Muslimeen United |
- PM Najib disambut pulang dari Mekah dengan buku baru terbitan Umno..
- Terkini!!! 5 Ahli Parlimen Umno Bakal Lompat Parti....
- Kelantan dapat royalti petroleum 6 tahun lagi?
- Video : Panas !!! Pemandu India Bergaduh Dengan Polis Di Lokasi Kemalangan
PM Najib disambut pulang dari Mekah dengan buku baru terbitan Umno.. Posted: 09 Nov 2011 08:45 AM PST PM Najib dan isteri kedua kesayangannya bersama rombongan yang baru pulang dari menunaikan haji telah disambut dengan buku baru terbitan dari puak-puak Umno yang secara kerasnya mahu PM Najib melepaskan jawatan PM dan Pengerusi Umno yang disandangnya. Dia dapat jawatan tu pun bukan dengan cara bersusah payah menang dalam pertandingan pun, cuma dapat lepas mantan PM yang dulu, Pak Lah didesak melepaskan jawatan. Kini apa yang Pak Lah rasai, turut sama dia rasai. Dulu, pecacai-pecacai dia yang desak Pak Lah melepaskan jawatan bila Umno/BN terlepas banyak negeri kepada Pakatan Rakyat dan majoriti 2/3 dalam Parlimen. Kini, puak-puak pecacai Muhyiddin pulak yang mendesak. Buku yang telah diterbitkan itu mendakwa bahawa kepimpinan PM Najib sudah tidak relevan dan harus melepaskan jawatan sebelum PRU 13 demi memastikan Umno terus mendapat sokongan rakyat. PM Najib harus berkorban demi menyelamatkan Umno dan masa depan orang-orang Melayu. Buku ini telah ditulis oleh Shahbudin Husin, ahli Umno Bahagian Wangsa Maju, Kuala Lumpur antara lain mempertikaikan dan tidak mempercayai lagi kepimpinan PM Naijib yang dilanda pelbagai kontroversi sejak dia mengambilalih jawatan itu dari Pak Lah. Malah buku ini merupakan versi kedua yang merupakan sambungan versi pertama yang berjudul "Tak Berubah, Faktor Rosmah dan pola Sarawak petanda BN the End ... Najib Perdana Menteri Terakhir". Isi kandungan buku tersebut menceritakan bahawa dengan memenangi PRU 13 dengan majoriti 2/3 sahaja akan meyakinkan akan kredibiliti PM Najib namun perkara itu dilihat sebagai sesuatu yang amat mustahil untuk dicapai walaupun pelbagai lakonan dan drama telah dipertontonkan kepada rakyat kerana rakyat kini terdiri dari kalangan yang bijak pandai dan tahu menilai. Percubaan Najib untuk memikat hati rakyat dengan memansuhkan ISA, memberi gula-gula dalam Bajet 2012, naik bas di Perak dan berbasikal di Penang dan macam-macam lagi dilihat gagal membuahkan hasil malah menjengkal dia kembali. Rakyat rasa tertipu dengan lakonan Najib apabila berita bini dan anaknya berbelanja mewah hanya dengan membeli perhiasan diri kembali menggemparkan negara. Dengan menggariskan 19 kesilapan PM Najib dalam buku ini, kegagalan untuk memenangi PRU 13 nanti sudah pasti akan menyebabkan Umno/BN kehilangan kuasa dan kegagalan ini akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada Najib. Jika itu berlaku, sudah pasti ahli Umno akan mempersalahkan dan tidak akan memaafkan Najib kerana ianya berpunca dari kelemahan dan kegagalan kerana terlalu banyak melakukan kesilapan dan hilang sokongan rakyat. Banyak tajuk-tajuk kecil dalam buku ini yang menceritakan keburukan dan kesilapan yang telah Najib lakukan sejak bergelar Perdana Menteri Malaysia yang keenam. Yang nyata desakan ini sedikit sebanyak mewakili suara hati dari akar umbi yang mahu Najib berundur secara terhormat sebelum tersungkur dengan lebih hina lagi. Penulis buku ini tidak mahu Umno/BN tersungkur gara-gara PM Najib yang tidak mampu untuk mentadbir walau keluarga, inikan pulak negara yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Gara-gara rakyat menolak Najib, sekali dengan Umno/BN turut terhumban dan dikuburkan dalam PRU 13 yang akan menyusul sedikit waktu lagi. |
Terkini!!! 5 Ahli Parlimen Umno Bakal Lompat Parti.... Posted: 09 Nov 2011 08:36 AM PST Penguasaan Datin Seri "Hajjah" Rosmah Mansor terhadap kerajaan pada hari ini bukan lagi satu perkara rahsia. Kegilaan isteri Najib terhadap kekuasaan, kemewahan dan publisiti menyebabkan kebenciaan orang ramai bertambah. Bukan sahaja rakyat biasa membenci Rosmah, akan tetapi ahli-ahli UMNO juga. Blog Selamatkan UMNO baru saja menerima maklumat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai tentang kemungkinan 5 orang ahli parlimen UMNO akan meninggalkan parti Melayu terbesar ini dalam jangkamasa terdekat. 5 orang ahli parlimen ini dikatakan akan meninggalkan UMNO dan menyertai parti pembangkang. Sebab utama tindakan ini bakal dilakukan berkait rapat dengan kebencian mereka terhadap penguasaan Rosmah dalam kerajaan Najib sehinggakan Malaysia kini seperti milik Najib dan keluarganya. Jika benar maklumat yang kami terima ini, ahli-ahli UMNO sudah tidak lagi boleh berdiam diri. Sesuatu perlu dilakukan untuk menyelamatkan parti UMNO daripada dimusnahkan untuk selama-lamanya. Dipetik dari sini |
Kelantan dapat royalti petroleum 6 tahun lagi? Posted: 08 Nov 2011 05:57 PM PST KOTA BHARU : Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum, Datuk Husam Musa menjangkakan rakyat Kelantan akan mendapat royalti petroleum paling lewat enam tahun lagi. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri berkata andaian itu berdasarkan kepada perlantikan Sultan Muhammad ke-V menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Beliau bercakap kepada pemberita pada Majlis Perasmian Penutup Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama Sesi 2011/2012 Pertubuhan Sukarelawan Hijau Kelantan (Green V) di Gelanggang Seni, Jalan Mahmood dekat sini pagi tadi. Turut hadir pada majlis yang turut diserikan Jamuan Hari Raya Haji itu Presiden Green V, Muhammad Adilan Mat Jusoh dan ahli jawatankuasa baru sesi 2011/2012. Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pertengahan Oktober lalu memilih Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong berkuatkuasa 13 Disember hadapan. Sementara Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh sama. Pemilihan dan perisytiharan it selaras dengan peruntukan Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan. "Iya, kenapa saya berkata demikian? Alhamdulillah, saya mengucap syukur kerana Sultan Muhammad ke-V diterima sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. "Dan insya Allah dipanjangkan usia, tidak ada apa-apa melintang baginda akan menjadi Yang di-Pertuan Agong, insya Allah. Justeru, pada waktu itu, tentulah baginda akan menyebelahi tuntutan rakyat Kelantan," kata Husam penuh harapan. Dalam perkembangan berkaitan, Husam berdoa semoga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menunaikan ibadah haji memperolehi haji mabrur. "PM kita pergi haji. Saya berdoa hajinya mabrur," katanya. -Hrkh |
Video : Panas !!! Pemandu India Bergaduh Dengan Polis Di Lokasi Kemalangan Posted: 08 Nov 2011 05:56 PM PST KECELUPARAN seorang anggota Polis yang didakwa menyebut perkataan "pukimak" ditujukan kepada seorang pemandu lori, mengundang suasana tegang di sebuah lokasi kemalangan. Pemandu lori yang berang, tidak dapat mengawal emosi terus turun dari lori yang dipandunya lantas memarahi dan mengherdik anggota Polis tersebut. Pemandu lori berbangsa India itu turut mencabar anggota Polis agar membuka pakaian seragamnya jika mahu dipukul. Anggota Polis yang diherdik tersebut tidak mahu kalah, sebaliknya turut sama mencabar pemandu lori agar memukulnya. Namun beliau dilihat tenang dan tidak memilih untuk membuka pakaian seragamnya. Ramai pengguna jalanraya yang lalu-lalang di kawasan kemalangan tersebut memperlahankan kenderaan kerana hairan dengan situasi pergaduhan "Polis lawan pemandu lori" itu. Seorang lagi anggota polis difahamkan sebagai rakan sekerja anggota Polis yang bergaduh, bertindak meleraikan pergaduhan itu sambil bercakap di telefon bimbitnya. |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan