah, ada khusus untuk pelajar, macam2 ada. Begitu juga dalam PAS Kelantan. Di sini, selain hampir dengan BERSIH Kelantan, gua juga hampir dengan GEGAR. Satu kumpulan yang diwujudkan untuk pengkhususan menuntut hasil bumi Kelantan untuk Kelantan. [3] Ketika Pemuda PAS Kelantan mengadakan bicara santai sambil makan colek dulu, gua dipelawa membelasah Pemuda PAS secara berdepan. Gua dah ceritakan dalam N3 lepas. Tapi pemalas Melayu gua taknak cari link tersebut. Hua3.. Gua cakap, gua belasah ikut tajuk. Itu pun tajuk falsafah dalam isu. Mengenai kerja2 kumpulan, gua zero. Dan gua sedang belajar. [4] Dikecilkan N3 kepada GEGAR, terasa indah melihat cara mereka berkumpulan. Belajar dan semakin belajar dari mereka ini, membuatkan gua rasa banyak lagi yang gua tak tahu. Gua mulakan dari kematian Kamarulzaman, seorang ahli kumpulan GEGAR. Exco yang menaungi GEGAR itu sendiri, ahli2 GEGAR itu sendiri, bersungguh2 membela Allahyarham dan keluarganya. Mereka menyiapkan peralatan memancing si balu, belanjawan ramalan bulanan, memindahkan rumah supaya rasional dengan belanjawan, supaya rasional dengan keselamatan seorang balu, supaya rasional dengan jarak keluarga terdekat. [5] Semalam, barulah gua berkesempatan menghadiri satu siri majlis tahlil dan pungutan derma Kamarulzaman. Di surau PMBK, SUK. Sebelum ini majlis dibuat sebelah malam, di mana gua berkerja malam sepanjang musim berpuasa. Walaupun gua tidak bersetuju dengan ritual tahlil, tetapi gua hadir atas falsafah solidariti untuk beliau. Ustaz yang membawa tahlil juga ada menyebut usah berbalah mengenai khilaf tahlil. Yang penting, tahlil itu ada pahala pada diri sendiri. [6] Semasa menghadiri program 8 tuntutan @ BERSIH 3.0, gua disapa oleh Jeming dari belakang. "Oi blogger gile!" Gua berpaling. Ceh.. Jeming rupanya.. "Dah.. Ostad Azhar sebut mu gilo. Bila nak langgar Ostad Azhar? Gua follow." Guraun Jeming didengar oleh seorang peserta. Dia ambil serius! "Bro Aduka kan? Betul ke nak langgar Ostad Azhar? Ikut boleh?" Gila.. atas falsafah apa gua nak langgar itu ostad? Adakah label gila kepada gua itu boleh melewatkan atau melumpuhkan usaha mencilok sistem IRM di Malaysia ini? "Ceh.. lu dengar la cakap Jeming tu, bro.." [7] Sebenarnya, perjuangan haruslah mempunyai falsafah yang jelas. Begitu juga dengan kumpulan GEGAR. Gua hampir, masuk, belajar dan menilai mereka. Apakah setiap ahli GEGAR akan beroleh laba dan untung jika berjaya mendapatkan royalti tersebut? Secara atas kertasnya, memanglah tidak. Kerana royalti akan masuk atas nama kerajaan negeri. Bukan atas nama GEGAR. Itu atas kertas, bagaimana pula di luar kertas? Wallahualam. Allah lebih tahu. Tapi Allah suruh gua menilai yang zahir. Yang rasional pada manusia. Selebihnya kerja Allah. Apakah rasional pada zahirnya? [8] i. Gua tak fikir gua adalah GEGAR walau berada dalamnya. Kerana gua bukan Kelantanis. Hasil bumi Kelantan untuk rakyat Kelantan sendiri. Tetapi, jika gua adalah GEGAR, gua rasa, gua adalah paling muda. 30 tahun. Secara purata, GEGAR adalah 40 tahun. Secara purata juga, lelaki Malaysia hidup 50 tahun. Gua tak fikir mereka mengecapi laba royalti dalam 2 penggal lagi (2 x 5 tahun). ii. Orang GEGAR paling bekerja kuat, lebih kuat dari hiraki NGO tersebut, Syam Ghaz ada membayangkan pesanan. Supaya membela keluarganya, dan keluarga yang lain jika mereka turut mati awal. Ini menunjukkan mereka tahu, apa yang mereka perjuangkan belum tentu hasilnya ketika mereka hidup. iii. Seperti sedia maklum, orang yang 'naung' GEGAR adalah Ku Li dan Husam. Exco ekonomi. Itu bidangnya. Keahliannya. Ramai orang menuduh orang ini tersangat mahu menjadi MB. Dan tajuk 8 ini adalah tajuk mencari kejelasan falsafah dalam perjuangan. Jika Anwar Ibrahim mahu menjadi PM, gua tak fikir beliau berani memasukkan Sultan2 atau YDPA dalam statement perjuangan politiknya. Ini mengenai kejelasan falsafah perjuangan. Jika Husam Musa mahu menjadi MB Kelantan, gua tak fikir beliau berani memasukkan Sultan Kelantan dalam statement perjuangan politiknya. Ini mengenai kejelasan falsafah perjuangan. Kerusi untuk perjuangan atau perjungan untuk kerusi? Tetapi apakah yang berlaku dalam perjuangan GEGAR? Untuk mencari kejelasan sebuah falsafah. Kelantan dapat royalti 6 tahun lagi? [9] Ketika forum raya ke 4 dulu, Izzah, Nasution dan Husam; Husam ada mengingatkan Nasution. Di depan hadirin yang rata2nya Kelantan. "Saya mungkin sudah bersara ketika itu. Tetapi jika Saifudin berada dalam kabinet, sila ingat ini. Kembalikan royalti milik Kelantan." Ketika itu, hati gua memberontak mahu menghampiri microphone sekali lagi untuk menuntut 20% seperti janji Anwar kepada Sabah dan Sarawak. Jika Sabah dan Sarawak 20%, mengapa Kelantan hanya 5%? Tapi mujur gua sedar ic gua 05. Kah3... [10] Semakin banyak gua tahu, semakin banyak gua tak tahu lagi. Semakin banyak gua belajar, semakin banyak gua tak belajar lagi. Sebagai penutup kepada catatan kehidupan gua ini, marilah kita saksikan video ini : Sumber : http://youtu.be/rNa8_FvSQtw |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan