AdukaTaruna |
Hot! Video mandi bogel pemimpin Kelantan. Posted: 12 Nov 2011 06:00 AM PST Oleh : AdukaTaruna Sumber : http://youtu.be/2am_KLVGDGQ Harap2 bidio ni tak terlepas ke tangan UMNOPORN. Sebab mereka berjuang atas isu lucah. Muahahahaha. |
Apabila Ostad Azhar Idrus mengatakan gua gila. Posted: 12 Nov 2011 05:54 AM PST Oleh : AdukaTaruna Sumber : http://youtu.be/DwBKlqzDLkE Nak ikut gua ke, nak ikut Ostad Azhar Idrus? Haha. Ikut yang ahli la bro.. Islam tegak pada hujah. Hujah Ostad lebih tegak, ikut dialah. Gua hanya menyampaikan hak gua berhujah. Condong atau bengkok adalah penilaian. Gua hanya menyampaikan pendapat. Setuju, setuju. Tak setuju, tak setujulah. Takan gua nak upah samseng belasah lu orang. Dan rampas gajet atas nama Islam. [1] Ostad mengatakan kalau tak nak ikut ulama, sampai bila kita tak boleh nak ada ilmu. Sebab nabi dah takda. Nak belajar mengaji pun tak boleh, sebab tak boleh ikut ulama. Itu adalah hujah ostad. Baguslah. Hujah dibalas hujah. Tapi, lucunya, tak pula gua menyampaikan pendapat meminta pembaca menolak ulama secara total. Malah gua nekad memperjuangkan IRM selepas PRU13. Yang gua share ialah kefahaman gua mengenai mengikat diri kepada jenama mazhab. Kalau bemula belajar mengaji dengan ulama kampung, belajarlah. Alhamdulillah dan tahniah. Sehinggalah anda sampai kepada satu ilmu yang membuatkan anda mengambil ijtihad ulama kampung itu salah. Maka tinggalkanlah ia. Syafie pun suruh campak pendapat dia ke dinding kalau jumpa yang lebih baik. Kenapa pula gua dilabel gila kerana meminta semua mengikut Imam Syafie. Kalau nak diikutkan begitu, Syafie itulah bapa segala gila. Haha. [2] Mengenai makian gua terhadap Aishah, ianya adalah satu takdir Allah yang dibenarkanNya berlaku atas kejahatan gua sendiri. Ianya adalah penyakit yang membuatkan gua imune selepasnya. Kesilapan adalah guru terbaik. Insyaallah dan amin. Sumber : http://youtu.be/yUySqW5in1Q Anda boleh mendengar ulasan dari Hadi Awang sendiri mengenai kebenaran Ali. Itulah stand gua. Cuma cara gua ketika itu adalah cara yang berpenyakit. Adakah gua akan dihukum selamanya? Heh.. gua adalah gua. 10 rakan yang menjauhi gua, 20 rakan lain akan dikurniakan Allah untuk membantu gua. Asalkan gua menjadikan itu semua sebagai pengajaran dan landasan2 hidup gua. [3] Gua akan tetap begini. Bertatih kepada yang lebih baik adalah usaha gua. Tinggi dan rendah kualiti usaha gua sudah tentu dinamik (berubah2) kerana gua adalah manusia biasa. Gua tetap tidak akan mengikat diri gua kepada jenama. Apa sahaja jenama. Termasuk jenis mazhab. Anda boleh mengatakan gua gila. Tiada masalah. Asalkan keputusan gila itu selepas anda mengemukakan hujah. Gua pula akan terus sekali sekala menyampaikan pendapat gua kepada anti jenama (kelakar sebenarnya anti jenama dihujahkan sebagai anti ulama). Tetapi dalam medium persendirian gua sendiri. [4] Untuk tajuk mazhab di dalam tajuk besar anti jenama, gua tidak pernah menyampaikan pendapat gua dalam medium orang2 yang mengikat diri kepada mazhab. Gua tidak mengganggu pun FB, Youtube dan medium milik Ostad Azhar Idrus dan sebagainya. Memperjuangkan fahaman anti mazhab di dalamnya. Kerana pada gua, fade up nya orang2 yang mahu berjinak2 mengenal agama lebih mudarat dari taksubnya orang2 kepada jenama (mazhab). Gua hanya di sini. Di medium gua. Nak baca, bacalah. Nak setuju, setujulah. Member2 gua pakai handphone kaler pink, ada gua marah? Takda kan. Wakakaka... [5] Ostad Azhar Idrus juga mengemukan hujah mengenai kesahihan hadis. Menolak hadis kerana ianya tidak disahihkan oleh nabi sendiri. Kelakar juga gua. Sejak bila gua anti hadis? Gua memang ada rakan pembaca yang anti hadis. Itu rakan pembaca. Tetapi gua sendiri menentang penipuan Hadi Awang dalam beberapa peristiwa menggunakan hadis. Hehe.. Cuba memenuhi adab2 kelahiran Islam juga melalui hadis. Ditahnikkan anak gua juga oleh ulama. Kesimpulannya, ikutlah keahlian. Ikut Ostad Azhar dalam agama (tajuk fekah dan falsafah) lebih baik. Tetapi gua tetap begini. Menyampaikan hujah agama dalam medium sendiri. Tidak akan sesekali mengganggu medium kumpulan2 taksud mazhab. Kecuali hujah agama (tajuk politik dan perjuangan fizikal). Gua sudah mula keluar sejak Allah memaksa gua dengan peristiwa Hina Sultan Johor dengan perkataan mampos, mampos dan pergi mampos. Kepada Ostad Azhar Idrus, tak nak pakai mazhab, dengan tolak ulama satu benda yang jauh berbeza. Jauh berbeza bro.. Kalau disatukan untuk menjadi 1 hujah, 1 falsafah, 1 Malaysia; ianya sangat kelakar. Kelakar, tapi tak gila lah. Mungkin keupayaan kita mengasing2kan sesuatu tajuk berbeza2. Wallahualam. |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan