Anak Sungai Derhaka |
- Cityliner Rugi RM300 Juta.. yang untungnya siapa agaknya?
- Najib hargai Blogger Pro UMNO/BN.. termasuk yang sebar fitnah.
- Isu Fidlot : Kongres Melayu Pulau Pinang cabar Shahrizat letak jawatan.
- PANAS!! Mahathir dedahkan kenapa Mamak menguasai UMNO..
- Debat NFC: Khairy masih tunggu surat Rafizi?
Cityliner Rugi RM300 Juta.. yang untungnya siapa agaknya? Posted: 20 Nov 2011 06:09 AM PST Pengarah Eksekutif Konsortium Transnasional Tengku Hasmadi Tengku Hashim berkata dengan kerugian kira-kira RM300 juta yang ditanggung kini, syarikat tersebut terpaksa bertindak menghentikan sepenuhnya perkhidmatan bas henti-henti Cityliner di enam negeri bulan depan bagi mengelakkan daripada terus menanggung kerugian setiap tahun. Sungguh menghairankan.. bagaimana sebuah syarikat yang boleh dikatakan memonopoli pengangkutan awam di Kelantan, Terengganu, Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Pahang, melibatkan 80 laluan dan 400 buah bas boleh mengalami kerugian sedemikian besar? Siapa yang untung sebenarnya? Ada orang kata yang untung disini ialah pembekal bas untuk Cityliner.. yang membekalkan bas itu ialah kaum kerabat Pak Lah.. Ini kerana suatu masa lalu syarikat milik Khazanah Nasional ini dikatakan telah memesan jumlah bas yang besar dari Syarikat Kroni Pak Lah (baca kroni UMNO) oleh kerana jumlahnya berada diluar keupayaan Syarikat Kroni Pak Lah itu, mereka terpaksa mengimport bas dari China... Nak tahu lebih lanjut bacalah di SINI Rugi RM300 juta, Cityliner henti operasi di enam negeri bulan depan KOTA BARU, 20 Nov — Konsortium Transnasional Bhd (KTB) mungkin menghentikan sepenuhnya perkhidmatan bas henti-hentinya Cityliner di enam negeri bulan depan sekiranya tidak ada pihak dapat membantu menyelesaikan masalah syarikat yang mengalami kerugian itu. Pemberhentian perkhidmatan itu dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Pahang, melibatkan 80 laluan dan 400 buah bas. Pengarah Eksekutif Konsortium Transnasional Tengku Hasmadi Tengku Hashim berkata dengan kerugian kira-kira RM300 juta yang ditanggung kini, syarikat tersebut terpaksa bertindak begitu bagi mengelakkan daripada terus menanggung kerugian setiap tahun. Dipetik Bernama Online, beliau berkata pihaknya juga belum menerima sebarang "hitam putih" dari pihak-pihak yang dikatakan berjanji mahu membantu menyelesaikan isu tersebut termasuk kerajaan-kerajaan negeri dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Tengku Hasmadi berkata pihaknya akan berunding dengan kerajaan Negeri Sembilan esok dalam usaha membantu pihak syarikat menyelesaikan isu itu. "Begitu juga dengan kerajaan negeri Kelantan belum ada tindakan proaktif diambil... walaupun mereka pada dasarnya bersetuju membantu meringankan kerugian syarikat," katanya. Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan negeri memperuntukkan bantuan RM100,000 sebulan selama empat bulan kepada anak syarikat KTB, Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK), yang mengendalikan perkhidmatan Cityliner di negeri itu bagi mengurangkan bebas kos operasi. The Malaysian Insider |
Najib hargai Blogger Pro UMNO/BN.. termasuk yang sebar fitnah. Posted: 20 Nov 2011 04:38 AM PST KUALA LUMPUR, 20 Nov — Datuk Seri Najib Razak hari ini melahirkan sokongan padu kepada pemblog-pemblog dan pengguna media sosial pro-Barisan Nasional (BN) dengan menyifatkan mereka sebagai "askar baru" perikatan tersebut melawan pembangkang. Pengerusi BN itu berkata dunia atas talian adalah medan pertarungan antara pembangkang dan perikatan pimpinannya, dan ramai yang kini mengunjungi laman-laman web, portal dan blog sebagai saluran maklumat. "Barisan Nasional mengiktiraf anda semua, pengamal-pengamal media sosial. Anda pejuang-pejuang kami, askar baru kami," kata Najib (gambar) selepas melancarkan Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia di sini hari ini. Perdana Menteri berkata pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli BN perlu mengadaptasi mengikut perubahan masa dengan menggunakan media sosial jika mahu kekal relevan. Media sosial menjadi semakin penting dalam arena politik negara ini dengan 11.3 juta rakyat Malaysia menggunakan Facebook setakat pertengahan tahun ini. Najib juga memberitahu peserta konvesyen itu, kebanyakannya pemblog pro-BN bahawa mereka perlu menjelaskan kepada rakyat Malaysia atas talian tentang usaha-usaha diambil kerajaan dan kejayaannya, serta melawan kenyataan-kenyataan pembangkang yang bersifat bohong dan separuh benar. "Ini adalah peranan pejuang-pejuang atas talian, yang akan meneruskan usaha mereka menggunakan BlackBerry, komputer bimbit dan iPad. "Jika tidak boleh tangani gelombang ini, kita akan hanyut," kata Najib. The Malaysian Insider |
Isu Fidlot : Kongres Melayu Pulau Pinang cabar Shahrizat letak jawatan. Posted: 19 Nov 2011 11:28 PM PST Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) mencabar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, berikutan dakwaan penyelewengan wang rakyat oleh projek ternakan lembu, National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang dimiliki, suaminya. Dalam satu kenyataan media, presiden KMPP, Rahmad Isahak berkata, kepercayaan rakyat terhadap Shahrizat yang juga ketua wanita Umno telah hilang akibat dakwaan tersebut dan beliau kini tiada pilihan lain selain meletakkan jawatan. "Sebagai seorang insan yang dilahirkan di Pulau Pinang beliau juga perlu membersihkan imejnya khususnya kepada orang Melayu di sini. "Oleh yang demikian pihak KMPP dengan ini dalam situasi tanpa prasangka mencabar beliau supaya meletakkan jawatan sebagai menteri kerajaan pusat disebabkan beliau tidak layak dan telah kehilangan kepercayaan rakyat," katanya. Sambil menyifatkan skandal tersebut sebagai satu lagi episod malang melanda negara, Rahmad juga menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan pendirian dan mengambil tindakan tegas jika dakwaan tersebut benar. "Perkara berbangkit di sini yang menjadi 'crux of the case' tentang kewujudan yang nyata ke atas pembelian kondominium bertempat di One Menerung, Bangsar yang dikatakan pembelian hartanah berkenaan adalah bagi mendapatkan pulangan pelaburan memandangkan projek lembu Feedlot oleh NFC mengalami kelewatan operasi. "Perlu diingat bahawa modus operandi syarikat NFC untuk mendapatkan pinjaman modal berkenaan adalah bagi tujuan industri penternakan dan bukannya pelaburan hartanah. Secara tidak langsung telah wujud situasi penyelewengan dan pecah amanah yang melampaui keraguan munasabah," kata Rahmad. Tak boleh nafi lagi Menurut beliau, walau apapun spekulasi yang timbul Shahrizat tidak boleh menafikan bahawa dia tidak mempunyai pengetahuan tentang kewujudan NFC. Begitu juga soal pinjaman modal oleh pihak kerajaan dan pembelian kondominium mewah berkenaan. "Penafian beliau secara total bakal mengundang padah kepada parti pemerintah dan seterusnya mendatangkan liabiliti yang tidak berharga kepada negara kita. "Orang-orang Melayu khususnya sedang menilai situasi ini secara serius," katanya. Pakatan Rakyat awal bulan lalu mendakwa kerajaan persekutuan menyalurkan pinjaman mudah sebanyak RM250 juta kepada syarikat NFC berkenaan bagi tujuan industri penternakan lembu. Bagaimanapun ia didakwa tidak berjaya mencapai sasaran pengeluaran malah Laporan Ketua Audit Negara 2010 juga menyebut projek berkenaan dalam keadaan 'kucar-kacir'. Sebelum ini desakan sama, yang menuntut Shahrizat meletak jawatan, turut disuarakan oleh ahli parlimen BN sendiri iaitu Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan). Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) mendakwa tindakan menteri itu berkaitan Fidlot telah menyusahkan Umno Barisan Nasional. "Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan. "Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," kata Bung. Malaysiakini |
PANAS!! Mahathir dedahkan kenapa Mamak menguasai UMNO.. Posted: 19 Nov 2011 09:09 PM PST Selain dari mendedahkan UMNO kini menghadapi masaalah untuk mencari pemimpin, Tun juga berkata UMNO sudah rosak dengan teruk, UMNO dibayangi rasuah, dulu UMNO kuat tapi kini lembik, dulu pemimpin UMNO dilantik dari golongan terpelajar tapi kini dilantik dari kalangan orang bodoh? korang bacalah.. Mahathir: Umno hadapi masalah cari pemimpin, dibayangi tanggapan korup November 20, 2011 KUALA LUMPUR, 19 Nov — Sementara Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak sedang bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Umno selaku parti teras perikatan itu berhadapan dengan masalah mendapatkan pemimpin terbaik. Bekas perdana menteri itu berkata, Umno diselubungi masalah mencari pemimpin — pendirian yang mengesahkan pandangan banyak pihak selama ini. Katanya, tanggapan kebanyakan rakyat ialah Umno dipimpin oleh orang yang korup dan "kita dapati orang yang ada kelayakan tidak dibenarkan masuk dan pegang jawatan." "Ini adalah perkara yang benar, malah kita hendak cari pemimpin dalam Umno sekarang pun susah. "Di Selangor begitu ramai orang Melayu tapi hendak cari pemimpin cukup susah, boleh tak kita bayangkan tentang hal ini," kata beliau sambil menambah, "kita sebenarnya yang merosakkan parti kita kerana melayan orang semacam ini." Selangor merupakan salah satu negeri dikuasai Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum lalu. Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno sebelum ini berulang kali menegaskan bahawa negeri itu harus ditawan semula dalam apa jua cara. Dr Mahathir menjawab soalan sama ada orang Melayu seolah-olah sudah agak kritikal terhadap Umno ketika ditemu bual oleh Mingguan Malaysia, akhbar Kumpulan Utusan milik parti itu, sempena perhimpunan agung tahunan hujung minggu ini. Menjawab soalan sama ada Umno masih ada harapan, Dr Mahathir yang bersara pada Oktober 2003 selepas 22 tahun memimpin Umno dan kerajaan berkata, "saya harap kita boleh menang tapi kalau kita tidak jaga, mungkin kemenangan itu kecil sahaja." "Jika kemenangan kecil kita akan jadi kerajaan yang lemah dan lebih banyak masalah akan berlaku," kata beliau lagi - Artikel penuh sila baca di ( SINI ). ******************************* Ini pula adalah wawancara antara Mingguan Malaysia yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, DATUK OTHMAN MOHAMAD beserta ZIN MAHMUD, GAMAL NASIR MOHD. ALi, MARHAINI KAMARUDDIN, HAFIZAHRIL HAMID dan jurugambar FAUZI BAHARUDIN dan TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD pada Khamis lepas. MINGGUAN: Bagaimana Tun melihat keadaan UMNO hari ini? DR. MAHATHIR: Saya tidak nampak UMNO sedang giat berusaha untuk mendapat sokongan daripada rakyat. Biasanya dekat-dekat pilihan raya ada banyak aktiviti supaya rakyat dapat faham perjuangan yang sebenarnya tapi nampaknya tidak begitu aktif, tak tahulah saya memandangkan saya jarang keluar akhbar sekarang, jadi saya tak tahulah. Ini impression yang saya dapat. Apakah berbeza jika dibandingkan dengan keadaan dahulu? DR. MAHATHIR: Dahulu kita kuat, tidak ada orang yang meninggalkan parti tetapi sekarang kita perlu memenangi semula mereka yang telah meninggalkan parti. Umpamanya UMNO masih tidak terima ahlinya yang letak jawatan atau keluar UMNO ketika saya bertindak keluar dahulu. Ramai juga yang keluar tapi banyak bahagian yang tidak mahu terima mereka, walaupun jumlah mereka sedikit. Kita tidak menang pilihan raya lalu dengan undi besar, jadi kalau ada ahli yang keluar walaupun 200 atau 300 orang itu sudah cukup besar. Kalau lari 100 orang kita kena cari 200 orang balik. Jika tidak dapat jumlah dua kali ganda yang telah meninggalkan UMNO agak susah untuk kita dapat kemenangan. Apakah ini punca kebanyakan mereka beralih kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana permintaan mereka untuk kembali dalam UMNO ditolak? DR. MAHATHIR: Ini lebih kerana kecewa kerana dahulu mereka percaya UMNO akan memperjuangkan nasib mereka. Sekarang ini mereka dapati UMNO tidak nampak memperjuangkan nasib orang Melayu. Sebab itu mereka menubuhkan NGO dan ia sebenarnya tidak boleh buat apa-apa pun tetapi kerana mereka mempunyai ahli dan tidak mengundi UMNO dan BN maka kesannya besar. Sebab itu kita kena tahu alasan kenapa mereka beralih kepada NGO. Tidakkah dengan wujudnya NGO ini akan memecahbelahkan penyokong UMNO? DR. MAHATHIR: Mereka nak sokong UMNO seperti contoh Perkasa, mereka sokong UMNO tetapi kerana terdapat isu-isu orang Melayu yang tidak dimainkan UMNO dan kemudiannya diambil alih oleh Perkasa. Oleh itu UMNO harus ambil tahu, tidak boleh melihat Perkasa sebagai musuh. Kita sebenarnya tidak boleh mempunyai banyak musuh pada masa sekarang. Orang yang hendak menjadi musuh pun kita patut pertahankan dan kemudian ambil tahu apa masalahnya. Kita lihat perkiraan NGO mudah iaitu dari segi Melayu, tapi kalau dari segi UMNO sebagai kerajaan pula terpaksa mengimbangi antara Melayu dan bukan Melayu. Bagaimana seharusnya NGO ini berperanan? DR. MAHATHIR: Kita boleh jaga kepentingan orang bukan Melayu tanpa membelakangkan kepentingan Melayu. Kita harus jelas sebab-sebab kita membuat tindakan. Umpamanya tempat-tempat dalam universiti kerajaan kita ambil tahu tetapi kita tidak ambil tahu tempat-tempat dalam universiti swasta. Apakah orang Melayu begitu ramai di universiti swasta? Jika orang Melayu semakin kurang dalam universiti kerajaan dan tidak ramai di universiti swasta, maknanya mereka semakin hilang tempat. Sedangkan masa saya masih memerintah, kita tubuh twinning arrangement untuk memberi peluang kepada orang bukan Melayu mendapat pelajaran di universiti. Lepas itu kita benarkan penubuhan universiti swasta untuk memenuhi keperluan pendidikan bukan Melayu kerana kita tahu mereka tidak dapat banyak tempat di universiti kerajaan. Tapi sekarang ini kita tubuh banyak universiti swasta tetapi kita kurangkan lagi pelajar Melayu dalam universiti kerajaan. Nampaknya orang Melayu yang semakin rugi. Tun nampaknya melihat UMNO tidak ada usaha yang giat untuk menarik sokongan orang Melayu. Berdasarkan pengalaman Tun apa nasihat Tun untuk memperbaiki keadaan ini? DR. MAHATHIR: Masa saya dahulu tidak banyak masalah kerana UMNO sangat kukuh dan mereka yang dipilih memimpin terdiri daripada mereka yang berpengalaman. Tetapi sejak beberapa tahun ini orang yang ada kelulusan tinggi tidak diterima masuk dalam UMNO, sebab itu mereka masuk Pas. Jadi di kalangan pemimpin UMNO tidak banyak yang berkaliber, tambah lagi mereka dikaitkan dengan rasuah seperti bertanding untuk Ahli Majlis Tertinggi misalnya. Malah banyak cerita ahli dapat sesuatu untuk mengundi mereka. Oleh itu UMNO perlu kikis perkara ini, jika rasuah itu sudah berlaku sekurang-kurangnya orang yang seperti ini tidak boleh dibenarkan jadi calon. Masihkah ada masa untuk memperbetulkan keadaan UMNO sebelum menghadapi pilihan raya? DR. MAHATHIR: UMNO sudah menjadi rosak dengan teruk apabila Tun Abdullah Badawi mengambil alih. Ini kerana beliau mengutamakan keluarganya dan macam-macam lagi pertuduhan rasuah dan pelbagai lagi. Lepas itu orang tahu tentang penglibatan menantunya. Sekarang ini UMNO yang rosak ini diwarisi oleh Datuk Seri Najib untuk beliau perbaiki. UMNO memerlukan banyak masa supaya ia boleh diperkuatkan. Tapi beliau pun sibuk dan tidak mempunyai masa yang cukup. Pemimpin-pemimpin UMNO yang lain pula belum ada kredibiliti dan masih baru. Tun melihat soal tidak berlaku perubahan ini di peringkat bahagian atau semua peringkat? DR. MAHATHIR: Saya melihat dari peringkat cawangan sampai ke pusat. Maknanya dari tahun 2008 hingga sekarang tidak ada perubahan? DR. MAHATHIR: Tidak nampak perubahan yang berkesan dan UMNO pun tidak boleh mempertahankan diri. Bila dituduh rasuah senyap, bila dituduh rasis pun hanya senyap. Malah nak sebut nama Melayu pun sudah tidak boleh lagi, kalau sebut sahaja sudah jadi rasis. Orang lain boleh sebut bangsa mereka tapi orang Melayu tidak boleh. Saya pun dituduh rasis kerana bercakap tentang Melayu. Apakah ini disebabkan kemunculan Melayu liberal yang semakin lantang bersuara. Mereka melihat parti yang mewakili Melayu ini sudah tidak relevan? DR. MAHATHIR: Kita kena perjelaskan kenapa anggapan mereka bahawa parti berasaskan kaum ini tidak lagi relevan adalah salah. Tapi tidak ada satu usaha yang gigih untuk menjelaskan kepada mereka dan tanya pendapat mereka tentang hal ini. Kalau kita di pihak yang betul kita boleh jelaskan. Mungkinkah kerana senario selepas Pilihan Raya Umum ke-12 yang begitu berbeza ketika zaman Tun dahulu. Ini kerana mereka semakin vokal dan agak memberontak? DR. MAHATHIR: Kita tidak menjawab apa yang mereka persoalkan. Kita tidak jelaskan kepada mereka apa yang tidak betul. Ada yang fikir, kalaupun kita tidak diperintah oleh orang Melayu apa salahnya? Siapa yang perjelas setakat ini? Dalam akhbar sajalah... (Sebenarnya) Orang Melayu sedia kongsi kuasa dengan orang lain, kita yang bagi hak kepada mereka tapi itu pun kita tidak berani sebut takut dituduh rasis. Tapi ini kebenaran. Ada yang kata orang Melayu juga adalah pendatang, kita tidak kata apa. Ada satu orang sebut (menjelaskan keadaan sebenar) di Pulau Pinang, dia telah digantung seolah-olah dia kata perkara yang salah sedangkan ia fakta. Takkan kita tidak boleh jelaskan kenapa Malaysia ini dipanggil Malaysia? Adakah kerana semangat Melayu semakin berkurang atau kerana kurang kemampuan? DR. MAHATHIR: Ini kerana kurang kemampuan dan juga kurang usaha. Masing-masing hanya menjaga tempat dia sahaja. Apa yang penting bagi mereka masih kekal sebagai ketua bahagian dan sebagainya. Jangan ada orang yang hendak mencabar mereka dan kerana itu tidak bagi orang yang ada bakat masuk bahagian mereka. Keduanya, mereka hendak jadi calon pilihan raya dan tidak menumpukan kepada menguatkan kembali UMNO. Kita kalau bertanding pilihan raya tetapi parti kalah tidak ada gunanya kerana kita hanya menjadi parti pembangkang. Yang penting bukan individu tetapi parti yang perlu menang. Jika ini keadaannya dan kalau terjadi cantas-mencantas, lagi UMNO akan kalah. Akhirnya UMNO tidak akan memerintah dan kita semua tidak dapat apa-apa pun. Perhimpunan Agung UMNO hujung bulan ini mungkinkah boleh dijadikan platform terbaik untuk memperbetulkan semua masalah ini menjelang pilihan raya umum akan datang? DR. MAHATHIR: Perhimpunan UMNO tahun ini saya yakin mereka tidak akan bangkitkan perkara yang tidak disukai atas alasan menjaga sensitiviti dan sebagainya. Oleh itu perkara ini akan hanya terbenam begitu sahaja. Tidak ada sesiapa membuat analisis tentang tuduhan terhadap UMNO sama ada betul atau tidak. Betulkah Dasar Ekonomi Baru (DEB) cuma menguntungkan kroni-kroni Perdana Menteri sahaja? Kita kena jawab semua perkara ini dengan jelas dan fakta. Bagaimana Tun melihat generasi baru dalam UMNO? DR. MAHATHIR: Bagi generasi baru, keupayaan untuk menjelaskan perjuangan UMNO sudah tidak ada. Lidah Rasmi UMNO |
Debat NFC: Khairy masih tunggu surat Rafizi? Posted: 19 Nov 2011 08:15 PM PST Dah agak dah... surat jemputan di atas dah Rafizi hantar melalui melalui faks, email dan pos laju kepada Khairy di alamat ibu pejabat UMNO 18 November 2011 tapi 19 November 2011 Lidah Rasmi UMNO melaporkan.. korang baca kat bawah.. Debat: Khairy masih tunggu surat Mohd. Rafizi KUALA LUMPUR 19 Nov. – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin masih belum menerima surat undangan cabaran berdebat daripada Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli berhubung isu projek lembu fidlot. Sambil mengulangi kesediaannya menyahut cabaran tersebut, Khairy berkata, sebaik surat itu diterima, beliau akan melihat kesesuaian sebelum membuat keputusan muktamad untuk masa dan tarikh debat. "Ya saya sudah bersedia. Cuma saya perlu melihat tarikh dan masa yang sesuai bagi kedua-dua belah pihak dan selepas tarikh muktamad diputuskan, baru kita akan berbincang soal format dan tempat (berdebat). "Tetapi saya masih belum terima surat itu. Mungkin sehari dua lagi saya akan terima," katanya ditemui pada perlawanan bola keranjang Cabaran YBs Can Jump di sini hari ini. Beliau ditanya perkembangan cabaran debat oleh Mohd. Rafizi berhubung isu projek lembu fidlot yang turut menimbulkan pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan pembangkang di Dean Rakyat. Mohd. Rafizi sebelum ini pernah mencabar Khairy berdebat dan ia diterima dengan penuh yakin oleh Ahli Parlimen Rembau itu. Lidah Rasmi UMNO |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan