Khamis, 24 November 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Uishhh.... Mereka Tak kebulor

Posted: 23 Nov 2011 06:30 PM PST


Muhyiddin Yassin ni.... kalau mati la, aku agak mesti matanya terbukak, tak tutup rapat. Orang kata... kalau berlaku macam tu, tandanya ada hajatnya yang tak sampai. Wallahua'lam...

Dia masih tak putus asa malah terus memujuk PAS agar berkahwin dengan UMNO. walau pun PAS telah berkali-kali dengan tegasnya tak sudi tapi masih mencoba. Sudahlah.... jangan buang masa. Selama ini pun, tanpa bantuan kerajaan pusat, kerajaan PAS di Kelantan tetap doing fine. Negeri makmur... rakyatnya sejahtera.

Apa-apa pun Mr TPM, thank you, but no thanks. Mereka tak sudi you.


KOTA BAHARU: Urusan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pasti akan menjadi lebih mudah "dan mengindahkan" jika Pas dan Umno boleh menjadi satu pasukan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata perkara itu akan lebih mudah jika kedua-dua parti dapat bekerjasama tanpa perlu berselisih faham terutama dalam soal pengurusan negeri.

"Ia akan mengindahkan jika kita boleh jadi pasukan bersama," katanya dalam reaksi kepada soalan Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Limbungan, Zainuddin Awang Ahmad mengenai bayaran royalti minyak kepada Kelantan dalam sesi dialog pada majlis perjumpaan khas bersama Timbalan Perdana Menteri yang dihadiri oleh 1,000 warga pendidik di Pusat Dagangan Kelantan di sini Rabu.

Turut hadir pada majlis yang diadakan sempena lawatan sehari Muhyiddin ke Kelantan ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan Dan Dakwah Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Muhyiddin berkata dengan kerjasama sebagai satu pasukan itu, ia akan memudahkan lagi segala urusan pentadbiran dan politik tanpa sebarang masalah.

Beliau berkata soal royalti minyak Kelantan belum ada keputusan muktamad kerana ia masih di peringkat perbincangan.Katanya isu royalti minyak itu mempunyai kaitan dengan aspek perundangan dan aspek perlembagaan. -BERNAMA

[sumber]

Rapu Raja Katak mengesahkan penyelewengan undi pos

Posted: 23 Nov 2011 04:30 PM PST


Isy... isy... terdesaknya Raja Katak Pasir Mas nak menang. Nak menang.... bina kem tentera di situ. Pelik.... perasan hebat tapi mengharapkan undi pos tentera untuk menang

Ciiitt...!! Tak malu ke?? Kalau menang kerana bantuan undi pos, baik jadi wakil pos jer. Sekarang obvious... bagaimana undi pos dijadikan alat untuk memenangkan para pemimpin UMNO and Najib juga tak terkecuali. Dia pernah diselamatkan dengan bantuan undi pos. Sebab itulah, kita nak hapuskan undi pos. Ia satu bentuk penyelewengan dalam pilihan raya.

Berbalik kepada Raja Katak Pasir Mas. Yang menjadi persoalannya, apakah dia akan terus bertanding di situ sebagai calon bebas untuk menjadi wakil proxy UMNO dalam PRU13 nanti?? Kalau ini berlaku.... pasti orang UMNO Pasir Mas akan mengamuk sakan.

Aku rasa Raja Katak Pasir Mas ni dah sewel. Dia jadi sewel dan tak keruan, mungkin kerana dia tahu yang rakyat Pasir Mas dah tak sior ke dia. No more sokongan from them. Weh... sapa nak sokong pengkhianat. Dia barang yang dah tak laku. Oleh itu, untuk sedarkan orang Pasir Mas yang dia masih 'hidup', maka dia terpaksa dapatkan publisiti.

So... permintaannya supaya kem tentera dibina di Pasir Mas adalah salah satu gimiknya untuk dapatkan publisiti murahan. Selain itu, untuk menarik crowd ke ceramahnya yang biasanya hanya didengar oleh kerusi, dia mintak pulak untuk buat ceramah atas kapal selam scorpene. Tak ke giler dan terdesaknya dia??

Weh... sedorlah yang diri kau tu dah tak laku. Dan, semua permintaan-permintaan giler daripada Raja Katak Pasir Mas ini menunjukkan yang masa depan politiknya dah kaput!! Dia hanya layak menjadi juara penjilat dan pembodek saja.

Tapi, aku rasa selepas PRU13 nanti... dia hanya akan dijadikan barua@balaci UMNO melalui NGOnya PERKASAM untuk melakukan kerja-kerja provokasi bagi memporak-perandakan masyarakat berbilnag kaum dan agama di Malaysia.

[sumber]

Tiada ulasan: