Briged Al-Akhdor LR2 |
- Air dari mesin RO diragui
- Ambiga Tak Ambiga, Bantah Tetap Bantah !!!
- 3 hari tanpa makan jaga ‘mayat’ ibu
Posted: 04 Nov 2011 09:21 AM PDT Penggemar air reverse osmosis (RO) dinasihatkan supaya berhati-hati apabila membeli air berkenaan daripada mesin jualan yang terdapat di merata tempat.Ini berikutan penemuan beberapa mesin air RO yang diragui kandungan airnya, selain faktor kebersihan yang tidak terjamin. Nasihat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) itu berikutan hasil penemuan empat mesin sedemikian dalam operasi bersepadu di negeri ini, semalam. Dalam operasi berkenaan yang turut disertai pegawai Metrology Corporation Malaysia Sdn Bhd (MCM), empat mesin air RO, yang setiap satunya bernilai hampir RM6,000, turut dirampas. Ketua Penguat kuasa KPDNKK Melaka, Abd Hafidz A Rahim berkata, mesin berkenaan dirampas kerana ketika pemeriksaan ia didapati tidak ditentusahkan (calibrated). Menurutnya, kajian awal yang dijalankan menunjukkan bahawa walaupun mesin berkenaan mengenakan bayaran 20 sen untuk satu liter air, namun air diperoleh cuma sekitar 900 milimeter. "Selain itu, walaupun mesin ini dikatakan sebagai mesin air RO, namun kandungan airnya meragukan," katanya. – [SH] | |
Ambiga Tak Ambiga, Bantah Tetap Bantah !!! Posted: 04 Nov 2011 06:55 AM PDT " Riuh pula nampaknya Malaysia dengan isu pembabitan bekas presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga dalam penganjuran Seksualiti Merdeka 2011 yang bermula semalam sehingga 13 November ini0 Dulu kalau di Bersih 2.0, boleh la kami sokong tapi dalam soal menyelitkan budaya-budaya songsang secara halus dalam aktiviti sepanjang program tersebut sudah dapat dihidu oleh umat Islam. Walaupun kenyataan mereka di laman web utama, mereka menafikan, kita dah dapat mengagaknya kerana program sebegini sudah pun dijalankan di serata dunia. Ini laman web Seksualiti Merdeka 2011 :- Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sama sekali tidak menyokong malah mengecam langkah pembabitan bekas presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga dalam penganjuran Seksualiti Merdeka 2011 yang bermula semalam sehingga 13 November ini. "Ini tidak betul. Kita sokong Ambiga dalam soal lain tetapi dalam program ini (Seksualiti Merdeka) saya tidak sokong (Ambiga) kerana dalam soal agama, kita tidak boleh sokong perkara itu. "Kerajaan... kalau boleh halanglah, dan ambillah tindakan tegas," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada pasukan The Red Warriors di Kota Bharu hari ini. | |
3 hari tanpa makan jaga ‘mayat’ ibu Posted: 04 Nov 2011 04:31 AM PDT Apalah ikhtiar seorang kanak-kanak seusia 3 tahun? Kesihannya kanak-kanak perempuan di Sibu ini apabila terpaksa berkurung di dalam bilik disisi mayat ibunya selama 3 hari di sebuah rumah teres dua tingkat yang di sewa mereka.KELAPARAN: Anak kecil ini dijumpai tidur di sebelah ibunya yang dipercayai sudah tidak bernyawa sejak tiga hari sebelum penemuan polis Mangsa yang dikenali Madeline Chadon,36 tidak muncul dari rumah sejak tiga hari sebelumnya telah mendatangkan kecurigaan jiran-jirannya.Susulan itu, mereka menghubungi seorang pemuda iaitu 'orang tengah' kepada pemilik rumah sewa tersebut melalui sistem pesanan ringkas (SMS).Pemuda terbabit yang berusia dalam lingkungan umur 20-an telah memberanikan diri untuk memeriksa rumah tersebut dengan memanjat pagar depan dan seterusnya memanjat tingkat atas rumah berkenaan.Difahamkan pagar depan dan semua pintu-pintu masuk rumah dalam keadaan berkunci dan dipercayai menjadi sebab anak kecil itu tidak dapat keluar dari situ dan mungkin tidak memakan apa-apa.Pemuda tersebut yang berjaya memasuki bilik mereka terkejut apabila melihat mangsa yang masih berkemban kain sarung terbaring atas tilam dalam keadaan berlumuran darah, manakala anak mangsa tertidur di sebelah mayat ibunya."Budak itu terbangun semasa menyedari saya datang tetapi tidak berkata apa-apa mungkin terlalu kelaparan," kata saksi itu.Polis percaya mangsa telah mati sejak tiga hari lalu memandangkan keadaan mayat yang sudah kembang itu. Mangsa dipercayai berasal dari Sungai Bawan, Kanowit kira-kira 60 kilometer dari Sibu.Menurut jiran-jirannya, mangsa dan anak perempuannya telah tinggal di rumah tersebut sejak tiga bulan lepas.Pemeriksaan awal pihak polis, mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian belakang kepala dan telinganya.Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sibu untuk dibedah siasat bagi memastikan punca sebenar kematiannya.Manakala anak perempuan mangsa telah dibawa ke Balai Polis Sentral Sibu sebelum dihantar ke hospital petang semalam.Kanak-kanak tersebut kemudian diberi makan dan minum oleh pihak polis.Menurut sumber, suami mangsa bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah bank di bandar Sibu dan tidak tinggal bersama mangsa lagi dalam tempoh yang tidak dapat dipastikan, namun polis berjaya menahannya di sebuah bank pada jam 4.30 petang semalam untuk membantu siasatan. |
You are subscribed to email updates from Briged Al-Akhdor LR2 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan