Selasa, 22 November 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Not International. 'Kampung'.... la.

Posted: 22 Nov 2011 06:15 AM PST


KPT bagi arahan pada Rektor UIA. Rektor UIA pulak bagi arahan pada Rektor Hal Ehwal Pelajar UIA. Rektor HEP pulak bagi arahan kepada Pengajur Program.

Last-last... program dibatalkan. Ciboyak betoi!! Wei... Saifuddin Abdullah tu Timbalan Menteri di KPT. KPT naya program Timbalan Menteri KPT. Tak ke gilerr babi??

Haisyyy.... Apalah kesudahan nasib Saifuddin Abdullah yang dilihat seorang yang dinamik, open-minded dan pro-mahasiswa??


KUALA LUMPUR, 22 Nov — Penganjur program bicara buku yang sepatutnya disempurnakan oleh Datuk Saifuddin Abdullah malam tadi di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) mendakwa pihaknya dilayan seolah-olah mengadakan program haram dan difahamkan pembatalan adalah ekoran "arahan" Kementerian Pengajian Tinggi sendiri.

"Auditorium utama diarah dikunci serta-merta. Seolah-olah macam program haram," kata pengurus program itu Fuad Syazwan Ramli ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Majlis itu berlangsung di kampus induk UIA di Gombak dan sepatutnya menyaksikan program bersembang-sembang antara Datuk Saifuddin Abdullah selaku Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan pelajar adalah sebahagian daripada program Aikol Festival anjuran Persatuan Pelajar Undang-undang UIA.

Mengikut jadual asal beliau sepatutnya berada di kampus UIA untuk menghadiri majlis membicarakan e-buku beliau bertajuk "Kalau Saya Mahasiswa" sempena festival tersebut. [Seterusnya di sini]

Inilah adalah satu langkah terkebelakang dalam usaha untuk mengekang usaha menghasilkan mahasiswa yang berketrampilan dan berfikiran kreatif serta yang bebas mindanya.

Kerajaan UMNO@BN, tidak mahu anak-anak muda berfikiran terbuka dan kritis. Mereka mahu anak-anak muda yang macam robot, yang minda mereka senang di'remote control' untuk kepentingan politik mereka. Mereka mahu lahirkan anak-anak muda yang bangang. Anak muda bangang...UMNO senang. Anak muda bijak... UMNO kena pijak!!

Sebab tu, kegiatan mahasiswa ditekan denga AUKU. Dan, sebab itu juga.... banyak kangkung-kangkung membiak dan kongkang-kongkang dibela di universiti-universiti bagi membantu kerajaan me-robot-kan anak-anak muda kita.

Itulah akibatnya apabila pendidikan dipolitikan. Hancus reputasi dan integriti institusi pendidikan tinggi kita. Dalam hal ini.... UIAM tidak terkecuali. Malunya kita pada dunia luar. Nama bukan main lagi... Universiti Islam ANTARABANGSA Malaysia tapi... tindak-tanduk tak WORLD pun!!

So.... aku suggest, buang jer perkataan 'antarabangsa' tu dan gantikan dengan perkataan 'kampung'. Hahaha... Universiti Islam 'KAMPUNG' Malaysia.

Amacam??

[Lagi ceritanyer di sini]

Transformasi Kuku Besi

Posted: 22 Nov 2011 04:54 AM PST


Pakatan: Akta perhimpunan aman 'lebih teruk, kekang kebebasan rakyat'
November 22, 2011

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Undang-undang baru perhimpunan aman membawa lebih banyak elemen menekan rakyat dan mengekang kebebasan awam selain memberi polis kuasa luas untuk menahan orang, dakwa Pakatan Rakyat hari ini.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat berkata peruntukan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman lebih "teruk" berbanding undang-undang berkaitan dengan perhimpunan awam sebelum ini dan kandungan baru menunjukkan orang ramai tidak boleh berhimpunan di mana-mana sahaja di Malaysia.

Seksyen 27 akta baru ini menyebut bahawa perhimpunan awam tidak boleh diadakan di pekarangan stesen minyak, hospital, balai bomba, lapangan terbang, stesen kereta api, terminal pengangkutan darat, pelabuhan, limbungan, terusan, jambatan, rumah ibadat, tadika dan sekolah serta empangan.

Ia tidak membenarkan protes jalanan dan melarang perhimpunan di zon 50 meter dari kawasan-kawasan larangan disenaraikan.

"Undang-undang baru ini seharusnya dipanggil rang undang-undang perhimpunan haram, lebih buruk daripada undang-undang lalu.

"Malaysia mempunyai banyak rumah ibadat, lihat pada kawasan larangan, anda tidak boleh berhimpun di mana-mana pun di Malaysia," kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kepada pemberita hari ini.

"Ini tekanan, penindasan tambahan," katanya lagi.

Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang bertujuan membenarkan warganegara menganjurkan dan menyertai perhimpunan secara aman dan tanpa senjata dibentangkan untuk bacaan pertama di Parlimen hari ini.

Rang undang-undang itu yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz adalah satu daripada usaha kerajaan untuk melakukan transformasi terhadap kerangka undang-undang sedia ada berhubung hak perlembagaan warganegara untuk berhimpun.

Ia bertujuan membenarkan warganegara menganjurkan dan menyertai perhimpunan secara aman dan tanpa senjata dengan sekatan-sekatan yang difikirkan perlu dan demi kepentingan ketenteraman dan keselamatan awam.

Sementara itu, selaras dengan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, Akta Polis 1967 juga akan dipinda.

Rang undang-undang itu bertujuan memansuhkan seksyen-seksyen 27,27A, 27B dan 27C Akta 344, yang akan menghapuskan syarat bagi lesen untuk mengadakan atau mengumpulkan mana-mana perhimpunan atau membentuk mana-mana perarakan di mana-mana tempat awam.

Lim juga berkata di bawah Akta Polis sedia ada, ada peruntukan khusus mengenai bilangan orang yang membolehkan satu-satu perhimpunan dianggap sebagai perhimpunan dan denda bagi perhimpunan awam adalah antara RM2,000 hingga RM10,000.

"Sekarang anda boleh didenda sehingga RM20,000. Dan, tiada sebutan langsung mengenai bilangan orang, polis boleh ambil tindakan dan menahan sesiapa sahaja," kata Lim.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail memberitahu The Malaysian Insider bahawa sebahagian peruntukan rang undang-undang itu menyukarkan orang ramai untuk mengadakan perhimpunan aman.

"Realitinya ialah polis akan mempertimbang satu-satu permohonan hingga minit-minit terakhir dan sekarang semuanya terserah kepada budi bicara polis.

"(Peruntukan) denda sangat tinggi sekarang, ini lebih teruk dan sangat jelas bertujuan mahu menekan dan memindas orang ramai dan menakutkan mereka daripada melahirkan hak untuk berhimpun," katanya lagi.

Ahli Parlimen Machang berkata rang undang-undang baru ini jauh lebih buruk daripada janji

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dua bulan lalu.-MI

Kita Akta Perhimpunan Amam yang kini dibentangkan di Parlimen ialah langkah kerajaan mengukubesikan lagi hak rakyat untuk berhimpun secara aman. Lemas kita weh.... Itu tak boleh, ini tak boleh.... situ boleh, sana tak boleh.... buat macam ni tak dibenarkan... jika buat juga kena denda giler-giler dan macam-macam songeh lagi ler.

Jika ia diluluskan..... pasti tak happening lagi perhimpuan atau demonsrasi kita. Hak kita pun nak dikontrol secara legal. Mampuih kita weh...

Sebab tu.... kita kena tentang akta baru ini habis-habisan. Jangan sampai kita menyesal tak sudah.

Sebenarnya, puak-puak haprak ini mahu akta ini digunapakai bagi mengekang kebangkitan rakyat. Mereka sedar mereka sukar nak halang rakyat daripada bangkit menuntut hak kita. Tengok saja Perhimpunan Bersih 2.0 dulu..... tak terbuat mereka. Makin dihalang, makin banyak yang turun.... Makin disekat, makin menyengat perhimpunan kita.

Selain itu.... kebangkitan rakyat di jalan-jalan raya di negara-negara Timur Tengah yang menyaksikan tergulingnya pemerintah kuku besi di sana.... benar-benar menakutkan si kuku besi di negara 1Malaysia. Kebangkitan kuasa rakyat boleh mengancam kedudukan dan kuasa mereka.

Jadi... Akta Perhimpunan Aman ini dilihat sebagai satu lagi usaha untuk mewujudkan satu lagi talian hayat demi survival politik mereka.

Dei.... berapa banyak talian hayat dah!!

Inikah transformasi yang Najib maksudkan??

Hahahaha.... Transformasi Kuku Besi!! Taik kucing!!

Semua ini menunjukkan betapa takutnya UMNO@BN kerana 'nyawa' mereka kini berada di hujung pedang. Ya... pedang yang akan 'memancung' mereka masuk ke dalam kubur!!

Jangan biarkan akta ini hidup!! Akta.... yang indah khabar dari realiti. Tentang ia!!

[Baca juga di sini dan sini]

Tiada ulasan: