Sabtu, 12 November 2011

Addin

Addin


Anak Muhyiddin Menangi AIM 2011 Kategori Artis Baru Terbaik Dan Lagu Inggeris Terbaik

Posted: 12 Nov 2011 09:01 AM PST


Berita gempak!! Di Astro Ria berlangsung AIM 2011.  Najwa Muhyiddin iaitu anak TPM memenangi Artis Baru Terbaik dan Lagu Inggeris Terbaik. Namun semasa ucapan kemenangannya..
 
Tiada langsung nama Muhyiddin disebut... Malah semasa pengumuman kemenangan pun hanya nama Najwa di sebut... cover baik punya!! Inilah contoh terbaik buat pemimpin yang kononnya memperjuangkan Islam!!Lu nilailah sendiri!!



Taib Mahmud Ada Hubungan Sulit Dengan Uzbekistan?

Posted: 12 Nov 2011 05:09 AM PST

Ketika Taib dan Najib sedang disiasat kerana menggunakan perhidmatan promosi media, dan serupa dengan yang digunakan oleh kerajaan Khazakhstan, untuk menjernihkan imej mereka di mata dunia, kami menemui suatu lagi bukti bahawa mereka juga membuat hubungan dengan kerajaan Uzbekistan yang kini sedang menjalankan dasar kekasaran terhadap rakyat mereka sendiri.

Kini cawangan FBC Media di Itali telah menamatkan kontrak dengan Gulnara Karimova, anak perempuan kepada seorang dictator Uzbek, yang sedang giat mempromosikan dirinya di kalangan penggemar fesyen antarabangsa.

Setelah Gulnara menceraikan suaminya, suaminya telah kehilangan kuasa ke atas monopoli perniagaan air minuman negara itu. Justeru suaminya telah melarikan dirinya dan mendapat perlindungan di US, sementara 24 orang ahli keluarganya telah diusir dengan muncung senapang ke negara Afganistan!

Di samping itu Gulnara yang meminati majlis-majlis peragaan fesyen yang mewah-mewah telah menyebabkan negaranya membelanjakan begitu banyak peruntukan kewangan untuk mengadakan pertunjukan fesyen di tempat-tempat yang terlalu eksklusif dengan tujuan untuk memperolehi namanya!

Kesemua kontrak yang dimeterai dengan pengerusi FBC Media, Alan Friedman, yang kenal akan ketamakan Gulnara mengenai sebarang perkara yang berkaitan dengan perniagaan di bawah regime bapanya. Sikap dan gaya hidup Gulnara hampir-hampir menyerupai sikap Taib Mahmud dan keluarganya dari Sarawak, Malaysia.

Klien yang dihormati

Alan Friedman telah menyalahgunakan kuasanya memaksa para pekerjanya untuk menjernihkan nama Gulnara yang sentiasa mendakwa semua pertunjukan fesyennya itu adalah atas dasar membantu kaum wanita di negaranya. Di samping itu, industri penanaman kapas negara itu juga diketahui berlandaskan buruh hamba yang dikerahkan bekerja.

Menurut salah seorang pekerja FBC Media, Gulnara telah membayar wang yang amat banyak kepada FBC Media hanya semata-mata untuk mengangkatkan imejnya. Kami diberitahu bahawa kerajaan Uzbek telah membelanjakan lebih sejuta ringgit untuk membayar FBC Media hanya untuk menayangkan 3 siri video berkaitan dengan pertunjukan fesyen Gulnara.

Milan dengan Forum Ekonomi Dunia

FBC Media juga diketahui menyokong Gulnara memperoleh rakan-rakan niaga dalam dunia fesyen.

Di antara para jemputan yang menghadiri majlisnya adalah Letizia Morati, Walikota Milan, Andrea Goretti dari kumpulan Fininvest, peniaga Elio Cosimo Cantania dan beberapa orang peniaga berbangsa Itali yang telah menjadi sasaran Gulnara sebagai rakan niaganya.

Alan Friedman juga didapati membantu Gulnara menjadi rakan niaga kepada Klaus Schwab dari syarikat WEF. Klaus sememangnya mengenali Gulnara sebagai seorang pengusaha fesyen yang tidak digemari masyarakat dunia. Di samping itu FBC Media amat digemari oleh individu-individu seperti Gulnara, sehinggalah kegiatan haram mereka didedahkan!/sarawakreport

Baca di sini.

PM Restui Naib Presiden UMNO Amalkan Rasuah?

Posted: 12 Nov 2011 04:00 AM PST

Pendedahan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Datuk Ngeh Koo Ham di dalam Sabahkini.net bertajuk 'Rural Ministry Paid RM404 M For Higher Bids' berhubung kepincangan Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang melantik kontraktor yang menawarkan harga sehingga 500 peratus tinggi daripada harga pasaran, memang agak mengejutkan. Tetapi kelihatannya amat membanggakan Perdana Menteri Malaysia yang seolah-olah merestui amalan rasuah dilakukan oleh 'Golden Eye Boy', Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal.

Pembaziran lebih RM500 juta dana awam bagi semua projek mega yang dilaksanakan oleh KKLW di bawah NKRA, tidak termasuk projek kecil yang bernilai hampir RM1Billion adalah salah laku jenayah pecah amanah, rasuah dan sabotaj kepada ekonomi negara.

Kes ini harus dipandang berat oleh semua agensi penguatkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Akauntabiliti seperti Jabatan Audit Negara kerana merupakan jenayah perdagangan yang meletakkan negara di ambang muflis.

Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar Solar Hibrid di Pulau Banggi adalah contoh yang paling tepat untuk membuktikan bahawa amalan rasuah yang diperkukuhkan dengan 'Top-Up' harga adalah budaya 'samseng' yang seakan direstui Menteri Kewangan Malaysia merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Jika tidak, kenapa beliau hanya mendiamkan tindakan KKLW memilik kontraktor 'muflis' bukan bumiputera, Usaha Serimas Sdn.Bhd untuk menjalankan kontrak KKLW.T.67/2011 bagi Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid Fasa II Di Pulau Banggi dengan kos RM 81,475,281.42 sedangkan sebuah anak syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu TNBES turut menyertai tender berkenaan menawarkan harga RM55,520,848.

Perbezaan harga RM25,954,433.42 merupakan satu kesalahan jenayah terancang kerana sebelum ini TNBES turut melaksanakan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid Fasa I di Pulau Banggi dengan kos RM21 juta sahaja; sekalipun menyerahkan kontrak tersebut kepada empat subkontraktor iaitu Usahasama Shapadu Properties Sdn Bhd dan Berestu Corporation Sdn Bhd untuk kerja Sivil dan Bangunan dan Unimodal Sdn Bhd; Restu Indah Sdn Bhd dan Power Technologies Sdn. Bhd untuk kerja bangunan.

Mengikut maklumat dalaman TNBES, kos berkenaan termasuk profit dan melantik subkontraktor kerana kos sebenar projek BELB Solar Hibrid Fasa II Pulau Banggi hanya berharga RM40 juta sahaja. Jelas sekali perbezaan harga RM41 juta daripada tender yang ditawarkan kepada Usaha Serimas Sdn.Bhd adalah untuk membeli kesetiaan Ketua UMNO Bahagian, AJK UMNO Bahagian, Puteri dan Wanita demi untuk mengucar kacirkan sistem politik dan pentadbiran yang sedia ada.

KKLW menggunakan modus operandi yang sama kerana menawarkan projek kecil kepada semua 'Desperado' dalam UMNO. Dalam kes MARA seperti yang ditegur Ketua Audit Negara, semua tender atau projek KKLW atau agensi di bawahnya seakan boleh 'dikenduri' oleh Menteri atau suku sakatnya; tanpa perlu merujuk kepada Ketua Setiausaha Kementerian, Pengarah Agensi berkaitan; seolah-olah Menteri KKLW mempunyai kuasa veto dalam melaksanakan projek.

Menteri KKLW telah membelakangkan Arahan Perbendaharaan, Tatacara Tawaran Tender dan Akta Acara Kewangan; seolah-olah tidak perlu tertakluk kepada Akta Audit Negara dan Akauntabiliti Kerajaan. Dalam hal ini sewajarnya, PDRM dan SPRM mengambil tindakan drastik berasaskan laporan polis dan SPRM yang telah saya buat kerana mengikut undang-undang, Menteri KKLW telah melakukan rasuah dan pecah amanah.

Apakah Perdana Menteri, SPRM, Polis dan Ketua Audit Negara merestui amalan yang dilakukan Menteri KKLW kerana sejak 2008 amalan songsang ini berterusan yang melibatkan pembaziran peruntukan berbilion ringgit?

Tindakan 'pecah amanah dan rasuah' Menteri KKLW telah melahirkan ramai jutawan segera yang terdiri daripada 'Political Reject' di dalam UMNO dan Parti Komponen BN; termasuk Haji Mohd Yuso Apdal, Christoper Chiew, Alfred Chan, Datuk Chin Su Phin, Datuk Peter Anthony, Datuk John Ambrose, Yusof Said dan sebagainya yang dijadikan 'Kuda Tunggangan' untuk menghancurkan UMNO Sabah.

SPRM dan Polis seolah-olah sudah menjadi satu badan elit yang hanya diperalatkan oleh pemimpin UMNO untuk menghukum atau mencantas pemimpin yang tidak disukai oleh pucuk pimpinan parti; sedangkan penjenayah sebenar turut dilindungi kerana menganggotai badan elit berkenaan.

Tidak cukup dengan sikap Menteri KKLW yang kalis tindakan, Pegawai Khasnya di Tenom, Jamawi Jaafar, juga berkuasa penuh mengatasi Ahli Parlimen dan ADUN kerana mempunyai 'Kuasa Eksekutif' untuk melaksana atau mengagehkan projek KKLW kepada kroni dan proksi menteri.

Memang agak menakjubkan kerana di zaman Najib menjadi Menteri Kewangan, khidmat Jurutera atau Jabatan Kejuruteraan seperti Jabatan Kerjaraya dan Jabatan Pengairan dan Saliran tidak diperlukan lagi kerana merestui Menteri KKLW melantik FELCRA menjalankan tugas pemantauan projek.

Transformasi FELCRA daripada bidang pertanian kepada kejuruteraan merupakan salah satu kehebatan Najib kerana sesiapa sahaja boleh menjadi Jurutera untuk mengawalselia projek KKLW sehingga Pejabat Daerah dan JKR dianggap sebagai 'Pengacau'.

Mungkin rakyat tertanya-tanya bagaimana akauntabiliti kerajaan ditadbir urus oleh Kerajan BN kerana sesiapa sahaja boleh dilantik menjadi Jurutera atau Akauntan tanpa mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam sebagaimana yang diamalkan Kementerian atau Jabatan lain.

Senario ini berlaku mungkin disebabkan Ketua Audit Negara, Tan Sri Amrin Buang bukan akauntan bertauliah kerana mengikut Undang-Undang, hanya 'Akauntan Bertauliah' yang boleh dilantik sebagai Ketua Juruaudit Negara.

Oleh itu, tidak hairan jika Laporan Ketua Audit Negara seperti 'Surat Khabar Lama' kerana tidak boleh digunakan sebagai alibi untuk pendakwaan di Mahkamah disebabkan tidak ada Jurutera Professional atau Akauntan Bertauliah yang berkhidmat dengan Jabatan Audit Negara bagi memantau pengauditan Jabatan Kerajaan; saling tidak tumpah seperti tindakan KKLW melantik FELCRA bagi mengawal selia projek.

Kesan ketara daripada tindakan tidak professional Menteri KKLW, telah mewujudkan beberapa kasta di dalam UMNO, terutama mereka yang benar-benar ikhlas berjuang untuk parti dan mereka yang hipokrit yang berjuang untuk kepentingan peribadi atau kumpulan ketiga ialah penjenayah yang berselindung di sebalik lambang UMNO untuk merampas kuasa dan menggunakan kuasa untuk memperkayakan diri dan kroni, sampai bila-bila.

Pemimpin UMNO yang ada sekarang terlalu bacul untuk menegur tindakan Menteri KKLW kerana kedudukan Datuk Seri Mohd Apdal sebagai Naib Presiden UMNO yang dilihat sebagai mengatasi undang-undang (Above The Law).

UMNO kini dilihat sebagai 'Gudang Sampah Sarap' kerana semua pemimpinnya tidak lagi mengutamakan prinsip perjuangan untuk parti, malah sering mencipta sengketa kerana mereka hanya hidup senang, jika wujud sengketa antara pemimpin.

Jika dalam Kes MARA, Ketua Pengarah MARA mengumumkan pihaknya akan mengutip balik semua bayaran terlebih dibayar kepada kontraktor, apakah dalam kes ini, KKLW akan mendapatkan kembali ratusan juga ringgit yang dibayar secara tidak sah oleh KLLW; terutama kepada 'Bill Collector' utama seperti Marzuki Datuk Nasir, Azis Jamman, Christopher Chiew, Mohd Yusof Apdal dan sebagainya?/sabahkini

Baca di sini.

Bebaskan Universiti Dari Politik Sempit Umno BN

Posted: 12 Nov 2011 12:00 AM PST

PAS memandang serius dan prihatin dengan serangan yang dilancarkan oleh pihak-pihak tertentu termasuk daripada Umno dan bebas terhadap pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari, tegas Naib Presidennya, Salahuddin Ayub. Terbaru Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin juga turut "menyerang" pensyarah undang-undang UIAM itu.

Katanya, PAS sedih dengan sentimen politik sempit yang mereka amalkan, hanya kerana ahli akademik berkenaan mempunyai pandangan berbeza dan bercakap di atas pentas lain daripada Umno mereka dianggap bersalah dan perlu meletakkan jawatan.

PAS berpendapat apa yang Abdul Aziz lakukan masih lagi di dalam kerangka Perlembagaan meskipun ia tidak selaras dengan politik Umno-BN, ujar beliau.

"Apa yang berlaku itu amat menyedihkan. Baik dari perspektif demokrasi atau kebebasan akademik apa yang mereka lakukan itu bukan sahaja salah tetapi juga tidak adil.

"Sudah menjadi rahsia umum bahawa ramai profesor dan tenaga akademik IPTA tempatan terlibat – secara langsung atau sebaliknya – dalam membantu politik Kerajaan Barisan Nasional dan Umno. Abdul Aziz adalah segelintir kecil ahli akademik yang sanggup mengambil risiko memberi pandangan kepada politik pembangkang," tegas beliau yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian.

Itu sudah cukup menjadi alasan untuk tokoh-tokoh seperti Abdul Aziz membantu parti lain dari Umno BN, walhal Perlembagaan negara menjunjung hak sama rata manakala Barisan Nasional menjadi kerajaan di peringkat Persekutuan ia menjadi pembangkang di beberapa buah negeri.

Salahuddin berkata, dengan itu Umno BN tidak boleh memonopoli dan membolot segala-galanya, sebaliknya mereka perlu ingat bahawa IPTA adalah milik rakyat umumnya dan pembayar cukai khususnya.

Dengan demikian tegas beliau lagi, parti-parti di luar Barisan Nasional juga mempunyai hak untuk mendapat pandangan dan perkhidmatan ahli-ahli akademik berkenaan.

PAS komited katanya, dengan kebebasan akademik dan autonomi universiti, dan Umno-BN perlu akur bahawa tidak semua ahli akademik setuju dengan dasar dan keutamaan politik mereka.

"Dan mereka ini perlu diberi ruang untuk mengungkapkan idea mereka untuk kepentingan rakyat. PAS yakin ada perkara-perkara baik yang boleh dinikmati oleh rakyat. Umno-Barisan Nasional tidak mempunyai hak untuk menyekat mereka.

"Mengambil bahagian dalam politik – atas kapasati apa sekalipun – adalah satu hak yang dijamin dalam semua sistem demokrasi. Malaysia akan terus mundur dalam liga demokrasi dunia sekiranya ia terus terjebak dalam politik kepartian sempit Umno-BN," tegas beliau.

Adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan bersalahan dengan Perlembagaan kata Salahuddin, jika Umno BN cuba membentuk tanggapan bahawa manakala bersama dengan mereka adalah berkhidmat untuk negara dan membantu parti-parti lain sebagai melanggar undang-undang dan peraturan.

Beliau berkata, Umno BN perlu akur dengan lanskap baru politik negara, khususnya selepas keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Seksyen 15 AUKU 1971.

Mereka ujarnya, tidak harus meneruskan politik peras ugut di dalam negara, sebaliknya perlu komited dengan transformasi ke arah demokrasi yang dijanjikan Perdana Menteri.

"Dengan ini PAS menuntut agar Umno BN umumnya dan IPTA tempatan khususnya supaya membenarkan kakitangan akademik mereka terlibat dalam advokasi awam, baik melalui pentas politik maupun kapasiti lain," kata beliau.

PAS juga menuntut supaya IPTA mengambil langkah memansuhkan peraturan-peraturan yang menyekat aktiviti tersebut dengan serta merta.

170 Orang Non Muslim Masuk PAS?

Posted: 11 Nov 2011 09:29 PM PST

Keserlahan dan keupayaan melihat PAS memimpin negeri menjadi tarikan dan dorongan seramai 170 orang bukan Islam di negeri Sabah untuk menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Naib Pengerusi DHPP Malaysia, S. Suria Narayanan berkata, jumlah tersebut akan bertambah dari semasa ke semasa selepas memperlihatkan keupayaan dan keseragaman pucuk kepimpinan PAS mentadbir dan mengurus negeri yang dikuasainya dengan cemerlang.

"Kita akan turun sekali lagi ke Sabah dan berkemungkinan besar lebih ramai orang bukan Islam untuk menyertai dewan ini. Kita mengalu-alukan mereka. Ini hasrat mereka, dan kita akan raikan," katanya.

Kesemua 170 ahli DHPP dari kawasan Pensiangan tersebut telah menyerahkan borang permohonan kepada Setiausaha Agung PAS Malaysia, Dato' Mustafa Ali.

Turut hadir dalam penyerahan borang tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling; Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah; Ketua Penerangan PAS Sabah, Hishammudin Sulaiman; Setiausaha PAS Sabah, Awang Laiman; Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu dan semua kepimpinan PAS Sabah. 

Kerajaan Komunis China Larang Media Ambil Maklumat Dari Internet

Posted: 11 Nov 2011 08:59 PM PST

Pemerintah China telah mengeluarkan kebijakan baru untuk membatasi media setempat mengambil informasi dari internet. Otoritas General Administration of Press and Publication (GAPP) selaku pihak yang mengeluarkan kebijakan tersebut menjelaskan hal ini demi mencegah informasi palsu yang semakin marak. "Informasi palsu yang marak dapat memperburuk citra pemerintah. Selain itu juga bagi kredibilitas media sendiri," sebut pernyataan GAPP yang dikutip ComputerWorld.

Dengan kebijakan baru tersebut, media-media setempat dilarang mengambil informasi dari internet atau dari ponsel yang belum diverifikasi kebenarannya.J ika ada informasi yang bersumber dari telepon, email, blog atau jejaring sosial seperti twitter, harus diverifikasi kebenarannya oleh reporter atau editor sendiri.

Saat ini, China masih mengizinkan akses pada situs Sina Weiba, social media mirip Twitter yang saat ini menjadi tempat berekspresi masyarakat. Situs tersebut saat ini sudah memiliki 250 juta pengguna.

Pemerintah China mengambil kebijakan untuk membatasi situs jejaring sosial karena pertumbuhannya melesat dalam dua tahun terakhir. Jika tidak ditangani, informasi menyesatkan itu dikhawatirkan akan mengganggu pemerintah. Sebelumnya, pihak keamanan China juga telah menahan pengguna internet karena menyebarkan rumor tertentu di website./kompas

 Addin :

Untuk makluman, kerajaan Malaysia ada hubungan diplomatik dengan kerajaan komunis China yang membantu Parti Komunis Malaya.. PKM haram!! tapi ada hubungan pulak dengan  bapak komunis.. apa alasan Umno BN yek??


Mahathir Akui Pemimpin UMNO Tidak Perdulikan Kebajikan Rakyat

Posted: 11 Nov 2011 08:49 PM PST

Mantan PM, Mahathir sampai ke tua dan hingga nyayuk berulang kali mengingatkan bangsa Melayu agar terus bersatu. Dia tak sedar yang bangsa Melayu berpecah pun kerana angkara dia. Melayu hidup merempat pun kerana dia. Yang hidup kaya hanyalah segelintir Melayu.. iaitu kaum keluarganya serta kroni. Mungkin Mahathir tidak sedar sisa-siasa berbaki hidupnya makin lama cakap pun makin merapu. 

Nak suruh bangsa Melayu bersatu tetapi dia lupa.. yang Melayu Kelantan tersisih sehingga sekarang adalah kerana beliau. Tindakan paling jahat Mahathir ialah.. sanggup mendaratkan hasil petroleum Kelantan di Sokhla, Thailand.. Ini adalah penafian yang paling jelas. Adakah majoriti rakyat Kelantan bukan Melayu?
 
Yang ni cuba pencacai-pencacai cuba jawab?? Kalau nak senaraikan kejahatan Mahathir sehingga ke esok pun tak habis-habis. Kat bawah ni bukti Mahathir akui pemimpin Umno tidak perdulikan Melayu.. macam Mahathir ler..
klik untuk besarkan
 
Baca di sini.


p/s: Addin paling tidak lupa..tragedi Memali!!

 

Guru Akan Di Perkudakan Umno BN Untuk Bekerja 9 Jam Mulai 2012

Posted: 11 Nov 2011 06:55 PM PST

Rata-rata guru-guru berasa tertekan dengan cadangan terbaru daripada Kementerian Pelajaran untuk menetapkan waktu bekerja guru mulai tahun hadapan selama 9 jam akan dilaksanakan dua sesi iaitu 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan 1.30 petang hingga 6.30 petang selama enam bulan. Kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 buah sekolah di seluruh negara akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari tahun depan.
 
Difahamkan sistem waktu bekerja baharu itu akan dilaksanakan di empat buah negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak dengan tempoh percubaan selama enam bulan sebelum diperhalusi oleh Kementerian Pelajaran.

Tempoh percubaan waktu berkerja sembilan jam sehari di sekolah terpilih itu. Sehubungan itu, kata Hashim, NUTP menggesa kerajaan supaya mengkaji semula perkara tersebut./dppwm

Ini Bukti NFC Bayar RM 10 Juta Untuk Kondo Mewah Shahrizat

Posted: 11 Nov 2011 06:16 PM PST

Ini ialah satu dakwaan yang mungkin sukar di tangkis Senator UMNO Shahrizat Jalil. Walaupun meminta rakan-rakannya - Perdana Menteri Najib Razak,menteri, Menteri Pertanian Noh Omar and Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin – untuk menangkis "agenda politik" pembangkang yang beliau dakwa dilakukan demi melemahkan sayap Wanita, semua mata tertumpu padanya tentang bagaimana dia akan menjelaskan mengenai kondominium mewah benilai RM10 juta yang dibayar menggunakan dana dari projek pengeluaran daging lembu NFC.

"Menurut mereka pinjaman RM250 juta untuk projek itu diletakkan di dalam satu akaun yang kawal dengan rapi. Adakah kondominium tersebut untuk lembu-lembu?" Setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution memberitahu satu sidang akhbar di lobi Parlimen pada hari Khamis.

Bukti kukuh - ia adalah pembelian tunai

Saifuddin Nasution yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, apartmen mewah di One Menerung, Bangsar direkodkan NFC sebagai sebahagian daripada "pinjaman" RM83 juta kepada NMLC, yang dikawal oleh keluarga Shahrizat.


Projek yang bertujuan untuk meningkatkan bekalan daging lembu tempatan kepada 40 peratus untuk dimakan telah diberikan kepada suami Shahrizat, Mohamad Salleh Ismail dan anak-anak beliau untuk diurus dan selia.

PKR telah bersuara mengenai projek ini, tetapi disanggah di Parlimen oleh Ahli Parlimen BN. Walaubagaimanapun, laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini telah mengesahkan dakwaan PKR. Dalam laporan itu dinyatakan bahawa projek itu dalam keadaan "kucar-kacir" dan telah menyimpang jauh daripada sasaran pengeluaran.

Pada hari Selasa lepas PKR mendedahkan bahawa lebih daripada RM83 juta itu disalurkan dari NFC kepada syarikat-syarikat yang dikawal oleh suami Shahrizat, seperti NMLC dan RPC. Ia juga mempersoalkan diskaun RM3 juta yang diberikan kepada RPC, yang memiliki Meatworks, sebuah restoran makan mewah yang juga dimiliki oleh keluarga Shahrizat.

Saifuddin memberitahu pemberita hari ini bahawa RM9,758,140 telah dipindahkan dari akaun CIMB NFC di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur kepada Bandar Raya Development Berhad pada 2 Disember, 2009 sebagai bayaran penuh untuk kondo One Menerung.

"Ia bukan daripada akaun amanah khas. Jadi penjelasan Ketua Pemuda Umno dan menteri adalah palsu. Jika pemantauan ketat telah berlaku, tentu RM9.8 juta itu tidak akan dipindahkan untuk membeli kondo mewah yang tiada kaitan dengan ternakan lembu. Ini jelas satu yang pecah amanah yang dibuat oleh keluarga Shahrizat, "kata Saifuddin.

Khairy yang bersifat talam dua muka?

Baru petang Rabu lepas, Khairy yang didakwa penyokongnya sudah 'berubah' dan sekarang adalah pemimpin UMNO yang 'bersih' menegaskan bahawa pinjaman mudah itu hanya boleh dikeluarkan selepas NFC membentangkan kertas kerja dan transaksi itu telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan.


Noh juga berkata bahawa hanya RM135 juta telah dikeluarkan oleh NFC kerana dana itu telah diletakkan dalam akaun escrow. Najib, Menteri Kewangan, juga menafikan pinjaman kerajaan itu telah pun diagihkan sepenuhnya kepada NFC.

"Justifikasi Khairy bahawa baki antara-syarikat sebanyak RM83 juta yang dimiliki oleh Koperasi Daging dan Ternakan Negara Sdn Bhd (NMLC) adalah yang paling lemah," pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata dalam satu kenyataan.

"Jika dakwaan beliau bahawa terdapat prosedur kelulusan yang digunakan sebelum pengeluaran dilakukan dari akaun escrow dan yang bukan akaun escrow " adalah benar, tidak akan ada perbelanjaan peribadi yang didakwa sebagai urusniaga antara syarikat. Malangnya, daripada penelitian kami, transaksi yang berlaku adalah daripada pelbagai transaksi peribadi yang tiada kaitan dengan perniagaan daging yang tidak sepatutnya dibenarkan untuk pengeluaran. "

Menggunakan otak untuk menipu dan menunjukkan moral yang rendah kepada rakyat

Menurut Rafizi, jika NFC dan RFC perlu bergantung kepada subsidi awam untuk kekal kompetitif dari segi komersial, maka seluruh "reka bentuk projek" itu tidak sepatutnya diluluskan dari awal kerana ia jelas tidak berdaya saing secara komersial".


Jika matlamat membelanjakan RM250 juta dana awam untuk projek nasional yang bertujuan untuk mengurangkan pergantungan kepada daging yang diimport, adalah tidak masuk akal jika daging keluaran tempatan lebih mahal berbanding yang diimport! Tambah Rafizi.

Sementara itu, Wanita PKR Zuraida Kamaruddin telah menggesa Shahrizat untuk meletak jawatan dan membuktikan bahawa "wanita mempunyai integriti yang lebih dalam BN". Tetapi ia mustahil kerana Shahrizat, yang terkenal dengan 'bagasi' beliau, tidak mungkin akan mengikut nasihat itu.

"Perkara yang mulia untuk dia lakukan adalah untuk meletakkan jawatan daripada politik memandangkan akan ada lebih banyak pendedahan tentang projek yang disulam skandal ini.Hanya peletakan jawatan beliau yang boleh menyelamatkan maruah ahli-ahli Wanita Umno yang telah dibabitkan dalam skandal ini, "kata Zuraida, dalam sidang akhbar dengan Saifuddin. "Dia perlu berada di atas seluruh Barisan Nasional dan menunjukkan bahawa wanita mempunyai kredibiliti dan integriti yang lebih."/mc


Tiada ulasan: