shalehudin |
- Lawak betoi cermin tinted nih... haha...
- Hodoh sungguh orang lelaki membebel Asri oiii... haha...
- Subky Latif cerita pasai dosa media keatas Hudud
- Bangsa Umno wajib baca, nak tau cerita dalam seluaq depa... haha...
- Pi mai, Pi mai... dok tang tu jugak... haha...
- Ca teka, bangang mana yang ajaq depa nih... kahkahkah...
- Tak baik fitnahkan kak Shahrizat... kahkahkah...
- Peguam Hanipa pun tabik kat Bob Lokman...
- Gadis sunti mangsa buli hilang
- Bengong punya Najib, jangan dok bagitau orang la cerita camni... kahkahkah...
- Gambar2 bayi ke 7 bilion dunia...
- Wajib dok cerita kat orang kampung nih...
- Ramai yang bingai dalam PAS nih rupanya... haha...
Lawak betoi cermin tinted nih... haha... Posted: 01 Nov 2011 10:30 AM PDT Cermin Tinted Kalau cermin asyik dipecahkan ini cara terbaik nak selesaikannya. Klik gambar baca apa yang diluahkan oleh pemilik kenderaan ini... |
Hodoh sungguh orang lelaki membebel Asri oiii... haha... Posted: 01 Nov 2011 08:23 AM PDT Dr Maza, Gua semua takmau ikut lu... Oleh: kazrat Salam Palestin, Apabila salah seorang daripada kami, rakan-rakan di dalam Dewan Pemuda PAS Malaysia, menyentuh mengenai teguran Dr Mohd Asri Zainul Abidin agar kami jangan tiru Taliban ketika merujuk kepada desakan Dewan Pemuda PAS agar kerajaan menghalang konsert seorang ikon gay dunia yang akan berlangsung di negara kita tidak lama lagi, salah seorang daripada kami menjawab secara berseloroh, tapi penuh makna bagi saya. "Asri sedang berusaha gigih mengikis gelaran 'Wahabiyah' yang banyak membantutkan pengaruhnya daripada melebar di dalam masyarakat. Beliau tidak mahu gelaran yang menjadi bebanan itu terus menghantui usaha pemasakan pemikiran tajdidnya yang dikira terbaik untuk mengubah bangsa Melayu ke tahap memahami Islam yang lebih komprehensif dan progresif." "Aku fikir dengan melabel pemuda PAS yang kebanyakan mereka adalah seusia dan seangkatan dengannya dalam pengajian dulu – termasuk ketua pemuda PAS – sebagai Taliban, maka masyarakat yang sering melihatnya sebagai 'keras' akan terpesona dan melihat betapa Asri telah banyak berubah dan kendur." Begitu sahabat saya itu berkonklusi. Taliban dan Wahabi dalam masyarakat kita sering digambarkan sebagai watak-watak keras yang sukar diterima dalam masyarakat kita. Taliban dengan watak janggut panjang dan serban besarnya dan wahabi dengan watak jubah Saudianya. Kebetulan pula, ketua pemuda PAS suka berserban dan serbannya pula lebih besar daripada serban Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Tok Guru Haji Abdul Hadi. Ketalibanannya sedikit di belakang rakannya, ustaz Norazli Taliban. Saya terkekeh-kekeh mendengar seloroh sahabat saya. "Gua tak ikut enta la," jawab saya, enggan terheret jauh kepada perkara yang saya tak fikir Dr Asri akan ke situ pula semasa memberi komen terhadap pemuda PAS. Tetapi, ia adalah satu isu yang melanda gerakan dakwah di dalam negara kita. Satu anjakan yang menarik apabila pemikiran wasathiyah atau sederhana mula menyerap masuk ke dalam gerakan dakwah atas usaha pelbagai pihak di medan dakwah. Ia seperti menjadi perlumbaan sesama sendiri untuk menjadi juara wasathiyah, seperti telah terbina satu keyakinan bahawa wasathiyah adalah 'mazhab' Islam terbaik untuk zaman kebangkitan Islam ini. Mana-mana yang ketinggalan dan terpencil daripada perlumbaan ini, maka ia bukan pejuang Islam. Begitu dahsyatnya 'kegilaan' kepada dakwah wasathiyah yang semakin bertapak dan berjaya di timur tengah hari ini, termasuk di dalam dunia politik baru di sana. Saya mungkin salah seorang yang dihinggapi pemikiran ini. Saya, sepertilah orang lain, peminat tegar Dr Yusuf Qaradhawi dan pemikiran wasathiyahnya. Setahun dua ini, saya tergilakan pula buku-buku Dr Muhammad 'Imarah dari Mesir. Tiga hari lepas, semasa makan tengahari bersama mantan mursyid am Ikhwan Muslimin Mesir, Syeikh Muhammad Mahdi 'Akif, saya sempat memohon pandangannya mengenai Dr Muhammad 'Imarah. Syeikh memuji melangit beliau dan menganggapnya sebagai seorang penulis Islam yang agung di negara Mesir. Saya begitu gembira kerana dengan itu, tak perlulah lagi saya risau dan terpaksa mengikis buang pemikirannya yang mula mengalir masuk ke otak hijau saya ini jika ia adalah pemikiran relatif taliban atau Wahabiah! Dr Asri pula mestilah lebih wasathiah daripada saya. Saya hijau putih dan dia pula aneka warna dan mestilah aneka warna itu lebih menarik. Itu belum lagi dikira gelaran akademiknya, apatah pengaruhnya yang besar di dalam masyarakat. Beliau pernah suatu ketika menjadi 'Mawi' dalam dunia dakwah sebelum kini diambil alih secara lebih dahsyat oleh ikon baru anak muda, ustaz Azhar Edrus yang lebih versatil. Ketika orang lain sudah berada di langit biru, saya baru bertatih- tatih jadi pelakon tambahan! Adduh, gua ikut enta, bro! Penangan Ahmad Idham punya 'Hantu Bonceng' telah membantu membuka pintu baru kepada gerak kerja dakwah Dewan Pemuda PAS untuk berlumba memaut anak muda kita menuju kehidupan berugama yang lebih bermakna. Ahmad Idham kini adalah kawan saya. Siapa mampu menduga kerja tuhan, bro!? Apapun, kemabukan dakwah wasathiyah di sebalik kebaikannya, telah mencetuskan wabak baru dalam dunia dakwah iaitu keterlampauan dalam berwasathiyah. Dulu Islam Liberal adalah nama senjata baru untuk gerakan memalsukan Islam di zaman moden, tetapi kini, saya, sepertilah yang lain, mula merasai liberalisasi wasathiyah yang bahaya. Saya namakannya, liberalisasi dakwah wasathiyah. Saya tak pasti, adakah saya akan mengulasnya nanti secara mendalam. Saya lebih suka jika Dr Asri memulakannya, kecuali ianya tidak penting di sisinya. Apalah pemuda PAS, hantu bonceng pun ambil kira! Dr Asri, saya sering memujinya di hadapan pemuda PAS. Setengahnya sampai berkerut, mengapa saya memujinya sedangkan mereka mahu saya menghentamnya. Saya jawab, buat apa hentam orang yang bantu saya hentam umno? Tumpukan pada musuh yang pasti. Sekadar nasihat, Dr Asri patut lebih cermat. Mengkritik itu bagus buat orang berilmu. Kritiklah kerana semua orang tahu anda ahli dalam kritik. Tetapi bila melabel, khususnya buat kawan, pilihlah label yang tidak menyakitkan. Saya fikir anda menghafal al Hujurat. Jangan fikir orang Taliban tak marah bila anda menghina mereka sebagaimana jangan orang memikir anda tak marah dilabel buruk sebagai Wahabiah. Jika anda di depan saya, saya terus bagi penumbuk di mulut, biar pecah berdarah gusi itu. Sebelum anda mengesatnya, saya akan berkata, "Inilah cara Taliban berterima kasih!" Mengkritik adalah kebebasan dan hak orang berilmu. Membebel pula adalah senjata orang perempuan. Dari kecil ibu saya mendidik saya dengan membebel. Ayah hanya mendehem. Bebel dan dehem membina saya dan kita semua. Jika Asri mahu mengkritik, itu haknya yang disukai ahli ilmu. Tetapi Asri kadang-kadang membebel. Geli geman juga saya mahu serius menasihatinya agar elakkan membebel. Jangan diambil senjata perempuan. Tak manis orang lelaki digelar pembebel. Saya belum menulis mengenai isu konsert gay antarabangsa itu. Jika sempat saya akan segera menulisnya, insya Allah. Saya sokong kerajaan mesti menghalangnya. Pemuda PAS bukan hanya mahu menghalang anak muda Islam daripada pergi ke Genting. Itu kecil la Bro Asri. Pemuda PAS mahu menghalang kerajaan daripada membawa masuk budaya gay terlaknat itu. Ini baru pemuda PAS! http://nikabduh.wordpress.com" |
Subky Latif cerita pasai dosa media keatas Hudud Posted: 01 Nov 2011 05:36 AM PDT Dosa media atas hudud Oleh Subky Latif Perkara yang melibatkan hukum dan perintah Allah seperti hudud, tiada semua orang beriman boleh memberi pandangan mengenainya. TERNYATA hudud yang jadi salah satu syariat yang diperjuangkan PAS mendapat publisiti meluas daripada media termasuk mempersendanya.Mempersendanya adalah dosa berat tetapi publisiti buruk atas hudud itu tetap satu publisiti. Adalah diakui bahawa hudud adalah salah satu daripada beriburibu ajaran dan hukum dalam al- Quran yang cuba ditegakkan oleh PAS sejak ia ditubuhkan 60 tahun lalu. Publisiti baik atas hukum itu tidak sepadan dengan sensasi yang dimainkan oleh kebanyakan media utama di negara ini. Adalah suatu yang malang kebanyakan media melihat sesuatu yang diketengahkan oleh PAS itu buruk. Itulah antara kebebasan yang media dapat amalkan. Bebas itu hak dan benar tetapi amalannya memerlukan ilmu, rasional dan panduan kebenaran yang jelas terutama dalam perkara akidah dan hukum Islam. Dalam isu seperti perlukah sejarah kemerdekaan ditulis semula atau Mat Indera seorang wira atau petualang, terbuka bagi media untuk membincangkannya. Siapa yang dapat memberikan hujah yang kuat, logiknya dialah yang jadi pemenang. Dalam perkara yang tidak banyak melibatkan dosa ini pun pakar sejarah mahu ahli sejarah saja yang wajar terlibat dalam polemik. Tetapi tidak berdosa bagi bukan pakar sejarah memberi pandangan sesuai dengan pengetahuan tentang sejarah. Tetapi dalam perkara yang melibatkan hukum dan perintah Allah seperti hudud, tiada semua orang beriman boleh memberi pandangan mengenainya. Hanya orang yang cukup ilmu yang layak memberi pandangan dan diminta pandangannya. Bagi ulama sendiri, jika mereka tidak cukup fakta dalam perkara yang ditanya, maka menjawabnya dengan wallah wa'lam adalah lebih baik daripada memberi jawapan umum yang belum tentu tepat. Itulah sebabnya jabatan agama mensyaratkan orang yang layak mengajar di surau dan masjid ada tauliah. Tauliah itu adalah satu keterangan pada seorang cukup pengetahuan untuk bercakap tentang Islam, bukanlah lesen yang diwajibkan untuk boleh bercakap tentang agama. Yang tidak betul dalam pengeluaran tauliah, orang yang sah ada ijazah daripada institusi pengajian tinggi Islam antarabangsa tidak dibenar berkuliah tanpa tauliah. Disiplin ilmu dalam Islam ialah tidak boleh bertanya tentang apa jua isu dan masalah agama daripada orang yang bukan ahlinya. Justeru itu kerajaan mengehadkan orang yang layak mengeluarkan fatwa ialah mufti sekalipun ada ulama yang bukan mufti berupaya membuat fatwa. Tujuannya ialah supaya setiap pandangan tentang Islam itu tepat, boleh menjadi panduan kepada orang lain dan tidak menyesatkan orang lain. Di sinilah pengamal media diberi panduan dalam mengamalkan peruntukan kebebasan media mereka berhati-hati dalam sebarang isu yang melibatkan akidah dan hukum. Tidak boleh disamakan hudud dengan isu bola, isu sejarah kemerdekaan seperti Malaysia pernah dijajah Inggeris atau tidak, atau apakah sains dan matematik perlu diajar dalam bahasa Inggeris atau bahasa ibunda. Dalam isu-isu umum itu boleh media bertanya orang ramai, mana baik belajar sains dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris? Layakkah Mohamad Sabu bercakap tentang sejarah? Tidak berdosa mengatakan Mat Sabu layak atau tidak layak. Belum boleh diikatakan Dr Mahathir Mohamad masuk negara mewajibkan Inggeris jadi bahasa pengantar pelajaran sains dan matematik. Menyokongnya tidak berdosa dan menentangnya juga tidak berdosa. Tetapi kalau media bertanya para artis tentang hudud, apakah patut hudud dilaksanakan atau tidak, sedang pengetahuan mereka tentang agama kebanyakannya terhad, maka sudah tentu kita sukar untuk mendapatkan jawapan yang positif. Hudud itu bukan bidang pengajiannya. Kemudian media beri pula publisiti besar tentang pandangan para artis tentang pelaksanaan hudud. Pelakon lawak Dato' Aziz Satar telah memberi sikap yang terpuji. Dia tidak mahu menentang hukum yang Allah tentukan. Hukum tidak boleh dilawan. Tetapi artis-artis lain memberikan komen yang amat mengerikan. Allah yang menentukan komen mereka berdosa atau tidak. Tetapi komen mereka boleh menyebabkan berdosa. Pembaca yang seronok dengan kenyataan mereka ikut berdosa, orang yang tidak ada sikap marah kepada komen itu boleh berdosa, tidak menegur mereka berdosa. Apa lagi apabila ada pembaca yang terpengaruh dengan pandangan mereka juga dapat dosa kering. Jangan fikir media yang mencari untung dari jualan akhbarnya tidak berdosa. Sekalipun tuan punya syarikat tidak menyuruh pengarang membuat liputan mengenainya, tetapi apabila akhbarnya dibaca oleh beratus-ratus ribu orang, boleh menyebabkan masing-masing berdosa, maka besar jugalah dosa saudagar akhbar. Pemberita yang disuruh bertanya artis dapat dosa. Menulis beritanya berdosa dan semua orang yang terlibat dengan pemberitaan itu berdosa belaka. Tambah teruk dosanya apabila media mengambil sikap menentang pelaksanaannya dan mempersenda hukum itu. Lagilah teruk dosanya. Apa lagi apabila masyarakat terpengaruh dengan penyiaran itu. Dosa seperti itu selesai dengan sekadar bertaubat. Dosa dengan Allah boleh bertaubat. Dosa yang melibatkan orang lain berdosa sama, maka kena minta daripada sekalian mereka. Bagaimana hendak mencari beratus-ratus ribu pembaca yang terpengaruh itu? Tidak boleh media setakat mengaku silap. Harapan dosanya terampun ialah dengan membuat siaran besar-besar atas penyesalannya memperoses siaran itu dan menyiarkannya. Media mesti merayu sekalian yang membaca supaya mohon taubat dari Allah. Media mesti menyeru sekalian artis yang membuat kenyataan tidak baik tentang hudud minta ampun daripada Allah dan minta ampun daripada sekalian pembaca yang terpengaruh dengan pandangan mereka. Jika ada pembaca yang seronok dan terpengaruh dengan pandangan mereka tidak terbaca berita penyesalannya, lalu mereka tidak minta ampun daripada pihak yang boleh memberi ampun, maka tak habis dosa media dan dosa orang yang membuat komen negatif itu. Justeru itu membuat mohon ampun itu secara besaran, bukan sekadar sekali tetapi berkali-kali supaya sekalian orang lain yang terlibat sama dengan dosa itu menyedari siaran itu supaya mereka boleh bertaubat. Hudud ini bukan satu hukum dalam al-Quran saja. Ia sudah menjadi hukum dalam Taurat dan Injil. Ia satu daripada beribu-ribu hukum yang diwajibkan dan perlu dipatuhi. Hukum itu sudah tidak ada dalam kita agama Yahudi yang sudah dipinda. Ia juga sudah tidak ada dalam Bible. Tidak semua isi Injil itu ada dalam Bible. Hukum dalam Taurat dan Injil itu diteruskan dalam al-Quran. Mungkin orang Islam melihatnya kecil kerana ia satu dalam 1,000. Tetapi yang sekecil itu wajib bersama seribu hukum yang lain. Tiada zaman paling aman dan selamat selain dari zaman Rasulullah s.a.w. Tetapi ia pun memerlukan hudud. Apa lagilah dunia yang penuh dengan jenayah dan pe nyelewengan akidah sekarang. Dosa media ialah cuba mendapatkan pandangan tentang hukum daripada orang awam. Bertanyalah kepada orang yang tahu. |
Bangsa Umno wajib baca, nak tau cerita dalam seluaq depa... haha... Posted: 01 Nov 2011 03:30 AM PDT Masalah Najib-Muhyiddin macam kartun CatDog Oleh MOHD RASHIDI HASSAN JIKA hendak diberikan gambaran permasalahan dalam Umno hari ini, ianya tidak ubah macam rancangan animasi televisyen kartun CatDog. Ia hanya ada satu badan, tetapi ada dua kepala. Satu kepala cat (kucing) satu lagi kepala dog (anjing). Dua-dua kepala ini punyai perangai, citarasa, pendekatan dan minat yang berbeza, sehingga sering bercanggah antara satu sama lain. Tetapi tiada pilihan kerana terpaksa berkongsi badan yang sama. Badan yang dikongsi dan hendak dibawa adalah Umno, yang hayatnya sudah hampir sampai ke penghujung. cara mana hendak bawa Umno, pendekatan mana yang paling sesuai untuk menyelamatkan Umno daripada kepupusan. Perbezaan ini semakin ketara dari hari ke sehari. Ianya umpama 'api dalam sekam' cuba dikambus media talibarut Umno-Barisan Nasional, namun ia tetap membara. Pertelagahan senyap di antara Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dengan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semakin ketara dirasai dalam Umno, dirasai oleh pemimpin-pemimpin Umno di peringkat negeri dan sudah menjalar sehingga ke akar umbi Masalah dan percanggahan wujud dalam banyak aspek. Terutama sekali dasar 1Malaysia dan pelbagai tindakan Najib mengetepikan hak Melayu dan kuota bumiputera, tidak disenangi Muhyiddin dan juak-juaknya kerana ia tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno. Malah media berbahasa Melayu seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian, yang khabarnya dikuasai kumpulan Muhyiddin, juga enggan memberi ruang kepada Najib, jika kenyataan PM itu dilihat merugikan orang-orang Melayu. Antara masalah yang besar dihadapi Muhyiddin dan Umno adalah datangnya dari isteri PM sendiri. Dominasi Datin Seri Rosmah Mansor dalam banyak perkara, yang libatkan parti, kerajaan, projek dan media, amat-amat tidak disenangi mereka. Ketidaksenangan ini disampaikan seorang kenalan lama bergelar Dato', dalam satu temu janji dengan saya di Bangsar Village baru-baru ini. Tujuan pertemuan diadakan untuk beliau nyatakan pendapatnya tentang masa depan Melayu, yang katanya hanya akan dapat diselamatkan hanya jika PAS dan Umno boleh bekerjasama dalam hal-hal tertentu. Saya hanya mendengar sahaja, kerana memang bukan bidang kuasa saya untuk bersetuju atau menolak pandangannya. Saya sekadar mahu meneropong dari sudut hati orang Umno, apa yang sebenarnya berlaku dewasa ini. Sambil-sambil beliau berusaha meninjau peluang untuk melunakkan hubungan PAS-Umno, saya bertanya kepadanya tentang perubahan kepimpinan dan kepincangan yang terus berlaku dalam Umno. Kata saya,"Dato' apa agaknya obstacle yang menghalang Umno untuk kelihatan solid dalam menghadapi PRU akan datang?" "Rosmah," jawabnya ringkas, sambil menghirup cappucino. "Mengapa Rosmah?" tanya saya sebelum sempat beliau meletakkan cawan kembali ke atas meja. "Kita pun tak tahu mengapa Najib begitu menurut kata Rosmah. Semua urusan 'stuck' kalau ada campur tangan Rosmah. Sehingga pelantikan politik, termasuk GLC pun Rosmah campur tangan," dakwanya. "Ooo lebih kurang Rosmah ni macam Khairy (Khairy Jamaluddin) masa zaman Abdullah lah ya," ujar saya kepadanya. Dato' hanya mengangguk, mengiyakan telahan saya. Banyak ceritanya yang tidak boleh ditulis di sini. Off record katanya. Pada saya, dakwaan terhadap Rosmah barangkali betul, barangkali tidak. Masalah Najib dan Rosmah adalah masalah Umno. Mahu tidak mahu mereka terpaksa menghadap apa yang ada. Masalah sebenarnya adalah masalah perebutan kuasa dan power broker serta juak-juak yang berpihak kepada Najib dengan puak penyokong Muhyiddin. Keadaan menjadi semakin panas apabila masalah ini meleret-leret, sehingga kepada perihal pemilihan dan penentuan calon Umno untuk menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang. Habis semua hendak jadi calon. Daripada Ketua Bahagian yang sudah lapuk, sehinggalah budak-budak hingusan dalam Umno, berebut-rebut hendak jadi calon. Mereka melobi Najib dan Muhyiddin. Semuanya kata mereka adalah winning candidate. Habis hiruk pikuk Umno di peringkat bahagian. Masalah ini diakui oleh Muhyiddin. Kenyataan beliau baru-baru ini merujuk kepada masalah dalaman Umno yang tidak boleh selesai sehingga kini. Oleh sebab itu MT Umno terpaksa menangguhkan pemilihan dalam Perhimpunan Agung Umno, untuk tempoh 18 bulan bermula Mac 2011. Penangguhan terpaksa dibuat kerana, pemilihan parti menyebabkan Umno dalam keadaan berisiko tinggi. Umno terpaksa gamble kerana pemilihan akan berlaku di segenap peringkat, meliputi cawangan, bahagian dan kebangsaaan akan memberi natijah yang negatif kepada masa depan mereka. Oleh itu maka pemilihan Umno ditangguhkan, untuk memberi laluan terlebih kepada PRU terlebih dahulu. Oleh itu, jika diteliti dan dibandingkan tempoh kerajaan BN akan berakhir pada Mac 2013 dengan tempoh penangguhan pemilihan Umno akan tamat pada September 2012, maka tidak dapat tidak PRU mesti diadakan enam bulan lebih awal dari pemilihan Umno. Maka dijangkakan, tarikh terbaik untuk Najib mengadakan PRU ke-13 adalah di antara Disember 2011 hingga Mac 2012. Itu andaian Najib. Namun Najib tidak akan selamat jika Umno-BN tewas atau hanya menang dengan majoriti yang lebih kecil daripada PRU 2008. Jika BN tewas, habis cerita. Sama ada Najib atau Muhyiddin, sama-sama akan dimasukkan dalam muzium bersekali dengan Umno-BN Jika BN menang tipis bagaimana? Sekarang pun dalam Umno, terdapat golongan yang mendesak Najib berundur dan memberi laluan kepada Muhyiddin. Alasan mereka mudah. Najib terlalu lemah dan tidak mampu mengemudi BN berhadapan dengan Pakatan Rakyat. Ada kelompok veteran Umno yang berpendapat, jika Najib terus menjadi PM, masa depan Umno akan terus kelam. Malah ada antara kalangan Umno yang melabel Najib sebagai PM flip-flop, sama atau lebih teruk daripada Abdullah Ahmad Badawi. Oleh kerana itu, jika BN menang tipis, Najib bakal mengalami nasib yang sama dengan Abdullah. Justeru bagaimana Najib hendak mengelakkan daripada Muhyiddin naik menggantikan beliau. "Saya yakin Hisham (Dato' Seri Hishammuddin Hussein) tidak akan benarkan Muhyiddin menggantikan Najib," kata seorang penganalisis Umno. "Bagaimana nak sekat Muhyiddin? Jika hendak halang, kena ada orang lawan dia jawatan Timbalan Presiden," kata saya. "Tak perlu. Itu lambat lagi. Kalau saudara hendak tahu, sekarang ini budak-budak Hisham sudah buat kerja di Pagoh (kawasan Parlimen Muhyiddin), nak jatuhkan dia," dakwanya. Cara mana hendak jatuhkan Muhyiddin tidak dihuraikan lanjut. Barangkali itu hanyalah andaian beliau. Tetapi beliau mengatakan wujud banyak kemasukan pengundi baru di Pagoh, yang akan memberi kesan kepada masa depan Muhyiddin. Pada saya itu hanya fikiran simplistik. Bukan mudah hendak mengalahkan Muhyiddin. Pagoh ini kawasan hulu. Pedalaman dan masih mundur. Orang-orang yang miskin dan mundur, sentiasa menjadi aset Umno. Tambahan lagi orang Johor. Biarlah PRU nanti menentukan. Tetapi mesej yang hendak disampaikan di sini, bau wujudnya, unsur pertelagahan dan sabotaj di antara puak Najib dengan Muhyiddin semakin kuat. Mereka boleh cuba menafikan kewujudan masalah ini. Kita tunggu dan lihat sahaja. Bagi kita sama ada Najib atau Muhyiddin tidak menjadi soal. Asalkan mereka mewakili Umno-BN, mereka harus ditewaskan pada PRU ke-13! |
Pi mai, Pi mai... dok tang tu jugak... haha... Posted: 01 Nov 2011 02:30 AM PDT Bajet: Kenapa kita tak senang-senang? "Jika anda membenarkan kerajaan Persekutuan menjaga Gurun Sahara, dalam masa lima tahun sahaja, gurun tersebut akan mengalami kekurangan pasir." – Milton Friedman SEBELUM kita sentuh sikit tentang Milton Friedman, kita sembang-sembang sikit tentang PM Najib Razak dan Bajet 2012.Cara akhbar arus perdana melaporkan ucapan Bajet 2012 memperlihatkan seolah-olah Najib yang juga Menteri Kewangan adalah seorang financial wizard yang tidak ada tolok bandingnya. Dalam keadaan sibuk selaku ketua negara, dan juga Presiden Umno dan BN, kehebatan Najib terserlah apabila bukan sahaja mampu membentangkan sebuah bajet negara yang bukan sekadar perkiraan tentang belanja mengurus kewangan negara tetapi boleh 'mentransformasikan' ekonomi Malaysia ke tahap yang tidak pernah diimpikan oleh rakyat Malaysia selama ini. Menurut seorang CEO syarikat pembekal perkhidmatan telekomunikasi (sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah akhbar harian perniagaan), "Kita dapat melihat betapa Bajet 2012 adalah kesinambungan usaha yang telah diambil sebelum ini bagi menjamin masa depan kukuh negara." Dilaporkan oleh akhbar sama seorang Ketua Eksekutif sebuah GLC pula memuji, "Bajet 2012 adalah sebenar-benarnya bajet rakyat didahulukan dan bersifat transformasional…" Banyak lagi kata-kata pujian yang memuji-muja kehebatan dan kebijaksanaan Najib dalam merencanakan kewangan dan ekonomi negara. Jika mahu dipetik setiap satu, mungkin ia memerlukan dua naskhah atau lebih akhbar Harakah ini. Maksudnya tidak pernah dalam sejarah dunia, apatalah lagi dalam sejarah Malaysia kita memiliki seorang Menteri Kewangan sehebat ini – dia tahu bagaimana mahu meredakan kesempitan kewangan rakyat dan dia tahu bagaimana apa yang perlu dilakukan supaya Malaysia menjadi sebuah negeri yang tidak akan dipengaruhi sama sekali oleh iklim ekonomi dunia. Inilah antara sebabnya, sejak dulu lagi, dan selaras dengan segala puji-pujian yang diberikan oleh para cendekiawan ekonomi dan pemimpin utama industri, rakyat Malaysia saban tahun, menerusi saban bajet tidak juga kaya-kaya. Mungkin jika penerima Hadiah Nobel (Ekonomi) 1976, Milton Friedman masih hidup sudah barang tentu dia akan termenung kerana begitu kagum dengan kehandalan Najib ini. Bukan itu sahaja, malah tidak mustahil mengubah pandangannya tentang 'ekonomi bebas' kepada ekonomi ala-Malaysia a.k.a. ala-Umno-BN yang dilaksanakan di negara ini. Namun, tentu sekali ramai daripada kalangan pemimpin Umno di peringkat cawangan (dan yang bercita-cita untuk menjadi menteri, menteri kewangan) tidak tahu atau menyedari semasa hayatnya Friedman adalah seorang pejuang 'ekonomi bebas'. Yang dimaksudkan oleh 'ekonomi-bebas' di sini bukanlah bebas serta sewenang-wenangnya memberikan projek kerajaan atau yang diselindungi di sebalik GLC kepada rakan-taulan, sahabat handai dan puak-puak tertentu dalam parti, tetapi apa yang dimaksudkan oleh bekas profesor ekonomi University of Chicago dan juga kolumnis majalah Newsweek (1966-1984) dalam bukunya Capitalism and Freedom (1962) adalah bahawa, "menerusi penghapusan kawalan aktiviti ekonomi yang terpusat, kekuatan ekonomi akan terpisah dari kuasa politik, dan menjadi penyemak di antara sama lain." Makna mudahnya, kalau semuanya nak dikawal oleh kerajaan pusat akibatnya yang merana adalah rakyat. Ini kerana menurut kajian Friedman, cara ini tidak akan memberikan banyak manfaat langsung baik kepada negara mahupun kepada rakyat itu sendiri. Buktinya, hari ini model ekonomi termaju atau sedang menuju ke arah kemajuan ekonomi pesat dengan pencapaian pertumbuhan yang tinggi adalah negara yang telah meliberalisasikan ekonomi mereka. Menurut perkadaran Kebebasan Ekonomi Dunia 2011 yang diterbitkan oleh Institut Fraser, berpangkalan di Kanada, Hong Kong dengan indeks 9.01 menduduki tempat teratas. Ini diikuti oleh Singapura (8.68), New Zealand (8.20), Switzerland (8.03), Australia (7.98). Malaysia macam mana pula? Nak sebut pun malu. Daripada 144 negara yang dikaji dan dikomplisikan oleh institut tersebut, kita menduduki tangga ke-78 di antara Republik Dominica di atas dan Paraguay di bawah dengan indeks 6.68. Maka moral ceritanya, betapa konon hebatnya Menteri Kewangan kita itu sebenarnya adalah bak kata pepatah Melayu, indah khabar dari rupa. Realitinya tak banyak bezanya Menteri Kewangan kita dengan Menteri Kewangan mereka. Kalau ada beza pun, Menteri Kewangan kita lebih berpijak di bumi nyata. Dan moral terakhirnya, betapa gah sekalipun ucapan bajet disampaikan oleh kesemua Menteri Kewangan – yang dulu mahupun yang kini – kita masih macam ini juga. Bukan sahaja tak kaya, nak hidup selesa pun bukannya lagi |
Ca teka, bangang mana yang ajaq depa nih... kahkahkah... Posted: 01 Nov 2011 01:00 AM PDT Mat rempit dakwa KM Pulau Pinang rasis Kira-kira 200 mat rempit mengadakan tunjuk perasaan di bangunan bersejarah jam besar Pulau Pinang yang berhampiran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menuntut 'litar perlumbaan' dibina bagi kegunaan mereka. Kumpulan, yang diketuai oleh Ahmad Shahabuddin - wakil Pertubuhan Islam Gabungan Amal - berbaris di sepanjang kawasan itu dengan motosikal mereka kira-kira jam 1 tengahari dan membunyikan hon selama kira-kira 15 minit sebelum disuraikan oleh polis. Tindakan mereka dipercayai didalangi politik kerana kebanyakan penunggang berkemeja-T berwarna kuning dengan tertera perkataan 'LGE rasis' - merujuk kepada ketua menteri Lim Guan Eng - dan projek 'Selamatkan Pulau Pinang'. Mereka juga membawa sepanduk yang berbunyi "Kami mahu litar lumba". Topi kaledar Lima penunjuk perasaan, termasuk Shahabuddin, ditahan polis yang telah mengekori sebahagian daripada ahli kumpulan itu dari bangunan Komtar, tempat pentadbiran negeri. Adalah difahamkan bahawa mat rempit itu bermula dari Jalan Pulau Pinang dan bergerak ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan Dewan Undangan Negeri melalui Jalan Street Light. Semasa tangkapan itu, berlaku pergelutan kecil di antara polis dan penunjuk perasaan yang terus menjerit. Ada juga yang mencampakkan topi kaledar. Sebahagian bangunan Komtar sebelum ini telah dicemari dengan grafitti tulisan "Guan Eng tipu Melayu" tetapi tidak dapat dipastikan sama ada kumpulan mat rempit itu yang bertanggungjawab. Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata kumpulan berkenaan merancang untuk menyerahkan memorandum kepada Lim berhubung beberapa isu yang melibatkan mereka. "Kami benarkan mereka untuk menyerahkan memorandum itu kerana ini negara demokrasi. Tetapi jika (himpunan itu) tidak aman, ia boleh menimbulkan keadaan huru-hara dan menyebabkan kehilangan hartabenda," kata Gan. Mereka yang ditahan akan disiasat kerana menyertai perhimpunan haram di bawah Seksyen 27 (5) Akta Polis. Kata Gan, selain Sabaruddin, empat individu lain ditahan bagi membantu siasatan dan akan dibebaskan selepas keterangan diambil. |
Tak baik fitnahkan kak Shahrizat... kahkahkah... Posted: 31 Oct 2011 11:00 PM PDT Akhirnya mamat ni kena mengaku juga... Tapi korang baca dan jawab apa pasal si Lambert lari? Sapa boleh jawab soklan cepumas nih, boleh la bermalam satu kapai ngan bik mama... kahkahkah... Sebabnya ialah banyak sangat campur tangan dari Pak Menteri... banyak pantang larang... sana sini nak kena profit... nak bagi Pak Menteri, nak bagi Umno bahagian, nak bagi pelobi projek lagi, nak bagi Umno cawangan lagi... belum siap projek, duit dah habis beratus ribu... kahkahkah... Tak cabut lari kalu, cari tinggai bulu... kahkahkah... *************************** Projek feedlot RM73j diakui untuk keluarga Shahrizat Menteri pertanian dan industri asas tani, Datuk Seri Noh Omar mengakui bahawa projek Pusat Feedlot Kebangsaan bernilai RM73.64 juta yang digambarkan dalam keadaan "kacau-bilau" oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 telah diberikan kepada anggota keluarga seorang menteri kabinet. Ketika ditanya, Noh mengakui bahawa projek berkenaan telah diberikan kepada anggota keluarga menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Namun, Noh (kanan) menjelaskan bahawa penganugerahan projek berkenaan dibuat tanpa melanggar apa-apa peraturan. "Ya, apa salahnya kalau dia meniaga dan dia bukan kerja direct nego(rundingan terus)?" soal Noh kembali ketika ditanya mengenai projek yang menurutnya telah dianugerahkan melalui "tender terbuka" itu. Ditanya lanjut dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini, Noh bagaimanapun bersetuju bahawa projek berkenaan telah diberikan secara tender terhad. "Cara pemilihan syarikat yang dipilih untuk program National Feedlot ini bukan diberi secara rundingan terus. Semasa dibuka projek ini, ada enam syarikat buat persembahan kepada pihak jawatankuasa," katanya. Daripada enam syarikat berkenaan, jawatankuasa kementerian pada 2006 telah memilih Agro Science Industries Sdn Bhd dan sebuah syarikat Australia, Lambert Malaysia Sdn Bhd. "Lambert dia lari, dia tak sanggup buat. Kalau kita tengok laporan audit kata pagar runtuh itu semua sebab Lambert larilah tu," katanya lagi yang juga ahli parlimen Tanjong Karang dalam ucapan penggulungannya di Dewan Rakyat sebelum itu. Ditanya dalam sidang media, Noh berkata sukar untuk mengambil tindakan ke atas Lambert kerana kerajaan tidak menandatangani apa-apa perjanjian dengan syarikat berkenaan. Kementerian juga sedang membincangkan untuk menawarkan tanah pajakan seluas 500 ekar yang ditinggalkan oleh Lambert itu kepada syarikat lain. Tegasnya, projek feedlot berkenaan bukanlah satu projek gagal kerana syarikat Agro Science telah berjaya membekalkan sejumlah 8,016 ekor lembu sepanjang tempoh 2008 hingga 2010 seperti yang disasarkan. Bagaimanapun, kerajaan masih belum membayar sejumlah RM6.48 juta daripada jumlah geran sebanyak RM13 juta. Laporan Audit Negara sebelum ini menyebut badan itu kekurangan 4,000 ekor lembu yang sepatutnya dibekalkan dan tindakan berkenaan menyebabkan program keusahawanan seperti yang disyaratkan oleh kerajaan tidak dapat dijalankan. NFC juga enggan mengulas dakwaan PKR bahawa projek tersebut hanya memenuhi 0.6 peratus daripada permintaan kerajaan dan jauh ketinggalan daripada sasaran 40 peratus dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.- Malaysiakini |
Peguam Hanipa pun tabik kat Bob Lokman... Posted: 31 Oct 2011 09:00 PM PDT Syabas Bob Lokman! SECARA jujur saya amat cemburu dengan ketegasan Bok Lokman yang enggan tunduk dengan an caman Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Ketegasan beliau untuk enggan menghadirkan diri bagi disoal siasat oleh Jais mengingatkan saya kepada Mahatma Gandhi yang terkenal dengan prinsip 'satyagraha' ( tidak tunduk kepada undang-undang zalim ). Memang sukar untuk memahami individu Muslim seperti Bok Lokman boleh ditangkap oleh Jais kerana menyampaikan kalam Allah kepada hamba-hamba Allah di Rumah Allah. Kita amat khuatir jika ada pihak yang sanggup bertindak seperti musuh Allah menghalang agama Allah tersebar di muka bumi Allah. Secara peribadi saya tidak pernah bersetuju dengan undang-undang yang mengkehendaki orang yang menyampaikan ajaran Islam mempunyai tauliah. Ya, undang-undang mengenai tauliah ada unsur positif. Ia digubal dengan berfalsafahkan motif supaya hanya mereka yang layak dibenarkan bercakap tentang Islam. Bagaimanapun dalam banyak keadaan undang-undang tersebut telah disalahgunakan sehinggakan mereka yang layak pun tidak dibenarkan berceramah di masjid hanya kerana tiada tauliah. Jelas aspek negatif tauliah mengatasi aspek positifnya. Bukan suatu yang luar biasa undang-undang yang digubal dengan niat yang baik boleh disalah guna untuk menzalimi orang-orang baik. Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah contoh yang jelas. Meskipun niat menggubal ISA asalnya sangat murni iaitu memerangi golongan subversif namun pelaksanaannya selama ini terbukti penuh dengan ketidakadilan dan salah guna kuasa. Mereka yang menyokong tauliah bersandar pada hujah jika peraturan mengenai tauliah tidak wujud akan wujudnya kekacauan ke rana mana-mana orang dengan mudah menyampaikan ajaran agama tanpa kawalan dan ini akan memburukkan nama baik Islam. Saya tidak kata hujah tersebut tiada meritnya. Namun hujah tersebut terlalu banyak bergantung kepada anggapan semata-mata. Hujah tersebut menganggap bahawa mereka yang mendengar ceramah agama atau tazkirah di masjid sebagai contoh adalah mereka yang amat jahil agama sehinggakan mereka akan mudah dipengaruhi oleh penceramah dan pentazkirah yang dijemput oleh pihak masjid. Hujah tersebut juga menganggap orang seperti Bob Lokman dan Khalid Samad ( yang juga akan didakwa oleh Jais kerana beri tazkirah tarawih di masjid di bulan Ramadan) seolah-olah berada di dalam kategori Ayah Pin yang ingin memesongkan pemikiran orang Islam. Hujah tersebut gagal mengambil kira adakah munasabah jika Bob Lokman ada mempunyai niat jahat di dalam menyampaikan tazkirah beliau akan sanggup memenuhi permintaan jemaah masjid untuk menyampaikan tazkirah secara terbuka tanpa memikirkan kesannya. Adakah mereka yang ada niat tidak baik ke atas Islam seperti Ayah Pin atau orang yang menggelar dirinya 'Rasul Melayu' akan berani memberi tazkirah secara terbuka seperti Bob Lokman atau Khalid Samad? Dan adakah ahli jemaah masjid terlalu naif dan hanya berdiam diri jika isi tazkirah Bob Lokman menyimpang daripada ajaran Islam. Jais sendiri dilaporkan bersetuju isi tazkirah Bob Lokman tidak bersalahan dengan ajaran Islam. Terlalu berpegang secara literal kepada undang-undang mengenai tauliah kadangkala akan menyebabkan mereka yang menguatkuasakan undang-undang tersebut bertindak membuta tuli hingga ke tahap tidak masuk akal. Sejarah menunjukkan alasan tauliah pernah digunakan untuk menghalang mereka yang bergelar ulama daripada menyampaikan ajaran Islam di masjid di Selangor. Meskipun para ulama seperti Dr Haron Din, Dato' Ismail Kamus, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tok Guru Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan mantan Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin adalah mereka yang ditauliahkan oleh institusi Islam seperti Universiti Al-Azhar, mereka juga pernah dilarang memberi tazkirah di Selangor kerana tiada tauliah daripada Jais. Undang-undang mengenai tauliah hanya mengiktiraf tauliah daripada Jais. Dengan lain perkataan hatta jika ada sarjana Islam yang ada PhD di dalam pengajian Islam dari Al-Azhar sekalipun pengiktirafan tersebut tidak boleh mengatasi tauliah Jais! Pengiktirafan Al-Azhar tersebut tidak secara automatik melayakkan sarjana Islam tersebut menyampaikan tazkirah. Adakah ada alasan yang paling tidak logik selain alasan ini! Terdapat keganjilan yang jelas di dalam peraturan mengenai tauliah. Meskipun tujuan peraturan tauliah digubal bagi menghalang mereka yang tidak layak dari menyampaikan ceramah atau tazkirah agama, apa yang berlaku mereka yang layak pula diambil tindakan oleh Jais kerana menyampaikan ajaran agama. Kes Dr Asri ditangkap dan didakwa oleh Jais adalah contoh yang jelas. Peraturan tauliah bagi saya membantutkan usaha-usaha dakwah. Islam menganjurkan setiap Muslim untuk berdakwah mengikut kadar kemampuannya. Anjuran itu menunjukkan Islam bukan agama yang abstrak sehinggakan hanya orang-orang tertentu atau dipilih yang layak untuk berdakwah. Sudah tentu darjat penyampaian Bob Lokman tidak sampai ke tahap darjah penyampaian Dr Haron Din namun selagi mana penyampaiannya menepati ajaran Islam adalah tidak adil dan tidak munasabah untuk menghalang beliau bertazkirah di dalam masjid. Apa pun tahniah Abang Bob. Kami menyokong anda 100 peratus. |
Gadis sunti mangsa buli hilang Posted: 31 Oct 2011 08:00 PM PDT MUHD. ZUKI menunjukkan laporan polis manakala Siti Hajar memegang gambar Nur Ainina yang dilaporkan hilang selepas dihantar ke sekolah di Lunas baru-baru ini. KULIM – Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang selepas dihantar ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lunas dekat sini pada Isnin lalu dipercayai tidak tahan dibuli serta diejek rakan-rakan semata-mata kerana dia lembam dan ketinggalan dalam pelajaran. Misteri kehilangan Nur Ainina Adila Muhd. Zuki, itu bermula selepas ibu saudaranya, Rosnah Ahmad menghantar gadis itu ke sekolah dengan motosikal untuk sesi persekolahan petang. Rosnah bagaimanapun mulai resah apabila mendapati anak buahnya itu masih tidak muncul selepas sesi persekolahan tamat petang hari kejadian. "Dia (Rosnah) menunggu Nur Ainina sehingga 30 minit tetapi anak saya itu masih tidak muncul dari dalam kawasan sekolah," kata bapa pelajar itu, Muhd. Zuki Jahaya, 47, kepada pemberita di rumahnya di Kampung Perenggan, Lunas semalam. Menurutnya, mereka diberitahu oleh beberapa kawan sekelas anaknya itu yang Nur Ainina sebenarnya tidak hadir ke sekolah pada hari berkenaan.- Kosmo |
Bengong punya Najib, jangan dok bagitau orang la cerita camni... kahkahkah... Posted: 31 Oct 2011 07:00 PM PDT Anak perempuan Najib belanja RM180,000 di Australia? KUALA LUMPUR 31 Okt: Akhbar Australia melaporkan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membelanjakan kira-kira RM180,000 atau AU$60000 untuk barangan jenama di David Jones- sebuah gedung terkemuka di negara itu. Najib dan isterinya minggu lalu berlepas ke Perth mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM). Rombongan berkenaan turut disertai Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M.Kayveas. Menurut laporan akhbar West Australian, kesempatan menghadiri persidangan Komanwel itu memberi peluang kepada rombongan berkenaan berbelanja. "Beberapa peniaga di bandar, memperoleh untung besar, apabila seorang wanita pertama diketahui membeli $150,000 untuk mutiara di West Australia, sementara anak perempuan perdana menteri Najib Razak dipercayai membelanjakan & $60,000 di David Jones," petik akhbar itu. Richard Muirheand, State Director bagi CHOGM 2011 berkata, masa berbelanja dan aktiviti lapang telah diatur untuk delegasi di luar jadual CHOGM. |
Gambar2 bayi ke 7 bilion dunia... Posted: 31 Oct 2011 06:00 PM PDT Manila: CAMILLE Dalura meriba bayi perempuannya, Danica Camacho yang lahir menjelang tengah malam tadi diraikan sebagai bayi ketujuh bilion di dunia. - Foto AFP Rusia: Pyotr Nikolaev muncul sebagai insan yang ketujuh bilion menurut agensi PBB. Bayi lelaki itu lahir di Kaliningrad, Rusia hari ini. – Foto Reuters |
Wajib dok cerita kat orang kampung nih... Posted: 31 Oct 2011 05:00 PM PDT |
Ramai yang bingai dalam PAS nih rupanya... haha... Posted: 31 Oct 2011 03:30 PM PDT Budayakan hargai buku, ilmu Oleh Dinsman HIDUPKAN budaya menghargai buku dan ilmu - itulah sebenarnya tujuan dan maksud saya apabila menyatakan kekecewaan terhadap beberapa pimpinan PAS yang dijemput menghadiri majlis Bicara Buku di Shah Alam bulan lalu, tetapi tidak seorang pun yang hadir; iaitu kekecewaan dalam konteks usaha untuk menghidupkan budaya menghargai buku dan ilmu. Maka sengaja saya paparkan respons seorang Ketua Pemuda PAS Kawasan di Lembah Klang itu dengan tujuan untuk melihat maklum balas daripada pembaca kolum ini – apakah memahami maksud dan tujuan saya itu atau tidak. Alhamdulillah, ramai yang memberi respons dan berkongsi pandangan, kebanyakannya memahami maksud itu. Di sini saya pun tidak bertujuan untuk memperpanjangkan perkara ini lagi. Sekadar menunaikan harapan pihak pembaca yang inginkan penjelasan sahaja. Hujah pertama beliau: "Dalam PAS kita berjuang bukan kerana TG Nik Aziz atau TG Hadi dan sebagainya. Kita berjuang kerana mahukan keredaan Allah SWT, untuk melaksanakan perintah Allah di muka bumi ini." Itu seolah-olah tidak memahami pokok persoalan yang dibangkitkan. Saya mengajak hadir ke suatu majlis ilmu yang membicarakan buku mengenai kepemimpinan rantau ini dan kepemimpinan TG Nik Aziz. Apakah kalau hadir ke majlis itu bermakna kita berjuang untuk TG Nik Aziz, dan tidak berjuang "kerana mahukan keredaan Allah SWT?" Itu dua hal yang tidak berhubungan. Langsung tidak kena mengena. Apakah kalau kita berjuang "kerana mahukan keredaan Allah SWT" maka kita tidak perlu dan tidak boleh hadir ke majlis ilmu yang membicarakan buku mengenai kepemimpinan TG Nik Aziz, oleh dua orang tokoh ilmuan akademik itu? Tentulah kurang bijaksana kalau kita beranggapan bahawa dengan menghadiri majlis itu maka perjuangan kita sudah jadi perjuangan "kerana TG Nik Aziz." Hujah keduanya: "Sesungguhnya pimpinan PAS di semua peringkat memang sangat sibuk. Sibuk kerana melaksanakan kerja-kerja Islam. Sebahagian mereka melaksanakan kerja Islam ini sepenuh masa. Kami yakin kesibukan ini sekadar di dunia, dan Allah SWT akan memberi kelapangan di akhirat nanti. Almarhum Dr Fathi Yakan r.h. berkata: "Tidak layak dikata seorang pejuang Islam kalau sekiranya masa rehatnya lebih banyak daripada masa berjuang." Kenyataannya bahawa pimpinan PAS sangat sibuk melaksanakan kerja-kerja Islam itu, seorang pembaca yang menamakan dirinya Ahli PAS berkata: "Saya rasa kita tak perlulah merasakan kita sahaja buat kerja Islam, tetapi semua kita membuat kerja yang sama dan saling kait mengait tanpa merasakan ada yang lebih dan ada yang kurang." Manakala seorang dari Port Dickson bertanya: "Apakah dia fikir kalau hadir ke majlis bicara buku itu bukan kerja Islam? Bukankah Islam sangat memberi keutamaan kepada menuntut ilmu, dan majlis itu pengisiannya oleh mereka yang tinggi ilmunya di bidang kepimpinan?" Beberapa orang memberi komentar terhadap nada sombong dan defensif yang terkandung dalam ayat-ayat Ketua Pemuda tersebut. Seorang pendakwah dari Shah Alam yang menghadiri majlis tersebut memberi reaksinya: "SMS Ketua Pemuda itu bernada defensif. Watak orang defensif akan menyerang orang yang memberi kritikan. Bahkan memperkecilkan peranan dan sumbangan orang berkenaan. Sifat ini adalah realiti yang harus diakui ada pada kepimpinan PAS." Dan ada juga pembaca yang bersetuju dan menyokong pandangan Ketua Pemuda tersebut. Seorang yang tidak memperkenalkan dirinya menulis: "Apa yang dinyatakan Ketua Pemuda PAS Kawasan itu betul dan ana sokong beliau. Pada ana tak perlu dipolemikkan perkara ini. Saudara fokuslah pada perkara lain yang lebih penting." Manakala seorang dari Maran, Pahang, tidak menyatakan apa-apa dalam SMS-nya, sekadar memaklumkan bahawa Ketua Penerangan PAS Kawasan Maran pun ada hadir dalam majlis Bicara Buku di PPAS Shah Alam itu. Banyaklah lagi dan macammacamlah pandangan telah dikemukakan. Saya menghargai semuanya dan mengucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi respons. Tak perlulah pandangan dan hujah-hujah tersebut dibalas. Seperti dikatakan tadi, tujuan saya ialah untuk menghidupkan budaya menghargai buku dan ilmu. Hal ini saya kira penting diperhatikan kerana banyak kekhilafan dan salah faham agama yang berlaku dalam masyarakat Melayu-Islam adalah disebabkan kelaziman kita menghayati agama berdasarkan 'kata ustaz', 'kata tok guru', 'kata ulama' dan sebagainya, yang didengar dari seorang ke seorang, bukan yang dibaca dan dirujuk dalam buku (kitab). Makanya kesahihan sesuatu itu pun sering terabai. Demikianlah saya sekadar menggerakkan usaha kecilkecilan. Bukanlah tidak memahami kesibukan para pimpinan PAS yang berkenaan itu. Tetapi pun kesibukan juga bukanlah jawapan kepada permasalahan yang perlu dihadapi. Maka pandaipandailah kita mengajak diri untuk bermuhasabah. Sementara itu secara diam-diam kita memang menggalakkan dan mendorong kawan-kawan yang berminat untuk mengadakan sesi diskusi atau bicara buku, khasnya buku Kepemimpinan Tok Guru Nik Aziz… karya Prof Shaharir Mohd Zain ini. Misalnya pada 19 November nanti kawan-kawan Pemuda PAS Cawangan Kuala Muda di Seberang Prai akan menganjurkan diskusi buku ini. Manakala kawan-kawan dari KeADILan Kelana Jaya pula sedang mengatur rancangan yang sama. Demikianlah kami mengalualukan kalau ada mana-mana pihak yang berminat untuk menganjurkan majlis diskusi atau bicara buku. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan