Ahad, 20 November 2011

Addin

Addin


Misteri Mayat Di Atas Kubah Masjid Nabawi

Posted: 20 Nov 2011 02:00 PM PST

Qubbatul Khadhra' (kubah hijau) yang terlihat megah di Masjid Nabawi berfungsi menaungi makam Rasul S.A.W yang mulia didampingi kedua sahabatnya sekaligus mertuanya iaitu Abu Bakar Siddiq r.a, dan Umar bin Khattab r.a. Tempat tersebut dahulunya adalah rumah baginda Rasul S.A.W kerana setiap Rasul yang diutus oleh Allah S.W.T dimakamkan di mana dia wafat. Sebagaimana sabda Nabi S.A.W: Tidak dicabut nyawa seorang Nabi pun melainkan dikebumikan dimana dia wafat. (HR. Ibnu Majah). Sejarah bercerita, ketika Nabi sampai di Madinah, pertama sekali dikerjakan Nabi S.A.W adalah membina Masjid Nabawi dengan membeli tanah berharga 10 dinar kepunyaan dua orang anak yatim Sahl dan Suhail berukuran 3 x 30 m.

Bangunan yang sederhana itu hanya berdindingkan tanah yang dikeringkan, bertiangkan pohon kurma dan beratapkan pelepah kurma. Sebelah Timur bangunan Masjid Nabawi dibina rumah Nabi S.A.W.

Manakala di sebelah Barat dibina ruangan untuk orang-orang miskin dari kaum Muhajirin yang pada akhirnya tempat itu dikenali dengan tempat ahli Suffah (kerana mereka tidur berbantalkan pelana kuda).

Pada tahun ke-7 H, Nabi mengadakan perluasan Masjid Nabawi ke arah Timur, Barat, dan Utara sehingga berbentuk bujursangkar 45 x 45 m dengan luas mencapai 2.025 m2. Program jangka panjang untuk memperluas Masjid Nabawi seperti yang kita lihat sekarang ini diisyaratkan oleh Nabi S.A.W dengan sabdanya menjelang wafat: "Selayaknya kita memperluas masjid ini".

Hingga pada tahun ke-17 H, Amirul Mukminin Umar bin Khattab khalifah kedua, memperluas ke arah Selatan dan Barat masing-masing 5 m dan ke Utara 15 m, dan diteruskan oleh Usman bin Affan khalifah ketiga memperluas ke arah Selatan, Utara dan Barat masing-masing 5 m pada tahun ke-29 H.

Akhirnya pada masa Khalifah Bani Umayyah Al-Walid bin Abdul Malik pada tahun 88 H, memperluas ke semua sisi Masjid Nabawi termasuk ke arah Timur (rumah Nabi) dan bilik-bilik isteri Nabi (hujurat) sehingga makam Nabi Muhammad S.A.W, Abu Bakar Siddiq, dan Umar bin Khattab termasuk sebahagian dari masjid dan berada di dalam masjid yang sebelumnya terpisah dari masjid.

Inilah yang menjadi perbahasan para ulama dan fukaha di dalam Fikih Islam, iaitu mendirikan bangunan seperti rumah kubah, madrasah, dan masjid di atas kubur. Kerana Nabi Saw bersabda : Allah mengutuk umat Yahudi dan Nasrani yang membuat kubur para nabi mereka menjadi masjid-masjid (tempat peribadatan). (HR. Bukhari Muslim)

Hadis di atas difahami oleh sebahagian ulama terutama di kalangan pengikut Syekh Muhammad bin Abdul Wahab (Th. 1115 H/ 1703 M di Masjid Saudi Arabia, dan aliran ini disebut oleh saingannya sebagai aliran Wahabiyah, dan di Indonesia dengan aliran Salafi).

Secara umum, tidak boleh melakukan kegiatan ibadah di atas kubur, berdoa menghadap kubur, dan membina kubah di atas kuburan. Terakhir ada seorang manusia yang memanjat kubah hijau Masjid Nabawi untuk dihancurkan, lalu disambar petir secara tiba-tiba dan mati. Mayatnya melekat pada kubah hijau tersebut dan tidak dapat diturunkan sehingga sekarang.

Syekh Zubaidy, ahli sejarah Madinah menceritakan ada seorang soleh di kota Madinah bermimpi, dan terdengar suara yang mengatakan "Tidak ada seorang pun yang dapat menurunkan mayat tersebut, agar orang yang di kemudian hari dapat mengambil, i'tibar".

Hingga sekarang mayat tersebut masih ada dan dapat disaksikan terus dengan mata kepala. Bagi yang tidak dapat berkunjung ke sana dapat mengakses internet google "Ada Mayat di atas Kubah Masjid Nabawi".

Pengajaran yang dapat diambil dari kisah ini, terlepas dari kebenarannya, bahwa kembali kepada Tauhid yang murni seperti zaman Rasul S.A.W adalah tujuan dari dakwah Islam dan misi para Rasul dan umat Islam mesti menerimanya, jika tidak ingin menjadi orang musyrik.

Akan tetapi pemeliharaan nilai sejarah dan para pelaku sejarah juga penting, kerana Allah berfirman : Sungguh di dalam sejarah mereka terdapat pengajaran bagi orang-orang yang berakal. (QS. Yusuf : 111). Akhirnya jika pelaku sejarah tidak boleh dikenang, tidak dimuliakan, tidak dihormati, kuburnya diratakan, bagaimana kita mengambil pelajaran dari sejarah tersebut?

Adapun maksud Nabi S.A.W, Allah mengutuk Yahudi dan Nasrani menjadikan kubur sebagai tempat ibadah, adalah menyembah kubur. Semoga kita dapat pengajaran. Wallahua'lam./tulahan

Baca di sini  dan di sini. 

Penyokong Indonesia Bertindak Ganas, Kaunter Tiket Di Bakar

Posted: 20 Nov 2011 08:14 AM PST

JAKARTA-Banyaknya calon penonton laga final antara Indonesia vs Malaysia yang tidak mendapatkan tiket pertandingan hari ini membuat mereka kecewa. Banyak yang sudah mengantri sejak berjam-jam demi mendapatkan tiket pertandingan final cabang olahraga SEA Games XXVI itu namun gagal mendapatkan tiket.

Alhasil, kekecewaan tersebut berubah menjadi kekesalan yang memuncak dan melakukan aksi anarkis. Sebuah loket yang terletak di sebelah Restoran Lagunas atau tidak jauh dari Istora Senayan menjadi sasaran aksi anarkis. Entah siapa yang memulai, salah satu loket di tempat tersebut dibakar oleh penonton yang kecewa karena tidak mendapat tiket.

Meski hanya satu loket yang dibakar, tetap saja aksi tersebut tidak bisa dibenarkan. Ada empat loket disana namun hanya satu yang rusak karena dibakar massa. Tiket untuk laga Indonesia vs Malaysia memang sudah bisa dibeli mulai hari ini. Garis Polisi tampak sudah dipasang di TKP dan massa yang berkerumun disana langsung dibubarkan.

Indonesia akan berhadapan dengan Malaysia dalam babak final SEA Games XXVI Senin, (21/11) pukul 19.00 WIB. Ini menjadi pertemuan kedua negara setelah di penyisihan Grup A Indonesia takluk 0-1 dari Malaysia./ic
 

UMNO Dan MCA Terus Bergolak, Rebut Kerusi..

Posted: 19 Nov 2011 11:00 PM PST

Pengabaian berterusan warga Tiong Hua di Parlimen Silam, terutama di DUN Lahad Datu telah meresahkan Parti Komponen BN yang mewakili masyarakat berkenaan terutama MCA dan LDP. Pengerusi MCA Silam, Datuk Teah Heok Kuin, ketika menghubungi Sabahkini.net menggesa agar Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah mendengar rayuan dan keluhan masyarakat Tiong Hua yang tersepit di celah kekangan birokrasi dan mengharapkan mereka diwakili oleh parti Cina.

"Kita sudah terlalu bosan mengadu masalah masyarakat Tiong Hua kepada Adun Lahad Datu dan Ahli Parlimen Silam. Mereka seakan tidak mempedulikan masyarakat Tiong Hua yang sering menjadi 'King Maker' sebarang keputusan pilihanraya DUN Lahad Datu dan Parlimen Silam," kata Datuk Teah lagi.

Kendatipun Barisan Nasional (BN) melaungkan 'Semangat BN' tetapi konsep serta prinsip kerjasama di antara Parti Komponen BN tidak pernah wujud dan parti berasaskan Cina terkial-kial sendiri memperjuangkan hak asasi secara kendiri.

"MCA di Silam kini bagaikan PATI iaitu 'Parti Asing Tanpa Izin' di dalam Komponen BN sedangkan MCA merupakan salah satu Parti Komponen di Sabah," kata Datuk Teah yang mendakwa BN 'tidak wujud' di Silam.

Ketaksuban pemimpin UMNO di Silam telah melenyapkan semangat kerjasama antara parti dan memerlukan sentuhan ajaib Ketua Menteri Sabah agar BN tidak kecundang di parlimen Silam pada pilihanraya umum akan datang.

Kata Datuk Teah, sekalipun MCA adalah parti kecil di Sabah, tetapi peranan yang dimainkan amat penting, terutama sebagai 'penimbang tara' kepada para peniaga yang merasa teraniaya dengan penguncupan ekonomi kerana agehan kek ekonomi yang tidak seimbang dan budaya rasuah yang menjerut mereka memaksimakan keuntungan.

Memandangkan jumlah pengundi Tiong Hua adalah kedua tertinggi selepas bumiputera Islam iaitu 14.37 peratus daripada 43,488 pemilih berdaftar di Silam, maka kata Datuk Teah, pengundi Tiong Hua menjadi penentu kepada kemenangan semua calon BN pada semua pilihanraya umum sejak 1994.

"Kini tiba masanya kerusi DUN Lahad Datu diserahkan kepada MCA, itupun jika Sabah masih mengamalkan Konsep Perkongsian Kuasa dan bukannya menafikan kuasa rakyat untuk membuat penentuan," kata Datuk Teah yang mendesak agar Pengerusi BN Silam tidak menjadikan MCA dan LDP sebagai 'Nasi Tambah' atau 'Air Cucian Tangan' setelah kenyang makan kenduri./sabahkini

(Video) Kenapa Indonesia Tak Hormat Lagu Negaraku?

Posted: 19 Nov 2011 09:00 PM PST

Ketika di kedai Mamak utk minum teh, ada sekumpulan warga Indonesia yg duduk di meja sebelah menonton perlawanan Indon vs Vietnam. Sempat juga bertanya kenapa org Indonesia x hormatkan lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku. Jawapan yang dapat.. " Pak, lagu bapak itu dicopy dari lagu Terang Bulan karya dari negara kami. Lagu itu temanya biasa aja utk hiburan ditempat kami.
 
Bukannya melodi itu utk dihormati. Cuba bapak bayangkan kalau lagu Aku Cinta Padamu milik Siti dibuat lagu rasmi negara kami, apakah bapak akan hormat? Malahan bapak akan ejek dan mentertawakan kami bukan? Kok lagu org bercinta mahu jadikan lagu rasmi negara?"... Hanya mampu tersenyum sahaja tatkala admin mendengarnya.


fb-kbbutv3

Addin :

Apa pun penyokong Indonesia sepatutnya hormat lagu Negaraku semasa dikumandangkan. Walaupun apa alasan, tindakan Indonesia seperti manusia tidak bertamadun. Gelagat segelintir rakyat Indonesia telah mengguris hati rakyat Malaysia. Kita serumpun dan seagama.. apa perlu berpelakuan sebegini hanya kerana permainan yang di namakan bola sepak, sungguh dangkal!!



Tiada ulasan: