Addin |
- Panas!! Gambar Najib Tidur Di Sidang CHOGM, Perth..
- Belanda Bantah Pensijilan Kayu Kayan Malaysia
- Ketua Audit Negara, Betul Ke Nasi RM3 Sepinggan?
- Sebuah Asteroid Hampiri Bumi Bulan Ini
- Rakyat Australia Bantu Anak Gaddafi Larikan Diri Ke Nigeria
- Sebutir Peluru Atas Nama Sultan?
- 4 Mahasiswa UKM Tetap Di Kenakan Tindakan?
- Jabatan Agama Seleweng Wang Sekolah Agama?
- UMNO Makin Gila!!
- Najib Bakal Bubarkan Parlimen Selepas Balik Haji?
- PERKASA Bakal Buat Kacau Di Ceramah Mat Sabu Malam Ni..
- Seluar Muhyiddin Terlondeh..
Panas!! Gambar Najib Tidur Di Sidang CHOGM, Perth.. Posted: 01 Nov 2011 09:39 AM PDT Inilah gambar Najib sedang tidur di sidang CHOGM di Perth, Australia pada 30 Oktober 2011 lalu. Gambar ini telah dikeluarkan oleh Antara News yang berpengkalan di Indonesia. Isteri dan anak pergi ke Perth, membeli belah sakan.. baca sini. Si suami pulak, boleh tidur dalam sidang yang penting ini. Jutaan ringgit habis begitu sahaja untuk famili ini, rakyat hidup tertekan.. pemimpin berbelanja sakan. Sampai bila kita harus membenarkan perkara ini terus berlaku. Bangunlah wahai rakyat Malaysia.. tumbangkan rejim ini!! Baca artikel asal di sini. | ||
Belanda Bantah Pensijilan Kayu Kayan Malaysia Posted: 01 Nov 2011 08:09 AM PDT Rakan-rakan niaga Taib di luar negara diketahui bersungguh-sungguh mengharumkan nama Sarawak berkenaan dengan kegiatan pembalakan dari hutan, dan juga program-program penghutanan semulanya. Hanya pada minggu lalu Ketua Eksekutif Ta Ann Tasmania, David Ridley telah dipetik menafikan sebuah laporan yang mengatakan bahan kayu jenis "eco-wood" keluaran Ta Ann adalah suatu pembohongan. David Ridley begitu yakin bahawa di Sarawak, Ta Ann menebang hutan yang pernah ditebang lebih dari sekali oleh Taib dan saudara-maranya. Menurut Ridley lagi, jika penebangan dilakukan tanpa henti, ianya tidah menimbulkan sebarang masalah. Kami pernah menunjukkan laporan mengenai 30% pegangan saham dalam Grand Perfect, iaitu sebuah syarikat yang mengendalikan projek penghutanan semula yang terbesar di rantau Asia, telah menjejaskan tanah-tanah adat kaum asli yang terbesar juga. Mungkin David Ridley dapat memberitahu kita berapakah luasnya kebun akasia yang dikendalikan bosnya, Hamed Sepawi, sama ada kendalian itu dilakukan menerusi Ta Ann atau Grand Perfect? Kita harus menerima hakikat bahawa bukti yang mengatakan terdapat seluas 5% hutan dara yang ada di Sarawak, dan pembalak yang bekerja untuk Taib sentiasa membuli kaum Penan yang mendirikan bloked sebagai usaha menghalang kemaraan syarikat-syarikat pembalakan memasuki kawasan mereka. Jika kita perhatikan dari kata-kata Ridley itu, Ta Ann kini sememangnya memiliki KESEMUA kawasan hutan di seluruh Sarawak! Paul Harriss dengan hubungan antara Tasmania dan Sarawak Dalam 'pemerhatian' sebagai mewakili Ta Ann, David Ridley pernah mempelawa seorang ahli parlimen bebas Tasmania dari kawasan pilihanraya Huon Valley, iaitu Paul Harriss, melawat Sarawak sambil memberikan penerangan mengenai kata-kata pujian kepada Ta Ann di Sarawak. Paul Harriss diketahui datang ke Sarawak lebih dari tiga kali. Pada tahun lalu dia datang ke Sarawak bersama-sama David Ridley yang melawat sebuah dari kilang-kilang Ta Ann. Akhbar tempatan Sarawak, The Borneo Post (yang diawasi oleh Taib) melaporkan lawatan Harriss adalah "suatu lawatan misi Kerajaan Tasmania"! Tetapi di negaranya sendiri, Harriss mengakui bahawa lawatannya ke Sarawak adalah cuti sahaja dan semua kos penerbangannya ditanggungnya sendiri! Dalam lawatannya itu Harriss pernah diambil gambar oleh The Borneo Post ketika dia sedang berbual-bual dengan dua orang kuat Taib, iaitu Pengarah Jabatan Hutan Sarawak, Len Talif Salleh dan juga Menteri Sumber Asli Sarawak Awang Tengah Ali Hassan. Tidak lama kemudian, Awang Tengah pula diketahui mengadakah lawatan balas ke Tasmania kerana memeterai perjanjian dengan Hydro-Tasmania yang membina banyak empangan hidro-elektrik di Sarawak. Laporan dalam The Borneo Post amat ketara berbeza di antara kata-kata pujian Harriss kepada Ta Ann yang membantah kumpulan NGO yang cintakan kesejahteraan Alam sekitar. Kumpulan itu telah membidas kesahihan ciri-ciri "eco-wood" yang dipromosikan oleh Ta Ann. Sarawak Report ingin mendapatkan pengesahan dari Harriss sendiri, sama ada lawatanya ke Sarawak itu ditanggungnya sendiri, ataupun lawatan itu adalah lawatan atas tugas rasmi, seperti mana dilaporkan oleh The Borneo Post? Jika lawatan itu adalah suatu percutian, wajarkah dia menghadiri suatu upacara rasmi kerajaan di Sarawak? Sementara para pengunjung dan pembaca kami menunggu jawapan dari Harriss mengenai kunjungannya ke Sarawak, Sarawak Report boleh mengandaikan dan mengesahkan bahawa kunjungan itu sememangnya berkait rapat dengan misi perniagaan peribadi di samping ingin membersihkan nama Ta Ann, bukannya lawatan rasmi./sr | ||
Ketua Audit Negara, Betul Ke Nasi RM3 Sepinggan? Posted: 01 Nov 2011 07:39 AM PDT Semasa membentangkan Belanjawan Negara 2012 pada 7 Oktober 2011, Perdana Menteri - yang anak perempuannya membelanjakan kira-kira RM180 ribu untuk barangan jenama di David Jones, sebuah gedung terkemuka di Australia - memberitahu Majlis Dewan Rakyat yang sedang bersidang bahawa, untuk memperkukuh pembangunan infrastruktur asas desa secara lebih komprehensif, peruntukan RM5 bilion akan disediakan pada tahun 2012 untuk projek-projek bekalan air, elektrik dan jalan raya khususnya di Negeri Sabah dan Negeri Sarawak. Berlandaskan konsep-konsep seperti Program Transformasi Luar Bandar (RTP), Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (PIA), Projek Infrastruktur Asas (PIAS) dan seumpamanya, Perdana Menteri yang isterinya ghairah dengan cincin berlian, cuba melakarkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan yang prihatin terhadap pembangunan desa, Sabah dan Sarawak melalui pengumuman Belanjawan Negara 2012 yang disifatkan sebagai "Belanjawan Pilihan Raya" meskipun para pemimpin BN menafikannya. Realiti hari ini ialah, BN bakal berdepan dengan krisis "kelangsungan hayat" (survival) memerintah apabila tiba Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU Ke-13) nanti. Senario hari ini menyaksikan betapa pentingnya undi desa, Sabah dan Sarawak terhadap soal kelangsungan hayat BN. Justeru, banyak projek dijanjikan, jumlah peruntukan besar diagihkan. Namun, rekod penyampaian dan pelaksanaan serta dakwaan bazir dan penyelewengan juga mencorakkan perbualan harian rakyat Malaysia dari semasa ke semasa. Demi kelangsungan hayat diri dan parti yang telah lama menyimpang daripada tujuan asal penubuhannya bergelar Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, Perdana Menteri - yang dirinya ketagih dengan imej cool sehingga sanggup belanja berjuta-juta untuk perkhidmatan syarikat antarabangsa demi mempersendakan golongan berpendapatan rendah dan sederhana dengan sepinggan nasi berharga RM3 - telah menaburkan pelbagai janji khususnya sekitar tempoh Pilihan Raya Negeri Sarawak dan yang terbaru melalui pengumuman Belanjawan Negara 2012 sebagai persiapan menghadapi PRU Ke-13. Janji si anak bangsawan yang paling hangat diperkatakan malahan dikritik sebagai mengandungi elemen rasuah ialah kenyataan "you help me, i help you" yang dipopularkan oleh dirinya semasa pilihan raya kecil di Sibu dan tersirat dalam ucapan belanjawannya baru-baru ini. Kelemahan Kerajaan Persekutuan dari segi tadbir urus dan kapasiti pelaksanaan juga dapat dirumuskan melalui pelbagai penemuan Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang hanya dikemukakan dalam Dewan Rakyat tujuh belas hari selepas dikemukakan kepada Kabinet BN yang disifatkan oleh "Guru Perlembagaan" Abdul Aziz Bari (gambar kiri) sebagai tidak sah di sisi Perlembagaan Persekutuan. Memandangkan projek-projek di Sarawak melibatkan peruntukan besar merupakan janji seorang Perdana Menteri dan seorang Timbalan yang hubungan mereka diibaratkan sebagai CatDog (baca akhbar Harakah 31 Oktober – 3 November 2011) dan janji seumpama dibuat semenjak awal tahun 2010 sehingga baru-baru ini, mengapakah Laporan Ketua Audit Negara 2010 tidak menyediakan penemuan berhubung senarai projek Sarawak tersebut bagi tahun 2010? Sejauh mana tahap pelaksanaannya? Adakah majoriti projek tersebut melibatkan rundingan terus? Apakah maklum balas kerajaan terhadap kelemahan dan kecacatan yang wujud? Apa pula cadangan Ketua Audit Negara dalam hal ini? Pembaca yang celik pasti sedar, lumrahnya "missing part" (kalau ada) lebih menarik daripada apa yang dipersembahkan. Persembahan sepinggan nasi berharga RM3 memerlukan belanja besar perkhidmatan syarikat antarabangsa. "Missing part" tak perlukan juru kamera, "silence is also an answer". Berdasarkan jawapan yang diberi kepada ahli parlimen Seputeh Teresa Kok pada 21 Jun 2011 oleh si anak bangsawan, sehingga 30 April 2011, sebanyak 62 program/projek bernilai RM 1.18 billion telah diumum untuk dilaksanakan di seluruh Negeri Sarawak. Namun, berdasarkan maklumat yang diperolehi Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU), apabila diteliti senarai projek yang dijanjikan oleh si anak bangsawan dan Timbalannya, sehingga 1 Oktober 2011, sebanyak 310 projek bernilai RM2.3 bilion telah diluluskan untuk dilaksanakan di seluruh Negeri Sarawak. Namun, tahap penyempurnaan projek masih tidak memuaskan. Penemuan KPRU (bukan penemuan Ketua Audit Negara) adalah seperti berikut: daripada 310 projek yang dijanjikan, projek yang belum disempurnakan melibatkan projek bernilai besar sehingga mencakupi 91.86% (bersamaan dengan RM2 bilion) daripada jumlah kos keseluruhan bagi semua projek bernilai RM2.3 bilion. Sesungguhnya, sama ada projek berkaitan masih dalam pelaksanaan atau telah disiapkan, pelbagai kontroversi atau tuduhan yang berbangkit tidak diendahkan oleh pihak berkaitan dalam kerajaan. Kontroversi atau tuduhan yang berbangkit merujuk kepada antara lain, pembaziran yang berlaku, ketidaktelusan kerana pemberian projek secara rundingan terus dan sebagainya. Umpamanya, projek bekalan elektrik luar bandar bagi kawasan Parlimen Serian dengan kos RM18.7 juta dengan sembilan projek melibatkan 608 buah rumah. Projek tersebut diberikan secara rundingan terus dan menimbulkan kontroversi. Dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh Menteri tidak dilayan oleh Kerajaan BN. Semenjak 21 Oktober 2009, ahli parlimen Batu Tian Chua telah mengemukakan bukti tambahan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Mohamad Shafie Apdal (gambar kiri) dalam pemberian projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Sabah dan Sarawak. Shafie didakwa sebagai menteri yang bertanggungjawab telah menggunakan kroni-kroninya sebagai "broker" untuk menganugerahkan projek BELB kepada kontraktor yang sudi memberi komisyen kepada beliau. Kemudian, Tian Chua mendedahkan bukti mengenai dua lagi syarikat yang diberikan kontrak berjumlah RM30 hingga RM80 juta oleh BELB melalui rundingan terus, bukan melalui tender. Menurutnya, dua syarikat berkenaan iaitu Magnate Innovation Sdn Bhd dan Ternama Tabah Sdn Bhd tidak memenuhi kriteria sebagai syarikat kontraktor kerana tidak berdaftar dengan pusat khidmat kontraktor (PKK) dan tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga serta tiada sijil pengiktirafan taraf bumiputera. Magnate Innovation Sdn Bhd didaftarkan pada 12 Februari lalu dengan modal hanya RM2. Manakala Ternama Tabah Sdn Bhd bermodalkan RM100. Sehingga hari ini, kes ini tidak melihatkan sebarang perkembangan walaupun telah dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kini syarikat projek tersebut dimaklumkan sebagai Shorefield Sdn. Bhd. Apakah syarikat tersebut merupakan penjelmaan baharu syarikat sebelum itu yang didakwa tidak memenuhi kriteria? Pelbagai persoalan menunggu jawapan si anak bangsawan yang menabur janji tersebut. Lebih penting ialah keutamaan diberi kepada pelaksanaan pemberian projek melalui proses pembidaan atau tender terbuka dan bukannya rundingan terus. Semasa melancarkan Pelan Program Transformasi Ekonomi (ETP) pada 25 Oktober 2010, si anak bangsawan cuba melakarkan harapan baharu kepada rakyat Malaysia dengan menjanjikan pelaksanaan pemberian projek ETP melalui proses tender kompetitif (competitive tender). Izinkan saya memetik kata-katanya: We will ensure the big projects are conducted in an open and transparent way. To ensure a level playing field, we will use competitive tender as the "default" process. Only in exceptional cases, we will resort to restricted or direct negotiations. Terjemahannya berbunyi: Kita akan memastikan projek besar dikendalikan dengan cara terbuka dan telus. Bagi mewujudkan suasana sihat dan adil, kita akan menetapkan persaingan pembidaan sebagai proses utama. Hanya dalam kes tertentu, kita akan mengizinkan rundingan terhad atau terus. Namun, janji si anak bangsawan bahawa projek besar akan diberikan melalui proses pembidaan nampaknya bercanggah dengan apa yang dilaksanakan oleh Kerajaan BN. Hal ini dapat dibuktikan dengan meneliti Laporan Ketua Audit Negara 2010. Umpamanya, Kementerian Kesihatan telah menandatangani perjanjian bernilai RM92.04 juta pada November 2007 bagi projek pembinaan klinik desa dan dua unit kuarters kelas G (KD2G) meliputi 87 lokasi di seluruh negara. Enam kontraktor telah dilantik secara tender terhad untuk melaksanakan pembinaan di enam zon iaitu Zon Utara, Zon Tengah, Zon Selatan, Zon Timur, Zon Sabah, dan Zon Sarawak. Namun, Ketua Audit Negara mendapati bahawa kesemua 87 projek gagal disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Sehingga tarikh akhir lanjutan masa pertama, hanya dua projek dapat disiapkan. Sehingga tarikh akhir lanjutan masa kedua, hanya 17 projek dapat disiapkan. Sehingga 31 Disember 2010, hanya 72 projek atau 84.7% dapat disiapkan. Sesungguhnya, kekurangan ketelusan merupakan salah satu faktor utama pembaziran berlaku dalam perbelanjaan negara. Selain unjuran pembaziran yang dberikan oleh agensi atau pertubuhan yang kredible sebelum ini termasuk Pemudah dan Bank Dunia, projek-projek yang seringkali melibatkan peningkatan kos telah menjadi lumrah di Malaysia apabila diteliti laporan-laporan Ketua Audit Negara yang dikemukakan saban tahun. Meskipun skrip para menteri dan agensi seperti SPRM cuba melakarkan persepsi bahawa Kerajaan BN akan berubah dan tindakan akan diambil. Tetapi majoriti yang silent tahu, biar si anak bangsawan mempersembahkan kepada kita semua apa yang diingatkannya dapat meyakinkan kita, tiba PRU Ke-13 nanti, kita akan tunjukkan kepada si anak bangsawan apa itu cool dengan mencipta sejarah baharu untuk tanah air yang kita cintai. Ini semangat belia zaman kini yang dipaparkan di segenap pelosok dunia. Sepinggan nasi yang berharga RM3 tidak mampu mengubah trend sebegitu. Lagipun… wahai Ketua Audit Negara, betulkah nasi sepinggan RM3? merdekareview | ||
Sebuah Asteroid Hampiri Bumi Bulan Ini Posted: 01 Nov 2011 07:30 AM PDT Sebuah asteroid sebesar pesawat terbang akan melayang mendekati Bumi bulan ini. Nama asteroid itu adalah 2005 YU55 dan akan melayang pada ketinggian 320.000 km pada 8 November 2011 minggu depan. Peristiwa lewatnya asteroid dengan ukuran hampir sama di ketinggian tersebut cukup langka. Berdasarkan catatan NASA, peristiwa serupa terakhir terjadi pada tahun 1976. Kunjungan asteroid 2005 YU55 kali ini merupakan yang pertama kalinya sejak kunjungan terakhirnya 200 tahun lalu. Saat mendekati Bumi, asteroid hanya bisa dilihat dengan teleskop, minimal berdiameter 15 cm. Juru bicara NASA yang tak disebut namanya seperti dikutip Daily Mail, Senin (31/10/2011), mengatakan, "Kami berharap bisa mendapatkan citra yang bisa menggambarkan detail tentang permukaan asteroid itu, bentuk, dimensi, dan karakteristik fisik yang lainnya." Dr Emily Baldwin, editor majalah Astronomy Now mengungkapkan, "Studi tentang asteroid tidak hanya penting untuk mengetahui potensi tumbukan dengan Bumi, tetapi juga untuk memahami sejarah Tata Surya kita." Baldwin mengatakan, studi asteroid akan membantu ilmuwan memahami bagaimana planet terbentuk. Asteroid 2005 YU55 pertama kali dicitrakan dengan bantuan Teleskop Radar Arecibo di Puerto Rico pada 19 April 2010. Meski kali ini melayang cukup dekat, asteroid tidak akan menghantam Bumi. Aktivitas gerak asteroid 2005 YU55 dan benda-langit-dekat-Bumi lainnya telah dipantau NASA untuk mengetahui apakah berpotensi menghantam Bumi. Asteroid sendiri telah menjadi target pendaratan astronot pada tahun 2028./kompas | ||
Rakyat Australia Bantu Anak Gaddafi Larikan Diri Ke Nigeria Posted: 01 Nov 2011 04:00 AM PDT
TORONTO - Seorang mantan tentara Australia yang bekerja sebagai kontraktor keamanan swasta mengaku telah bantu putra pemimpin Muammar Khadafy, Saadi, melarikan diri dari Libya bulan lalu saat pasukan pemberontak mengambil alih Tripoli. Mantan tentara itu, Gary Peters, yang sudah lama jadi pengawal Saadi, mengatakan kepada harian Kanada, National Post seperti dikutip AFP, Senin (31/10/2011), bahwa dirinya merupakan bagian dari sebuah tim yang melarikan putra ketiga Khafay itu menyeberangi perbatasan selatan Libya menuju Niger. Peters, yang punya status penduduk tetap di Kanada, kembali ke Toronto pada September. Ia mengalami luka tembak yang tidak diobati di bahu kirinya ketika konvoinya disergap setelah menyeberang kembali ke Libya. "Saya bukan tentara bayaran," kata Peters kepada National Post. Koran itu mengatakan, laporannya itu telah diverifikasi oleh sejumlah sumber. "Saya bekerja untuk orang khusus, dan telah menjalani (profesi) ini selama bertahun-tahun, untuk perlindungan. Ketika kami pergi ke luar negeri, saya tidak bertempur. Itu (pertempuran) dilakukan tentara bayaran. (Kami) melakukan pertahanan? Ya. Menembak? Ya. Namun untuk pertahanan, demi bos saya, dan itulah yang terjadi. Konvoi (kami) itu diserang dan dua dari kami tertembak." Peters mengatakan, ia telah menyediakan jasa keamanan untuk anggota keluarga Khadafy sejak 2004. Meskipun ia bekerja sebagian besar untuk Saadi, ia juga mengawal putra-putra yang lainnya, Saif al-Islam dan Hannibal. Ia mengatakan ia mengantar Hannibal dan adiknya perempuannya, Aisyah, ke Aljazair dalam sebuah konvoi. Peters mengatakan, ia pertama kali bertemu Saadi ketika bertugas di Angkatan Darat Australia saat dirinya ditugaskan untuk melindungi Saadi di Olimpiade tahun 2000 di Sydney. Setelah pindah ke Kanada tahun 2002, Peters mengatakan ia sempat bekerja untuk kontraktor keamanan Blackwater USA, yang kemudian dilarang masuk ke Irak setelah sebuah kasus penembakan pada tahun 2007. Meskipun Kanada menerapkan sanksi-sanksi PBB yang memberlakukan embargo senjata terhadap Libya, dan membekukan aset Saadi serta anggota keluarga Khadafy yang lain, Peters belum didakwa dengan kejahatan. "Saya tidak melanggar hukum apapun," katanya. "Namun mereka (pemerintah Kanada) harus menyelidiki, itu sah-sah saja." Peters, yang mengatakan ia sudah berbicara dengan Saadi melalui telepon sejak kembali ke Kanada dan berencana untuk kembali ke Niger pada akhir pekan ini, membela bosnya. "Jika dia seorang pembunuh massal, jelas saya tidak akan bekerja untuk dia," katanya. "Orang itu seorang pria terhormat, tidak melakukan kekerasan." Menurut Peters, para anggota tim keamanan Saadi berasal dari Australia, Selandia Baru, Irak dan Rusia. Dia mengatakan, mereka semua sebelumnya bertugas sebagai pasukan khusus. Dia memperingatkan, perang di Libya masih jauh dari selesai. "Jangan percaya bahwa itu akan reda, karena masih ada tiga bersaudara yang sangat, sangat marah. Dan tiga bersaudara itu punya banyak uang," katanya. "Mereka masih punya uang itu. Kami baru saja membeli tiga Land Rover, merek terbaru, anti-peluru. Kami bayar tunai. Itu berarti, uang tak masalah."/kompas | ||
Sebutir Peluru Atas Nama Sultan? Posted: 01 Nov 2011 03:00 AM PDT Baru-baru ini pensyarah kanan undang-undang dan perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Profesor Dr Abdul Aziz Bari telah menerima sepucuk sampul yang mengandungi sebutir peluru dengan disertakan dengan sekeping nota yang memberikan amaran kepada beliau agar tidak lagi "menderhakai" sultan. Dr Aziz sebelum ini telah memberikan beberapa pendapat beliau berdasar kepakaran undang-undang dan perlembagaannya mengenai soal-soal kedudukan perlembagaan di dalam sesuatu isu yang dibangkitkan oleh beberapa orang pemimpin politik serta beberapa titah baginda sultan yang berkait dengan kepentingan umum. Adakah kesemua pendapat beliau ini didapati mengancam kedudukan baginda sultan-sultan dan adakah Dr Aziz menunjukkan sebarang niat untuk mengancam atau menggulingkan sistem raja berpelembagaan di negara kita ini? Sudah tentunya tidak. Dan jika diteliti dengan lebih mendalam kesemua pendapat dan kenyataan yang diberikan oleh Dr Aziz, kesemuanya adalah berbentuk maklumat yang disampaikan oleh seorang pakar akademik yang mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang yang sedang diamalkan oleh beliau. Selain daripada itu, kesemua pendapat dan maklumat yang diberikan oleh Dr Aziz tersebut adalah juga bertujuan mendidik dan memperluaskan pengetahuan umum semata-mata dan ianya langsung tidak mempraktikkan sebarang tujuan politik. Tidak bermoral nama sultan digunapakai Adalah tidak bermoral sama sekali jika sekiranya ada pihak-pihak yang tertentu yang sanggup mempergunakan atau memperlekehkan nama sultan-sultan di dalam mencapai tujuan dan agenda politik mereka sewenang-wenangnya. Setakat ini kita hanya telah mendengar dan melihat sebutir peluru dihantar kepada seseorang atas nama sultan kononnya kerana ingin "mempertahankan" baginda. Sebenarnya perbuatan tersebut hanya akan mencemarkan lagi nama-nama baginda sultan. Apatah lagi jika sekiranya sebutir bom akan dihantar kepada seseorang mangsa atas nama sultan pada suatu hari nanti. Maka akan terjejaslah lagi nama institusi raja-raja di negara ini. Kesemua perbuatan ini jelas adalah taktik politik yang tidak bermoral dan bertujuan untuk mencetuskan keganasan. Raja-raja patut bersuara Rakyat jelata kian berdukacita apabila tidak ada seorang pun di kalangan institusi raja-raja yang dapat tampil ke hadapan untuk mengutuk perbuatan yang sungguh keji dan tidak bermoral ini. Oleh kerana perbuatan ini adalah berunsurkan jenayah dan ganas, kenapa tidak seorang pun baginda sultan yang tampil untuk memperbetulkan keadaan yang amat mengelirukan sekarang? Kenapa hanya seorang putera diraja sahaja yang berani tampil ke hadapan untuk menjelaskan apakah itu hak rakyat, demokrasi, dan perlunya institusi tersebut untuk turut menerima sebarang pendapat membina daripada rakyat jelata? Kenyataan putera diraja dari Negri Sembilan itu patut diteladani dan disanjungi oleh kerana baginda adalah satu-satunya ahli kerabat diraja yang sanggup keluar daripada ambang konservatif yang kuno dan tidak praktik untuk bersama dengan rakyat jelata untuk mempertahankan perlembagaan dan demokrasi. Siapa yang menDemokrasikan institusi raja? Sejak daripada 2008 lagi, kita telah banyak memerhati keadaan politik yang bergolak dan ianya bergolak dan bertambah goyah kerana institusi raja sering diheret masuk ke dalam kancah permasalahan politik dalam negara ini semata-matanya kerana ia perlu digunakan untuk mempertahankan satu parti politik elit yang sedang menghadapi kemerosotan sokongan. Oleh kerana itulah, parti tersebut sering bersembunyi di belakang institusi raja apabila timbulnya persoalan mengenai kesahihan perlaksanaan atau tindakan parti tersebut dengan mengguna pakai istilah "menderhaka" bagi mengancam mereka-mereka yang tampil menyoal tindakan parti tersebut. Jadi, adalah perlu kita kembali kepada kejadian asalnya iaitu siapakah yang telah menDemokrasikan institusi raja sebelum ini? Ya, semua pun tahu, bahawa Tun Dr Mahathir Mohamed, mantan perdana menteri pada masa itu yang juga presiden Umno di waktu itu telah menggerakkan usaha yang agresif bagi membendung kelebihan kuasa raja-raja dan menDemokrasikan institusi tersebut bagi membolehkan rakyat jelata memantau segala tindakan dan kegiatan baginda-baginda sultan demi kepentingan umum. Malah yang meminda Perlembagaan Persekutuan dengan menambahkan Bab XV bagi membolehkan raja-raja disaman oleh rakyat jika perlu, adalah juga atas hasil usaha Umno dan Tun Dr Mahathir pada masa itu. Ianya berlaku pada Januari 1993 dan sejak dari tahun itulah, istilah "derhaka" itu telahpun hilang taringnya akibat usaha Umno. Oleh yang demikian, para "pendukung" raja yang fanatik perlu mengingati, memahami dan akur menerima hakikat bahawa demokrasi yang kian subur pada institusi raja pada hari ini adalah hasil daripada usaha gigih Umno dan jika sekiranya ada mana-mana rakyat yang tampil untuk mengkritik atau memantau apa jua perbuatan atau tindakan para baginda sultan, ianya adalah berlandaskan Bab XV Perlembagaan Persekutuan yang telah diperkukuhkan pada Januari 1993. Fahamilah kemanusiaan yang sejagat Kepada mereka-mereka yang masih tidak faham atau enggan menerima hakikat yang sebenarnya dengan menghantar peluru (atau berkemungkinan besar bahan letupan di suatu hari nanti), perhatikanlah kesemua kejadian dan permasalahan ini dari sudut kemanusiaan dengan lebih mendalam. Raja-raja, sultan-sultan ataupun mereka yang bergelar maharaja semuanya adalah insan manusia sama seperti kita semua, yang boleh melakukan kesilapan dan kebaikan. Apabila berlakunya sebarang kesilapan, perlulah wujudnya keinsafan, pemahaman dan kesedaran yang boleh membawanya ke suatu era yang dapat memajukan dirinya lagi. Jika sekiranya seseorang itu enggan menerima hakikat kesilapan yang dilakukannya itu, maka akan timbul keburukan demi keburukan yang bakal menimpa dirinya ataupun seluruh keluarganya dan jika ianya terjadi kepada sesebuah negara, maka rakyat akan berasa tidak puashati, lantas daripada itu pemberontakan bagi menegakkan keadilan akan tercetus bagi mempertahankan rakyat jelata daripada penindasan tersebut. Oleh yang demikian, semua insan manusia tidak mengira kedudukan perlu menerima hakikat bahawa hidup di bawah pengasingan dan enggan menerima kritikan serta pendapat yang membina akan memudaratkan lagi keadaan seseorang. Janganlah mengukir nama sultan di atas peluru lagi! Ampun Tuanku, berhati terbukalah kepada rakyat jelata! - mc | ||
4 Mahasiswa UKM Tetap Di Kenakan Tindakan? Posted: 01 Nov 2011 01:51 AM PDT Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan mempertimbangkan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan memutuskan Seksyen 15 (5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 sebagai bercanggah Perlembagaan Persekutuan. Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan tersebut adalah tidak selari dengan matlamat institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia yang menuntut pelajar berpandangan luas dan menunjukkan kematangan intelektual. "Ini bukan semata-mata soal kebebasan tetapi juga bermaksud pendidikan disekat. "Jika tidak memikirkan soal pendidikan, saya tak ada masalah dengan keputusan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, Selasa. Mohamed Khaled berkata, pihaknya akan secepat mungkin memutuskan sama ada mengemukakan rayuan selepas membuat perbincangan dengan kabinet. "Kita menghormati keputusan mahkamah. "Dalam masa yang sama kita percaya ada lagi satu peluang di Mahkamah Persekutuan," katanya. Beliau menjelaskan, masyarakat perlu memahami mengapa AUKU 1971 diwujudkan dan mengapa pelajar tidak dibenarkan terlibat dengan politik. Katanya, sebagai pelajar mereka harus berupaya membina minda, berfikiran bebas, waras dan seimbang. Hal ini bertentangan dengan bidang politik yang mempunyai ideologi, peraturan dan disiplin tersendiri. "Kalau terikat dengan mana-mana pandangan, bagaimana nak luaskan pandangan dan tahap keintelektualan. "Kalau mereka pegang apa-apa jawatan dalam parti politik sudah tentu mereka kena patuh dengan peraturan politik," katanya. Semalam, keputusan 2-1 dicapai oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Wira Low Hop Bing dan memutuskan Seksyen 15(5)(a) AUKU bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Keputusan itu sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan AUKU sebagai sah di sisi perlembagaan dalam menguatkuasakan sekatan tertentu. "Kalau terikat dengan mana-mana pandangan, bagaimana nak luaskan pandangan dan tahap keintelektualan. "Kalau mereka pegang apa-apa jawatan dalam parti politik sudah tentu mereka kena patuh dengan peraturan politik," katanya. Semalam, keputusan 2-1 dicapai oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Wira Low Hop Bing dan memutuskan Seksyen 15(5)(a) AUKU bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.Keputusan itu sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan AUKU sebagai sah di sisi perlembagaan dalam menguatkuasakan sekatan tertentu. | ||
Jabatan Agama Seleweng Wang Sekolah Agama? Posted: 01 Nov 2011 12:27 AM PDT Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) menuntut penjelasan penuh daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) berhubung aliran perbelanjaan sejumlah RM 1.7 juta yang disalurkan untuk perbelanjaan menaik taraf lima buah sekolah berasrama penuh. Ketua Penerangannya, Mohd Zulfikar Abd. Mijan mendakwa, berdasarkan Laporan Audit 2010 menunjukkan secara jelas, adanya berlaku penyelewangan terhadap sejumlah peruntukan yang diberikan untuk kerja-kerja menaik taraf sekolah berkenaan. "PAS mendesak agar dibuat penyiasatan rapi termasuk seluruh cabang dan bahagian dalam JHEAINS untuk mengelakkan berlakunya penyelewengan ke atas peruntukkan itu. Ini institusi agama, bagaimana peruntukkan tersebut diproses, kemana peruntukkan diagihkan dan apa kesan terhadap penambahbaikan itu berjalan?, "soalnya. Beliau berkata demikian semasa Sidang Media selepas perasmian Majlis Konvokesyen PASTI kawasan Kota Kinabalu kali ke-21 yang diadakan di Dewan Saadah, Wisma MUIS./sabahkini | ||
Posted: 31 Oct 2011 11:07 PM PDT UMNO makin gila!! Itulah perkataan yang sesuai untuk puak-puak tak bertamadun ni. Ini salah satu banner yang dinaikkan untuk mengacau ceramah Mat Sabu di Duyung, Melaka pada malam ini. Ceramah bersebelahan akan diadakan dengan tapak ceramah Mat Sabu. Dijangkakan Zul Nordin dan pencacai-pencacainya akan membuat kacau pada malam ini. Spesis UMNO jakun macam ni hanya ada di Melaka. Selebihnya kau orang bacalah kat sini. | ||
Najib Bakal Bubarkan Parlimen Selepas Balik Haji? Posted: 31 Oct 2011 10:04 PM PDT Nampaknya kali ini, Raya Haji 2011, Najib Razak dan Rosmah Mansor akan berada di Mekah. Semalam, mereka dah berlepas ke Arab Saudi pukul 5 petang semalam. Kalau di tengokkan gambar tu Rosmah macam tak pergi haji pun, macam pegi shopping.. Berapa ratus ribu pulak di habiskan oleh Rosmah di Arab Saudi? Baca kat sini. Yang pergi sama dengan Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor, ibu Najib Tun Rahah Mohamad Noah, Adik Najib Datuk Mohamed Nazim dan MB Haram Perak, Zambry Kudeta. Mereka telah pun tiba di Madinah pada pukul 2 pagi tadi. Najib dijangka akan mengumumkan sesuatu yang sangat penting selepas beliau balik haji nanti. Ramai pemerhati menjangkakan Najib akan bubarkan parlimen selepas balik haji nanti.. sama-samalah kita tunggukan pengumuman tersebut. Tak sabar doh!! | ||
PERKASA Bakal Buat Kacau Di Ceramah Mat Sabu Malam Ni.. Posted: 31 Oct 2011 09:09 PM PDT Addin baru sebentar tadi, ada terima mesej dari sahabat DPPK yang mengatakan PERKASA bakal membuat kacau di ceramah Mat Sabu pada malam ini. Dari maklumat tersebut, banner dan bendera provokasi dikhabarkan telah di naikkan sekitar persimpangan lampu isyarat menghala ke tempat ceramah. Petugas unit amal di arahkan bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku. Setelah ceramah Mat Sabu di Rembau gagal di huru-harakan kini beralih arah ke Melaka pula. Ceramah Mat Sabu di adakan sempena Sambutan 60 tahun PAS Peringkat Negeri Melaka, turut hadir bersama ialah YB Nizar Jamaludin, YB Goh Leong San (Pengerusi DAP Melaka), Shamsul Iskandar Mat Akin (Pengerusi PKR Melaka) dan Hj. Adly Zahari (PJ PAS Melaka). Ceramah dan sambutan ini bakal diadakan di Jalan Baru Duyung-Bukit Pulau, Melaka bermula jam 8.00 malam. Semua pencinta keadilan dan Pakatan Rakyat dijemput hadir bagi memeriahkan sambutan ini. Addin tertanya-tanya, pencacai-pencacai ni faham ke makna demokrasi?? Baca di sini. | ||
Posted: 31 Oct 2011 07:59 PM PDT Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia membidas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menyebut bahawa rakyat tidak mempunyai pilihan kerajaan yang lebih baik selain Barisan Nasional (BN) sempena perasmian Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri di Sabah baru-baru ini. Pengarahnya Mohd Sany Hamzan berkata pihaknya merasakan BN sekarang sudah semakin terdesak untuk meraih simpati rakyat kerana telah 'dimalukan' oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010. "Laporan itu telah 'melondehkan' segala kelemahan pentadbiran kerajaan mengurus tadbir kewangan negara sehingga menyebabkan berlaku ketirisan dan kebocoran yang cukup serius. "Selain itu, penyelewengan berterusan dalam agihan projek yang berkisar di kalangan pimpinan BN turut mendapat teguran berulang kali dalam setiap Laporan Ketua Audit Negara," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Beliau berkata, pihaknya melihat lelucon terbaru Muhyiddin adalah agenda penerusan penafian dan cubaan menutup kelemahan- kelemahan pentadbiran kerajaan BN seperti yang telah didedahkan oleh Pemuda PAS sebelum ini. Kejayaan negeri-negeri Pakatan Mohd Sany menerangkan kejayaan kerajaan negeri Kelantan memerintah hampir 22 tahun tanpa rasuah dan penyelewengan kuasa, kejayaan kerajaan negeri Kedah mengurus negeri secara berhemah telah mendapat pujian oleh Ketua Audit Negara. Kejayaan kerajaan negeri Selangor menguruskan kewangan negeri sehingga telah menambah aset dan simpanan negeri dan kejayaan kerajaan negeri Pulau Pinang mengurus tadbir negeri secara telus dan cekap adalah pembuktian yang terbaik. "Ini menunjukkan kemampuan pemerintahan Pakatan Rakyat untuk memerintah negara Malaysia yang tercinta ini," jelas beliau. Oleh itu katanya, pihaknya merasakan sudah tiba masanya rakyat memberi ruang dan peluang kepada Pakatan untuk menggantikan BN daripada tampuk pemerintahan negara pada pilihan raya umum ke 13 nanti. Tegas beliau, sudah 54 tahun BN diberi peluang memerintah Malaysia tetapi rakyat semakin dihimpit kesusahan, kesengsaraan dan ketakutan yang berterusan. "InsyaAllah, Pakatan akan memastikan satu pemerintahan yang cukup adil, telus dan berwibawa yang akan membawa kemakmuran, keamanan dan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan perbezaan fahaman politik," katanya./fmt Addin : Seluar Muhyiddin terlondeh.. kini cuba tutup malu.. ada pakai seluar dalam ke?? kah..kah..kah.. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan