Selasa, 22 November 2011

pemuda cheh

pemuda cheh


Anda Tidur 'Berteman' Siapa ??

Posted: 21 Nov 2011 04:27 PM PST

posted by Al Baith

Sedarkah kita bahawa wujudnya ekosistem lain di tempat tidur ?? Mungkin kita tidak menghirau atau menyedarinya, namun , percayalah sebenarnya ada ribuan bakteria, kutu, mikroskopik, kulat malah kuman yang sering menjadi teman setia kita di tempat tidur selama ini !!!

Sebenarnya...kita sendiri lah yang secara tidak langsung menjadi 'tuan' kepada semua itu !!Mikro organism itu terus hidup dengan 'bekalan makanan' dari kulit mati serta rembesan peluh yang di keluarkan oleh tubuh kita. Cuba bayangkan....kalau ditambah lagi dengan air liur basi yang menitis dan entah 'apa-apa lagi'....cuba bayangkan betapa 'kroniknya' laman tidur kita !!!. Oleh yang demikian, jangan sesekali memandang remeh terhadap kebersihan tempat tidur kita. Pelbagai penyakit mungkin datang, seperti gatal-gatal, jerawat yang tiada penghujungnya, juga kelemumur.Selain itu, ia juga boleh menyumbang kepada masalah berkaitan dengan pernafasan ( penyakit TB, asma, sinusitis), depresi, insomnia dan sebagainya. Untuk mengawal semua gejala tersebut, maka ada sedikit panduan (tips) untuk dijadikan perhatian.

Ketrampilan tempat tidur perlu di beri perhatian !!
# Cadar dan sarung bantal
Cadar dan sarung bantal ini mestilah digantikan atau di cuci secara berkala. Jangan biarkan ia digunakan tanpa  di cuci dalam tempoh yang lama....seperti yang menjadi amalan orang bujang !!! Kalau membasuhnya adalah lebih elok dengan air panas supaya dapat membunuh semua mikro organism yang telah lama bermastautin di situ !! Kalau malas...hantar saja ke pusat dobi !!

# Kesesuaian fabrik tempat tidur
Seelok-eloknya pilihlah fabrik yang besesuaian seperti yang tidak 'panas', lembut, nipis supaya kotoran kurang terperangkap dan sesuai dengan cuaca. Jangan pilih yang kelam warnanya kerana 'tak nampak kotor' pada hal keadaan adalah sebaliknya.

# Amal bersihkan diri sebelum tidur.
Jangan balik dari kerja, bersukan atau sebagainya, terus saja 'terjun' ketempat tidur tanpa terlebih dulu tukar pakaian atau mandi.

Segalanya ada menjadi teman anda !!

# Jaga kekemasan tempat tidur
Kemaskan cadar, bantal serta selimut setiap kali bangun dari tidur. Jangan lambakkan tuala atau  pakaian lain yang kotor dan belum di cuci di atas tempat tidur kerana ini akan menyumbang kepada perkembangan pembiakan mikro organism dan bau yang kurang enak. Pastikan tingkap atau pintu bilik tidur sentiasa tertutup bagi mengelakkan habuk masuk secara berlebihan.

Betapa tenangnya suasana....!!

# Jadikan tempat tidur sebagai 'eksklusif'
Hindarkan tempat tidur ada dari menjadi tempat 'parking' kawan-kawan seperti mana di asrama sekolah. Ia sebenarnya tempat istimewa anda !! Ini dapat mengelakkan mereka yang mempunyai masalah kulit dari 'menyebarkan ancaman atau virus nuklear' mereka ke tempat beradu kita !!

Dengan mengamalkan serba sedikit pertua ini, adalah diharapkan kita mendapat tidur yang berkualiti. Tidur berkualiti...walau pun sedikit, tapi sangat sempuna dan boleh menyumbang kepada kesihatan diri !!!

"Menteri-menteri Lembu" Patut Letak Jawatan

Posted: 21 Nov 2011 03:35 PM PST


Projek lembu: NGO pula cabar Shahrizat berundur

Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) mencabar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, berikutan dakwaan penyelewengan wang rakyat oleh projek ternakan lembu, National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang dimiliki, suaminya.

Dalam satu kenyataan media, presiden KMPP, Rahmad Isahak berkata, kepercayaan rakyat terhadap Shahrizat yang juga ketua wanita Umno telah hilang akibat dakwaan tersebut dan beliau kini tiada pilihan lain selain meletakkan jawatan.

"Sebagai seorang insan yang dilahirkan di Pulau Pinang beliau juga perlu membersihkan imejnya khususnya kepada orang Melayu di sini.

"Oleh yang demikian pihak KMPP dengan ini dalam situasi tanpa prasangka mencabar beliau supaya meletakkan jawatan sebagai menteri kerajaan pusat disebabkan beliau tidak layak dan telah kehilangan kepercayaan rakyat," katanya.

Sambil menyifatkan skandal tersebut sebagai satu lagi episod malang melanda negara, Rahmad juga menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan pendirian dan mengambil tindakan tegas jika dakwaan tersebut benar.

"Perkara berbangkit di sini yang menjadi 'crux of the case' tentang kewujudan yang nyata ke atas pembelian kondominium bertempat di One Menerung, Bangsar yang dikatakan pembelian hartanah berkenaan adalah bagi mendapatkan pulangan pelaburan memandangkan projek lembu Feedlot oleh NFC mengalami kelewatan operasi.

"Perlu diingat bahawa modus operandi syarikat NFC untuk mendapatkan pinjaman modal berkenaan adalah bagi tujuan industri penternakan dan bukannya pelaburan hartanah. Secara tidak langsung telah wujud situasi penyelewengan dan pecah amanah yang melampaui keraguan munasabah," kata Rahmad.

Tak boleh nafi lagi

Menurut beliau, walau apapun spekulasi yang timbul Shahrizat tidak boleh menafikan bahawa dia tidak mempunyai pengetahuan tentang kewujudan NFC. Begitu juga soal pinjaman modal oleh pihak kerajaan dan pembelian kondominium mewah berkenaan.

"Penafian beliau secara total bakal mengundang padah kepada parti pemerintah dan seterusnya mendatangkan liabiliti yang tidak berharga kepada negara kita.

"Orang-orang Melayu khususnya sedang menilai situasi ini secara serius," katanya.

Pakatan Rakyat awal bulan lalu mendakwa kerajaan persekutuan menyalurkan pinjaman mudah sebanyak RM250 juta kepada syarikat NFC berkenaan bagi tujuan industri penternakan lembu.

Bagaimanapun ia didakwa tidak berjaya mencapai sasaran pengeluaran malah Laporan Ketua Audit Negara 2010 juga menyebut projek berkenaan dalam keadaan 'kucar-kacir'.

Sebelum ini desakan sama, yang menuntut Shahrizat meletak jawatan, turut disuarakan oleh ahli parlimen BN sendiri iaitu Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan).

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) mendakwa tindakan menteri itu berkaitan Fidlot telah menyusahkan Umno Barisan Nasional.

"Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan.

"Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," kata Bung.

Tiada ulasan: