shalehudin |
- Jom gelak sakan ngan Mat Sabu... kahkahkah...
- Polis Raja di Malaysia...
- Tak baik wooii kata Najib hisap darah... kahkahkah...
- Siti Nurhaliza tak yah bimbang hilang job laa...
- Tahniah Saifuddin, bravo Rafizi, congrat Tian Chua... kahkahkah...
- Padan muka, kena tibai macam anjing buruk kepala... kahkahkah...
- Johnny Depp Hampir Mati?
- Pengampu di tibai pengampu... kahkahkah...
- Teruk dah Najib ni, nama sendiri pun dah lupa... kahkahkah...
- Pecacai UMNO wajib baca nih...
- Istighfar
Jom gelak sakan ngan Mat Sabu... kahkahkah... Posted: 12 Nov 2011 09:30 AM PST |
Posted: 12 Nov 2011 08:25 AM PST Polis tak Serik Zalimi Anwar - Kit Siang KUALA LUMPUR 12 Nov. – Penasihat DAP YB. Lim Kit Siang menganggap tindakan Polis bersifat berat sebelah dan tidak demokratik dalam menyiasat Video Seks yang dikeluarkan 'Datuk T'. Beliau mendakwa, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menjadi mangsa penganiayaan politik yang dilihat tidak berkesudahan. "Permulaan pusingan baru ini harus dikutuk oleh semua rakyat Malaysia yang berfikiran waras. Ia juga adalah bukti Dasar Transformasi Nasional oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memulihkan Malaysia tidak bermakna sama sekali," katanya dalam satu kenyataan hari ini." Kit Siang berkata demikian dalam reaksi terhadap keputusan pihak polis yang telah memulakan siasatan terhadap Video Seks yang dikaitkan dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Berasaskan laporan, Pegawai polis DSP S. Shanmugan Moorthy mendakwa Datuk Seri Anwar telah memberi maklumat palsu dalam kes video seks itu, dan dengan itu dikaitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.- KLpos |
Tak baik wooii kata Najib hisap darah... kahkahkah... Posted: 12 Nov 2011 07:30 AM PST Kedai Rakyat 1 Malaysia Sama Macam Jin..Hisap Darah, Produk Tak Ada Kualiti KUALA LUMPUR - Selepas mendakwa harga barang di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) lebih mahal dari pasar raya besar, Pakatan Rakyat (PR) kali ini, mendedahkan sembilan produk di kedai terbabit tidak berkualiti. Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, hasil ujian makmal dilakukan ke atas sampel produk mendapati, isi kandungannya tidak menepati piawaian, ditetapkan di bawah Akta Makanan 1983 dan Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985 (Akta 281). Menurutnya, sembilan produk didakwa adalah sos tiram, jem nenas, ais krim, susu sejat, krimer pekat manis, minyak sapi, susu segar, sardin dan kari ayam (makanan dalam tin). "Kandungan sos tiram, hanya mengan-dungi 0.6 peratus protein, berbanding kadar minimum 2.5 peratus ditetapkan di bawah Akta Peraturan-peraturan Makanan 166A (1). "Manakala kandungan buah-buahan dalam jem nenas, menghendaki 35 peratus kan-dungan buah, sebaliknya hanya 8.87 peratus," katanya di KR1M di Bandar Tun Razak, semalam. Beliu berkata, kerajaan harus mengkaji dan menilai semula kandungan, selain kesalahan label produk tidak mengikut akta ditetapkan. "Sekiranya perlu, produk tersebut wajar ditarik balik daripada berada di pasaran," katanya. Ini bukan Kedai Rakyat 1 Malaysia.. Tapi ni Kedai Runcit 1 Malaysia.. Sama dengan kedai-kedai runcit lain kat malaysia ni. Buat kerja syer dengan mamak kutty. Dah tau mamak jenis hisap darah. Sepinggan Nasi kandar pun paling koman RM5. Lepas tu bagi pulak mamak maidin supply barang untuk kedai runcit pulak. Nak untung kat mana kalau harga murah. Nak tak nak kena bagi low Quality la baru boleh untung tinggi... Last-last rakyat yang terkena. Penipu rakyat..Apa punya pemimpin macam ni??? PRU13 rakyat mesti kasi benam terus.- SK |
Siti Nurhaliza tak yah bimbang hilang job laa... Posted: 12 Nov 2011 06:50 AM PST Artis turut bincang Negara Berkebajikan Aziz Muda GOMBAK, 12 Nov: Konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan sekarang dan akan dilaksanakan oleh PAS sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memerintah negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti, dikesan turut dibincang oleh pelbagai pihak termasuk di kalangan artis di negara ini. Minat golongan artis untuk membincangkan perkara itu terbukti apabila beberapa orang artis datang menemui beberapa orang pemimpin PAS untuk bertanyakan tentang konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan oleh parti itu. Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pengalaman tersebut turut dikumpulkan oleh beliau apabila beliau juga turut didatangi dua orang artis di negeri Pahang baru-baru ini. Menurutnya, kedatangan kedua-dua orang artis itu adalah untuk bertanyakan kepadanya tentang nasib golongan artis sekiranya PAS dan Pakatan Rakyat akan diberikan mandat oleh rakyat untuk memerintah negara ini pada PRU Ke-13 akan datang. Katanya, selain itu, kedua-dua orang artis itu juga turut bertanyakan kepadanya tentang konsep Negara Berkebajikan PAS dan kaitannya dengan golongan artis serta kegiatan seni di negara ini. "Mereka tanya saya macam mana dengan Siti Nurhaliza jika PAS menang nantii? Bolehkah Siti Nurhaliza terus menyanyi?" katanya ketika membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk Konsep Negara Berkebajikan pada Multaqa Pendakwah PAS di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar, di sini, hari ini. Pertanyaan itu, katanya, dijawab dengan baik oleh beliau dengan penjelasan berdasarkan peruntukan yang terdapat dalam konsep Negara Berkebajikan PAS itu sendiri khususnya berkaitan dengan golongan artis dan kegiatan seni di tanah air. Katanya, dalam konsep Negara Berkebajikan PAS, golongan artis termasuk Datuk Siti Nurhaliza tidak perlu bimbang dengan pemerintahan PAS jika menang dalam PRU Ke-13 nanti kerana nasib mereka tetap akan dibela. "Siti Nurhaliza dan artis-artis lain juga boleh terus menyanyi dan terus bergiat dalam bidang masing-masing jika PAS memerintah negara. 'Malah nasib mereka akan lebih terbela jika berada di bawah pemerintahan PAS, selaras dengan konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan itu," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. Tambahnya, konsep Negara Berkebajikan berbeza dengan negara kebajikan kerana Negara Berkebajikan adalah penekanan kepada keadilan dan ihsan yang menjadi teras pentadbiran kerajaan. "Di bawah kerajaan yang seperti itu yang ingin dilaksanakan oleh PAS, keadilan yang ditekankan bukan hanya kepada sesama umat Islam, tetapi juga orang bukan Islam," katanya. Konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan oleh PAS itu, tegasnya, sememangnya amat ditakuti malah amat mencemaskan Umno BN sekarang kerana ia berkeupayaan menarik sokongan orang ramai terhadap PAS. "Sokongan yang semakin meningkat daripada orang ramai terhadap PAS sekarang termasuk juga dari kalangan bukan Islam. "Fenomena ini tercetus hasil kehebatan konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan oleh PAS yang kini semakin difahami oleh orang ramai termasuk dari kalangan bukan Islam," ujar beliau. |
Tahniah Saifuddin, bravo Rafizi, congrat Tian Chua... kahkahkah... Posted: 12 Nov 2011 05:16 AM PST Dendam Lembu Terbalas Oleh MSO PKR mengambil masa lebih setahun untuk membalas 'dendam' apa yang dilakukan oleh pemuda liar yang didokong Umno Selangor ke atas Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim. Khalid pada tahun pertama beliau jadi MB telah memberi lembu korban kepada kawasan parlimennya di Bandar Tun Razak. Pemberian lembu korban itu dianggap sebagai perbuatan salah dan ada unsur-unsur rasuah. Alasannya naif kerana lembu itu diberi kepada parlimen di luar Selangor sedangkan duit digunakan membeli lembu adalah duit kerajaan Selangor? Laporan kepada SPRM dibuat oleh sebuah badan bebas atau Ngo yang menguruskan perihal rasuah lembu korban itu. Kalau tidak silap saya Nazree Yunus yang tampil membuat laporan SPRM ke atas Khalid. Ketika itu Nazree adalah budak suruhan dan anak didik Ezam Mohammad Nor di dalam sebuah badan bertindak apa dinamakan Gerak. Nazree hari ini sudah menyertai PKR dan menjadi Ketua Angkatan Muda PKR di Negeri Sembilan. Beliau tidak ikut jejak bekas bosnya kembali menjilat butut Umno dan diberikan upah menjadi senator boy. Ketika itu riuh randah fasal lembu. Khalid sendiri jadi malu kerana beliau digelar lembu. Sepanduk menguntuk MB yang berbunyi berbagai kata-kata penghinaan diangkat untuk menjatuhkan imej dan maruah Khalid. Antara kata-kata itu "MB Bodoh Macam Lembu", "Khalid Lembu" dan sebagainya. Bunyi sepanduk itu sebenarnya menggambarkan khalayak yang membawa kepala lembu tersebut yang lebih primitif daqripada orang yang belum tamadun dan tahu tekan lif untuk naik ke menara KL. Bila dibuat aduan SPRM secepat kilat pula membuat siasatan ke atas laporan dibuat Gerak itu. Akhirnya SPRM mendapat Khalid tidak bersalah dan tidak ada unsur rasuah. Itulah politik, lembu korban untuk dibuat kebajikan pun dibawa ke SPRM. Apa yang diterima Khalid sama yang diterima Nik Aziz di Kelantan yang hendak pergi tunai haji pun dibawa ke SPRM. Sampai MB itu terpaksa membatalkan niat untuk ke Makkah. Tuhan itu Maha Adil dan Maha Membalas. Hari ini keaiban yang dirasai Khalid itu dan sebahagian orang dalam PKR itu sudah terbalas. Kalau ia sebagai dendam PKR kerana menghina MB mereka, kini ia terbalas. Pendedahan yang dibuat oleh PKR berhubung penyelewengan dalam projek fedlot bernilai RM250 juta yang diberikan kepada keluaraga Sharizat Jalil telah menjawab cerita sebenarnya. Pendedahan bagaimana pengusaha projek itu telah membeli kondominum bernilai RM9.8 juta menyebabkan semua penghinaan ke atas Khalid sebelum ini terjawab. Pendedahan itu menebus aib kerana fitnah. Kini yang ternyata bermain dengan lembu dan mencuri wang rakyat ialah menteri UBN dan bukannya MB PKR atau Pas. Apa yang berlaku seperti mana didedahkan Saifuddin Nasution Ismail itu sungguh mengaibkan sekali. Apa lagi ia melibatkan maruah dan integriti perdana menteri, timbalan persana menteri, menteri pertanian dan asas tani, menteri wanita, ketua pemuda dan lain-lainnya. Orang ini mula cuba menyumbat rahsia busuk ini (penyelewengan) ini dengan kain buruk persis menyumbat mulut lembu berair agar tidak meleleh air liur. Tetapi Tuhan Maha Berkuasa. Kalau sudah busuk, ia tidak dapat dilindungi dengan sebatang lalang lagi. Betapa ia dikunci dan ditutup kemas kemen tetapi bila ia busuk ia akan berbau juga. Curahlah berdozen minyak wangi ia akan tetap membusuk, menerawang ke lubang hidung rakyat jelata. Pihak PKR telah berjaya menghidu bagaimana wang untuk projek lembu itu disalah gunakan membeli kondo di Bangsar bernilai RM9.8 juta. Itu yang telah didedah yang belum terhimbau busuknya masih banyak. Peruntukan untuk projek lembu itu banyak. Nescaya ada lagi. Pendedahan itu bukan saja memalu, mengejut tetapi melucukan. Peruntukan untuk projek lembu digunakan untuk beli kondo. Benar kata Saifuddin kondo dan lembu tak ada kena mengena langsung. Sebenarnya masih banyak penyelewengan dan tembelang busuk UBN yang belum didedah. Yang terdedah itu hanya tidak sampai 1 persen. Selepas ini akan ada lagi pendedahan demi pendedahan keburukan dan penyelewengan dilakukan UBN. Logiknya tidak dinamakan kerajaan UBN kalau ia bukan menyonglap wang rakyat. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pemberi maklumat terutamanya berhubung bukti transaksi wang untuk pembelian kondo berkenaan. Anda sebenarnya adalah wira negara kerana keberanian anda rakyat dapat tahu akan "mahabul"nya kerajaan UBN ini. Terima kasih juga kepada tiga pemimpin pelapis PKR yang berani dan ulet Saifuddin, Rafizi dan Tian Chua kerana menguruskan pendedahan itu secara sistemetik sekali. |
Padan muka, kena tibai macam anjing buruk kepala... kahkahkah... Posted: 12 Nov 2011 04:58 AM PST Ahli Parlimen Bebas – 'One-Off Sahaja!' Sudah menjadi khabar angin yang sangat kuat di lobi-lobi hotel sekitar ibu Negara – akan KEHENDAK dan KEMAHUAN kalangan Wakil Rakyat Bebas untuk dikekalkan sebagai calon wakil rakyat 'bebas' dalam PRU akan datang. Macam-macam cerita yang dijual. Kononnya mereka masih banyak menyimpan rahsia Anwar. Mereka boleh menang. Mereka adalah winnable candidate yang dicari-cari oleh BN di kawasan masing-masing. Mereka sudah buat kerja lama di kawasan. Mereka punya connection yang baik dengan NGOs dan sebagainya. Kepimpinan BN sepatutnya bertindak tegas dan secara straight forward mengatakan bahawa mereka-mereka ini TIDAK AKAN diletakkan sebagai calon di dalam PRU akan datang. Tegas dan tidak perlu berdolak dalih lagi. Wajah mereka adalah wajah yang sangat 'tainted' dan tidak akan diterima oleh rakyat. Nampak gaya macam-macam taktik yang dibuat oleh kelompok Konsensus Bebas. Dalam ayat politik, mereka ini sedang mencari 'nyawa'. Habis dilobi segala macam orang bagi memastikan mereka akan lepas sekali lagi sebagai calon dalam pilihanraya. Yang lebih celupar, siap mengatakan bahawa mereka sanggup untuk lompat pagar sekali lagi. Inilah bentuk jiwa murah yang boleh dibeli oleh wang ringgit (open secret?). PM dan BN tidak perlu mendengar lagi dongeng kelompok yang tidak punya harga diri seperti ini. Yes, mereka sudah memberikan khidmat kepada UMNO/BN. Namun cukup setakat itu. Sejarah telah membuktikan bahawa mereka adalah kumpulang yang sanggup menjadi 'gunting dalam lipatan' bila tiba waktunya berbuat demikian. Zulkifli Noordin adalah contoh yang sangat nyata. Sebagai wakil rakyat di Kulim – dia adalah seorang yang GAGAL dan mengecewakan rakyat. Tidak banyak yang dilakukan di kawasan. Malahan, pusat khidmat hanya bertahan selama setahun – akibat kekurangan modal dan bantuan daripada parti PKR. Akhirnya, demi kepentingan diri – Zul Noordin melompat dan menawarkan khidmat kepada UMNO/BN. Sekarang ini Zul Noordin ligat mencari nyawa. PERKASA dijadikan pentas 'bargaining power' kepada Zul Noordin. Sama jugalah dengan Ibrahim Ali. Sampai bila kita mahu melayan kelompok penting diri seperti ini. Kononnya, jawatan sebagai NAIB PRESIDEN PERKASA akan memberikamnnya lesen besar untuk diletakkan sebagai calon di PRU nanti. UMNO wajar memikirkan untuk mengetengahkan calon UMNO sendiri. Ramai yang mampu di Kulim Bandar Bharu. Kalau setakat nak menyaingi kerja wakil rakyat tahap sampah seperti Zul Noordin rasanya teramatlah mudah. Deal dengan konsensus bebas ini bertaraf 'one-off' sahaja. Cukup. Tak perlu layan lagi. Mereka ini semua gila harta dan kedudukan. Noktah. Demikian juga dengan wakil rakyat Wangsa Maju. WCK kata dia adalah winnable candidate buat BN. Serius? Atas dasar apa? Atas dasar ribuan orang yang hadir di rumah terbukanya? Jangan nak main bangsat YB. You're not worth it. Failure. PM tidak perlu lagi melayan kumpulan polong tidak bertuan yang dinamakan konsensus bebas. Mereka ini adalah buaya. Makan keliling dan sanggup khianat parti sekali lagi jika mereka perlu berbuat demikian. Jangan lupa, mereka ini menyanjungi Anwar buat sekian lama. Cakap benci pada mulut. Tapi usaha dibuat untuk melakukan 'side deal' dengan PKR menjelang PRU yang akan datang. Blog ini tahu macam-macam 'demand' yang dikemukakan oleh konsensus bebas. Ini semua kerja 'con-man' nak cari duit lebih. |
Posted: 12 Nov 2011 01:54 AM PST Pelakon versatil, Jonny Depp kini trauma menaiki kapal terbang akibat detik cemas ketika enjin kapal terbang yang dinaiki baru-baru ini, tidak berfungsi seketika. Saat itu, dia dapat merasakan kematiannya sudah hampir. "Ketika itu saya bersama pengarah Bruce Robinson, menuju ke satu destinasi penggambaran. Tiba-tiba enjin berhenti dan kami semua memang cemas. "Dalam hati, saya berfikir, adakah ajal saya sudah tiba. Namun apabila kedengaran enjin sudah kembali beroperasi, barulah saya menarik nafas lega. "Ini merupakan pengalaman tidak dapat dilupakan dan sekarang saya lebih rela menyeberangi lautan luas daripada terhempas dari langit," ujar beliau menerusi temubual bersama Majalah terkenal, Life. Sebelum ini timbul spekulasi di Hollywood yang mendakwa Johnny Deep telah mati akibat menjadi mangsa Kapal Terbang terhempas yang dinaiki beliau baru-baru ini. Beliau lantas menafikan sekeras-kerasnya dan mendakwa beliau hidup dan terselamat. |
Pengampu di tibai pengampu... kahkahkah... Posted: 11 Nov 2011 08:00 PM PST 'Saya tak nak berlawan dengan Syed Ali' Nazri Abdullah KUALA LUMPUR, 11 Nov: Pegawai Khas Tengku Razaleigh Hamzah, Muhd. Lukhman Ghani berkata, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee memarahinya mungkin kerana dia tidak menamakan Ketua Umno Bahagian Cheras itu dalam carta 'orang yang diberi prioriti' oleh Umno. "Saya tak nak berlawan dengan dia (Syed Ali), Mungkin dia marah sangat kat saya sebab tak letak beliau dalam kategori nombor tiga, iaitu kategori pengampu nombor satu kepada pemimpin nombor satu Umno," katanya agak keberatan ketika dihubungi Harakahdaily. Beliau berkata demikian sebagai megulas bidasan Syed Ali yang menuduhnya menghina Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ekoran kenyataannya yang dilapor Harakahdaily semalam bahawa Muhyiddin juga sedang dipinggir Umno. Mengulas lanjut, Muhd. Lukhman yang juga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Petaling Jaya Utara berkata, Syed Ali sebenarnya 'seangkatan' dengan pengampu besar lain seperti Senator Ezam Mohd Nor dan Zaid Mat Arip. Sebab itu katanya, kenyataan-kenyataan Syed Ali sering mendapat tempat di media-media arus perdana dan media Umno dan televisyen. Syed Ali seperti dilapor portal Umno, Agendadaily menyifatkan Muhd. Lukhman sebagai 'budak suruhan' kepada Ahli Parlimen Gua Musang yang cuba memecahkan perpaduan dalam Umno. Sambil mempertahan kedudukan Muhyiddin sebagai 'orang penting' Umno, beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan menyifatkan kenyataan Lukhman itu juga sebagai bukti bahawa Tengku Razaleigh 'tidak boleh ditegur' dan 'kemaruk tepukan' ahli Umno. "Saya bukan menghina Muhyiddin, saya hanya memberi komen tentang yang beliau kata 'tiap-tiap hari ada orang Umno cakap dalam akhbar'. "Tapi yang bercakap dan keluar akhbar itu hanya orang Umno yang mengampu pemimpin sahaja," kata Muhd. Lukhman yang mendakwa apa yang dikatakannya adalah suara-suara dari akar umbi Umno sendiri. Semalam bercakap kepada Harakahdaily, beliau berkata, orang pertama yang diberi keutamaan oleh Umno adalah Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Kedua pula adalah kepada Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan isteri, Datin Seri Maznah Rais. Tempat ketiga pula diberikan kepada pengampu-pengampu Najib dan yang 'menyalak' kepada Datuk Seri Anwar (Ibrahim) seperti Senator Ezam Mohd Nor dan Zaid Mat Arip serta ahli parlimen bebas yang mengutuk pembangkang, manakala keutamaan kepada Muhyiddin pula mungkin selepas tiga kelompok teratas itu. "Saya harap Syed Ali baca buku 'Kesilapan-kesilapan Najib' yang ditulis Shahbudin Husin iaitu ahli Umno sendiri," nasihatnya. |
Teruk dah Najib ni, nama sendiri pun dah lupa... kahkahkah... Posted: 11 Nov 2011 06:00 PM PST Tipu nama ketika angkat sumpah, jawatan Najib tidak sah? (Oleh: Masdar Wahid) KUALA LUMPUR 10 Nov: Bekas pegawai kanan polis, Datuk Mat Zain Ibrahim mempersoal tindakan Datuk Seri Najib Razak tidak menggunakan namanya yang sebenar ketika mengangkat sumpah sebagai perdana menteri. Menurut Mat Zain, Najib meletakkan Muhammad atau Mohd di pangkal namanya ketika berbuat demikian dan semasa mengumumkan barisan kabinetnya pada 9 April 2009. Namun kata Mat Zain, pada 21 dan 23 September 2011, ketika mengenepikan sepina dalam perbicaraan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Najib hanya mengikrarkan namanya sebagai "Najib bin Tun Abdul Razak" sahaja. Nama itu katanya, ditulis sebanyak lapan kali dalam kedua-dua afidavitnya. "Mustahil berlaku kesilapan kerana Afidavit itu pasti sudah disemak seramai empat peguamcara berpengalaman yang mewakilinya dalam permohonan mengenepi sepina itu," jelas beliau. Malah kata Mat Zain, Datin Seri Rosmah Mansor, dalam afidavit berasingan bagi kes sama, juga merujuk nama suaminya sebagai 'Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak'. "Menerusi afidavit-afidavit yang diikrar Najib dan isterinya, tidak syak lagi nama sebenarnya seperti dalam kad pengenalannya ialah "Najib bin Tun Abdul Razak" dan bukan "Muhammad Najib bin Tun Abdul Razak" sepertimana yang beliau bersumpah 'demi Allah' di hadapan YDPA di-Istana Negara pada 3 April 2009," kata Mat Zain. Oleh itu, katanya, Najib perlu menjelaskan bagaimana nama beliau boleh berbeza di antara dua sumpah yang dibuat. "Samada rakyat akan mencabar kesahihan upacara angkat sumpah jawatan PM yang dilafaz pada 3 April 2009 itu, adalah terletak kepada hak dan kebebasan pilihan masing-masing. "Namun, jika sumpah jawatan PM Najib itu diistihar tidak sah, akibat mengguna nama yang bukan nama sebenarnya, maka beliau bukan Perdana Menteri Malaysia yang sah mengikut undang-undang," katanya. Oleh itu, katanya, Najib tiada kuasa untuk membubar Palimen kerana mengikrar sesuatu fakta yang penting atau mengelirukan dalam sesuatu afidavit adalah secara sendirinya merupakan kesalahan jenayah. Sebelum ini, Presiden Amerika, Barrack Obama terpaksa mengangkat sumpah buat kali kedua pada 21 Januari 2009 akibat kesilapan sebutan satu perkataan sahaja dalam upacara mengangkat sumpah kali pertama sehari sebelumnya. |
Pecacai UMNO wajib baca nih... Posted: 11 Nov 2011 04:00 PM PST Bayangkanlah jika anda memilih BN… Oleh Wan Pok Wan Malini Cubalah bayangkan jika dalam pilihan raya ke-13 akan datang, anda memilih untuk mengundi Barisan Nasional. Mungkin kerana anda lebih mudah terpengaruh dengan isu-isu remeh daripada perkara-perkara utama dan lebih besar dalam menentukan nasib serta masa depan kita semua. Walau apa pun alasan yang anda diberikan untuk memilih BN, beberapa perkara utama sudah hampir pasti akan dilaksanakan oleh kerajaan BN yang didalangi UMNO yang telah terbukti sanggup berbuat apa sahaja semata-mata mahu terus bergayut di tampuk kuasa Tiga kemungkinan besar yang akan berlaku adalah: 1. GST akan dilaksanakan. Ia adalah goods and services tax (GST) atau cukai barangan dan perkhidmatan. Jika UMNO-BN menang, maka seluruh rakyat Malaysia akan terpaksa menanggung cukai ini pada semua barangan harian dan perkhidmatan. Contohnya, barangan seperti satu pek sabun cuci yang berharga RM10 kelak akan menjadi RM10.60 (setakat ini cukai perkhidmatan yang dikenakan biasanya 6 peratus). RM0.60 ini mungkin tidak banyak bagi kita untuk satu jenis barangan, tetapi cuba anda bayangkan jika dalam satu hari anda perlu membeli 5 jenis barangan yang jumlah puranya RM50, anda akan perlu menambah RM3 untuk cukai tersebut. Adakah jumlah ini masih sedikit? Jika dalam seminggu kita berbelanja RM200 untuk barang keperluan harian, maka jumlahnya akan menjadi RM12. Bayangkanlah dalam sebulan dan setahun, berapakah jumlah yang kita terpaksa bayar? Itu belum masuk kos-kos lain seperti bayaran pinjaman rumah, kereta, motosikal, minyak, servis, tol, telefon dan lain-lain. Soalannya, ke manakah wang cukai ini akan pergi kelak? Masuk poket siapa? Dan apa pula yang akan kita (rakyat) perolehi darinya? Adakah rakyat dijamin akan mendapat mutu perkhidmatan perubatan (hospital) yang terbaik? Atau adakah kita akan dapat mutu perkhidmatan pelajaran dan pendidikan yang terbaik? Bayangkanlah jika ini terjadi, siapa pula akan membantu kita? Setakat ini belum kedengaran kerajaan BN mahu menarik balik cadangan memperkenalkan GST walau pun banyak pihak telah membantahnya. Yang diperlukan BN ialah mandat rakyat untuk mengenakan sebanyak mungkin cukai terhadap rakyat. Untuk apa kerajaan BN perlukan begitu banyak wang yang terpaksa dicukai daripada rakyat sendiri? Tepuk dada tanya selera. 2. Kes rasuah dan salah guna kuasa akan terus berleluasa Kini isu terbaru membabitkan keluarga menteri UMNO, iaitu kes National Feedlot Corporation (NFC) yang dianggarkan berjumlah RM280 juta. Wang Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu adalah wang dari cukai rakyat dan sumber negara. Kontrak pula diberikan kepada syarikat keluarga seorang menteri. Walau pun dengan alasan syarikat terbabit telah mengikuti segala prosedur dan mempunyai kebolehan, dari segi etikanya, ia tidak mencerminkan ketelusan kerajaan dalam membelanjakan wang kita (rakyat). Itu cuma satu contoh terbaru sahaja. Soal skandal kewangan, rasuah, penyelewengan kerap berlaku dalam pentadbiran BN. Dalam kes Port Klang Free Trade Zone (PKFZ), mantan menteri-menteri pun terlibat. Dalam kes mantan seorang menteri besar yang berumah terlalu besar dan sepatutnya tidak mampu dimilikinya sudah menjadi kes mahkamah. Tentunya banyak lagi kes sedemikian yang berlaku kepada pemimpin-pemimpin kerajaan yang terlalu lama memerintah. Baru-baru ini juga, Ketua Audit Negara telah mendedahkan pelbagai kes yang melibatkan salah urus hingga menyebabkan kerajaan (wang rakyat) rugi berbilion ringgit dalam masa setahun. Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan, antara lain, telah menyatakan Kementerian Pelajaran adalah antara sembilan kementerian/jabatan yang mencatat perbelanjaan sebenar melebihi peruntukan. Hasilnya tidak nampak ke mana kerana pelajar dan guru Malaysia tidak pula dianggap antara yang terbaik di dunia, kalau tidak pun di rantau Asia Tenggara. Laporan itu juga mendedahkan kos pengambilan balik tanah bagi projek Lebuh Raya Senai-Desaru meningkat hampir 103 peratus dengan kerajaan terpaksa menanggung tambahan sebanyak RM375.60 juta. Malah, Ketua Audit Negara juga mencatatkan bahawa sebahagian besar pembelian dibuat melalui rundingan terus, tidak melalui tender terbuka dan tanpa kelulusan daripada Kementerian Kewangan. Berikut beberapa barang yang dibeli dengan harga yang tidak masuk akal sama sekali dilaporkan dalam laporan berkenaan: • Ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419, untuk membuat roti dan pastri bagi kursus di Kelantan • Katil boleh lipat berharga RM500 berbanding harga pasaran RM100 • Dapur gas dua pembakar pada harga RM200 setiap satu, dan bukannya RM59.90 • Mesin gunting rambut yang dibekalkan pada harga RM250 setiap satu, dan bukannya RM79 • Pengisar pada RM140 dan bukannya sebanyak RM60 Jika mengambil kira wang RM280 juta dalam kes NFC, dicampur dengan skandal PKFZ yang bernilai berbilion-bilion ringgit itu, serta ditambah pula dengan ketirisan wang dari laporan Ketua Audit Negara itu, bayangkalah berapa banyak lagi wang rakyat yang akan hangus jika UMNO-BN terus diberi mandat untuk mengurus ekonomi negara. Mengapa kerajaan UMNO-BN membiarkan pembaziran yang amat dahsyat itu sedangkan masih ramai golongan miskin dan berpendapatan rendah, khususnya di Sabah dan Sarawak, yang memerlukan pembelaan? Kata orang dulu-dulu, sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. 3. ISA mungkin dimansuhkan tetapi diganti dengan undang-undang yang lebih zalim dan kejam Pada 15 September 2011, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan bahawa pentadbirannya akan memansuhkan undang-undang zalim Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Pengumuman itu pada hakikatnya hanya menyebut 'akan' tanpa penjelasan jangka waktu yang sebenar. Jelas bahawa ia satu mainan politik yang terdesak untuk meraih undi rakyat. Malah, ISA yang kononnya mahu dimansuhkan itu akan digantikan dengan dua (2) akta baru yang belum dijelaskan lagi kepada rakyat tentang isi kandungannya, hatta gambaran kasar tentang undang-undang baru itu juga masih tidak diterangkan. Jika anda memilih untuk mengekalkan kerajaan UMNO-BN dalam PRU akan datang kerana janji-janji Najib, perlu diingat bahawa amat sukar bagi Perdana Menteri untuk mengotakan janjinya. Walau pun anda mungkin yakin niatnya baik, pimpinannya kini dipengaruhi unsur-unsur perkauman yang bersifat fasisme dan menolak perubahan, termasuk yang mengatakan hak asasi manusia itu adalah ajaran agama baru yang mengancam keselamatan negara. Begitu juga reputasi Najib dalam isu perhimpunan aman Bersih 2.0 yang mana beliau telah berjanji untuk memberi kebebasan berkumpul di stadium tetapi janji hanya tinggal janji. Malah, tindakan zalim pihak berkuasa yang menangkap rakyat yang memakai baju kuning serta bertindak ganas pada hari perhimpunan 9 Julai lalu, membuktikan tidak ada apa-apa perubahan akan berlaku; lebih teruk dikekang kebebasan jika UMNO-BN diberi mandat sekali lagi. Kesan dari itulah maka pentadbiran Najib dikecam oleh dunia kerana gagal bertindak bijak dalam memberi hak kepada rakyat untuk berhimpun secara aman dan mengamalkan hak kebebasan bersuara. Pimpinan tunggang terbalik Malah pentadbiran UMNO-BN telah dilihat sebagai flip flop atau tunggang terbalik dalam banyak isu penting yang lain, dan semua ini menjadikan rakyat semakin gelisah seolah-olah tiada kepastian dalam hidup di bawah pemerintahan yang tak keruan itu. Contoh paling nyata adalah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSI). Bila dilancarkan dahulu tanpa merujuk kepada rakyat, khususnya ibu bapa dan guru-guru serta pelajar, dicanangkan betapa pentingnya Bahasa Inggeris. Bila mahu dimansuhkan pun dibuat perkara yang sama, dengan menggunakan alasan mahu memartabatkan Bahasa Malaysia. Dalam kes Akta Universiti dan Universiti Kolej (AUKU) di mana Mahkamah Rayuan telah pun mengisytiharkan Seksyen 15 (5) (a) yang menghalang hak mahasiswa untuk mengamalkan hak politik sebagai tidak sah dan melanggar Perlembagaan Persekutuan. Sepatutnya kerajaan UMNO-BN menghormati keputusan ini tetapi sebaliknya mereka berdolak-dalik mencari jalan supaya mahkamah yang lebih tinggi membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang waras, munasabah dan adil itu. Berhubung penubuhan Jawatankuasa Pemilih Parlimen mengenai Reformasi Sistem Pilihan Raya, Najib sendiri tidak berani memberi jaminan bahawa PRU ke-13 tidak akan diadakan sebelum jawatankuasa itu selesai melaksanakan tugasnya untuk memenuhi tuntutan rakyat bagi mewujudkan pilihan raya yang adil, bersih dan demokratik. Malah, lebih awal dari itu semua, Najib telah mencanangkan slogan 1Malaysia apabila menjadi Perdana Menteri. Tak sampai setahun, segala niatnya dihancurkan oleh kumpulan-kumpulan yang menentang perubahan. Kerana itu janji Najib amat sukar untuk dipercayai lagi. Mengapa Perdana Menteri begitu lemah dan takut untuk berhadapan dengan kumpulan-kumpulan minoriti yang jelas mensabotaj agendanya yang mahu mendahulukan rakyat, mengutamakan pencapaian itu? Bayangkanlah betapa mendung dan gelapnya masa depan kita jika UMNO-BN terus memerintah… – Roketkini.com |
Posted: 11 Nov 2011 02:30 PM PST "Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah adalah amat Pengampun, lagi amat Mengasihi" (Surah an-Nisaa: 106) "Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. Nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (secara terus menerus) kepada kamu." (Surah Hud: 3) "Dan orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah lalu memohon ampun atas dosa mereka dan siapakah lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedang mereka mengetahui. Balasan bagi mereka ialah ampunan Allah dan syurga yang mengalir di dalamnya sungai dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal." (Surah Ali Imran: 135-136). Ibnu Umar menceritakan, kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah dan kami mendengar Rasulullah mengulang-ulang membaca sebanyak 100 kali doa yang berbunyi: "Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubat ku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengasih." (HR Tirmidzi) Nabi saw. bersabda, "Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar (meminta ampunan) dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari, lebih dari tujuh puluh kali." (HR Bukhari) Dari Tsauban berkata: Apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam selesai solat, baginda beristighfar tiga." Sumber: Muslim (no. 135, 591), Abu Daud dalam Shahih Abu Daud (no. 1563), Ibnu Majah (no. 938), al-Tirmidzi dalam Shahih al-Tirmidzi (no. 300) dan al-Nasa'i dalam Shahih al-Nasa'i (no. 1336). Al-Walid radhiallahu'anh berkata, aku bertanya kepada al-Auza'i: Bagaimana lafaz istighfar baginda ? Dia menjawab: اَسْتَغْفِرُالله، اَسْتَغْفِرُالله، اَسْتَغْفِرُاللهَ. "Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah (Aku memohon ampun kepada Allah, aku memohon ampun kepada Allah, aku memohon ampun kepada Allah)." Sumber: Muslim dalam Shahih Muslim (no. 591), al-Tirmidzi (no. 300) dan Abu Daud dalam Sunan Abu Daud (no. 2151). Nabi saw. bersabda, sesiapa yang berkata أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ "Astaghfirullahal-'azim allazi la ilaha illa huwal hayyul qayyum waatubu ilaih", nescaya diampunkan baginya sekalipun dosanya sebesar lari dari medan perang. (HR At Tirmizi, hadis no: 3577) Nabi saw. bersabda,"Sesiapa yang selalu beristighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberinya rezeki tanpa diduga olehnya". (HR Abu Daud) |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan