Selasa, 22 November 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


POLIS TAMBAH POWER UNTUK HALANG DEMO?

Posted: 22 Nov 2011 07:30 AM PST

Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang dicadangkan akan memberi polis lebih banyak kuasa, terutamanya berhubung sekatan dan syarat-syarat untuk berhimpun.

Seksyen 15 rang undang-undang itu menyatakan polis boleh mengenakan sekatan ke atas suatu perhimpunan bagi maksud keselamatan atau ketenteraman awam, termasuk perlindungan hak dan kebebasan orang lain.

NONESeksyen 15 (2) (h) pula membenarkan Ketua Polis Daerah membuat keputusan mengenai:
  • tarikh, masa dan tempoh perhimpunan;
  • tempat perhimpunan;
  • cara perhimpunan;
  • kelakuan peserta semasa perhimpunan;
  • pembayaran kos pembersihan akibat daripada mengadakan perhimpunan;
  • apa-apa faktor alam sekitar, sensitiviti budaya atau agama dan kepentingan sejarah yang ada pada tempat perhimpunan;
  • kebimbangan dan bantahan orang yang mempunyai kepentingan; atau apa-apa perkara lain yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh pegawai yang menjaga daerah polis berhubung dengan perhimpunan itu.
Mereka yang melanggar sekatan dan syarat boleh didenda tidak melebihi RM10, 000.

NONESebelum ini, perkara-perkara berkaitan perhimpunan awam diselia mengikut Seksyen 27 Akta Polis 1964, yang menyatakan bahawa permit mesti diperolehi bagi mana-mana perhimpunan awam tetapi tidak syarat-syaratnya tidak dinyatakan secara terperinci.

Sekiranya penganjur tidak bersetuju dengan larangan itu, rayuan boleh dikemukakan kepada Menteri Dalam Negeri yang perlu memberikan jawapannya dalam masa enam hari.

Walau bagaimanapun, rang undang-undang ini tidak menetapkan sama ada keputusan menteri adalah muktamad atau sama ada ia boleh dicabar di mahkamah.

Ia juga menyatakan bahawa perhimpunan perlu mengambil kira sensitiviti budaya dan agama,  tetapi butiran tidak ditakrifkan.

Tempat larangan

Seksyen 25, rang undang-undang itu pula menyatakan bahawa menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menetapkan mana-mana tempat sebagai suatu tempat perhimpunan
yang ditetapkan.

bersih rally july 9 crowd face-off with police 1Ia juga menetapkan, bagi mengelakkan keraguan, mana-mana orang yang menganjurkan atau menyertai perhimpunan yang diadakan di tempat perhimpunan yang ditetapkan hendaklah mempunyai tanggungjawab yang sama sebagaimana seorang penganjur dan peserta.

Walaupun undang-undang yang dicadangkan itu tidak menetapkan tempat yang boleh digunakan untuk perhimpunan, namun beberapa kawasan-kawasan dengan jelas dinamakan sebagai kawasan larangan. Ini termasuk.
  • Empangan, takungan dan kawasan tadahan air
  • Loji rawatan air
  • Stesen penjana elektrik
  • Stesen minyak
  • Hospital
  • Balai bomba
  • Lapangan terbang
  • Landasan keretapi
  • Terminal pengangkutan awam darat
  • Pelabuhan, terusan, limbungan, dermaga, jeti, jambatan dan marina
  • Tempat ibadat
  • Tadika dan sekolah

MENAKJUBKAN:MANUSIA BERTANGAN GURITA

Posted: 22 Nov 2011 06:30 AM PST

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) merasa kesal dengan pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kerana bertindak membatalkan program e-buku Datuk Saifuddin bertajuk 'Kalau Saya Mahasiswa' saat akhir atas alasan keselamatan kepada mahasiswa universiti itu.
Timbalan ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berpendapat, alasan yang diberikan oleh pihak pentadbiran UIAM sangat remeh dan hanya bersifat teknikal iaitu mengelakkan isu Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dibincangkan, sedangkan objektif yang sepatutnya dilihat hasil daripada wacana ini amat besar manfaatnya untuk mahasiswa.
"Sepatutnya program ini digalakkan kerana ia amat positif dan membina minda mahasiswa.
"DPPWP yakin, tidak ada unsur politik di sebalik penganjuran program ini memandangkan tokoh yang diundang adalah Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi," ujarnya kepada Harakahdaily.
DPPWP, ujarnya mengesyaki  adanya tangan-tangan ghaib atau campurtangan politik sehingga program itu terpaksa dibatalkan saat akhir sedangkan segala persiapan telah dilakukan sebaik mungkin.
"Apakah kerana sikap keterbukaan serta kelantangan Datuk Saifuddin yang cuba membawa pendekatan baru dalam menangani isu mahasiswa serta Auku, maka beliau juga disenarai hitamkan?
"Apakah masalahnya jika Auku turut menjadi isu perbincangan kerana ia dibincangkan secara ilmiah, bukan atas dasar sentimen semata-mata?" soalnya.
Lebih dari itu, ujarnya siapa lagi yang layak membincangkan isu itu melainkan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi sendiri yang mempunyai autoriti dalam Auku.
Justeru, ujarnya DPPWP kesal kerana dalam keadaan UIAM mengejar status antara universiti yang  ulung dan hebat di negara ini bahkan di rantau Asia, wacana intelektual dan ilmiah bagi mencambah minda mahasiswa dibatalkan.
UIAM, kata beliau sepatutnya menjadi pentas membina kematangan dan intelektualisme kelas dunia kepada mahasiswa, sesuai dengan statusnya sebagai universiti bersifat antarabangsa.
"Jika beginilah sikap pentadbiran UIAM, ia menunjukkan UIAM bukan semakin melangkah ke hadapan, tetapi semakin mengundur ke belakang.
"Sikap ini adalah mentaliti ketinggalan zaman yang membekukan minda mahasiswa dari berfikir secara rasional," katanya.
Sudah tentu, katanya lagi UIAM tidak mampu melahirkan insan terbilang serta tokoh dan pemimpin negara di masa depan.
"Sebaliknya, keadaan ini hanya menghasilkan insan yang berjiwa kerdil, jumud, konservatif serta tidak berfikiran rasional," katanya.

PEMUDA MCA NAK SENANG AJE KAN...!!?.

Posted: 22 Nov 2011 05:00 AM PST

Dalam rangka menghadapi pilihan raya umum, Pemuda PAS mendakwa telah mengumpulkan hampir 500 petugas "utama" jenteranya di peringkat negeri dan kawasan.

Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Mohd Sany Hamzan berkata, ia dilakukan melalui konvensyen peringkat kebangsaannya baru-baru ini, sebagai antara persediaan menyeluruh mereka.
NONE"Jentera pemuda PAS di semua peringkat bergerak lancar dengan program-program yang telah disusun untuk mendekati para pengundi terutamanya pengundi muda," katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Mohd Sany berkata, pengisian program motivasi dan penumpuan gerak kerja yang teratur di saat akhir oleh pimpinan pusat PAS telah memberikan suntikan semangat juang baru.

Sementara itu, mengulas cabaran MCA supaya Selangor mengadakan pilihan raya serentak dengan dengan negeri lain, Mohd Sany menyokong keputusan menteri besar mahu menangguhkannya sehingga 2012 supaya peruntukan dalam belanjawan 2012 boleh diselesai dan diagihkan.

"Jabatan pilihan raya Dewan Pemuda PAS melihat sepatutnya MCA perlu mencabar Umno supaya membaiki sistem pilihan raya dalam negara yang semakin tempang dan tidak berlaku adil kepada parti pembangkang; daripada terus menerus menghamburkan fitnah dendam kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat," katanya.

Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong semalam dilaporkan mencabar Pakatan Selangor mengadakan pilihan raya negeri serentak dan mendakwaPakatan sebenarnya tidak bersedia menghadapi BN.

UMNO SERAM SEJUK ?

Posted: 22 Nov 2011 01:53 AM PST

Nampaknya media baru dan pengundi muda telah menjadi ancaman kepada Umno BN dalam PRU 13 akan datang," kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.
Katanya, kebimbangan itu disuarakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melancarkan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), kelmarin.
"Kerisauan beliau kerana pengundi muda yang berumur 21 hingga 35 tahun adalah kelompok yang akan menentukan kemenangan BN," ujarnya kepada Harakahdaily.
Beliau berkata, Najib sedar bahawa media BN seperti televisyen sudah tidak laku di kalangan anak muda kerana mereka menganggap apa yang keluar daripada corong televisyen hanya sampah sahaja.
Sepatutnya, kata beliau Najib tidak perlu takut jika kerajaan dan pemimpin BN  adalah kerajaan yang amanah dengan rakyat.
Tegasnya, pemimpin Pakatan Rakyat tidak pernah takut dengan anak muda kerana kerajaan PR adalah telus dan berani berhadapan dengan mereka kerana orang salah sahaja yang takut dengan kebenaran.
"Mungkin beliau sedar jatuhnya rejim di Mesir, Tunisia, Libya antara pemyumbang terbesar ialah media baru seperti face book, twitter, blog," katanya lagi.
Menurutnya, walau pun Umno BN sudah ada orang upahan mereka untuk membuat fitnah dan cerita rekaan tetapi semuanya tidak menjadi.
Ini, katanya kerana ia akan dijawab dengan fakta dan data dalam sekelip mata di dalam media baru.
Ini, ujarnya dapat dilihat diruang komen di dalam portal berita Malaysiakini contohnya, daripada 100 komen hanya 5 orang sahaja yang menyebelahi BN.
"Ini yang merunsingkan Datuk Seri Najib Tun Razak sehinggakan beliau mengatakan bahawa mereka yang aktif dengan media baru akan menjadi bonus untuk dipilih menjadi calon BN," ujarnya.

BUKAN KEBEBASAN YG DIBERI TAPI KAWALAN YG MAKIN KETAT?

Posted: 22 Nov 2011 01:16 AM PST

DAP kecewa dengan tindakan kerajaan memperkenalkan undang-undang perhimpunan aman yang dianggap bertentangan dengan janji perdana menteri untuk memberi lebih kebebasan dalam membuat perhimpunan.

Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng berkata, rang undang-undang berkenaan memberi kuasa yang luas kepada polis untuk menahan individu yang menyertai perhimpunan.

"Terpulang kepada polis untuk menentukan sama ada sesuatu perhimpunan itu aman atau tidak,"  katanya lagi yang berpendapat undang-undang tersebut lebih menyekat.

Beliau berkata demikian dengan merujuk Seksyen 8 dalam rang undang-undang berkenaan yang menyatakan bahawa seseorang pegawai polis boleh mengambil langkah yang difikirkannya perlu untuk memastikan perhimpunan berkenaan dikendalikan dengan teratur.

Lim turut mempertikaikan peruntukan undang-undang berkenaan yang melipatgandakan jumlah denda yang boleh dikenakan kepada peserta dan penganjur terlibat.

Seksyen 9(5) dalam rang undang-undang berkenaan memberi kuasa kepada polis untuk mengenakan denda ke atas penganjur sebanyak RM10,000 sekiranya tidak mengemukakan notis untuk mengadakan perhimpunan kepada polis.

Seksyen 21(3) dalam dokumen sama turut memberi kuasa kepada polis untuk mengenakan denda sehingga RM20,000 berbanding denda sebanyak RM2,000 kepada individu yang ditahan dalam perhimpunan.

Malah, rang undang-undang yang dibacakan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini turut meluaskan lagi kawasan larangan untuk mengadakan perhimpunan.

Tempat larangan yang dinyatakan dalam rang undang-undang berkenaan mengambil takrif kawasan yang diisytiharkan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.

"Maknanya semua tempat pun tak boleh berhimpun. Dalam hutan pun tak boleh sebab mungkin ada loji rawatan air," kata Lim dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini.

Selain loji rawatan air, kawasan larangan juga meliputi tempat ibadat, stesen janakuasa elektrik, stesen minyak, terminal pengangkutan, tadika dan juga sekolah, kata Lim.

Menurut rang undang-undang tersebut, polis mempunyai kuasa untuk menyuraikan perhimpunan sekiranya diadakan di kawasan berkenaan atau dalam lingkungan 50 meter daripada kawasan larangan tersebut.

"Dulu tempat-tempat ini tidak ada dinyatakan... Jadi mungkin boleh dinyatakan menteri tempat-tempat yang dibenarkan (untuk berhimpun," katanya lagi.

Ditanya mengenai tawaran kerajaan sebelum ini untuk mengadakan perhimpunan di dalam stadium, seperti yang dilakukan Perhimpunan Sejuta Umat, Lim berkata beliau langkah seperti itu perlu mengambil kira perhimpunan pada skala kecil.

"Kalau (jumlah peserta perhimpunan) kecil tak perlu buat di stadium. Kalau tidak, mungkin BERSIH saja yang boleh buat perhimpunan di stadium," katanya lagi.

DI GAM DENGAN UWANG RINGGIT? ASYIIIIIIIIIK

Posted: 21 Nov 2011 10:00 PM PST

MCA akan memberi sumbangan sebanyak RM100 kepada semua anggota parti itu yang berusia 60 tahun dan ke atas serta RM200 kepada anggota parti atau pasangan mereka yang melahirkan anak mulai Januari 2012, kata presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

NONEBeliau berkata ang pow RM100 itu sebagai tanda penghargaan parti terhadap sumbangan mereka dan pada masa ini, terdapat kira-kira 300,000 anggota parti itu yang telah bersama MCA lebih 30 tahun.

"Ia sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih parti kepada mereka. Ini   kali pertama kami memutuskan untuk melakukannya. Kami mahu melihat reaksinya dan jika ia boleh dilaksanakan secara teratur... Jika maklum balas dari semua cawangan adalah memuaskan, mengapa tidak ia dilaksanakan setiap tahun?" katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat di Kuala Lumpur, semalam.

Dr Chua berkata jawatankuasa berkenaan memutuskan untuk mengagih sumbangan itu menerusi cawangan parti, dan ia akan diselia Setiausaha Pengelola Kebangsaan Datuk Tee Siew Kiong, manakala ang pow untuk bayi yang baru dilahirkan anggota MCA serta pasangan mereka, akan diketuai Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, yang juga Menteri Kesihatan.

- Bernama

BAKAL LUBUK UWANG UMNO?

Posted: 21 Nov 2011 08:52 PM PST

Malaysian Airline System Bhd terus mencatatkan kerugian bagi suku ketiga yang berakhir pada September 2011 dengan kerugian sebelum cukai sebanyak RM461.54 juta berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM236.074 juta yang dicatatkan pada tempoh yang sama 2010.

Syarikat penerbangan itu juga merekodkan kerugian pada suku kedua tempoh kewangan dengan kerugian sebelum cukai sebanyak RM509.411 juta berbanding dengan kerugian sebelum cukai sebanyak RM532.591 juta pada tempoh yang sama 2010.

malaysia airline mas aircraftPerolehan bagi suku berkenaan bagaimanapun meningkat kepada RM3.565 bilion daripada RM3.399 bilion yang dicatatkan pada tempoh yang sama 2010, kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Syarikat penerbangan itu juga mencatatkan kerugian sebelum cukai yang ketara sebanyak RM1.209 bilion semasa sembilan bulan pertama daripada perolehan sebanyak RM10.244 bilion.

Bagi suku ketiga, kumpulan juga mencatatkan kerugian operasi sebanyak RM156 juta berbanding dengan keuntungan RM35 juta bagi suku yang sama pada 2010, di mana kerugian lebih tinggi disumbangkan kos bahan api yang meningkat.

Kumpulan juga mencatatkan kerugian selepas cukai sebanyak RM477 juta bagi suku berkenaan berbanding dengan keuntungan RM234 juta pada suku yang sama tahun lalu.

Menurut syarikat berkenaan, kerugian selepas cukai termasuk kerugian derivatif sebanyak RM70 juta dan kerugian tukaran asing tidak direalisasikan sebanyak RM195 juta.

klia airport 141105 mas aircraft at the terminalSementara itu, jumlah perolehan naik sebanyak lima peratus kepada RM3.493 bilion bagi suku berkenaan, disebabkan pertumbuhan tiga peratus dalam jumlah penumpang pada pertumbuhan kapasiti enam peratus, pengurangan faktor tempat duduk sebanyak 2.7 mata peratusan kepada 76 peratus dan enam peratus peningkatan dalam hasil penumpang.

Jumlah perbelanjaan juga meningkat sebanyak 10 peratus atau RM357 juta kepada RM3.721 bilion terutamanya disebabkan kenaikan dalam kos bahan api sebanyak RM396 juta setelah jumlah kos bahan api meningkat sebanyak 37.1 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Kos bukan bahan api turun sebanyak dua peratus atau RM39 juta berbanding suku sama tahun lalu.

Melihat ke hadapan, persekitaran operasi bagi syarikat penerbangan pada umumnya kekal mencabar bagi suku keempat 2011.

"Bukan hanya harga bahan api jet kekal tinggi, keadaan ekonomi yang semakin teruk di Eropah diterjemahkan kepada profil tempahan ke hadapan yang lemah bagi perjalanan jarak jauh kami," kata syarikat penerbangan itu.

Walau apapun usaha pihak pengurusan untuk mengurangkan senario yang buruk, kumpulan menjangka keputusan operasi suku keempat menjadi lebih lemah daripada suku semasa.

Kumpulan itu berkata pihak pengurusan mengkaji semua aspek operasi dan inventori, dan apa-apa peruntukan berbangkit yang diperlukan perlu diperakui pada suku keempat.

"Pengurusan memulakan proses rasionalisasi rangkaian yang ketara untuk menarik balik struktur yang lemah, laluan yang mencatatkan kerugian dan mungkin memulakan laluan baru yang hasil lebih tinggi memberi tumpuan pada Asia," katanya.

Syarikat penerbangan nasional itu berkata dengan penggunaan rangkaian pengurusan yang mantap, pengurusan juga akan mempercepatkan pengembalian pesawat yang telah lama dan dalam berbuat demikian meningkatkan kecekapan bahan api kumpulan pesawat.

"Kami menjangka kesan sepenuhnya daripada inisiatif ini akan mula membuahkan hasil pada 2012, dan dengan itu inisiatif-inisiatif ini tidak akan mempunyai kesan ketara terhadap keputusan 2011," katanya.

Inisiatif ini akan menjadi antara beberapa inisiatif utama strategik lain yang akan digariskan dalam pelan perniagaan yang akan datang Malaysia Airlines yang akan diumumkan bulan depan.

- Bernama

SILA AMBIL PERHATIAN

Posted: 21 Nov 2011 06:51 PM PST

Undang-undang baru yang akan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 yang akan dimansuhkan tetap mengekalkan amalan penahanan tanpa perbicaraan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

perkasa visit kdn on isa 290911 hishamuddinBeliau berkata amalan itu perlu untuk memerangi kegiatan militan dan keganasan.

Beliau memberikan contoh beberapa negara yang menguatkuasakan amalan itu sebagai salah satu elemen untuk memerangi keganasan antaranya melalui Patriot Act di Amerika Syarikat dan Anti-Terrorism Act di United Kingdom dan Australia.

"Seperti Patriot Act di AS, seperti Anti-Terrorism Act di UK dan Australia, yang semuanya (negara itu) memperjuangkan hak asasi manusia, dan mereka sedar dalam berurusan dengan militan dan kegansaan, mereka perlu mempunyai akta sedemikian.

"Malahan terdapat beberapa rakyat Malaysia yang sedang ditahan di kem tahanan di Guatanamo tanpa perbicaraan selama beberapa tahun...kerana mereka telah ditahan oleh pihak berkuasa AS. Jadi jangan bersikap berat sebelah dan kita tidak mahu bersikap hipokrit dalam perkara ini," katanya.

Malaysia juga belajar daripada pengalaman negara-negara lain yang telah menghapuskan akta-akta sedemikian tanpa berfikir panjang dan akhirnya padah menimpa mereka, katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Inovasi dan perhimpunan bulanan kementerian itu di Putrajaya hari ini.

Hishammuddin berkata BN sebagai parti yang mentadbir negara tetap akan bertanggung  jawab dan mematuhi segala undang-undang yang akan dilaksanakan kelak untuk kesejahteraan rakyat.

azlanPada 15 Sept lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada perutusan khas Hari Malaysia mengumumkan ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Ditanya mengenai antara perkara baru yang akan dimasukkan dalam undang-undang baru itu, Hishammmuddin berkata ia termasuklah tempoh tahanan, notis kepada keluarga yang ditahan dan keperluan untuk membuat rayuan.

Beliau berpendapat perkara-perkara itu tidak sukar untuk dilaksanakan kerana  proses pindaan ISA sudah dimulakan sejak dua tahun lalu.

- Bernama

Tiada ulasan: