Khamis, 24 November 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Muhyiddin Pula Menyalak

Posted: 23 Nov 2011 06:30 PM PST


Urusan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pasti akan menjadi lebih mudah "dan mengindahkan" jika Pas dan UMNO boleh menjadi satu pasukan - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Wei sembab! Bayar dulu royalti rakyat Kelantan. Jangan nak menyalak. Johor pun engkau gagal nak jaga inikan pula mahu bercakap pasal Kelantan. Alasan bila bersatu baru dapat royalti. Shit! Mengapa perlu bersatu? Di Terengganu, Sabah dan Sarawak boleh pula diberikan royalti tanpa bersatu tapi bila masuk bab Kelantan, liat macam daging tut...

Jangan jadi juara menyalak sebelum langsaikan hutang rakyat Kelantan dengan pemberian royalti. Jangan dialih isu air untuk menutup kepincangan lembu-lembu UMNO dan penafian royalti rakyat Kelantan. Berapa ramai lagi UMNO mahu menglembu hitamkan pemimpin mereka yang seperti lembu? Jangan janji kosong kalau jambatan Sultan Yahya Petra sudah 4 kali tertangguh untuk disiapkan.

Engkau jangan menyalak lebih. Johor engkau akan tumbang kerana kebodohan Perdana Menteri yang terdahulu membuat persempadanan semula. Laporan mengatakan Johor bakal tumbang ekoran salah strategi persempanan semula pada tahun 2004 apabila kawasan Melayu hanya tinggal 45 peratus dan kawasan Cina 55 peratus.

Pada tahun 2004, tujuan persempadanan semula melebihkan majoriti Cina kerana kaum Cina pada masa itu menyokong BN namun itu sudah berlalu dan akan meranapkan BN yang majoriti Melayunya 45 peratus. Pengundi Cina akan mengajar BN Johor akibat kebodohan pemimpin BN pada ketika itu. Sediakanlah wang yang banyak untuk ditabur kepada kaum Melayu supaya mengundi BN.

Pelakon dan Pemain Bola Jadi Saksi Seks

Posted: 23 Nov 2011 03:39 PM PST



MILAN - Sebuah mahkamah Itali semalam memutuskan bahawa aktor George Clooney dan bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo boleh dipanggil untuk menjadi saksi dalam kes bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi melakukan hubungan seks dengan seorang pelacur bawah umur.

Para peguam Berlusconi mahu Clooney dan Ronaldo membantu bekas perdana menteri itu berdepan dakwaan membuat pembayaran untuk melakukan hubungan seks dengan seorang gadis berusia 17 tahun.

Bekas perdana menteri itu juga didakwa menggunakan kuasanya bagi membebaskan gadis tersebut daripada tahanan polis.

Ronaldo dan Clooney merupakan antara 78 saksi termasuk beberapa bekas menteri dan seorang penyanyi yang dipanggil sebagai saksi pembelaan, kata seorang pegawai mahkamah.

Pihak pendakwa raya memanggil 136 saksi termasuk gadis yang menjadi tumpuan kes tersebut, Karima El Mahroug yang didakwa dilanggan Berlusconi.

Petikan satu soal siasat yang bocor yang disiarkan akhbar-akhbar Itali melaporkan bahawa Karima menyatakan pesta anjuran Berlusconi itu sebagai parti bunga-bunga.

Berlusconi berdepan dengan hukuman penjara tiga tahun jika disabitkan kesalahan melanggan pelacur bawah umur dan 12 tahun lagi kerana menyalahgunakan kuasanya sebagai perdana menteri untuk membebaskan Karima. - AFP

Tiada ulasan: