Rabu, 9 November 2011

AKU INGIN BEBAS

AKU INGIN BEBAS


TIADA PERUBAHAN YANG DIBAWA OLEH KAK MAH

Posted: 09 Nov 2011 05:45 AM PST

Kak Mah sewaktu hendak berlepas ke tanah suci.


Kak Mah setelah kembali dari mengerjakan ibadat haji di tanah suci Mekah ketika di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

GAJI MINIMUM RM1,500: AHLI UMNO BOLEH ANGKAT KAKI DARI SELANGOR KALAU TAK SUKA

Posted: 09 Nov 2011 05:13 AM PST

Selangor hari ini mendahului kerajaan persekutuan dalam melaksanakan dasar gaji minimum, dengan janji untuk membayar RM1,500 sebagai gaji permulaan di syarikat-syarikat milik kerajaan negeri mulai tahun depan.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan bajet negeri untuk tahun depan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Menurut Khalid, kakitangan syarikat-syarikat milik kerajaan negeri yang status kewangan mereka stabil akan menerima faedah daripada dasar itu sebelum ia diperluaskan kepada syarikat lain.

Antara syarikat itu termasuk Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Worldwide Holdings Bhd.

Bagi syarikat-syarikat yang mempunyai status kewangan yang tidak stabil, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri akan menyediakan peruntukan dana RM10 juta supaya kenaikan gaji dapat dilaksanakan.

Sebagai kontras, kerajaan persekutuan belum mampu melaksanakan dasar gaji minimum, yang menurut kesatuan dan Pakatan Rakyat, adalah tuntutan yang perlu dilakukan bagi menangani masalah kemiskinan. mkini

KELANTAN JANGKA DAPAT ROYALTI MINYAK ENAM TAHUN LAGI

Posted: 08 Nov 2011 05:20 PM PST

Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa menjangkakan negeri itu akan mendapat tuntutan royalti minyak, paling lewat enam tahun lagi.

Andaiannya itu, berdasarkan kepada perlantikan Sultan Kelantan, Muhammad ke-V yang dilantik sebagai timbalan Yang di-Pertuan Agong oleh Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada pertengahan Oktober lalu.

"Iya, kenapa saya berkata demikian? Alhamdulillah, saya mengucap syukur kerana Sultan Muhammad ke-V diterima sebagai timbalan Yang di-Pertuan Agong.

"Dan insya Allah dipanjangkan usia, tidak ada apa-apa melintang baginda akan menjadi Yang di-Pertuan Agong, insya Allah. Justeru, pada waktu itu, tentulah baginda akan menyebelahi tuntutan rakyat Kelantan," kata Husam dipetik Harakahdaily di Kota Bharu semalam.

Pada 30 Ogos tahun lalu, kerajaan Kelantan dengan ketuai oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, memfailkan saman terhadap syarikat minyak negara, Petronas, untuk menuntut royalti minyak yang tidak dibayar sejak 2004.Bagaimanapun menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Kelantan tidak layak menerima royalti untuk minyak yang digali di kawasan persisirannya namun, sebaliknya bersetuju memberikan wang ehsan RM20 juta sebagai ganti.

Tawaran itu ditolak oleh kerajaan negeri yang mengemukakan pelbagai bukti untuk menyokong hujah bahawa rakyat Kelantan berhak mendapatkan royalti sehingga RM2 bilion.

Wang ehsan berkenaan kemudiannya disalurkan kepada Umno Kelantan untuk diagihkan kepada rakyat di negeri itu.

Kes tuntutan royalti minyak oleh Kelantan ini akan kembali didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Disember nanti.

Tiada ulasan: