Jumaat, 4 November 2011

shalehudin

shalehudin


Ahmadinejad patut malu kat Najib... kahkahkah...

Posted: 04 Nov 2011 11:34 AM PDT

Haji: Ahmadinejad bukan orang bangsawan

 
 
 
 
Sumber: Wartamaya

Wajib baca, rasis sungguh Guan Eng nih...

Posted: 04 Nov 2011 03:30 AM PDT

LGE rasis?

2 NOVEMBER – Satu lagi demonstrasi haram anti-Pakatan Rakyat berjaya diadakan di Pulau Pinang tanpa sebarang tembakan gas pemedih mata atau pancutan air kimia oleh pihak polis.

Demonstrasi kali ini yang dibuat oleh sekumpulan Mat Rempit bersama motosikal mereka yang dipercayai didalangi oleh kumpulan-kumpulan tertentu telah membawa satu pakej mesej yang agak ganjil: "Selamatkan Mat Rempit", "Selamatkan Pulau Pinang" dan "LGE Rasis".

LGE di sini membawa maksud Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang telah menjadi mangsa fitnah sejak mengambil alih kepimpinan negeri selepas pilihan raya umum 2008. Malah anak sekolahnya juga telah difitnahkan oleh blogger pro-UMNO dan beberapa pemimpin UMNO baru-baru ini.

Sejak dahulu hingga sekarang, fitnah terhadap Setiausaha Agung DAP itu hanya bertumpu kepada satu perkara sahaja, iaitu "rasis" atau perkauman.

Para pemimpin UMNO telah menuduh Guan Eng itu sebagai rasis kerana didakwa tidak membantu Melayu, MCA telah menuduh beliau rasis kerana menolong Melayu sahaja dan setakat ini tidak dipastikan apa tuduhan MIC terhadap Ahli Parlimen Bagan itu.

Benarkah Guan Eng rasis?

Adakah Guan Eng rasis kerana melaksanakan program bantuan pendidikan kepada sekolah-sekolah terutamanya sekolah-sekolah bantuan modal yang meliputi Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Cina, Sekolah Tamil dan Sekolah Mubaligh dengan peruntukan RM12 juta setahun?

Bolehkah beliau dituduh rasis kerana mahu memberi RM100 seorang kepada pelajar sekolah Darjah 1 dan 4 serta Tingkatan 1 dan 4 setiap tahun untuk membantu ibu bapa mengurangkan beban membeli pakaian dan peralatan sekolah?

Rasiskah beliau kerana menubuhkan Pusat Kerjaya dan Latihan Negeri Pulau Pinang atau Penang CAT (Career Asístanse and Training) Centre di mana setakat ini 4,083 orang telah berdaftar, dan di dalam tempoh yang sama juga, 5,218 kekosongan jawatan telah didaftarkan? Malah, 3,427 pendaftar yang berkelayakan telah dipadan rujukkan dengan majikan-majikan yang menawarkan jawatan-jawatan kosong.

Layakkah dituduh Guan Eng rasis kerana telah berjaya membolehkan Pulau Pinang mencapai status miskin tegar sifar pada 30 Mac 2009 dengan memastikan setiap keluarga mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM500 sebulan?

Rasis sangatkah beliau jika mahu meneruskan usaha itu dengan menaikkan bantuan bulanan itu kepada RM600 sebulan mulai tahun depan, walau pun ia akan memakan belanja kerajaan negeri RM4 juta setahun?

Rasis kerana membantu rakyat pelbagai kaum?

Apakah rasional tuduhan rasis terhadap Guan Eng apabila beliau mahu meringankan beban keluarga dalam membiayai pembelajaran anak-anak yang berjaya melanjutkan pelajaran di IPTA dengan meningkatkan kadar pemberian kewangan daripada RM500 kepada RM1,000 kepada pelajar-pelajar yang layak?

Benarkah Ketua Menteri Pulau Pinang itu rasis kerana memperuntukkan RM64 juta untuk hal-ehwal agama Islam negeri bagi tahun depan, kepada Jabatan Agama, Jabatan Mufti dan Jabatan Kehakiman Syariah, dan termasuk bagi membayar elaun pegawai masjid dan guru kelas KAFA, pemberian para Huffaz, sumbangan Ehya' Ramadhan dan program-program sambutan kebesaran Islam?

Apakah seorang pemimpin yang dikatakan rasis itu akan memastikan kerajaan negeri pimpinannya menggantikan lif, paip air atau pun kabel dan lampu elektrik di rumah-rumah yang memerlukannya meski pun tunggakan sewa dan kos pengurusan masih tidak dibayar?

Inilah komitmen RM10 juta setahun untuk rumah pangsa mampu milik yang dibina oleh Kerajaan Negeri yang tidak pernah ditunjukkan oleh kerajaan lama sebelum ini.

Apakah seorang pemimpin rasis akan berusaha membina projek perumahan rakyat di Taman Free School, Batu Lancang, Taman Tun Sardon, Kampung Melayu, Telok Bahang, Padang Tembak, Mak Mandin, Desa Wawasan dan Jawi yang member faedah kepada rakyat semua kaum dengan pelbagai anutan dan agama?

Jadi, benarkah Guan Eng rasis kerana komited untuk menyediakan lebih banyak rumah mampu milik kepada rakyat Pulau Pinang, termasuk membina rumah bernilai di antara RM72,500 dan RM220,000 di atas tanah seluas 200 ekar di Batu Kawan; dan apabila siap lebih 15,000 unit rumah, ia akan membolehkan hampir semua orang yang bekerja memiliki rumah sendiri?

Malah, kerajaan negeri telah menambah peruntukan untuk pembangunan wanita hampir tiga kali ganda iaitu daripada RM800,000 pada tahun ini kepada RM2.3 juta untuk 2012 bagi memastikan kejayaan pelaksanaan program untuk wanita dan kaum ibu.

Rasis kerana membangunkan negeri dan menyediakan kemudahan asas?

Adakah Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP benar-benar rasis kerana membangunkan Taman Perindustrian Halal Pulau Pinang (TPHPP) yang telah menerima 6 pelaburan daripada 5 buah syarikat tempatan dengan nilai pelaburan berjumlah RM345 juta merangkumi 31.09 ekar tanah?

Atau kerana Penang International Halal Hub Sdn Bhd (PIHH) yang ditubuhkan pada 2008 akan membangunkan Taman Agro Halal Pulau Pinang pertama di Juru, bagi membangunkan jenama daging halal berkualiti tinggi?

Atau mungkin Guan Eng rasis kerana telah menyiapkan pembinaan Jalan Bagan 29/Jalan Siram di Daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan projek pembinaan Jalan Bunga Tanjung, Mak Mandin, yang masing-masing melibatkan kos RM5.04 juta dan RM3.9 juta?

Apakah benar beliau rasis kerana meneruskan projek menaik taraf dan melebarkan Jalan Song Ban Kheng dengan kos RM30 juta serta menyelesaikan masalah 'bottleneck' trafik yang menghantui pemandu kenderaan selama 20 tahun dengan melebarkan lebuh raya di jejantas Kampung Batu Uban, Jalan Tun Dr. Lim Chong Eu daripada 2 lorong kepada 3 lorong?

Mungkin Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Air Puteh patut digelar rasis kerana mahu melaksanakan 4 projek infrastruktur jalan raya secara penswastaan yang mungkin melibatkan kos RM8 bilion secara tender terbuka bagi:

* Projek Link Ketiga Pulau Pinang yang merupakan pembinaan terowong dasar laut menghubungkan Persiaran Gurney dengan Bagan Ajam;

* Projek pembinaan terowong dari Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke Bandar Air Itam;

* Projek Jalan Lingkaran Dalaman George Town yang melibatkan pembinaan jalan bertingkat dan terowong bermula dari Persiaran Gurney melalui Jalan Pangkor, Jalan Kelawai, Jalan Sultan Ahmad Shah, Jalan Perak dan Jalan Sungai Pinang hingga ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu; dan

* Projek Jalan Berkembar Tanjung Bungah – Teluk Bahang?

Mungkinkah Guan Eng rasis kerana usaha kerajaan negeri pimpinannya mahu melanjutkan perkhidmatan bas percuma dengan kos perbelanjaan hampir RM2 juta dari Seberang Jaya ke FIZ Bayan Lepas melaluiBridge Express Shuttle Transit (BEST) sehingga 29 Febuari tahun depan?

Atau sikap 'rasis' yang patut dikecam kerana beliau sedang berusaha untuk mendapatkan kelulusan dari pengurusan Jaya Jusco Bukit Mertajam sebagai terminal park & ride kedua di Bandar Baru Perda?

Siapa yang sebenarnya rasis?

Rasiskah Guan Eng jika mahu meningkatkan usaha bersama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam melaksanakan 115 projek bekalan elektrik dengan kos RM274 juta sepanjang tahun 2011 dan 2012?

Rasis jugakah beliau yang mahu menjamin bekalan air bersih yang mencukupi dengan menandatangani surat perjanjian penghijrahan asset PBA Holdings dengan Kerajaan Persekutuan menerusi Pengurusan Aset Air Berhad?

Atau rasiskah sikap seorang pemimpin yang mahu meneruskan projek pembesaran Empangan Mengkuang di Daerah Seberang Perai Tengah dengan kos RM1.2 bilion melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan yang akan dapat menjamin bekalan air bersih kepada semua rakyat?

Hanya manusia yang merasakan dirinya sebagai tuan dalam sebuah masyarakat pelbagai kaum akan melihat usaha-usaha murni yang memberi faedah kepada semua kaum secara adil dan saksama, sebagai sesuatu yang rasis. – Roketkini.com

Dasar busuk perut... haha...

Posted: 04 Nov 2011 02:30 AM PDT

Seksi bawak padah...

Posted: 04 Nov 2011 01:00 AM PDT

Alamak,Pelawak Tu Cuba Merogol!

Macam-macam kisah sensasi yang Mangga Muda dengar pasal seorang pelawak ni. Namanya tak adalah popular mana, tapi kisah sensasi mengalahkan artis Barat.

Terkejut Mangga Muda dapat tahu pasal gosip perlakuan 18SX si pelawak ini baru-baru ini. Gatalnya boleh tahanlah jugak. Bilalah agaknya perlakuannya akan terbongkar kepada publik.

Macam ni kisahnya. Si gatal tu ada berlakon dengan seorang pelakon muda yang sangat baru. Cantik pulak pelakon baru tu. Entah macam mana pelakon wanita itu naik kereta besama pelawak tu. Tiba-tiba pelawak itu nak buat perkara tak senonoh.

Dia nak merogol si pelakon wanita itu apabila wanita itu menolak perlawaannya nak buat hal tak senonoh. Alamak kemaruk rupanya si pelawak tu. Nasib baik pelakon wanita tu pantas menepis dan sempat keluar daripada keretanya.

Terus pelakon wanita itu berhenti daripada berlakon bersama-sama si pelawak gatal yang suka mengambil kesempatan ke atas orang baru macam dia. Dia ingat nama yang dibinanya sebagai pelawak daripada sebuah program TV itu boleh digunakan untuk memikat wanita ke?

Dia ingat semua orang akan sujud kepada dia sebab dia ada nama. Nampaknya pelawak itu salah jalan dan salah menggunakan namanya untuk jalan yang tak baik. Sebab itulah agaknya namanya tidaklah menonjol sebagaimana kawan-kawan pelawak lain.

Nasib baik pelakon wanita itu mendiamkan diri kerana mahu menjaga nama baik dirinya yang hampir tercemar. Kalau dia dah jadi mangsa rogol pastilah sekarang ini si pelawak sudah dihadapkan ke mahkamah kerana kesalahannya itu. Tapi si pelakon baru itu diamkan diri saja.

Dia bimbang juga kalau perkara itu dihebahkan namanya juga akan dihina. Dia takut hasratnya untuk maju dalam lakonan akan terbantut bila kisah negatif itu tersebar.

Bila Mangga muda lihat gambar si pelakon baru itu dalam sebuah majalah, gayanya nampak seksi juga. Urmmm.... seksi itu hampir membawa padah rupa-rupanya.

Sumber, Manggaonline

Kisah Gadis Buddha Memilih Islam

Posted: 03 Nov 2011 11:00 PM PDT

Setelah memeluk agama Islam, namanya menjadi Asiya Abdul Zahir. Kedua orang tuanya adalah pemeluk agama Budha, tapi ia lebih merasa sebagai seorang Kristian kerana ia bersekolah di sekolah Kristian dan berada di persekitran umat Kristian. "Saya selalu meyakini kewujudan satu-satunya Pencipta, dimana semua yang ada sangat bergantung pada Penciptanya. Sejak usia 13 tahun, pada Pencipta tunggal inilah, setiap hari saya berdoa dan memohon petunjuk," kata Asiya menceritakan kehidupannya sebelum masuk Islam.

"Sayang, semasa itu pengetahuan saya tentang Islam masih sedikit. Saya memandang Islam sebagai agama yang aneh, hanya untuk segelintir bangsa-bangsa yang masih terbelakang, yang kebanyakan berada di Timur Tengah, agama yang membatasi gaya hidup, khususnya bagi kaum perempuan," sambungnya. Asiya yang ketika itu belum mengenal Islam lebih dalam, menganggap Islam merendahkan kaum perempuan, perempuan dalam Islam diperlakukan sebagai budak, mengalami kekerasan fizikal dan dipaksa untuk bersaing diantara empat perempuan untuk merebut kasih sayang suami (poligami) dan suami boleh melakukan apa sahaja terhadap isteri-isterinya.

Asiya mengakui bahwa penilaiannya itu berdasarkan apa yang sering ia dengar saja dan beberapa program dokumentari yang pernah ia saksikan di televisyen. Pandangannya mulai berubah ketika ia mengikuti kuliah di Institut perguruan tinggi dan berinteraksi dengan beberapa mahasiswa muslim dari berbagai latar belakang. "Aneh, malah saya merasakan diri saya aneh, saya tertarik dengan mereka dan berkeinginan ingin mempelajari dan memahami agama mereka lebih jauh."

"Saya perhatikan mereka sangat bahagia, saya terkesan dengan keterbukaan dan kemesraan mereka pada saya dan pada orang lain. Tapi yang lebih penting, saya terkesan dengan kebanggaan dan rasa memiliki terhadap agama yang selama ini selalu dianggap dengan hal-hal negatif," kata Aisya.

Sedikit demi sedikit, ia merasa kagum pada Islam, dan melalui proses edukasi, penghormatanya terhadap agama Islam bertambah tinggi, bahkan jika dibandingkan dengan penghormatan terhadap agama Kristian yang selama ini ia kenali.

Asiya tercengang ketika menyedari kesalahan tentang pandangannya selama ini terhadap Islam, terutama panilaiannya yang salah tentang kedudukan perempuan dalam Islam. "Saya menyedari realiti tentang gaya hidup Islam dan kebenaran dikaitkan dengan istilah yang diciptakan orang-orang Amerika tentang 'fundamentalisme Islam'," kata Asiya.

"Makin banyak literatur, tanda-tanda dan bukti yang diungkapkan pada saya, daya intelektual saya makin terstimulasi dan jiwa saya, merasakan suka. Saya ingin tahu semuanya tentang Islam dan saya sudah merasakan persaudaraan dan rasa memiliki diantara orang-orang Islam," jelasnya. Asiya memberitahu, yang paling membuatnya terkesan pada Islam adalah, Islam adalah agama yang praktik dan bagaimana Islam memberikan mengatur kehidupan semua makhluk hidup.

"Dan atas kurnia Allah, saya akhirnya memahami kesalahan konsep teologi agama Kristian dan konsep yang sebelumnya saya terima tanpa pertanyaan," tambah Asiya. Klimaks dari itu semua terjadi pada 4 Ogos 1994. Di hadapan 20 saksi, Asiya mengucapkan dua kalimat syahadat dan secara rasmi menjadi seorang muslim.

"Saya tidak akan pernah melupakan hari penuh rahmat itu, dan bagaimana hidup saya berubah drastik hanya dalam waktu satu tahun. Saya sering ditanya, bagaimana rasanya menjadi mualaf dan kesukaran apa yang saya hadapi. Walaupun saya tidak mahu membicarakan masalah ini, saya tetap memberikan contoh apa saja kesukaran yang saya alami," ujar Asiya.

Ia mengakui beratnya tantangan semasa ia menjalani puasa pada bulan Ramadan pertamanya. Belum lagi sikap keluarganya yang belum boleh menerima keislaman Asiya. Asiya sering menerima umpatan kasar bahkan ancaman dari keluarganya. Dalam berbagai kesempatan, Asiya juga mengalami serangan keganasan, biliknya dirosak-rosak, buku-bukunya banyak yang hilang secara misteri dan pesanan sms berisi fitnah terhadapnya, yang dikirim ke teman-teman dan orangtua teman-teman Asiya.

"Jika saya ingin membaca, atau bercakap di telefon, semuanya dilakukan dengan cara diam-diam. Begitu pula jika saya ingin pergi ke masjid atau tempat-tempat yang menggadakan acara keislaman. Jika Saya mahu solat, saya memastikan tidak ada orang di sekitar saya, dan saya juga tidak boleh menunjukkan kegembiraan saya semasa Ramadan tiba, dan tidak bersama mengecap kebahagiaan melihat teman-teman muslim yang sudah mengenakan tudung," kata Asiya.

Tapi Asiya tidak menganggap semua itu sebagai penderitaan hidupnya, kerana setelah memeluk Islam, Asiya merasakan kepuasan dan kedamaian yang belum pernah ia rasakan sebelumnya./tulahan

Rosmah pujaan utama bangsa Umno...

Posted: 03 Nov 2011 09:00 PM PDT

Gaya mewah Rosmah disenangi Umno

Oleh Tarmisi Mohd Jam

Di kalangan Umno sendiri, mungkin ada yang terkejut dengan gaya mewah isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. Tak kurang juga yang seronok melihat gelagat wanita nombor satu Malaysia itu bergaya. Umumnya, tidak siapa tahu daripada mana punca kewangannya untuk beliau berbelanja mewah.

Rosmah tentunya tidak sama dengan Tun Hasmah Mohd Ali atau pun Tun Jane Abdullah yang sebelum ini juga menjadi isteri kepada Perdana Menteri. Mereka tidaklah kontroversi, teruk dan buruk perangai apatah lagi boros dengan gaya hidup melampau.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Nazri Aziz hanya mengkelukan lidah daripada menjawab pertanyaan Pakatan Rakyat tentang gaya hidup mewah Rosmah di dalam Parlimen.

Soalan bertulis dari Ahli Parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching berkenaan pemilikan beg tangan jenama Birkin oleh Rosmah, diperap Nazri tanpa ada jawapan balas. Nazri enggan mengulas. Pada hemat saya, jika ada di lobi Parlimen, wartawan-wartawan 'nakal' bertanyakan hal itu dengan mana-mana menteri, atau ahli yang berhormat daripada BN, saya yakin ia tidak akan dijawab mereka.

Macam-macam alasan akan diberikan. Ini kerana mengulas hal-hal membabitkan Rosmah, ibarat mengisi pasir ke dalam periuk nasi mereka. Teo Nie Ching dan rakyat menyoal samada benar atau tidak Rosmah memiliki cincin berlian RM24.4 juta dan juga beberapa beg tangan yang berjenama, dengan harga terlalu mahal. Nazri dilihat mengelak untuk menjawab isu beg tangan mahal itu.

Tentunya dia bimbang, jika tersalah jawab, akan membinasakan dirinya. Maka lebih baik Nazri "buat-buat tak tahu" daripada menunjukkan hakikat sebenar yang "dia tahu". Sesiapa yang berada di tempat Nazri di dalam Umno-BN, pasti mengambil sikap yang serupa.

Namun, saya kurang pasti jika perkara ini berani diulas oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Saifuddin Abdullah yang dilihat berani, telus dan profesional dalam kerjaya politiknya. Jika ada wartawan yang berminat, boleh cuba-cuba ajukan soalan gaya hidup mewah Rosmah kepada beliau. Apa reaksi Saifuddin?

Gelagat Rosmah mengenakan beg tangan Birkin di khalayak mula diperhati. Barangan perhiasan yang dipakai akan diteliti dari jauh, dilihat dengan serius oleh rakyat. Bukan sekali dua, kini sudah menjadi trend sedondon dengan pakaiannya. Beg tangan Birkin ini berbeza-beza warna mengikut pakaian yang beliau sarung.

Berdasarkan gambar-gambar kreatif yang dibekalkan oleh 'netizens', jumlah beg tangan Birkin ini bukannya satu atau dua tetapi mencecah 11 buah yang berlainan. Ia digunakan Rosmah dalam majlis-majlis rasmi dan sewaktu bercuti.

Beg tangan edisi terhad yang dipakai Rosmah boleh mencecah harga sebuah beg RM28,000 (US$9,000) sehingga RM472,000 (US$150,000). Jenama beg tangan ini dinamakan sempena nama pelakon dan penyanyi tersohor Britain, Jane Birkin.

Ia dihasilkan oleh Hermes sejak tahun 1984 dan ia adalah lambang gaya mewah yang eksklusif dan hanya mampu dimiliki oleh golongan tertentu yang kaya raya secara luar biasa.

Jika beg tangan paling murah yang berharga RM28,000 dibeli Rosmah utnuk bergaya, ini bermakna 11 beg X RM28,000 telah mencecah angka RM308,000. Adakah watak seperti Rosmah akan memilih beg yang berharga RM28,000?

Andainya, kesemua 11 beg itu dibeli pada harga RM472,000, maka sudah tentulah nilaiannya jauh lebih besar mencecah RM5,192,000. Tidak mungkin Rosmah membeli semua beg pada kadar harga itu. Barangkali ada beberapa beg sahaja yang dibeli dengan harga RM472,000. Dan ada beg yang dibeli pada harga RM28,000.

Tetapi, berdasarkan keghairahannya untuk memiliki yang tercantik dan termahal, tidak mustahil Rosmah boleh membeli kesemua 11 beg Birkin pada harga RM472,000. Ini dibuktikan dengan "rahsia umum" dalam isu yang dikatakan Rosmah membeli seketul cincin permata yang mencecah harga sebuah sekolah RM24.458,400.

Apapun penafian Rosmah, dengan pelbagai jalan cerita diubah, namun hubungan akrab keghairahan isteri Najib Tun Razak itu dengan barangan mewah, cantik, unggul dan mahal membantu rakyat untuk menilai apakah benar atau tidak, cincin permata berkenaan bukan dibeli oleh Rosmah.

Julai lalu, jika orang Melayu masih tidak lupa, Badrul Hisham Saharin atau Cikgu Bard yang menjadi Pengerusi PKR Cabang Rembau, mendakwa cincin permata 'Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond' yang berharga RM24,458,400 telah diterbangkan ke negara ini melalui Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau juga membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Pulau Pinang pada 13 Julai, mendakwa cincin tersebut dibeli oleh isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. Dakwaannya jelas dan terang. Sebab itu beliau membuat laporan kepada SPRM agar menyiasat perkara tersebut.

Cikgu Bard mempunyai salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga RM24.4 juta itu bebas daripada dikenakan cukai import.

Namun begitu, setelah khabar angin bertiup kencang tentang pembelian cincin permata bernilai RM24 juta itu, Rosmah akhirnya bersuara dan menyifatkannya sebagai satu fitnah dan tidak ada masa mahu melayannya. Itulah hujah dan alasan Rosmah ketika menjawab soalan pemberita. Mudah dan selamba.

Soalnya, apakah Najib Tun Razak akan bakal menjadi Marcos tidak lama lagi? Ingatkah kita dengan sejarah Imelda Marcos, wanita nombor satu Filipina. Satu ketika dahulu, Filipina yang sama tarafnya dengan kebanyakan negara rantau ini termasuk Malaysia, khusus dalam bidang ekonomi akhirnya musnah ranap.

Filipina hancur kerana rasuah yang gagal dibendung. Keadaan makin parah, dan hancur kerana wujudnya wanita pertama dalam negara itu yang rakus seperti Imelda, dan akhirnya Filipina seperti tak upaya lagi nak bangkit sehingga kini. Rasuah bermaharajalela dalam semua sektor, telah melumpuhkan ekonomi negara berkenaan.

Ketika rakyat hidup 'melarat' Imelda berbelanja mewah. Namun apabila rakyat bangkit, marah dan berang, Imelda dan suaminya terpaksa hidup dalam buangan. Mungkinkah gaya mewah Rosmah boleh dijadikan senjata untuk menikam Umno-BN daripada dalam?

Atau rakyat terus "buat-buat tak tahu" dengan feel hodoh Rosmah dan terus mengukuhkan "kebobrokkan" beliau dengan mengundi BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 tidak lama lagi?

Patut la Umno meluat sangat kat hang Guan Eng oiii... haha...

Posted: 03 Nov 2011 08:00 PM PDT

Jenoh buat duit la PDRM...

Posted: 03 Nov 2011 07:00 PM PDT

PDRM Ambil Kesempatan Kaut Untung?

Kadar kompaun kesalahan trafik terutama melibatkan kesalahan meletak kenderaan di luar kawasan petak adalah menzalimi dan menindas rakyat. Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS), Lahirul Latigu, dalam respon segeranya terhadap pesalah jalan raya ini menyifatkan tindakan pihak berkuasa terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan satu tindakan yang tidak mencerminkan slogan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' yang dilaung-laungkan.

Beliau mendakwa, pertambahan pengguna jalan raya yang semakin meningkat adalah tidak setimpal dengan kemudahan kawasan meletak kenderaan untuk keselesaan rakyat. "Kawasan meletak kenderaan terutama kereta tidak cukup untuk menampung pertambahan kenderaan ketika ini. Mana slogan rakyat didahulukan? Rakyat tidak didahulukan untuk kemudahan keselesaan. Pencapaian sudah tentu tidak memuaskan," dakwanya.

Beliau juga mempersoal kewajaran bayaran kompaun sebanyak RM100 yang didakwanya terlalu tinggi nilainya yang dikenakan atas kesalahan tersebut. Tambahnya, hampir semua rakyat memiliki sekurang-kurangnya sebuah kereta untuk keselesaan dan penggunaan harian.

Beliau turut menempelak PDRM dengan mendakwa mengambil kesempatan atas alasan saman untuk meraih keuntungan. "Apakah PDRM hari ini mengambil kesempatan atas kesempitan rakyat dengan menggunakan kaedah saman untuk meraih keuntungan?," soalnya.

Beliau meminta agar PDRM mengkaji semula jumlah kompaun yang dikenakan kepada pesalah tersebut. "PDRM perlu kaji balik jumlah ini. Rakyat perlu diberi peluang untuk dikurangkan kompaun berdasarkan kawasan meletak kenderaan yang tidak mencukupi untuk menampung kadar pengguna jalan raya," pintanya./sabahkini

Ahmadinejad patut malu kat Najib... kahkahkah...

Posted: 03 Nov 2011 05:00 PM PDT

Haji: Ahmadinejad bukan orang bangsawan

 
 
 
 
Sumber: Wartamaya

Solat memang sihat...

Posted: 03 Nov 2011 03:30 PM PDT

Manfaat Solat Dari Sudut Kesihatan

Oleh: blalang

Sahabat, Pada asasnya jika kita sudah meninggal, perkara pertama yang akan dihisab adalah solat.

Ternyata dalam setiap pergerakan solat mengandung kebaikan bagi kita semua. Satu Platun Askar Korea memeluk Islam kerana mengikuti pergerakan dalam solat. Berikut adalah penjelasannya.

TAKBIRATUL IHRAM

Berdiri tegak, mengangkat kedua tangan selari dengan telinga, lalu melipatnya di depan perut atau dada bahagian bawah.

Manfaat:

Pergerakan ini melancarkan aliran darah dan kekuatan otot lengan. Posisi jantung di bawah otak memungkinkan darah mengalir lancar ke seluruh tubuh. Semasa mengangkat kedua tangan, otot bahu meregang sehingga aliran darah yang banyak oksigen menjadi lancar. Kemudian kedua tangan didakapkan di depan perut atau dada bahagian bawah. Sikap ini menghindarkan dari pelbagai gangguan persendian, khasnya pada tubuh bahagian atas.

RUKUK


Rukuk yang sempurna ialah tulang belakang yang lurus sehingga bila diletakkan segelas air di atas punggung tersebut tidak akan tumpah. Posisi kepala lurus dengan tulang belakang.

Manfaat:

Gerakan ini menjaga kesempurnaan posisi dan fungsi tulang belakang (corpus vertebrae) sebagai penyangga tubuh dan pusat syaraf. Posisi jantung selari dengan otak, maka aliran darah maksima pada tubuh bahagian tengah. Tangan yang bertumpu di lutut berfungsi meregangkan otot-otot bahu hingga ke bawah. Selain itu, rukuk adalah latihan untuk mencegah gangguan prostat.

IKTIDAL


Bangun dari rukuk, tubuh kembali tegak setelah, mengangkat kedua tangan setinggi telinga.

Manfaat:

Iktidal adalah variasi setelah rukuk dan sebelum sujud. Gerak berdiri bongkok berdiri sujud merupakan latihan pencernaan yang baik. Organ-organ pencernaan di dalam perut mengalami kesempitan dan pelonggaran secara bergilir. Kesannya, pencernaan menjadi lebih lancar.

SUJUD

Meletakkan kedua tangan, lutut, ujung kaki dan dahi pada lantai.

Manfaat:

Aliran darah dipam ke bahagian leher dan ketiak. Posisi jantung di atas otak menyebabkan darah yang banyak oksigen boleh mengalir secara maksima ke otak. Aliran ini berpengaruh pada daya fikir seseorang. Oleh itu,semasa bersujud,jangan tergesa-gesa supaya darah mencukupi kapasitinya di otak. Gerakan ini juga menghindarkan gangguan buasir. Khas kepada wanita, rukuk dan sujud memiliki manfaat luar biasa bagi kesuburan dan kesihatan organ kewanitaan.

DUDUK


Duduk ada dua , iaitu iftirasy (tahiyyat awal) dan tawarruk (tahiyyat akhir). Perbezaan terletak pada posisi tapak kaki.

Manfaat:

Semasa tahiyat awal, kita bertumpu pada pangkal paha yang berhubung dengan syaraf nervus Ischiadius. Posisi ini menghindarkan sakit pada pangkal paha yang sering menyebabkan penderitanya tidak mampu berjalan. Duduk tawarruk sangat baik kepada lelaki kerana tumit menekan aliran pundi air kencing (urethra), kelenjar kelamin lelaki(prostat) dan saluran vas deferens. Jika dilakukan. dengan betul, Posisi ini mencegah mati pucuk. Variasi posisi telapak kaki pada iftirasy dan tawarruk menyebabkan seluruh otot kaki turut meregang dan kemudian relaks kembali. Gerak dan tekanan harmonis inilah yang menjaga kelenturan dan kekuatan organ-organ gerak kita.

SALAM


Pergerakan:
Memutar kepala ke kanan dan ke kiri secara maksima.

Manfaat:

Kelonggaran otot sekitar leher dan kepala menyempurnakan aliran darah di kepala. Pergerakan ini mencegah sakit kepala dan menjaga ketegangan kulit wajah.

Jadi selepas ini, jom kita sempurnakan solat kita jika sebelum ini kita sering melakukan gerakan solat dengan tergesa-gesa. Selain dari untuk mendapatkan khusyuk dalam solat, Insya Allah kita juga akan mendapatkan kesihatan & menambah kecerdasan

Semoga Bermanfaat.

Tiada ulasan: