Khamis, 24 November 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


BUKTI UMNO LAYAK MEMERINTAH

Posted: 24 Nov 2011 08:48 AM PST

Hutang kerajaan negeri Barisan Nasional Perak amat mengejutkan kerana telah meningkat hampir RM1 bilion pada tahun ini.
Secara khusus, hutang negeri tahun lalu yang berjumlah RM903.8 juta telah meningkat sebanyak RM72 juta dalam masa 12 bulan sahaja untuk menjadikannya RM975 juta pada masa ini.
Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming (gambar) berkata, jumlah hutang itu lebih besar daripada segala program kerajaan seperti skim kredit mikro, bantuan rumah, bantuan barangan makanan, bantuan wang tunai musim perayaan, skim Tabaruk dan program kluster ekonomi keluarga, lapor Roketkini.
"Semua program untuk rakyat hanya berjumlah RM19 juta sahaja," katanya membahaskan Bajet 2012 bagi negeri Perak, semalam.
Menurutnya, sikap suka berhutang telah dimulakan oleh BN sejak sedekad lalu apabila hutang negeri naik mendadak dari hanya RM182 juta pada tahun 2000 kepada RM975 juta tahun ini.
"Jumlah hutang ini adalah kenaikan sebanyak 535 peratus! Jika ada lagi pihak yang masih membisu atau memilih untuk berpura-pura, saya rasa mereka perlu insaf dan kembali ke pangkuan jalan.
"Bah kata pepatah Melayu, jika tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah," ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Remis berkata, kerajaan BN perlu menjelaskan tentang hutang RM72 juta yang dicipta dalam masa 12 bulan lalu.
Nga juga mempertikaikan defisit bajet RM50.14 juta dan yan kos perbelanjaan kerajaan RM915 juta kerana jumlahnya terlalu besar bagi Perak.
Menurutnya, keadaan itu tidak seimbang dengan laporan Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, yang mencatatkan bahawa Perak kini mempunyai paling ramai bilangan keluarga yang berpendapatan rendah.
Mengikut laporan itu, katanya, Perak kini mempunyai 192,000 keluarga yang mempunyai pendapatan bulanan kurang dari RM2,300, iaitu mewakili 12.2 % dari semua keluarga yang berpendapatan rendah.
"Jumlah tersebut adalah paling ramai di seluruh tanah air kita. Ini jelas terbukti selepas 54 tahun di bawah BN, bukan sahaja BN gagal menerajui negeri kita menuju ke paras pendapatan yang bermaruah, sebaliknya ramai rakyat kita masih hidup melarat khususnya orang Melayu," tambah beliau.
Nga yang juga Ahli Parlimen Taiping menjelaskan bahawa pentadbiran Pakatan Rakyat Perak selama setahun sejak pilihan raya umum 2008 hingga rampasan kuasa oleh BN pada Februari 2009 adalah jauh lebih baik daripada salah urus dan salah keutamaan BN.
Beliau memberi contoh di mana semasa pemerintahan Pakatan Rakyat, kuasa dikembalikan kepada rakyat untuk memilih ketua kampung di semua 817 kampung Melayu tradisonal di mana sekitar 30 peratus dimenangi oleh warga kampung yang menyokong Umno.
Bagaimana pun, setelah rampasan kuasa di Dun Perak,  kerajaan Umno BN yang zalim telah memecat semua ketua kampung yang dipilih oleh rakayat dan digantikan sistem perlantikan yang bercorak kuku besi untuk konco-konco mereka sahaja.
"Pemecatan ketua kampung tanpa sebarang pampasan kepada mereka yang mendapat mandat rakyat adalah satu perbuatan yang zalim dan menjijikkan. Apakah salah mereka? Adakah mereka rasuah? Rompak? Curi? Semuanya tidak tetapi mereka tetap dipecat kerana tidak menyokong Umno," katanya.
Menurutntya, Bajet BN Perak hanyalah pembaziran wang rakyat demi kroni Umno BN di samping bakal menjadikan anak negeri deritadengan hutang yang semakin meningkat.
"Ini adalah bajet defisit beri gula-gula, bajet pancing undi, bajet angkat hutang untuk memperdayakan rakyat. Ini bajet pilihan raya. Namun, rakyat nampak semua ini.
"Jadi ini juga bajet yang akan memenangkan Pakatan Rakyat, insya Allah," katanya. – Roketkini.com

MENGAPA UMNO MEMILIH UNTUK LEBIH KEJAM?

Posted: 24 Nov 2011 06:30 AM PST

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengenalan Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 sebenarnya merupakan tindakan untuk menghadkan pergerakan ahli parlimen Pakatan Rakyat dalam memberi penjelasan kepada rakyat mengenai pelbagai isu yang berkaitan dengan salahguna kuasa, rasuah dan salah pengurusan oleh pihak pemerintah.

"Peruntukan di dalam Undang-Undang Perhimpuan Aman yang mana menetapkan denda sehingga RM20,000 jika didapati bersalah, membolehkan kerajaan mengheret ahli-ahli Parlimen Pakatan ke muka pengadilan jika melakukan ceramah, penjelasan dan perhimpunan, yang merupakan salah satu cara untuk Pakatan Rakyat terus memberi penjelasan kepada rakyat.

"Undang-Undang Perhimpunan Aman ini merupakan satu cara untuk menghalang Pakatan memberi penjelasan kepada rakyat secara berterusan mengenai perkara yang berbangkit kerana permohonan untuk mengadakan perhimpunan yang merujuk kepada ceramah dan sesi dialog dengan rakyat memerlukan kelulusan 30 hari sebelum perhimpunan itu diadakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pemansuhan tiga proklamasi darurat - yang menurutnya hanya satu perkara kecil yang seharusnya telah dilaksanakan lama dulu - seharusnya membawa kepada kebebasan demokrasi yang lebih baik di Malaysia.

"Tetapi malangnya, pemerintah tidak mengotakan janji mereka dengan memperkenalkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman yang menyekat kebebasan rakyat dan sekaligus melanggar Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan," tegasnya.

Tiga proklamasi darurat itu ialah:

(i) Proklamasi Darurat 1966 [P.U.(A)339A/1966] iaitu Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 14 September 1966 di Sarawak bertujuan untuk membolehkan Kerajaan menyelesaikan pertikaian politik di Sarawak;

(ii) Proklamasi Darurat 1969 [P.U.(A)145/1969] iaitu Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 15 Mei 1969 berikutan dengan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ; dan

(iii) Proklamasi Darurat 1977 [P.U.(A)358/1977] iaitu Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 8 November 1977 di Kelantan bertujuan untuk menyelesaikan pertikaian politik di negeri Kelantan.

"Kita gembira kerana perdana menteri menerima cadangan-cadangan Pakatan Rakyat, khususnya setelah Rang Undang-Undang Pemansuhan Darurat yang dicadang Pakatan Rakyat ditolak Speaker Dewan Rakyat pada April 2011," katanya.

Tambahan lagi, katanya, pendirian perdana menteri yang diwakili Datuk Seri Nazri Aziz begitu berbeza pada 16 Mac 2011 apabila dalam jawapan parlimen beliau kepada soalan ahli parlimen Lembah Pantai tentang kesediaan memansuhkan serta-merta pengisytiharan darurat: "Pada pandangan kerajaan, Proklamasi Darurat pada tahun 1969 masih wajar dikekalkan atas sebab yang berikut:

(a) Adalah wajar bagi kerajaan untuk mengekalkan Proklamasi Darurat pada tahun 1969 kerana jika tidak, undang-undang yang telah diperbuat semasa Proklamasi Darurat sedang berkuatkuasa akan terhenti berkuatkuasa mengikut Fasal (7) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan dan ini akan menimbulkan kesukaran kepada kerajaan untuk mengawal jenayah untuk isu-isu yang melibatkan ketenteraman awam; dan

(b) Kemungkinan terdapat keperluan supaya undang-undang diperbuat dengan segera oleh YDPA semasa Parlimen tidak bersidang bagi menangani masalah berhubung dengan keselamatan negara antaranya yang melibatkan ancaman pengganas serta keselamatan dan ketenteraman awam yang tidak diliputi di dalam undang-undang sedia ada.

"Pun begitu, kami alu-alukan pemansuhan ini kerana menandakan suara rakyat tidak dapat dihadang oleh kerajaan lagi," katanya lagi.

Pembangkang, menurut Anwar, telah lama membawa usul untuk memansuhkan proklamasi darurat sejak lama dulu iaitu sejak 1979.

"Malahan Pakatan Rakyat telah membawa usul untuk memperkenalkan Akta Pemansuhan Darurat untuk dibentangkan di Dewan Rakyat pada Mac lepas tetapi yang melibatkan pemansuhan kesemua proklamasi darurat dan beberapa undang-undang serta peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan apabila diperkenalkan Proklamasi Darurat ini," katanya.

DEMO DEPAN PARLIMEN

Posted: 24 Nov 2011 03:29 AM PST

Ketika Dewan Rakyat bersiap sedia untuk perbahasan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, hari ini, beberapa kumpulan pejuang hak asasi mengadakan demonstrasi bagi membantah penggubalan akta baru itu.

NONESambil menuntut hak perlembagaan dilindungi, aktivis hak sivil yang diketuai oleh NGO, Kempen Kebebasan Berhimpun (KKB) berkumpul di hadapan pintu pagar bangunan Parlimen.

Menghairankan, jumlah polis yang dikerahkan bagi mengawal perhimpunan itu adalah minimum.

"Kami mahu Parlimen tarik balik rang undang-undang yang zalim ini serta-merta kerana ia adalah tidak sah dan menindas.

"Walaupun sekali pandang, permit polis tidak lagi diperlukan, namun sebenarnya, ia mengenakan lebih banyak sekatan lebih tidak munasabah dan memperuntukan denda besar. Ini  menjadikannya lebih buruk daripada peruntukan yang sedia ada di bawah Akta Polis," kata penyelaras Suaram, E Nalini.

NONEMenurutnya lagi, rang undang-undang itu juga bukan setakat menyekat kebabasan awam tetapi juga menghina kebijaksanaan rakyat.

Perhimpunan itu turut disertai oleh pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Datuk Ambiga Sreenevasan dan pemimpin-pemimpin dari Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas) dan Rangkaian Rakyat Tertindas (Jerit).
Undang-undang zalim
Kira-kira 50 penyokong yang hadir hari ini membawa Jalur Gemilang dan kertas berwarna kuning yang dicetak dengan perkataan "Perkara 10 perlembagaan jamin kebebasan berhimpun".

"Rang undang-undang ini adalah yang zalim, kami harap ia akan ditarik balik serta-merta ... jangan sekalipun percaya ini boleh memberi kebebasan untuk berhimpun," kata Ambiga.

"Bagi saya rang undang-undang ini merampas kebebasan berhimpun, ia mengambil balik hak yang dijamin oleh perlembagaan," katanya yang juga bekas pengerusi Majlis Peguam

NONEMenurut Ambiga lagi, rang undang-undang baru itu, lebih teruk daripada Seksyen 27 Akta Polis dan bercanggah dengan jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membuat pembaharuan pada malam sebelum Hari Malaysia, 15 September lalu.
"Gambaran yang diberikan semasa pengumuman perdana menteri bahawa kita akan menjadi lebih liberal dan kami akan diberi kebebasan berhimpun. Rang undang-undang ini tidak baik, ia tidak boleh dpinda tetapi mesti dimansuhkan," kata Ambiga lagi.

Ahli parlimen Pakatan Rakyat juga turut serta dalam tunjuk perasaan ini.

DAP JADI RAJA PAKATAN:MODAL UMNO BERKEMPEN?

Posted: 23 Nov 2011 10:31 PM PST

ukan mustahil Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya umum ke-13. Ditegakkan atas nama keadilan, kesamarataan, ketelusan dan kebajikan, rakyat mungkin sahaja memberi peluang kepada gabungan tiga parti – PAS, DAP dan PKR – untuk mengambil alih pemerintahan negara daripada Umno dan sekutu BNnya.
azlanBukan mustahil juga kemenangan Pakatan Rakyat akan membawa perubahan besar kepada lanskap politik negara. Atas nama keadilan, kesamarataan, ketelusan kebajikan, tumpuan akan diberi kepada rakyat yang terpinggir dan amat memerlukan bantuan kerajaan.
Bukan mustahil juga akan bangkit satu suasana dan rukun ekonomi di mana usahawan baru yang berniaga menurut hukum ketelusan dan tiada rasuah akan muncul. Usahawan "atas kertas" dan hanya berharap kepada kontrak langsung kerajaan Umno-BN selama ini akan berkurangan dan mungkin juga pupus.
Juga bukan mustahil sistem pendidikan negara akan turut berubah dengan pesatnya. Atas nama hak asasi dan semangat Perlembagaan, pendidikan menurut sistem yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing kaum akan bercambah. Mungkin ini akan meningkatkan kebebasan bersuara dan penyertaan dalam proses pembangunan nasional.
NONEDemikian hajat penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat. Satu bangsa Malaysia baru akan muncul. Generasi yang bebas bersuara dan tidak takut dikenakan sekatan budaya dan bahasa. Ini namanya demokrasi.
Ini semua mungkin berlaku kerana Pakatan Rakyat dan pemimpinnya yakin sistem yang ada sekarang terlalu rapuh, korup dan tidak adil. Bagaimana mahu adil jika ada sesetengah pihak selama ini diberi layanan, tumpuan serta bantuan berlebih-lebihan – di segi ekonomi, peluang pendidikan dan pekerjaan. Kelihatan seolah-olah hanya sesuatu kaum sahaja diberi keutamaan.
Kesamarataan jadi realiti 
Maka bukan mustahil, sistem keselamatan, pendidikan, perkhidmatan awam akan lebih majmuk sifatnya. Dengan terlerainya soal monopoli kaum tertentu dalam sistem-sistem hidup berkenaan, maka akan lebih terjaminlah keadilan. Kesamarataan akan jadi realiti – di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.
azlanDan bukan mustahil juga, citra sebenar Malaysia akan muncul. Kebebasan beragama yang lebih terjamin di bawah pemerintahan Pakatan rakyat akan menyaksikan penganut apa jua agama akan merdeka untuk menghayati ajaran suci masing-masing. Masjid, kuil, gereja akan sama-sama mewarnai karakter Malaysia.
Dan, bukan mustahil juga lebih ramai guru dari kalangan semua rakyat akan tampil menabur bakti mendidik anak bangsa. Soal kelebihan peluang terbabit dalam bidang perguruan dan keguruan seperti dalam zaman Umno-BN tidak timbul lagi. Dakwaan bahawa ada pilih kasih dalam pemarkahan pencapaian pelajar di semua peringkat tidak akan kedengaran lagi. Institusi pendidikan menyaksikan semakin kurang bilangan pelajar dari keturunan yang mendapat habuan istimewa Umno-BN.
university students 050805Hukum persaingan adalah jelas. Penempatan pelajar di semua peringkat akan mengikut pencapaian atau merit. Bagi pelajar lembam atau memang pada dasarnya malas, mereka akan tercicir. Meritokrasi akan menentukan sifat kurang rajin mereka akan dihukum.
Lanjutan itu ia akan merubah corak dan komposisi pekerjaan di negara ini. Hanya yang pandai, berpendidikan dan berkemahiran akan mengisi strata pembuat dasar dan penyeliaan di sektor awam dan swasta.
Dasar meritokrasi mutlak
Bukan mustahil Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara, Ketua Setiausaha Negara, Ketua-ketua Eksekutif Syarikat-Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) seperti Tenaga Nasional, Telekom, MAS dan sebagainya adalah anak Malaysia yang dipilih atas dasar meritokrasi mutlak. Soal kaum dan agama bukan perkiraan lagi. Ia ikut suara majoriti.
azlanBukan mustahil perbahasan tentang mewujudkan "tongkat sosial, tongkat ekonomi, tongkat pendidikan" tidak akan kedengaran lagi. Itu janji Pakatan Rakyat. Pemerintahan akan ikut demokrasi. Siapa dapat undi majoriti dia akan dianugerahi kuasa.
Pakatan Rakyat mempunyai pemimpin yang berwibawa dan bijaksana – dari semua keturunan dan fahaman. Ada memang berjiwa majmuk seperti PKR. Ada berjiwa Islam dalam PAS. Ada bersemangat Cina dalam DAP.
Atas nama demokrasi, siapa yang punyai majoriti dalam Pakatan Rakyaat akan jadi pemimpin. Ini hukum. Kini pemimpinnya adalah Anwar Ibrahim dari PKR. Parti itu menang 31 kerusi parlimen dalam pilihanraya 2008. Namun kini tinggal 25. Bakinya sudah melompat atau dipecat.
PAS masih bertahan dengan 24 kerusi. DAP pula adalah pemegang saham kepimpinan tertinggi. Ia ada 28 kerusi.
selangor dap congress 2011Buat masa ini DAP walaupun memiliki saham terbesar dalam Pakatan, ia masih mahu Anwar terus memimpin Pakatan itu. Ini sebagai menghormati bilangan majoriti rakyat Malaysia – Melayu-Bumiputera-Islam.
DAP juga insaf Perlembagaan Malaysia dan amalan politik mahukan Melayu-Islam jadi Perdana Menteri. Tambahan pula Pakatan Rakyat kini hanya berstatus Pembangkang yang memiliki satu pertiga kerusi Dewan Rakyat; belum layak jadi pemerintah. Mengambil alih kepemimpinan Pakatan sekarang hanya tambah beban.
Anwar paling layak
Buat masa ini Anwar paling layak kerana beliau paling kuat dan rajin berkempen ke semua kutub Malaysia. Biar Anwar jadi jurubicara Pakatan Rakyat. Biar Anwar yakinkan rakyat Umno-BN curang dan Pakatan Rakyat terutama DAP berjiwa Malaysia dan wajib disokong.
azlanNamun pada hakikatnya PKR dan PAS sendiri tahu peluang DAP adalah lebih cerah daripada mereka menjelang pilihanraya umum ke-13. Trend pengundian pilihanraya negeri Sarawak tahun ini dan beberapa siri pilihanraya kecil sebelum itu menunjukkan kemungkinan DAP akan mendapat sokongan besar daripada masyarakat Cina dan bukan Melayu.
Menurut rukun politik Pakatan Rakyat, Melayu PAS dan Melayu PKR akan menyokong DAP. Amalan ini akan menjanjikan DAP kemungkinan kemenangan lebih besar dan luar jangka. Meskipun imej DAP ialah parti Cina, PAS dan PKR boleh jadi saksi bahawa DAP akan jadi parti Cina demokratik yang percaya pada keadilan, kesamarataan, ketelusan dan kesamarataan. DAP akan turut membantu rakyat Bumiputera, Melayu dan Islam.
pakatan council meeting 290911 before pc front imageIdeologi Pakatan Rakyat akan memastikan DAP apabila menang besar kelak tidak akan lupa pada rakyat Bumputera, Melayu dan Islam. DAP akan menghormati kontrak sosial dalam Pakatan Rakyat – orang Melayu dan Islam akan tetap jadi penentu polisi kerajaan Pakatan Rakyat.
Melayu Islam ahli DAP!
Ini bukan mustahil. DAP faham sentimen orang Melayu-Islam. Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Besar serta Ketua-ketua Menteri akan tetap terdiri dari kalangan orang Melayu dan Islam. Mereka akan tetap bersultan dan merafak sembah pada Raja-raja Melayu yang beragama Islam.
Cuma ada sedikit perbezaan. Pemimpin utama kerajaan Pusat dan Negeri-negeri pasca Pilihanraya umum ke-13 ini bukan lagi mewakili Umno atan mana-mana parti komponen BN. Mereka adalah orang Melayu Islam ahli DAP!
Ini bukan mustahil kerana ia adalah kerajaan Pakatan Rakyat.
NONEPAS memang parti zuhud. PAS tidak pernah mengunjurkan akan menjadi parti paling dominan dalam Pakatan Rakyat. PAS sendiri tidak mahu tumpu perhatian pada kawasan majoriti bukan Melayu-Islam. Setelah berbahagi dengan Melayu PKR, mustahil PAS akan menjadi kerabat dominan dalam Pakatan Rakyat untuk mengizinkannya menerajui negara.
Bukan mustahil Pakatan Rakyat menakluki Putrajaya. Bukan mustahil yang memimpin Pakatan Rakyat melangkah ke Gerbang Kuasa ialah DAP.

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis/penyumbang dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi sidang pengarang Malaysiakini.Abdul Rahman Malik adalah bekas kakitangan awam dan kini cenderung memperjuangkan nasib politik orang-orang Melayu.

IBAN MAKIN TERPINGGIR DI SARAWAK?

Posted: 23 Nov 2011 08:00 PM PST

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud membidas seorang anggota pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana menyediakan angka yang tidak munasabah mengenai pekerja Iban berhijrah ke Semenanjung dan menuduh kerajaan mengimport pekerja asing dengan gaji yang rendah.

NONEBeliau bekata Wong Ho Leng (DAP-Bukit Assek) perlu membuktikan pada sidang DUN akan datang mengenai dakwaan bahawa terdapat kira-kira 100,000 orang Iban atau satu pertujuh daripada jumlah 700,000 penduduk di negeri ini bekerja di tempat lain kerana ini satu penghijrahan bekalan buruh.

"Kira-kira 100,000 pekerja, setiap sebuah keluarga dengan lima orang, akan terlibat dengan penghijrahan 250,000 dan itu sangat serius dan tidak disedari (oleh kerajaan)," kata Taib, yang juga Menteri Kewangan ketika menggulung ucapan Rang Undang-undang Perbekalan bacaan kedua (2012), 2011 semalam.

Beliau berkata itu sebenarnya hanyalah igauan Wong membuat kenyataan melampau setelah beliau meminta penjelasan sama ada sebarang strategi dilaksanakan kerajaan bagi menarik orang Dayak dengan jumlah ramai yang mempunyai kemahiran sederhana bekerja di Johor dan Lembah Klang, kembali bekerja di Sarawak.

Sarawak telah mewujudkan banyak pekerjaan, khasnya untuk memenuhi keperluan perindustrian di Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score) daripada mengeksport bakat tempatan keluar, kata Taib, pergerakan penduduk Sarawak di seluruh dunia menunjukkan mereka mampu menyesuaikan diri dengan segera dalam dunia moden.

sarawak corridor of renewable energy score project 110208 launching"Hasrat kita ialah untuk mewujudkan sebanyak mungkin pekerjaan yang baik untuk rakyat kita agar penduduk Sarawak tidak payah meninggalkan negeri ini hanya untuk mencari sara hidup, jika mereka tidak mahu," katanya sambil menambah fenomena ini adalah keistimewaan biasa dalam ekonomi terbuka.

Ramai penduduk Sarawak dilatih di luar negara, yang juga dilihat sebagai satu cara mereka mencari nafkah pada mulanya dan ingin pulang tetapi memberi tumpuan untuk mengukuhkan kedudukan kewangannya dahulu, kata beliau.

Taib berkata kajian tenaga kerja yang dijalankan oleh Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) baru-baru ini menunjukkan 58,200 pekerjaan baru akan diwujudkan oleh inisiatif Score menjelang 2015 atau 11,600 pekerjaan baru setiap tahun, termasuk 620 pada peringkat profesional, 1,700 (semi-profesional), 700 (kumpulan sokongan) dan 8,600 (peekrja am).

sarawak corridor of renewable energy score project 110208 mapMengenai perspektif ekonomi Sarawak, beliau berkata objektif utama negeri ialah untuk memastikan ekonominya terus tumbuh untuk menjana peluang perniagaan dan awam mencukupi.

Beliau berkata pertumbuhan mantap akan akhirnya datang daripada perbelanjaan kerajaan dan projek yang kukuh sebelum kerajaan boleh bergantung pada pelaburan swasta dari luar dan dalam negara.

- Bernama

40 TAHUN BARU NAK DITARIK BALIK HU HU UMNO UMNO...

Posted: 23 Nov 2011 05:37 PM PST

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membentangkan usul di Dewan Rakyat hari ini untuk menarik balik tiga perisytiharan darurat yang masih berkuat kuasa selepas lebih daripada 40 tahun ia digubal.

Perisytiharan darurat itu adalah:
  • Perisytiharan Darurat 1966 di Sarawak bagi menyelesaikan pertikaian politik di negeri itu.
  • Perisytiharan Darurat 1969 di Persekutuan bagi menamatkan rusuhan di antara orang Melayu dan bukan Melayu pada 13 Mei 1969.
  • Perisytiharan Darurat 1977 di Kelantan bagi menyelesaikan pertikaian politik ketika di bawah pemerintahan PAS.
Speaker Pandikar Amin Mulia semasa menangguhkan persidangan Dewan Rakyat malam semalam berkata usul berkenaan akan dibentangkan selepas sesi soalan pagi ini. Ia susulan selepas Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 (Bajet 2012) lewat malam tadi.

pilih umno itu satu kesilapan ma

Posted: 23 Nov 2011 01:30 PM PST

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat Kedah tidak mengulangi kesilapan sekali lagi dengan memilih calon bukan BN pada pilihan raya umum akan datang sekiranya mahu melihat lebih banyak pembangunan berlaku di negeri ini.

NONEKetika menyampaikan ucapan ringkas selepas bersarapan pagi bersama orang ramai di Pekan Sungai Lalang Lama di Sungai Petani, beliau berharap rakyat dapat membuat pertimbangan sebaik-baiknya untuk memilih parti yang akan memerintah Kedah kelak.

"...yang penting kerajaan pusat akan terus bantu rakyat Kedah hidup lebih selesa namun rakyat mempunyai pilihan untuk memilih meminta bantuan daripada Perdana Menteri atau Menteri Besar," kata Timbalan Perdana Menteri.

Terdahulu, ketibaan Muhyiddin di pekan itu dengan menaiki bas ekspres dari Butterworth kira-kira pukul 8.50 pagi disambut pemimpin dan anggota parti komponen BN daripada MCA, MIC, PPP dan Gerakan.

Sejurus turun, Timbalan Perdana Menteri memasuki restoran Yi Ding Xian untuk beramah mesra dengan pengunjung dan kemudian memasuki setiap buah kedai yang membuka perniagaan termasuk meninjau dan bertemu orang ramai yang membeli di Pasar Pekan Sungai Lalang Lama.

Beliau yang dalam rangka lawatan sehari ke Kedah diiringi seramai 25 orang anggota Jawatankuasa Perhubungan Umno negeri diketuai pengerusinya Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dam Ketua Umno Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Mohd Zain.

Muhyiddin dijadual mengadakan perjumpaan dengan orang ramai dan pesara guru serta menyampaikan bantuan kepada sekolah-sekolah agama serta wang bantuan RM100 kepada pelajar sekolah di Universiti Teknoloji MARA (UiTM) Merbok.

- Bernama

GENDANG PERPADUAN:PEMUDA PAS JANGAN CEPAT BAGI KOMEN

Posted: 23 Nov 2011 10:00 AM PST

Urusan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pasti akan menjadi lebih mudah "dan mengindahkan" jika PAS dan Umno boleh menjadi satu pasukan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
  
Muhyiddin, yang juga timbalan presiden Umno, berkata perkara itu akan lebih mudah jika kedua-dua parti dapat bekerjasama tanpa perlu berselisih faham terutama dalam soal pengurusan negeri.
  
"Ia akan mengindahkan jika kita boleh jadi pasukan bersama," katanya dalam reaksi kepada soalan Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Limbungan, Zainuddin Awang Ahmad mengenai bayaran royalti minyak kepada Kelantan dalam sesi dialog pada majlis perjumpaan khas bersama timbalan perdana menteri yang dihadiri warga pendidik di Pusat Dagangan Kelantan di Kota Bharu hari ini.
  
Turut hadir pada majlis yang diadakan sempena lawatan sehari Muhyiddin ke Kelantan ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan pengerusi Jawatankuasa Pembangunan  Islam, Pendidikan Dan Dakwah Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
  
Muhyiddin berkata dengan kerjasama sebagai satu pasukan itu, ia akan memudahkan lagi segala urusan pentadbiran dan politik tanpa sebarang masalah.

Beliau berkata soal royalti minyak Kelantan belum ada keputusan muktamad kerana ia masih di peringkat perbincangan.
  
Katanya isu royalti minyak itu mempunyai kaitan dengan aspek perundangan dan aspek perlembagaan.

- Bernama

Tiada ulasan: