Addin |
- Jari Anak Gaddafi Di Potong Oleh Pemberontak?
- UIA Isytihar Perang Dengan Timbalan Menteri?
- Punca Air Kelantan Kotor
- (Video) Taktir Kotor Indonesia Untuk Memenangi Pingat Emas Bola Sepak
- 15 Jambatan Menggerunkan Di Dunia
- 2 Orang Penyokong Indonesia Terbunuh Di Gelora Bung Karno
- Kisah Aneh Semasa Menguruskan Jenazah
Jari Anak Gaddafi Di Potong Oleh Pemberontak? Posted: 22 Nov 2011 05:00 PM PST
Seorang dokter, Senin (21/11/2011) malam, memicu rumor bahwa jari-jari Saif al-Islam, putra Moammar Khadafy, dipotong pemberontak Libya. Dokter Andrey Murkhovsky, seorang dokter bedah di rumah sakit, tidak mengesampingkan kemungkinan bahwa cedera di tangan kanan Saif merupakan hasil serangan balas dendam. Murkhovsky, yang memeriksa luka Saif hari Minggu, meragukan klaim putra sang tiran itu bahwa cederanya disebabkan serangan rudal NATO. Rumor itu muncul saat terjadi tarik-menarik soal nasib Saif. Faksi-faksi dalam Pemerintah Libya bertengkar tentang di mana Saif akan diadili. Saif, yang dulu disebut-sebut sebagai bakal penerus rezim ayahnya, saat ini berada dalam tahanan di kota Zintan, barat daya Libya. Sejak Khadafy tewas bulan lalu, ada berita bualan di antara para pemberontak bahwa Saif sempat ditangkap juga di dekat Sirte dan jari-jarinya dipotong dalam hukuman mengerikan karena kebiasaannya, yaitu secara arogan menunjukkan jarinya. Saat Saif (39) akhirnya ditangkap di padang pasir di selatan negara itu Sabtu lalu, ia difoto dengan perban meliliti jari-jari tangan kanannya. Senin malam, Murkhovsky, yang merawat Saif di Zintan, mengatakan, bagian atas ibu jari dan jari telunjuk tangan kanan Saif hilang dan luka-lukanya "berantakan". Dokter itu mengatakan, "Dia mengatakan kepada saya bahwa ia terluka oleh sebuah rudal dalam pemboman NATO. (Luka-luka) itu bisa karena ledakan bom. Itu aneh karena saya berpikir akan ada luka-luka lainnya di tubuhnya, tetapi ternyata tidak ada." Saif dihentikan hari Sabtu lalu saat ia mencoba melarikan diri ke Niger. Ketika itu Saif mengenakan pakaian padang pasir dan berpura-pura menjadi penggembala unta.Pada saat para jaksa bersiap terbang dari Pengadilan Kriminal Internasional di Den Haag, Belanda, brigade Zintan yang menangkap Saif bersumpah untuk mengadili Saif di kota mereka. Mereka berkeras, Saif bisa menerima persindangan yang adil di sana./kompas | ||
UIA Isytihar Perang Dengan Timbalan Menteri? Posted: 22 Nov 2011 07:49 AM PST Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, yang popular dengan pendirian progresif menyentuh transformasi politik, kecewa apabila Universiti Islam Antarabangsa (UIA) membatalkan program yang sepatutnya beliau jayakan di kampus induk pusat pengajian tinggi itu di Gombak, malam tadi.UIA didakwa membatalkan majlis itu atas alasan isu menyentuh Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) masih panas dan tidak mahu mewujudkan masalah. Saifuddin juga merupakan antara ahli politik yang lantang menyuarakan pendiriannya berkaitan dengan isu UIA menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari ketika beliau disiasat universiti itu bulan lalu. "Ya, saya kecewa. Ini kali pertama saya berhadapan dengan pengalaman ini, sepatutnya UIA tidak membatalkan majlis ini . . . ia cuma satu majlis membicarakan tentang buku saya," kata beliau ketika dihubungi malam tadi. Mengikut jadual asal beliau sepatutnya berada di kampus UIA untuk menghadiri majlis membicarakan e-buku beliau bertajuk "Kalau Saya Mahasiswa" sempena program anjuran Persatuan Undang-Undang UIA. "Tetapi, pada saat-saat akhir, program tersebut dibatalkan dan ditangguh sehingga ke tarikh yang lain," kata beliau sambil menjelaskan bahawa "saya menerima maklumat pembatalan majlis saya sekitar pukul 5 petang tadi." "Saya difahamkan mengenai keputusan itu apabila pembantu saya ke UIA petang tadi (semalam) untuk meninjau persiapan akhir. "Tetapi dimaklumkan bahawa majlis saya dibatalkan, dimaklumkan oleh Timbalan Rektor HEP UIA (Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood)," katanya. Saifuddin yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno menambah, beliau mendapat maklumat daripada Nik Ahmad Kamal bahawa pembatalan itu adalah atas arahan rektor universiti tersebut Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin. "Alasan pembatalan ialah kerana isu AUKU sedang hangat diperkatakan," kata Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh. Ditanya sama ada beliau ada menghubungi pengurusan UIA mengenai soal itu, "tidak, malas (mahu bertanya). Kalau tidak mahu beri kebenaran, tak mengapalah." Di sebalik isu menyentuh Aziz, arena politik tempatan masih hangat dengan polemik berkaitan dengan AUKU dengan masyarakat berbelah bahagi dengan syor agar akta itu dimansuhkan ekoran keputusan Mahkamah Rayuan 31 Oktober lalu. E-buku adalah buku kelima Saifuddin dan diterbitkan pada 2009. | ||
Posted: 22 Nov 2011 04:00 AM PST Banyak pihak terkejut dengan serangan mengejut akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia terhadap mutu kebersihan air di Kelantan yang dikatakan mengandungi pelbagai jenis bahan enap cemar yang boleh menjejaskan kesihatan rakyat. Penulis difahamkan bahawa beberapa siri laporan akan disiarkan sepanjang minggu ini bermula dari Ahad lepas. Pada hemat penulis, kajian yang meliputi sampel-sampel air terawat dan tidak terawat yang diambil dari seluruh daerah dalam negeri Kelantan itu bertujuan untuk memberikan gambaran kepada rakyat akan kegagalan kerajaan PAS Kelantan menguruskan air dengan baik sehingga menjejaskan kesihatan rakyat. Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam kenyataan balasnya menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah dan manipulasi UMNO untuk melemahkan kerajaan PAS di Kelantan. Memang diakui air Kelantan kotor tapi tidaklah sampai ke tahap yang boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius di kalangan rakyat apatah lagi YANG TERKOTOR!! Logiknya, kalau benar air Kelantan begitu tercemar seperti dilaporkan, sudah tentu habis kosong negeri ini kerana rakyatnya mati akibat dari meminum air yang dibekalkan atau didapati dari sumber terbuka yang lain. Tapi itu tidak berlaku dan menunjukkan ada yang tidak kena dengan laporan Utusan Malaysia itu. Bagi penulis pula, kenapa Utusan mengambil sampel dari air yang tidak terawat? Namanya pun air tidak terawat, sudah tentulah mengandungi pelbagai jenis mineral dan bakteria yang berbahaya kepada manusia. Lebih baik Utusan Malaysia mengambil sampel air dari kolam-kolam takungan Indah Water di seluruh negara (bukan setakat Kelantan) dan penulis yakin kandungan logam berat dan bakteria lain akan jauh lebih tinggi. Ini adalah satu contoh propaganda busuk oleh Utusan untuk menjatuhkan kepimpinan kerajaan PAS Kelantan. Soal kegagalan membekalkan air bersih kepada semua rakyat itu juga sudah berulang kali dijelaskan oleh Tuan Guru sebelum ini. Punca masalahnya ialah dana, Kelantan sejak diperintah PAS dari tahun 1990 telah diketepikan dari menerima bantuan kerajaan pusat untuk menyelesaikan masalah air. Kalau ada pun bantuan yang diberi adalah dalam bentuk pinjaman mudah berjumlah RM 600 juta (yang perlu dibayar balik) pada 1998, itupun sebenarnya tidak cukup untuk mengatasi masalah air di seluruh negeri Kelantan. Sedangkan negeri-negeri lain dibawah UMNO/BN menerima peruntukan dalam bentuk geran untuk menyelesaikan masalah air di negeri masing-masing. Kerajaan negeri sudah berusaha sebaik mungkin menguruskan wang tersebut untuk mengatasi masalah air di Kelantan tapi masih lagi gagal kerana seperti disebutkan, kos sebenar adalah jauh lebih besar dari jumlah pinjaman yang diluluskan lebih 13 tahun dulu!!! Dalam kekurangan itu pun, kerajaan PAS Kelantan berjaya juga membekalkan air bersih kepada 57% rakyat negeri ini – satu pencapaian yang penulis anggap sesuatu yang membanggakan!! Jadi pendedahan Utusan Malaysia itu ibarat membuka pekung di dada kerana terbukti bahawa UMNO-BN lah yang bertanggunjawab atas segala permasalahan yang timbul. Sebagai negeri yang berada di bawah Persekutuan Malaysia, Kelantan tidak seharusnya dipinggirkan dalam soal penyelesaian masalah air ini. Dalam masa yang sama, penulis menggesa kerajaan negeri pimpinan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Utusan Malaysia atas pembohongan yang disebarkan mengenai mutu air di Kelantan ini. Paling tidak mendapatkan injuksi mahkamah untuk menghalang penyiaran artikel artikel serupa ini supaya rakyat tidak terus dikelirukan oleh akhbar yang jelas tidak punya maruah dalam setiap penerbitannya. | ||
(Video) Taktir Kotor Indonesia Untuk Memenangi Pingat Emas Bola Sepak Posted: 22 Nov 2011 02:00 AM PST Taktik kotor Indonesia untuk memenangi pingat emas dalam bola sepak. Cukup tak profesional.. syabas pasukan Malaysia mengajar erti semangat kesukanan sebenar pada rakyat Indonesia. | ||
15 Jambatan Menggerunkan Di Dunia Posted: 21 Nov 2011 11:43 PM PST 1. Hussaini Hanging Bridge, Pakistan 3. William Preston Lane, Jr. Memorial Bridge (Bay Bridge), Maryland 9. Cikurutug Bridge, Indonesia - tulahan blog | ||
2 Orang Penyokong Indonesia Terbunuh Di Gelora Bung Karno Posted: 21 Nov 2011 07:18 PM PST
JAKARTA - Dua orang dipastikan meninggal dunia saat desak-desakan suporter di Stadion Gelora Bung Karno, Jakarta, Senin (21/11/2011) malam. Kedua korban berkelamin laki-laki telah dibawa ke Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo. Salah satu korban bernama Reno Alvino (21), warga Cililitan, Jakarta Timur. Reno Alvino adalah additional player band DOT yang dibentuk dua bersaudara Ezza Yayang dan Adam Yayang. Di band tersebut, Reno biasa bermain sebagai drummer. Sementara satu korban lainnya belum diketahui identitasnya. Keduanya meninggal saat terjadi kericuhan di sektor 7 sekitar pukul 19.00. "Kita datang rombongan. Semua pegang tiket. Yang enggak punya maksa masuk jadi dorong-dorongan, jatuh, misah. Dan dengar-dengar, saya cari enggak ada. Tahu-tahu ada dua korban pas desak-desakan. Saya cek ternyata Reno. Dia udah enggak ada," kata saudara sepupu Reno, Helmi (25), kepada Kompas.com. Jenazah kedua korban sempat tertahan di dalam ambulans dengan nomor polisi B 7853 EQ sekitar satu jam. Kedua jenazah baru dibawa ke RSCM sekitar pukul 20.00 menggunakan ambulans yang dikirim dari Dinas Kesehatan DKI Jakarta. "Ambulans bukan peruntukannya. Kami menunggu ambulans yang lebih memadai. Tadi terjebak macet," kata Kartiko, petugas Dinkes DKI menjelaskan mengapa korban tidak langsung dievakuasi dengan ambulans yang ada. Sebelumnya sempat beredar informasi kalau ambulans yang ada di tempat tidak digunakan karena kuncinya hilang. Selain petugas Dinkes DKI, petugas polisi juga mendatangkan Tim Pusdokkes Polda Metro Jaya. Selain korban tewas, desak-desakan penonton di luar stadion yang memaksa masuk juga menyebabkan setidaknya sembilan suporter pingsan. Dalam laga final sepak bola SEA Games Indonesia versus Malaysia, kedua tim dipaksa bermain maksimal sehingga harus berhadapan hingga adu pinalti. Kedua tim bermain imbang 1-1 hingga perpanjangan waktu dan Indonesia kalah dalam adu pinalti 4-3. Indonesia akhirnya harus mengakui keunggulan Malaysia dengan skor 5-4./kompas | ||
Kisah Aneh Semasa Menguruskan Jenazah Posted: 21 Nov 2011 05:56 PM PST Ini adalah kisah benar, kisah proses pengebumian seseorang di sebuah bandar di Jawa Timur. Nama dan alamat sengaja tidak disebutkan untuk menjaga nama baik jenazah dan keluarga yang ditinggalkan. Insya Allah kisah ini menjadi hikmah dan cermin bagi kita semua sebelum ajal menjemput. Kisah ini diceritakan langsung oleh seorang Modin (pengurus jenazah) kepada saya. Dengan gaya bertutur, selengkapnya ceritanya begini : Saya terlibat dalam pengurusan jenazah lebih dari 16 tahun, berbagai pengalaman telah saya lalui, sebab dalam jangka atau kurun waktu tersebut macam-macam jenis mayat sudah saya tangani. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya. Bagaimanapun, pengalaman mengurus satu jenazah seorang yang kaya serta berpengaruh ini, menyebabkan saya dapat kesempatan 'istimewa' sepanjang hidup. Inilah pertama kali saya bertemu cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekaligus memberikan banyak hikmah. Sebagai Modin tetap di kampung, saya diminta oleh anak almarhum mengurus jenazah bapanya. Saya terus pergi ke rumahnya. Ketika saya tiba sampai ke rumah almarhum tercium bau jenazah itu sangat busuk.Baunya cukup memualkan perut dan menjijikan. Saya telah mengurus banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini. Ketika saya lihat wajah almarhum, sekali lagi saya tersentuh. Saya tengok wajahnya seperti dirundung oleh macam-macam perasaan takut, cemas, kesal dan macam-macam. Wajahnya seperti tidak mendapat nur dari Allah SWT. Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak almarhum dan saya potong. Secara kebetulan pula, disitu ada dua orang yang pernah mengikuti kursus "fardu kifayah" atau pengurus jenazah yang pernah saya ajar. Saya ajak mereka mambantu saya dan mereka setuju. Tetapi selama memandikan mayat itu,kejadian pertama pun terjadi, sekadar untuk pengetahuan pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut-urut untuk mengeluarkan kotoran yang tersisa. Maka saya pun urut-urut perut almarhum. Tapi apa yang terjadi, pada hari itu sangat mengejutkan. Allah S.W.T berkehendak dan menunjukkan kekuasaannya kerana pada hari tersebut, kotoran tidak keluar dari dubur akan tetapi melalui mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang terjadi di depan saya ini? Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan kotoran, saya harap hal itu tidak terulang lagi kerana saya mengurut perutnya untuk kali terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah SWT berlaku, ketika saya urut perutnya keluarlah dari mulut mayat itu kotoran bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup. Ulat itu adalah seperti ulat kotoran (belatung). Padahal almarhum meninggal dunia akibat diserang jantung dan waktu kematiannya dalam tempoh yang begitu singkat mayatnya sudah menjadi demikian rupa ? saya lihat wajah anak almarhum. Mereka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapanya,kemudian saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejut dan panik.Saya katakan kepada mereka,"Inilah ujian Allah terhadap kita". Kemudian saya minta salah satu seorang dari pada pembantu tadi pergi memanggil semua anak almarhum. Almarhum pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, kesemuanya laki-laki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di rumah. Ketika semua anak almarhum masuk,saya nasihati mereka. Saya mengingatkan mereka bahwasanya tanggung jawab saya adalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka,bukan menguruskan semuanya,tanggung jawab ada pada ahli warisnya. Sepatutnya sebagai anak, mereka yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu,bukan hanya iman,hanya bilal,atau guru. Saya kemudian meminta izin serta bantuan mereka untuk menunggingkan mayat itu. Takdir Allah ketika ditunggingkan mayat tersebut,tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup, hampir sebaskom banyaknya. Baskom itu kira-kira besar sedikit dari penutup saji meja makan. Subhanallah suasana menjadi makin panik. Benar-benar kejadian yang luar biasa sukar diterima akal fikiran manusia biasa. Saya terus berdoa dan berharap tidak terjadi lagi kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya memandikan kembali mayat tersebut dan saya ambilkan wudhu. Saya meminta anak-anaknya kain kafan. Saya bawa mayat ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu terkecuali waris yang terdekat sebab saya takut kejadian yang lebih aib akan terjadi. Peristiwa apa pula yang terjadi setelah jenazah diangkat ke bilik dan hendak dikafani, takdir Allah jua yang menentukan. Ketika mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu hanya cukup menutupi hujung kepala dan kaki tidak ada lebih, maka saya tak dapat mengikat kepala dan kaki. Tidak keterlaluan kalau saya katakan ia seperti kain kafan itu tidak mahu menerima mayat tadi. Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil pula kain, saya potong dan tampung di tempat-tempat yang kurang.Memang kain kafan jenazah itu jadi sambung-menyambung, tapi apa mau dikata, itulah yang dapat saya lakukan. Dalam waktu yang sama saya berdoa kepada Allah "Ya Allah, jangan kau hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hamba-Mu ini." Selepas itu saya beri taklimat tentang solat jenazah tadi, satu lagi masalah timbul, jenazah tidak dapat dihantar ke tanah pekuburan kerana tidak ada kereta jenazah/mobil ambulance. Saya hubungi kelurahan, pusat Islam, masjid, dan sebagainya, tapi susah. Semua sedang digunakan, beberapa tempat tersebut juga tidak mempunyai kereta jenazah lebih dari satu kerana kereta yang ada sedang digunakan pula. Suatu hal yang saya fikir bukan sekedar kebetulan. Dalam keadaan itu seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk mengeluarkan van/sejenis kereta pick-up dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van. Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu dirumah almarhum, tiba-tiba isterinya keluar. Dengan suara yang tegas dia berkata dikhalayak ramai: "Mas, saya tidak benarkan kereta kita ini digunakan untuk angkat jenazah itu, sebab semasa hayatnya dia tidak pernah mengizinkan kita naik keretanya." Renungkanlah kalau tidak ada apa-apanya,tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian. Jadi saya suruh tuan yang punya van itu membawa kembali vannya. Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mengaku dia anak murid saya. Dia meminta izin saya dalam 10-15 minit membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu,muncul kereta tersebut, tapi dalam keadaan basah dibasuh. Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya lori. Dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam ke pasar,dalam perjalanan menuju kawasan pekuburan. Saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya masyarakat tidak usah membantu kami menguburkan jenazah,cukup tinggal di camping saja akan lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi, takdir Allah yang terakhir amat memilukan. Sesampainya Jenazah tiba di tanah pekuburan, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang dan tiga lagi menurunkan jenazah. Allah berkehendak semua atas makhluk ciptaan-Nya berlaku, semasa jenazah itu menyentuh ke tanah tiba-tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah tanah yang pada asal mulanya kering. Hari itu tidak ada hujan, tapi dari mana datang air itu? sukar untuk saya menjawabnya. Lalu saya arahkan anak almarhum, supaya jenazah bapa mereka dikemas dalam keranda dengan hati-hati. Saya takut nanti ia terlentang atau telungkup na'udzubillah. Kalau mayat terlungkup, tak ada harapan untuk mendapat syafa'at Nabi. Papan keranda diturunkan dan kami segera timbun kubur tersebut. Selepas itu kami injak-injak tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap/ambrol. Tapi sungguh menghairankan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi lecak. Saya tahu, jenazah yang ada di dalam telah tenggelam oleh air hitam yang busuk itu. Melihat keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak almarhum supaya berhenti menginjak tanah itu. Tinggalkan lobang kubur 1/4 meter. Maksudnya kubur itu tidak ditimbus hingga ke permukaan lubangnya, tapi ia seperti kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak bacakan talqin, saya lihat tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air. Masya Allah, dalam sejarah peristiwa seperti itu terjadi. Melihat keadaan itu, saya ambil keputusan untuk selesaikan penguburan secepat mungkin. Sejak lama terlibat dalam penguburan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talqimkan. Saya bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas. Setelah saya pulang ke rumah almarhum dan mengumpulkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri almarhum, apakah yang telah dilakukan oleh almarhum semasa hayatnya. 1. Apakah dia pernah menzalimi orang alim ? 2. Mendapat harta secara merampas,menipu dan mengambil yang bukan haknya? 3. Memakan harta masjid dan anak yatim ? 4. Menyalahkan jabatan untuk kepentingan sendiri ? 5. Tidak pernah mengeluarkan zakat, sedekah atau infaq ? Isteri almarhum tidak dapat memberikan jawabannya. Memikirkan mungkin dia malu Untuk memberi tahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah. Tapi sedihnya hingga sekarang, tidak seorang pun anak almarhum menghubungi saya. Untuk pengetahuan umum, anak almarhum merupakan orang yang berpendidikan tinggi hingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun. Peristiwa ini akan tetap saya ingat. Dan kisah ini benar-benar nyata bukan rekaan. Semua kebenaran saya kembalikan kepada Allah SWT pencipta alam ini. Kepada kita semua pembaca setia renungan Media Informasi ini, tanyalah diri kita akankah kita menginginkan peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu, bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita ? Renungkanlah... Pada akhirnya setelah semalam merenungkan artikel ini dalam hati terbit do'a: "Ya Allah jauhkanlah Aku dan keluargaku dari peristiwa itu dan peristiwa yang semacam dengan itu. Ya Allah jauhkanlah Aku dan keluargaku dari akhlaq yang menjadikan peristiwa itu dan peristiwa yang semacam dengan itu." Wassalamu'alaikum. Untuk saudara-saudaraku yang kucintai kerana Allah...kirimkan berita ini kepada saudara-saudara kita yang lain untuk mengingatkan diri kita semua untuk selalu memperbaiki semua amalan dalam diri kita dan kita adalah mahluk yang lemah dimana apapun yang Allah inginkan tiada yang dapat menghalangiNya./majalah.hidayatullah.com |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan