Ahad, 20 November 2011

shalehudin

shalehudin


Wajib baca, cara UMNO bodohkan Melayu...

Posted: 20 Nov 2011 08:30 AM PST

Kebenaran Tentang 'Subsidi'… Sharizat Dapat Projek Ladang Tembikai

Oleh reformisanakmuda

Semasa cuti dihujung minggu ini, mari kita memahami keadaan sebenar yang sedang berlaku di negara ini, apakah dia yang dimaksudkan 'Subsidi' yang kononnya diberi oleh kerajaan BN :

....... Seorang lelaki yang dipanggil Maha memiliki sebuah ladang yang boleh menghasilkan 10 biji tembikai setiap hari. Beliau mempunyai 5 orang pekerja yang mengendalikan ladang. Setiap daripada mereka makan sebiji tembikai setiap hari.

Baki 4 biji tembikai yang tinggal, tuan rumah menjual pada harga RM10 setiap satu dan dia memperolehi RM40 jualan. Dia gunakan RM25 untuk kos operasi ladang, beri RM2.00 kepada setiap pekerja dan dia menyimpan RM5.00 sebagai keuntungan.

Hari demi hari, ladang itu dimajukan dengan baik dan kesemua 5 pekerja berpuas hati dengan simpanan wang mereka.

Meningkatkan Kualiti Ladang

Apabila Maha meninggal dunia, tuan tanah yang baru, Najib, datang untuk meneruskan operasi ladang.

Dia berkata kepada para pekerja: "Kita perlu untuk meningkatkan kualiti ladang dan mentakrif semula cara kita berfikir. Mulai sekarang anda semua hanya perlu membayar RM1.00 bagi setiap tembikai yang anda makan. Ia sangat murah jika dibandingkan dengan harga RM10 setiap satu di luar ladang".

Para pekerja tiada pilihan tetapi terpaksa membayar RM1.00 bagi sebiji tembikai yang mereka makan setiap hari. Pendapatan mereka berkurangan dari RM2.00 kepada RM1.00 bagi setiap orang.

Seperti biasa, Najib menjual 4 biji tembikai dan dia mendapat RM40. Beliau menggunakan RM25 untuk kos ladang dan membayar gaji RM10 kepada pekerja. Beliau mendapat RM5.00 sebagai keuntungan. Selain itu, beliau mendapat keuntungan RM5.00 dari tembikai yang dijual kepada pekerja-pekerjanya. Secara keseluruhan, dia mendapat RM10 sebagai keuntungan setiap hari.

Penswastaan

Sekarang .... dengan kenaikan harga barang, Najib menaikkan harga tembikai kepada RM20 setiap satu. Najib mendapat keuntungan yang lebih tinggi kerana dia mendapat jualan RM80 untuk 4 biji tembikai setiap hari.

Kemudian, beliau memutuskan untuk memberikan kontrak perladangan untuk diswastakan kepada salah seorang teman rapat, Sharizat.

Sharizat berkata : "Harga tembikai naik, peningkatan kos ladang juga naik".

Jadi, peningkatan kos ladang dinaikkan dari RM25 kepada RM50. Pada hakikatnya, peningkatan kos hanyalah RM30. Jadi lebihan RM20, Najib dan Sharizat berkongsi sama rata yang dikenali sebagai komisyen.

Mari kira berapa banyak Najib dapat setiap hari :

keuntungan bersih jualan - RM20
untung dari peningkatan kos ladang - RM10
jualan tembikai kepada pekerja - RM5

Secara keseluruhan, Najib mendapat RM35 sehari berbanding RM10 pada mulanya apabila beliau mengambil alih ladang dari Maha. Keuntungannya bertambah RM25 dan pekerja masih mendapat gaji RM1.00 sehari.

Subsidi

Atas desakan isterinya, Najib menjadi tamak tidak mahu berhenti di sini :

Satu hari, dia berkata kepada pekerja-pekerja yang lain : "Anda lihat, harga pasaran semasa untuk satu tembikai adalah RM20 dan anda hanya membayar RM1".

"Lihatlah betapa bertuahnya anda! Saya telah memberi SUBSIDI RM19.00 bagi setiap biji tembikai anda beli. Secara keseluruhan, saya beri SUBSIDI RM95.00 untuk tembikai yang anda beli".

"Ini amat membebankan ladang dan kita mungkin menjadi muflis jika kita terus seperti ini".

"Untuk mengelakkan kebankrapan, saya perlu tingkatkan harga tembikai yang anda beli dari RM1.00 kepada RM1.50 , dan saya akan tanggung RM18.50 baki sebiji tembikai sebagai subsidi saya kepada anda semua".

Jadi, dengan pengurangan subsidi, Najib menambah RM2.50 dari pekerja dan keuntungan menjadi RM37.50 .......

Apa Rakyat Perlu Buat

Selepas anda membaca cerita ini, saya pasti anda telah memahami makna 'SUBSIDI' yang diberikan oleh kerajaan.

Pertama sekali , subsidi RM95 TIDAK PERNAH WUJUD dan begitu juga dengan subsidi RM52 bilion petrol dan barangan lain yang kononnya bermurah hati 'diberikan' oleh kerajaan.

Pemotongan subsidi minyak sebenarnya hanya DIREKA-REKA dan alasan untuk mencuri wang dari poket Rakyat sendiri …

Sekarang anda faham mengenai subsidi ! . . ..
Reformis Anak Muda memohon anda memberitahu kepada seluruh Rakyat, terutamanya golongan Pekerja... mengenai penipuan pemimpin UmnoBn dan hakikat sebenar siapa sebenarnya yang mendapat subsidi…

Dan… beritahu mereka apa yang boleh kita buat? ... Mengundi dengan bijak.

Bangsa UMNO jangan baca, pasai hampa memang bangang... kahkahkah...

Posted: 20 Nov 2011 07:00 AM PST

Najib tidak layak terajui negara

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB & ROY RASUL

KUALA LUMPUR : Dato' Seri Najib Tun Razak tidak layak menerajui negara selaku Perdana Menteri kerana terlalu boros menggunakan dana wang awam.

Demikian kata Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa mengulas isu pemborosan Najib dan ahli keluarganya menggunakan dana awam bagi tujuan peribadi.

Beliau ditemui di Pejabat Editorial Harakah ketika lawatan PAS Perak ke sini pada 3 November lalu. "Perdana Menteri terlalu boros menggunakan dana awam untuk ke luar negara termasuk semasa urusan meminang di Kazakhstan.

Lebih daripada itu, kita di Parlimen ada meminta penjelasan mengenai isu pembelian cincin RM24 juta oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor "Namun tiada jawapan.

Mereka kata dibawa masuk ke Malaysia untuk tujuan pameran, tetapi mengapa dalam surat perakuan tidak dikenakan cukai?

"Jika sekadar untuk pameran sementara mengapa tidak dikenakan cukai? Sehingga kini isu ini tidak terjawab," kata Mujahid yang juga AJK PAS Pusat.

Selain itu Mujahid memaklumkan, Najib dan keluarga dilihat terlalu boros menggunakan dana awam dalam lawatan-lawatan ke luar negara termasuk dalam urusan peribadi.

PAS tidak membantah jika Najib ke luar negara atas dasar rasmi seperti rombong an ekonomi dan mencari pelaburan, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, kata Mujahid lagi.

Sebelum ini terdapat dak waan mengenai Rosmah yang membelanjakan RM100,000 sehari untuk menyewa hotel di Dubai, katanya.

"Kita mahu bertanya daripada mana wang itu diperolehi. Terlalu bermewah," ka tanya.

Beliau memaklumkan, per untukan bagi Jabatan Per dana Menteri sahaja menjangkau RM2 bilion dan ianya dibantah oleh Pakatan Rakyat.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 di bawah pentadbiran Najib, hutang awam mencatat kadar kenaikan 12.3 peratus iaitu kenaikan sebanyak RM44.72 bilion dan menjadikan hutang berjumlah RM407.11 bilion pada 2010.

Mengulas isu itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Lubuk Merbau, Zainuddin Mohd Yusof berkata, ia merupakan lonjakan besar jika dibanding dengan jumlah sebanyak RM362.39 bilion pada tahun 2009.

Paling dikesali, pentadbiran Najib gagal mendedahkan elemen perjanjian dengan IPP walaupun beliau tahu TNB sudah mengalami kerugian sebanyak RM453 juta kerana TNB membeli dari IPP pada harga yang jauh lebih mahal.

Setiap tahun kira-kira RM19.7 bilion dibayar kepada IPP yang semuanya dikawal oleh kroni sedangkan risiko akhir akan ditanggung rakyat yang berdepan peningkatan harga elektrik mungkin dalam masa terdekat, katanya.

"Isu pentadbiran ekonomi, kadar inflasi yang tinggi dan tekanan kepada ekonomi rakyat. Kita menghadapi masalah ekonomi tetapi PM Najib Razak berbelanja besar untuk publisiti luar," ujarnya yang ditemui 3 November lalu,

Rakyat dimaklumkan, jum lah perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri dan isteri serta Timbalan Perdana Menteri dan isteri mengikut tarikh, lokasi dan tujuan dari tahun 2008 hingga 2011.

Najib dan isterinya (Rosmah) membelanjakan RM1,739,332.85 (2008), RM4,811,837.48 (2009) RM5,140,307.99 (2010) dan RM5,427,172.26 sehingga Jun 2011.

Turut dilaporkan media alternatif sebelum ini ialah kos penginapan Najib dan Rosmah di hotel mewah Atlantis di Dubai lebih RM100,000 hanya untuk semalaman.

Manakala, kos keseluruhan lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri bagi tempoh sama berjumlah RM8,020,328.07.

Parlimen pula sebelum ini turut diberitahu bahawa kos bagi penyelenggaraan rumah Najib dan timbalannya mencecah

Hampa percaya sapa antara Zul ngan Syed Husin... kahkahkah...

Posted: 20 Nov 2011 05:30 AM PST

Zul nafi minta duit, dakwa Azizah dipaksa letak jawatan

Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin hari ini menafikan bahawa beliau meminta RM60,000 untuk mengosongkan kerusinya bagi membolehkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

Sambil menyifatkan pendedahan yang dibuat oleh Syed Husin Ali menerusi bukunya, Memoir Perjuangan Politik sebagai pembohongan, Zulkifli berkata, veteran PKR itu sendiri yang berjumpanya mewakili Anwar untuk menawarkan supaya kerusi itu dikosongkan.

"Teman (saya) menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Syed Husin tesebut.

"Sebaliknya teman ingin menegaskan bahawa Syed Husin sepatutnya lebih tahu apa yang dikisahkan beliau itu satu pembohongan kerana sebenarnya Syed Husin sendiri yang berjumpa dengan teman mewakili Anwar Ibrahim.

"Untuk menawarkan teman supaya mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu dengan menyatakan bahawa jika teman bersetuju mengosongkannya, Anwar berjanji akan menawarkan jawatan tinggi kepada teman didalam mana-mana GLC kerajaan Selangor dengan imbuhan bulanan antara RM50,000 sehingga RM60,000 sebulan!" katanya dalam entri terbaru di blognya yang bertajuk 'Anjing-Anjing Pencen'.

Mahu Azmin jadi timbalan

Menurut Zulkifli, Syed Husin juga cuba meyakinkan beliau bahawa Anwar akan mengotakan janji berkenaan kerana dia juga mendapat janji yang sama untuk mengosongkan jawatan timbalan presiden PKR kerana Anwar mahukan Azmin Ali menyandang jawatan tersebut.

"Syed Husin memberitahu saya kalau dia mengosongkan kerusi timbalan presiden PKR untuk memberi laluan kepada Azmin, Anwar menjanjikan dia jawatan senator," tulisnya.

Zulkifli juga mendakwa Syed Husin teringin untuk menjadi wakil rakyat tetapi apabila bertanding asyik kalah.

"Malah nak dicalonkan bertanding di parlimen Kota Bharu pun ditolak kerana dilabel sebagai "anak kominis" oleh kepimpinan PAS pada masa itu.

"Jadi menjadi senator adalah jalan mudah untuk dia menjadi Yang Berhormat melalui pintu belakang!" tulisnya.

Menurut bekas ahli parlimen PKR itu, beliau memang bersedia mengosongkan kerusi Kulim-Bandar Baharu, tetapi tegas menolak tawaran jawatan dalam mana-mana anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Selangor. Ini kerana katanya, kerana perjuangannya bukan untuk imbuhan.

"Kalau itu yang teman cari, lebih baik teman menjalankan khidmat sebagai seorang peguam.

"Malahan teman menegaskan kepada Syed Husin Ali selama lebih 10 tahun teman menjadi antara peguam utama Anwar, sehingga disumbat dalam tahanan ISA, teman tidak pernah meminta atau dibayar walau satu sen pun daripada Anwar sebagai imbuhan fee khidmat guaman teman!

"Semuanya percuma dan pro-bono!" katanya.

Zulkifli juga mendakwa akhirnya beliau tidak mengosongkan kerusinya kerana Anwar sendiri tidak yakin mampu menang di parlimen Kulim Bandar Baharu.

Air mata Azizah

"Sebaliknya (Anwar) yakin boleh menang di Permatang Pauh. Jadi Anwar kata tidak perlu teman kosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu!

"Teman juga dipanggil oleh Wan Azizah yang memaklumkan kepada teman bahawa dia dipaksa oleh Anwar untuk mengosongkan kerusi parlimen Permatang Pauh.
"Jelas Wan Azizah berada dalam keadaan tertekan semasa perjumpaan itu kerana beliau bersedih dan menangis semasa memaklumkannya kepada teman bahawa dia dipaksa oleh Anwar untuk mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh!

"Malah Wan Azizah membuat komen 'apa yang I dapat berkorban macam-macam untuk Bang Non. Kalau I yang kena macam dia you ingat Bang Non nak berkorban macam I ke?' kata Wan Azizah sambil mengalirkan airmata! Wan Azizah memanggil Anwar dengan nama Bang Non," tulis Zulkifli.

Bagi beliau, segala tohmahan dan tuduhan Syed Husin itu direkayarsa dan dikarang sebegitu rupa untuk menyerang kredibiliti dan kewibawaannya kerana berjaya membongkar pembohongan, penipuan dan putar belit politik Anwar.

Anak Gaddafi kena tangkap

Posted: 20 Nov 2011 04:30 AM PST

Seif al-Islam kena tangkap

GAMBAR Seif al-Islam yang disiarkan Free Libya TV semalam selepas ditangkap dan kini berada di satu lokasi rahsia. Gambar kecil Seif al-Islam sebelum ditangkap.

Dua pembantu tak sempat seludup anak Gaddafi ke Niger

TRIPOLI: Anak lelaki Muammar Gaddafi, Seif al-Islam ditangkap di sebuah bandar di selatan Libya bersama dua pembantunya yang cuba menyeludup beliau keluar dari negara itu ke negara jiran, Niger, kata komander tentera semalam.

Bashir al-Tlayeb dari Briged Zintan berkata Seif al-Islam ditangkap di pekan gurun Obari, berdekatan bandar selatan Sabha kira-kira 650 kilometer, ke selatan Tripoli.

Beliau tidak menjelaskan bagaimana Seif al-Islam ditangkap tetapi berkata anak lelaki bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang digulingkan, dibawa ke Zintan, kampung halaman satu daripada briged revolusi terbesar di Libya.

Al-Tlayeb berkata kini terpulang kepada pemerintah Libya, Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) untuk memutuskan di mana bekas pemimpin Libya itu bakal diadili.

Seif al-Islam, dianggap pewaris Gaddafi tetapi kedudukannya jauh daripada kenyataan. Beliau berdepan tentangan hebat daripada kumpulan pemimpin rejim dan daripada adik lelakinya, Mutassim, berkhidmat sebagai penasihat keselamatan kebangsaan.

Mutassim, 34, turut terbunuh pada 20 Oktober bersama-sama Gaddafi. Sebelum itu, adik lelakinya Khamis, 28, dan Seif al Arab, 29, turut terbunuh dalam perang saudara di Libya. Seorang lagi anak Gaddafi, al Saadi melarikan diri ke Niger pada September dan dilayan sebagai pelarian di negara itu. Ibunya, Safiya dan adik perempuannya, Aisha turut melarikan diri ke Niger.

Lahir pada 1972, Seif al-Islam anak sulung daripada tujuh beradik hasil perkahwinan Gaddafi dan Safiya.

Beliau menarik perhatian Barat beberapa tahun kebelakangan ini dengan menggelarkan diri reformis liberal dengan disokong kuat bapanya dalam pertempuran dengan pemberontak pada hari-hari terakhir rejim.

Seif menyembunyikan diri selepas Tripoli jatuh ke tangan pasukan revolusi. – AP

Berkenalan ngan bodyguard UMNO... kahkahkah...

Posted: 20 Nov 2011 03:20 AM PST

Brahim Ali selar Nik Aziz tetapi berdiam diri tentang Shahrizat

Oleh Wong Choon Mei

Tuduhan terbaru Ketua Perkasa Ibrahim Ali bahawa penasihat PAS Nik Aziz Nik Mat takut kepada DAP hanya menunjukkan betapa terdesaknya beliau dalam mengalih perhatian orang ramai terhadap skandal NFC yang melibatkan pemimpin atasan Umno.

Ibrahim Ali tidak menyebut satu pun tentang orang Melayu yang setiap hari terpaksa berhadapan dengan harga makanan yang semakin meningkat dan sekarang jelas terbeban lagi oleh skandal lain yang telah pun terbongkar. Ini menunjukkan Ibrahim Ali tetap tunduk kepada golongan elit Umno, kata pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat

"Ramai yang merasa jijik dan tertipu apabila mereka mendapat tahu tentang skandal NFC. Pertama sekali, adakah anak lelaki Shahrizat akan mendapat yang projek bernilai RM250 juta itu tanpa beliau? Seorang menteri sepatutnya menjaga kepentingan awam. Beliau menduduki pejabat awam, justeru, seorang menteri bukan sahaja harus bersih tetapi mesti kelihatan bersih. Malangnya, Ibrahim Ali yang sepatutnya menegakkan kepentingan rakyat, sibuk pula menyerang Nik Aziz. " ujar Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming kepada Malaysia Chronicle.

Jaguh palsu

Ibrahim Ali telah berusaha untuk menjadi jaguh 'palsu' Orang Melayu. Cuba mempertahanan hak-hak masyarakat seraya menegaskan bahawa Perkasa tidak mempunyai kecenderungan politik tetapi akan berdiri untuk orang Melayu tanpa rasa takut.

"Rakyat ingin tahu mengapa Nik Aziz tidak mengatakan bahawa Abdul Hadi Awang akan menjadi Perdana Menteri jika Pakatan menang pilihan raya akan datang," katanya kepada Utusan pada hari Khamis.

"Dan jika Hadi menjadi PM, maka PAS boleh mewujudkan sebuah negara Islam dan undang-undang hudud. Oleh itu, tidak ada sesiapapun yang boleh berkata bahawa kita tidak mampu untuk melaksanakan hukum hudud."

Penganalisis politik berkata, walaupun Hadi menjadi PM, untuk sebuah negara Islam melaksanakan undang-undang hudud, pindaan perlu dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan yang hanya boleh diluluskan dengan majoriti dua pertiga di Parlimen. Walaubagaimanapun, Ibrahim, Ahli Parlimen Pasir Mas, gagal menyebut fakta ini.

Rasuah yang nyata tetapi isu tidak diperbesarkan

Menurut pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, apabila ada isu yang melibatkan rasuah golongan elit Umno, Ibrahim tidak akan kelihatan. Beliau akan sama ada secara senyap mengalih perhatian kepada isu lain. Itu tidak akan membantu masyarakat Melayu, kata pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Mereka menegaskan bahawa dalam kes NFC, yang merupakan satu projek kebangsaan untuk memastikan harga munasabah bagi bekalan daging lembu melalui projek RM250 juta menggunakan dana awam; mereka yang menanggung kerugian terbesar adalah orang Melayu. Mereka membentuk kira-kira 60% daripada penduduk manakala daging lembu adalah sumber protein alternatif utama bagi mereka selain daripada ayam dan ikan. Daging babi adalah haram disisi Islam.

Seperti semua rakyat Malaysia yang telah merasai kesan daripada harga makanan yang sering naik, orang Melayu pula malangnya membentuk majoriti dariapa pekerja-pekerja berpendapatan rendah di negara. Alangkahkah peritnya berita yang mereka harus telan mengenai Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil yang didakwa menyalahgunakan kedudukannya untuk projek NFC. Walaubagaimanapun, seperti dalam laporan Ketua Audit Negara, projek tersebut adalah dalam "keadaan kucar-kacir" dan jauh daripada sasaran.

Pemimpin PKR telah menuduh keluarga Shahrizat menyalahgunakan RM83 juta daripada projek itu, dan membelanjakan RM10 juta untuk membeli kondo mewah di Bangsar dan RM800, 000 untuk membiayai perjalanan keluarga. Namun, Ibrahim Ali dan lain-lain 'pembela' hak Melayu terus senyap dan memekakkan telinga.

"Sekurang-kurangnya, kita harapkan mereka untuk menuntut siasatan penuh oleh SPRM. Sahlah bahawa Perkasa hanya berfungsi untuk mempertahankan golongan elit Umno dan mereka yang berada di akar umbi Umno tidak akan terkesan oleh kegagalan projek ini. Setiap kali satu projek nasional gagal, kita semua menjadi semakin miskin, kecuali mereka yang melakukan rompakan tersebut. Mereka akan menjadi lebih kaya, " tegas Ahli Parlimen Batu PKR Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

Malaysia Chronicle

Ezam ikhlaih masuk UMNO... kahkahkah...

Posted: 20 Nov 2011 12:25 AM PST

Ezam, Jawatan Senator Mengesahkan Dakwaan Dr Syed Husin

Oleh: laniismaa

Senator Ezam menafikan beliau bertindak keluar parti sebelum ini demi wang seperti ditulis memoir Dr Syed Husin Ali.

Senator Ezam juga berkata Dr Syed Husin Ali orang kecewa kerana disisihkan PKR. Kalaulah Dr Syed Husin Ali seorang yang kecewa dengan PKR, apa gunanya 'hentam' Ezam, lebih baik dia hentam PKR dalam memoirnya atau menyatakan ketidakpuasan hatinya kepada PKR. Di sini Dr Syed Husin Ali menunjukkan kebenaran yang dirasakannya.

Serangan balas pantas Senator Ezam juga mendakwa Dr Syed Husin Ali dah sama macam Anwar sebagai haiwan politik, "Apakah Syed Husin seorang pejuang sudah berubah menjadi (seperti) Anwar seorang haiwan politik seperti yang dipercayai oleh isteri Dr Syed yang dikongsi olehnya kepada saya pada masa itu juga". Maklumlah Ezam seorang insan politik 'kamil'.

Kesimpulan mudah di sini, apa yang Ezam dapat sekarang bertepatan dengan apa yang didakwa Dr Syed Husin. Walau sebanyak mana penafian Senator Ezam, masyarakat bukannya buta untuk membuat telahan. Kita boleh bertanya Ezam, "Ezam, Jawatan Senator Sebagai Upah Apa?" -Ekele.net

Bob (Kuman) Jatuh Dalam Bilik Air

Posted: 20 Nov 2011 12:00 AM PST

Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI

Bob (Kuman) ketika beraksi di Maharaja Lawak Mega pada minggu ketiga.

SHAH ALAM: Pelakon dan pelawak, Husni Rawi, 39 atau nama gelarannya Bob (Kuman) kini ditahan di Hospital Tawakal Kuala Lumpur selepas terjatuh dalam bilik air di kediamannya di Kota Damansara pada Jumaat.

Menurut ahli kumpulan Bawal Power (BP), Mohd Sobri Anuar Mohd Tarmizi atau lebih dikenali sebagai Sobri, Bob terjatuh semasa sedang mandi untuk bersiap-siap untuk mengadakan persembahan di pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) pada malam Jumaat.

"Semasa jatuh bahagian muka Bob telah terkena pada mangkuk tandas dan telah menyebabkan mukanya cedera akibat hentakan kuat," ujarnya ketika ditemui selepas konsert MLM di sini.

Ujarnya, Bob telah dikejarkan ke Hospital Tawakal dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dibantu oleh ahli keluarga terdekatnya.

"Selepas Bob sedar dia menghubungi saya memberitahu mengenai keadaannya kepada saya dan memaklumkan tidak dapat menghadiri persembahan pada malam ini (Jumaat) kerana kecederaan dialami agak serius," katanya.

Sobri memberitahu, Bob dilaporkan menerima beberapa jahitan dimukanya akibat hentakan kuat pada mangkuk tandas berkenaan.

Ekoran kejadian tersebut, Sobri tampil bersendirian ketika menyertai konsert minggu ke empat MLM.

"Saya perlu teruskan atas nasihat Bob sendiri dan beberapa rakan-rakan lain seperti Raja Azmi, Mamat Khalid, Afdlin Shauki dan AC Mizal.

"Berdirinya saya pada malam ini tanpa Bob adalah untuknya dan perjuangan kami dalam pertandingan tersebut," katanya.

Pada konsert MLM minggu ke empat, Jalil Hamid telah disingkirkan dengan peratusan paling rendah iaitu 46 peratus manakala persembahan solo Sobri untuk kumpulannya BP telah melayakkan menduduki tempat ke empat dengan 62 peratus.

"Saya harap minggu depan Bob dapat kembali bersama saya di pentas MLM tetapi walauapapun saya mahu dia berehat dengan secukupnya," ujarnya.

Bekas Ketua Polis Daerah pula sertai PAS

Posted: 19 Nov 2011 11:27 PM PST

TAIPING, PAS Perak menerima keahlian baru daripada tokoh besar apabila Bekas Ketua Polis Daerah Slim River, Tn Hj Abdullah Omar bertindak menyertai pati itu.Menurut beliau, penyertaan ke dalam PAS baru-baru ini dibuat atas dasar kesedaran dan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah.

Hj Abdullah berkata, beliau mahu berjuang bersama PAS untuk menentang penyelewangan, salah guna kuasa, rasuah dan sebagainya yang sudah menjadi barah dalam pentadbiran kerajaan.

"Saya tahu wajah BN sebenar, hanya bermuka-muka di depan rakyat sedangkan parti itu sungguh teruk dan busuk," katanya ketika memberi ucapan di Liqa' Fikri PAS Perak di Air Kuning, Taiping.Turut serta pada program itu Pasuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Husin dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

"Saya berazam akan berjuang bersama PAS bagi memperjuangankan Islam hingga ke akhir hayat," ujarnya lagi.

Kini beliau bersama-sama PAS Perak dalam Program 'Jom Masuk PAS' menjelajah seluruh negeri bagi menarik masyarakat khususnya bekas kakitangan kerajaan.

Sebelum ini, PAS Perak menerima ahli baru daripada dua tokoh yang dikenali iaitu bekas Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Adnan Ibrahim dan bekas pegawai tinggi TLDM Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid

Lu punya mulut macam jamban laa... kahkahkah...

Posted: 19 Nov 2011 09:15 PM PST

Umno tau ka ikhlaih tu menatang apa...

Posted: 19 Nov 2011 07:32 PM PST

BN didakwa peralat bantuan RM100 untuk sekolah

Jimadie Shah Othman
Kerajaan didakwa memperalatkan cara penyerahan bantuan persekolahan RM100 untuk semua pelajar apabila mensyaratkan wakil rakyat atau pemimpin yang dipilih hadir membantu ketika penyampaiannya dibuat.

Pemimpin pembangkang juga berpendapat, tindakan itu sekali gus menunjukkan kerajaan tidak jujur menyalurkan bantuan dengan cuba mendapatkan political mileage atau pulangan politik.

"Ini menunjukkan bahawa duit tersebut bukan sangat bertujuan untuk membantu murid atau keluarga, tetapi lebih kepada kepentingan politik, (tunjukkan) yang beri itu Umno atau BN," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Arahan itu dikesan melalui sepucuk surat daripada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pelajaran Malaysia Datuk Dr Rosli Mohamed bertarikh 11 November lalu kepada pelbagai bahagian pengurusan sekolah, termasuk semua pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

Kandungannya menyatakan, mesyuarat jemaah menteri pada 28 Oktober memutuskan, wakil rakyat atau "wakil terpilih kerajaan persekutuan" hendaklah membantu menyampaikan bantuan itu kerana ia "touch point" kerajaan kepada rakyat.

"Sehubungan itu, semua JPN hendaklah mengambil tindakan SEGERA terhadap keputusan tersebut dan memastikan pengagihan bantuan dianjurkan oleh pihak sekolah bagi mencapai hasrat kerajaan," surat itu dipetik.

Bantuan itu ekoran pengumuman bantuan persekolahan RM550 juta atau RM100 kepada setiap pelajar oleh Menteri kewangan Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 pada Oktober lalu.

Langgar batasan

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata, arahan Dr Rosli itu jelas menunjukkan bagaimana ketua pentadbir kementerian tidak profesional, tidak amanah dan tidak jujur kerana "menjadikan kementerian sebagai alat politik".

"Penyampaian itu disampaikan oleh Umno dan BN dengan sendirinya membuktikan bahawa bantuan itu sendiri bukan bertujuan untuk meringankan beban rakyat, tetapi bertujuan mendapat habuan politik," katanya.

Dalam masa yang sama, kedua-dua pemimpin itu juga melihat tindakan Dr Rosli melanggar batasan seorang penjawat awam.

"Bagi saya benda begini serahkan pada sekolah. Macam tak ada kepercayaan. Apakah pegawai pendidikan tidak mewakili kerajaan? Saya tak kisah jika menteri pelajaran atau KSU, pengarah pelajaran negeri, guru besar... wakili kerajaan.

"Ini penghinaan. KSU beri imej tidak baik, macam tak ada kepercayaan pada sektor kerajaan," kata Mahfuz yang juga anggota parlimen Pokok Sena.

Manakala Saifuddin pula menyifatkan tindakan Dr Rosli itu terang-terang melangggar prinsip dan etika sebagai penjawat awam.

"Saya nasihatkan dia berhentilah bermain politik. Ia menyalahi prinsip penjawat awam tidak boleh memihak," kata anggota parlimen Machang itu.

Haji Najib menipu lagi...

Posted: 19 Nov 2011 06:00 PM PST

Najib Menipu Lagi .... ?

Oleh Mutaligat

Tidak lama dahulu Perdana Menteri Najib Razak mengeluarkan kenyataan akan menghapuskan ISA. Tetapi ketika air liurnya belum kering dari bercakap tentang penghapusan ISA tiba-tiba 13 orang di tahan di Tawau, Sabah mengikut Seksyen 73(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Ini menjadikan janji Perdana Menterii, sebelum ini, untuk memansuhkan undang-undang zalim itu sebagai satu lawak.

Seperti biasa pemimpin Umno/BN hanya pandai mengeluarkan kenyataan itu dan ini tetapi ianya belum tentu dapat dilaksanakan, malah kadang-kadang kenyataan mereka hanya sekadar kenyataan politik untuk menipu dan mempermainkan rakyat.

Sementara itu Pengarah Amnesty International, Asia, Sam Zarifi berkata Kerajaan Malaysia menjadikan rancangannya untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai satu lawak apabila terus menggunakannya untuk menahan rakyat sekali lagi.

Sam berkata janji untuk menghapuskan tahanan ISA tidak mencukupi. Perdana Menteri Datuk Seri Najib mesti membuktikan beliau mahu menamatkan amalan itu.

"Jika polis Malaysia mempunyai bukti untuk mengesyaki 13 tahanan itu melakukan kesalahan jenayah, dakwa mereka ataupun lepaskan sahaja mereka.

"Menahan seseorang tanpa dakwaan atau dibicarakan, terang-terangan menunjukkan tidak menghormati kedaulatan undang-undang." tambah Sam.

http://mutaligat.blogspot.com

Rakyat Malaysia wajib hadam cerita ni...

Posted: 19 Nov 2011 05:00 PM PST

Memali: Sejarah berdarah melawan ISA

Amin Iskandar
Genap 26 tahun lalu, terjadi satu peristiwa penting dalam sejarah politik negara. Sejarah berdarah menyayat hati dan tidak mungkin akan dilupakan.

Pada ketika itu, Malaysia dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri manakala Tun Musa Hitam adalah timbalannya dan menteri hal ehwal dalam negeri.

Peristiwa yang dikenali sebagai "Tragedi Memali" ini berlaku di Kampung Memali yang terletak di bawah mukim Siong, Baling, Kedah.

Daerah Baling merupakan satu daerah yang istimewa kerana banyak peristiwa bersejarah berlaku di situ, seperti Rundingan Baling pada 1955 antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Parti Komunis Malaya (PKM).

Demonstrasi Baling pada 1974 ekoran isu kemiskinan juga berlangsung di tempat sama.

As-Syahid Ibrahim Libya dan 13 orang pengikutnya terkorban di tangan anggota keselamatan lengkap dengan pelbagai senjata termasuk senjata automatik dan kereta kebal.

Diberitakan lebih 3,500 anggota keselamatan dikerah oleh kerajaan Malaysia untuk berhadapan dengan Ibrahim Libya dan pengikutnya serta penduduk Kampung Memali.

Pada ketika itu, kerajaan Malaysia menjustifikasikan pembunuhan beramai-ramai itu dengan alasan Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud membawa ajaran sesat.

Kemudian pertuduhan diubah - as-syahid dikatakan membawa fahaman subversif yang berniat untuk mencetuskan huru-hara.

Siapa Ibrahim Libya?

Almarhum Ibrahim dilahirkan pada tahun 1944 ketika Malaya masih lagi dalam genggaman Jepun di Kampung Carok Putih berhampiran dengan Kampung Memali.

Mendapat pendidikan awal tentang Islam dari ayahnya sendiri Tuan Haji Mahmud - seorang guru agama yang disegani di kampungnya.

Ibrahim kemudian melanjutkan pengajian Islamnya di India, Mesir dan Libya. Selepas tamat pengajian, beliau pulang ke tanah air pada awal 1970-an.

Selepas pulang, beliau berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai pendakwah di Pusat Islam. Populariti beliau meningkat naik oleh kerana syarahan-syarahan agama yang diberikan dan seringkali diundang untuk berbicara mengenai Islam di RTM1.

Beliau kemudiannya berhenti dari JPM dan bekerja sebagai pegawai dakwah dengan kerajaan Libya. Selepas tamat berkhidmat dengan kerajaan Libya, beliau pulang ke Kampung Memali.

Madrasah didirikan untuk Ibrahim memulakan kelas pengajian agama. Bermulalah kariernya sebagai pendakwah bebas. Kepetahannya berceramah menyebabkan beliau sering diundang berceramah di sekitar negeri Kedah.

Ibrahim Libya kemudiannya menyertai PAS dan pernah bertanding dalam pilihan raya tahun 1978 di kawasan Bayu yang terletak dalam daerah Baling.

Beliau mendapat undi sebanyak 5,081 manakala calon BN mendapat 6,169 undi. Dalam pilihan raya tahun 1982 beliau turut bertanding di kawasan yang sama tetapi kalah.

'Dosa' Ibrahim Libya

Ibrahim Libya menjadi ancaman kepada "pihak-pihak tertentu" yang risau dengan popularitinya. Jika dibiarkan terus berleluasa, beliau akan menjadi ancaman yang lebih besar.

Menurut Senator Yusuf Husin yang penulis temui berberapa tahun lalu, selepas menyertai PAS, Ibrahim Libya menjadi ancaman kepada pemerintah oleh kerana gesaannya dalam setiap ceramah agar perubahan dilakukan terhadap kepimpinan negara.

Inilah puncanya sehingga akhirnya Ibrahim Libya dikehendaki oleh kerajaan Malaysia untuk ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Jika tidak menggunakan ISA, sudah pasti Ibrahim Libya akan memberikan kerjasama dengan syarat beliau dibicarakan di mahkamah.

Oleh kerana ISA menjadi pilihan kerajaan, beliau tidak mahu menyerah dan tunduk kepada undang-undang yang dianggap sebagai kejam, zalim dan tidak berperikemanusiaan.

Pengikut-pengikut dan anak-anak murid Ibrahim Libya juga tidak mahu beliau menyerah diri dan bertindak mempertahankannya.

Kampung Memali di kepung oleh ribuan anggota keselamatan untuk menangkap Ibrahim Libya dan pengikutnya.

Pada 19 November 1985, akhirnya Ibrahim Libya dan 13 orang pengikutnya gugur ke bumi sebagai syuhada selepas bertempur dengan anggota keselamatan.

Orang-orang kampung yang hidup ditahan oleh kerajaan Malaysia di bawah ISA termasuklah Yusuf Husin.

Simbol perlawanan terhadap ISA

Ibrahim Libya dan 13 orang lagi yang gugur di Kampung Memali merupakan simbol perlawanan terhebat terhadap ISA.

Seperti yang dikatakan oleh Editor Harakah, Ahmad Lutfi Othman dalam tulisannya sempena ulang tahun ke 25 tragedi Memali tahun lalu:

"Beliau (baca: Ibrahim Libya) menentang akta zalim itu bukan dengan memorandum atau demonstrasi, tetapi mempertaruhkan nyawanya. Dan ini merupakan satu rekod 'termahal' dalam usaha menyanggah ISA."

Benar apa yang dikatakan oleh Ahmad Lutfi itu, tindakan Ibrahim Libya dan para pengikutnya mengorbankan nyawa kerana tidak sujud kepada ISA adalah satu tindakan yang mulia.

Para syuhada Memali sebagai adalah simbol perlawanan terhebat rakyat Malaysia terhadap ISA.

Jika satu hari nanti ISA dimansuhkan, muzium bagi memperingati para syuhada Memali harus dibina agar generasi akan datang tahu bahawa ISA bukan sahaja telah merampas kebebasan ribuan orang tanpa dibicarakan di mahkamah, ISA juga telah menyebabkan nyawa melayang.

Secara peribadi, saya menganggap Tragedi Memali ini masih belum selesai.

Suruhanjaya Kebenaran dan Perdamaian atau Truth and Reconciliation Comission harus ditubuhkan untuk menyiasat kembali peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Memali yang berlaku pada tahun 1985 itu.

Hasil penyiasatan haruslah didedah kepada orang ramai dan pesalah-pesalah yang terlibat secara langsung dalam kezaliman ini harus diheret ke mahkamah untuk dibicarakan.

Selepas 26 tahun sejarah berdarah ini berlalu, tragedi Memali terus dikenang. Kampung tempat gugurnya 14 orang syuhada itu menerima pelawat yang ramai sepanjang tahun untuk melihat sendiri saki baki sejarah tragedi Memali yang masih tertinggal.

Begitulah hebatnya Ibrahim Libya dan 13 orang pengikutnya. Salut kepada para syuhada. Salut kerana melawan ISA. Salut kepada penduduk Kampung Memali yang berani.

Video: Patung Najib dibakar demonstran Indon

Posted: 19 Nov 2011 04:00 PM PST

Sejak dahulu lagi, kita mengetahui rakyat negara jiran itu telah berulangkali terbabit dalam demonstrasi. Malah semalam di hadapan Pusat Media Utama, Jakabaring, Sumatera Selatan, majoriti mahasiswa juga berdemonstrasi sekaligus dirakamkan oleh media asing dari Asia Tenggara.

Justeru tidak hairan jika rakyat negara jiran itu tidak teragak-agak meluahkan perasaan mereka melalui kaedah sama jika tidak berpuas hati dengan Malaysia.

Liputan 6.tv melaporkan boneka Perdana Menteri Malaysia juga dibakar oleh mahasiswa sebelum ini dalam demonstrasi di Jawa Tengah.

Larang siar gambaq sultan...

Posted: 19 Nov 2011 02:30 PM PST

Larangan Siar Gambar Sultan Ismail Petra


KOTA BARU: Jawatankuasa Pemantauan, Keistimewaan dan Keselamatan bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra melarang semua media massa menyiarkan sebarang bentuk gambar baginda berkuatkuasa serta-merta.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, merangkap pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim berkata jawatankuasa berpendapat pada masa ini adalah tidak sesuai bagi media massa iaitu televisyen, akhbar-akhbar dan mana-mana penerbitan termasuk secara maya menyiarkan sebarang bentuk gambar-gambar baginda.

"Oleh itu, semua penyiaran sebarang bentuk gambar-gambar baginda adalah dilarang sama sekali dan arahan itu diperkenankan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V," katanya pada sidang media di sini, Sabtu.

Hadir sama pada sidang media itu Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan, doktor pakar Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian Datuk Prof Dr Wan Mohamad Wan Bebakar dan Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Ahmad Mahmood.

Beliau bagaimanapun berkata larangan itu tidak melibatkan berita-berita mengenai baginda yang dianggap boleh memberi kesan positif serta tidak bercanggah dengan etika kewartawanan.

Difahamkan sebelum ini beberapa akhbar tempatan menyiarkan gambar Sultan Ismail Putra yang masih gering di majlis santapan makan malam sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan, di sini, Jumaat lepas.

Zainuddin berkata jawatankuasa itu menerima maklum bahawa pada masa ini Sultan Ismail Putra masih lagi menerima rawatan berterusan dan menunjukkan sedikit peningkatan kepada status kesihatan baginda.

Jawatankuasa itu yang dibentuk beberapa tahun lepas turut dianggotai Pengarah Kesihatan Kelantan Datuk Dr Nordianah Hassan, Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim dan Pengarah Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Prof Datuk Dr Mafauzy Mohamed. BERNAMA

ISA: Hishammuddin sengaja nak malukan Najib

Posted: 19 Nov 2011 01:02 PM PST

Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 19 Nov: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein didakwa sengaja bertindak untuk memalukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan penahanan 13 orang di bawah ISA di Sabah sejak Isnin lalu.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) berkata, penahanan tersebut tidak sewajarnya berlaku setelah Perdana Menteri sendiri mengumumkan pemansuhan ISA.

Menurut beliau, pengumuman pemansuhan akta zalim itu dibuat oleh Perdana Menteri dengan memilih hari amat bersejarah bagi negara pada 16 September lalu.

Katanya, pengumuman tersebut jelas menunjukkan usaha Perdana Menteri untuk memansuhkan akta-akta zalim yang dilaksanakan di negara ini sejak sekian lama sejajar dengan perkembangan masa.

"Namun penahanan 13 orang di bawah ISA di Sabah itu pasti menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada pelbagai pihak. Ia seperti menggambarkan keadaan tertentu yang berlaku di kalangan pemimpin BN," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, penahanan 13 orang yang didakwa anggota kumpulan militan itu dibuat selepas polis mendapat maklumat risikan dari dalam dan luar negara.

Ismail juga mengesahkan tujuh rakyat Malaysia dan enam warganegara asing ditahan di Sabah sejak Isnin lalu mengikut Seksyen 73 (1) ISA kerana disyaki ada kaitan dengan usaha untuk menghidupkan kembali gerakan militan di Sabah.

Identiti dan nama kumpulan militan itu tidak dinyatakan, namun sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan polis menahan anggota militan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Omar yang juga dikenali sebagai kumpulan Kaltim dan berpangkalan di Kalimantan.

Menurut Salahuddin, pertanyaan umum yang timbul kepada orang ramai ekoran penahanan itu, adakah pihak polis yang berada di bawah Hishamuddin sengaja melakukan tindakan itu untuk memalukan Najib?

Katanya, andaian tersebut mempunyai asas yang kuat sehingga memperlihatkan Perdana Menteri hanyalah berseorangan dalam usaha untuk memansuhkan akta tersebut.

"Tindakan tersebut tidak akan berlaku jika tidak terdapat motif besar dari Datuk Seri Hishamuddin untuk menjatuhkan Perdana Menteri?" katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Dengan penahanan 13 orang itu, tambah beliau, usaha yang sedang dilakukan oleh Najib untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu jelas tidak turut sama didokongi Hishamuddin.

"Pada hal setelah pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri sendiri, penahanan seseorang di bawah ISA sepatutnya sudah tidak berlaku lagi di negara ini," ujar beliau.

Tiada ulasan: