Anak Sungai Derhaka |
- GEMPAR!! Lembu Menangis kerana permohonan ke Fidlot ditolak?
- Air : Utusan sangka rakyat Kelantan bodoh macam pencacai UMNO.
- Selepas monorel, roller coaster pula jadi hiasan di Melaka
- Masalah air di Kelantan, Muhyiddin hanya nampak kuman di seberang laut..
- Bil Perhimpunan Aman tak akan dimansuh - Hishamuddin
- Kalah punya pasal.. Laman Web 1Malaysia digodam Hacker Indonesia..
- Scandal Fidlot : SPRM, polis jangan ‘double standard’
- Dokumen yang membuktikan Satim Diman adalah Pengkhianat Melayu.
GEMPAR!! Lembu Menangis kerana permohonan ke Fidlot ditolak? Posted: 24 Nov 2011 07:14 AM PST Gambar diatas bukanlah gambar seekor lembu yang menangis kerana permohonannya untuk ke Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) telah ditolak oleh Suami Shahrizat.. Ya lah.. kalau lembu atau kerbau itu tahu tentang keistimewaan yang terdapat untuk lembu-lembu di NFC tu tentu dia mennangis jugak.. Manakan tidak.. hanya NFC yang menyediakan Kondominium mewah yang lengkap dengan berbagai kemudahan termasuk swimming pools, sauna, sun deck, function room, gym, dance studio, tennis courts, squash courts, barbecue area dan kawasan permainan kanak-kanak untuk lembu mereka. Sebenarnya ianya adalah gambar seekor lembu atau kerbau yang dilaporkan tiba-tiba menangis ketika dibawa ke tempat penyembelihan.. Samada kita mahu mempercayainya atau tidak, kejadian lembu menangis itu telah dilaporkan berlaku di Hong Kong menurut China's People's News. Laporan dari The Weekly World News yang dipetik oleh China's People's News melaporkan sekumpulan pekerja telah membawa lembu atau kerbau itu ke kilang pemprosessan daging untuk disembelih. Apabila mereka menghampiri pintu hadapan bangunan kilang pemprosessan itu, kerbau yang kelihatan sedih itu tiba-tiba membatukan dirinya, enggan bergerak ke hadapan, melutut dengan kedua belah kaki hadapannya dan dengan air mata yang mengalir. Seterusnya korang bacalah kat link dibawah.. kalau tak faham baca terjemahan di bawah artikel asal ini.. Source : Renminbao.com According to the news release from China's People's News, whether people believe it or not, this incident actually happened in Hong Kong. The Weekly World News reported that a group of workers were bringing a water buffalo into a packaging factory, ready to slaughter it to make steak and beef stew. When they approached the front door of the slaughterhouse, the sorrowful buffalo suddenly stood still, refusing to move forward, kneeling on its two front knees, and with tears streaming from its eyes. How could the buffalo have already been aware that it was going to be slaughtered, before entering the slaughterhouse? This shows that it was even more alert than many a person. "When I saw what is believed to be a stupid animal actually crying, and when I noticed that its eyes were full of fear and sadness, I could not help but shiver." Extremely shocked by this, butcher Shiu Tat-Nin recalled: "I quickly called other people to come see, and they were as surprised as I was! We pushed and pulled the water buffalo, but it would not move; it just sat there crying constantly." Billy Fong, the boss of the Hong Kong packaging plant said, "Mankind has always thought that animals are not like people who can cry, but this buffalo is really sobbing like a baby!" At that time there were at least a dozen strong, burly men present, but their hearts were softened by the buffalo's crying, and those who were responsible for killing water buffaloes were even more touched by this, tears welling out of their eyes. Buffalo weeping non-stop When workers from other slaughterhouses heard the news, they also ran to the crying and kneeling buffalo, and the site was soon crowded with people who were astonished at what they saw. Three of them were so shocked that they said that from now on, even when they slaughter other kinds of animals, they will never forget that buffalo tears. At the point when a buffalo is crying and people are crying as well, we can all be sure that none of them will kill the buffalo now. Then the question was how to take care of this matter. Finally, they decided to buy the water buffalo with cash, and then they sent it to a Buddhist temple, for the monastic to take good care of it, so that it could be assured of living out its life peacefully. When this decision was made, an amazing thing happened again: "When there was an assurance that the buffalo would not be killed, it finally agreed to move, got up, and it is here with us." How could a water buffalo understand human words? Shiu said: "Whether you believe it or not, this is really true, although it sounds really incredible." Undoubtedly, this buffalo has changed the lives of these butchers. Translated by : SB Koay |
Air : Utusan sangka rakyat Kelantan bodoh macam pencacai UMNO. Posted: 24 Nov 2011 05:56 AM PST KOTA BHARU, 24 Nov: Biar pun lima siri laporan khas dimuat Utusan Malaysia bagi memburukkan Kelantan berkaitan isu bekalan air bersih, namun ia dianggap belum mampu mengocak jiwa rakyat. Ini kerana setiap hari mereka boleh minum, mandi, membasuh dan apa-apa sahaja kegiatan menggunakan air bersih dibekalkan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB). Malah, pelabur tetap memilih Kelantan sebagai destinasi pelaburan mereka. Seandainya bekalan air di sini kritikal mengapa mereka memilih mengembangkan operasi perniagaan di Kelantan. Apakah agenda setting Utusan peringkat tertinggi itu mampu memperbodohkan rakyat Kelantan. Jawapannya tidak. Begitu juga dakwaan isu air dicemari bakteria E.coli, mangan dan arsenik, sedangkan kadarnya lebih rendah berbanding negeri-negeri lain. Misalnya kadar kandungan E.coli di Kelantan hanya sekitar 0.88 peratus berbanding Pahang (1.12 peratus), Perak (0.90 peratus), Perlis (1.21 peratus) dan Wilayah Persekutuan Labuan (1.01 peratus). Pengurus Besar AKSB, Ir Mohamad Hanafi Mahmud berkata, kadar kandungan bakteria E.coli hanya dalam peratusan kecil, dan diatasi segera setelah dikesan kandungannya. Lagi pun katanya setiap minggu sampel air di semua loji rawatan air AKSB dihantar ke Pejabat Kesihatan untuk dianalisis. "Setakat ini tiada pun teguran dibuat jabatan terbabit berkaitan isu yang ditimbulkan sebuah akhbar arus perdana sekarang," katanya. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman (kiri) berkata, sebanyak 3531 sampel air dianalisis Jabatan Kesihatan dan hanya 31 kes sahaja dikesan ada kandungan E.coli. "Persoalannya sekarang mengapa Kelantan sahaja yang digegerkan dalam media sehingga setiap hari disiarkan kenyataan negetif. "Ini seolah-olah menggambarkan negeri lain tidak ada E.coli. Tidak selamanya rakyat mudah ditipu dengan maklumat berat sebelah seperti yang menjadi mainan Utusan Malaysia sekarang," katanya di sini. Malah kata beliau akhbar terbabit juga lupa tanggungjawab menyediakan perkhidmatan bekalan air adalah di bawah kerajaan pusat, dan kerajaan negeri cuma menyalurkan sumber air. "Mengapa mereka tidak cuba rujuk kepada perlembagaan yang secara jelas menerangkan perkara itu. Jangan cuba hendak kelirukan rakyat. "Memandangkan tugas tersebut tidak dilaksanakan kerajaan pusat, kerajaan negeri terpaksa mengambil alihnya bagi memastikan kesejahteraan kehidupan rakyat. "Cuba bayangkan pula usaha kerajaan negeri mahu meningkatkan bekalan air tidak mendapat kerjasama kerajaan pusat dalam tempoh begitu lama. "Selama 13 tahun Kelantan diketepikan mendapat sebarang peruntukan. Usahkan peruntukan, pinjaman pun tidak diberi pada awalnya," ujarnya. Beliau berkata, sepanjang tempoh itu prasarana bekalan air tetap juga dipertingkat termasuk mendapat pinjaman daripada institusi kewangan. Hanya pada 2003 barulah pinjaman mudah diluluskan sebanyak RM600 juta, itu pun diberi bukan sekaligus, sebaliknya sedikit demi sedikit. Menurutnya Md Anizam hasil kesungguhan kerajaan negeri sehingga sekarang hampir 70 peratus rakyat Kelantan mendapat bekalan air bersih disediakan AKSB. Harakahdaily |
Selepas monorel, roller coaster pula jadi hiasan di Melaka Posted: 24 Nov 2011 05:11 AM PST MELAKA, 24 Nov: Selepas projek monorel Melaka berharga RM15 juta mengudang pembaziran berganda, kini projek bertemakan hiburan, permainan roller coaster pula mengalami nasib yang sama. Merujuk kepada akhbar Sinar Harian hari ini, roller coaster yang bertempat di taman hiburan Sungai Melaka itu tidak pernah berfungsi sejak dua tahun lepas. "Projek yang bernilai RM10 juta ini sehingga hari ini hanya bertindak sebagai hiasan," kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Melaka, Muhamad Aizat Bahrudin. Katanya, dirasmikan dua tahun lepas, sepatutnya roller coaster yang mempunyai landasan sepanjang 1 kilometer itu dapat digunakan pada 31 Ogos lalu namun sehingga hari ini masih kosong, hanya landasannya sahaja yang ada. Menruutnya, kelewatan roller coaster itu untuk berfungsi telah dimaklumkan sebelum ini oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Ali, ujarnya memberitahu ia berpunca daripada faktor keselamatan selain masih belum mendapat kelulusan daripada Jabatan Keselamatan dan Pekerjaan (JKKP) dan difahamkan roller coaster itu juga tidak menepati ciri keselamatan. Justeru, kata Aizat, Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka menggesa agar kerajaan negeri menangani masalah itu dengan segera dan mengambil serius tentang faktor keselamatan untuk setiap projek perlancongan di Melaka. Sebelum ini, katanya projek monorel juga tidak berfungsi dengan baik, sering tergendala dan mampu mendatangkan bahaya kepada pelancong. Beliau menambah, selain membawa pembaziran, kerosakan monorel tersebut itu juga memberi imej buruk pada industri pelancongan Melaka yang sebelum ini diumum sebagai negeri Maju. "Seharusnya perkara asas sebegini tidak menjadi masalah memandangkan telah tersedia garis panduan keselamatan sebelum sesuatu projek itu dilaksanakan lebih-lebih lagi projek tersebut melibatkan pengguna secara langsung seperti permainan roller coaster dan monorel ini. "Ianya perlu di pandang serius agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini," katanya lagi. Tambahnya, tapak taman hiburan yang menempatkan permainan roller coaster itu juga dikatakan tidak strategik kerana lokasinya agak terpencil dan jauh dari tumpuan pengunjung. "Ianya juga sedikit sebanyak membawa kepada faktor kerugian akibat bilangan pengunjung yang sedikit selain roller coaster yang tidak berfungsi, bak kata pepatah sudah jatuh, ditimpa tangga, begitulah keadaannya projek kerajaan negeri," katanya. Harakahdaily |
Masalah air di Kelantan, Muhyiddin hanya nampak kuman di seberang laut.. Posted: 24 Nov 2011 01:18 AM PST Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjanji masalah air yang melanda Kelantan akan diselesaikan segera sekiranya rakyat negeri ini memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk memerintah pada pilihan raya umum akan datang. Muhyiddin berkata, nasib rakyat Kelantan hanya akan terbela jika mereka menyokong BN memandangkan kerajaan Pas Kelantan sudah terbukti gagal menjaga kebajikan rakyat meskipun telah memerintah selama 21 tahun di negeri ini. "BN memberi jaminan masalah air ini akan diselesaikan segera. Kita jamin masalah rakyat adalah keutamaan dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Itu janji-janji Muhyiddin buat penduduk Kelantan.. janji untuk mendapatkan undi.. Jika rakyat Kelantan terpedaya maka nasib rakyat Kelantan akan sama dengan mereka-mereka yang membuat aduan mengenai permasaalahan air di tempat mereka didalam negeri-negeri jajahan UMNO/BN dibawah ini.. Aduan yang pertama ini datangnya dari negeri Johor sendiri. Masalah Air Sejak Bertahun Lama Ini aduan dari Negeri Sembilan.. Tadika Kemas tiada bekalan air Juga aduan dari Negeri Sembilan
Ini pula dari Sarawak.. Tiada bekalan air sejak 2009 Dan yang ini pula dari Sabah.. Bekalan air di Sundar, Lawas Banyak lagi aduan yang telah dibiarkan begitu saja oleh Kerajaan UMNO/BN di ( SINI) Jadi… kesimpulannya disini ialah.. Muhyiddin hanya nampak kuman diseberang laut.. |
Bil Perhimpunan Aman tak akan dimansuh - Hishamuddin Posted: 23 Nov 2011 11:08 PM PST Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kerajaan tidak akan melayan tuntutan supaya Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 ditarik balik. Ditanya oleh wartawan sama ada beliau sedia mempertimbangkan desakan dan rayuan daripada pelbagai pihak yang mahu rang undang-undang itu dikaji semula dan dipinda, Hishamuddin berkata beliau tidak bersetuju. "Tidak ," katanya sambil berkata adalah terlalu awal bagi pembangkang membuat desakan menentang rang undang-undang itu sedangkan ia belum dibahaskan di parlimen. Selasa lalu, rang undang-undang itu buat pertama kalinya dibacakan di Dewan Rakyat. Hishamuddin yang juga naib presiden Umno, mendakawa pembangkang menggunakan isu itu demi kepentingan politik mereka. Beliau juga menafikan rang undang-undang yang akan dibahas petang ini bertujuan menyekat orang ramai daripada berhimpun dan memberi kuasa yang lebih kepada pihak polis. Malaysiakini |
Kalah punya pasal.. Laman Web 1Malaysia digodam Hacker Indonesia.. Posted: 23 Nov 2011 08:11 PM PST Suatu masa lalu apabila sekurang-kurangnya 10 laman web agensi kerajaan, termasuk Jabatan Pengajian Politeknik di Kementerian Pengajian Tinggi, Tourism Sabah dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah digodam penyerang siber.. Berkatalah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, semua tindakan yang sewajarnya sudah diambil bagi menghalang cubaan menyerang laman web kerajaan. "Kita sudah memaklumkan serangan ini kepada semua pihak berwajib, dan kita telah mengambil tindakan pencegahan yang perlu menerusi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), SKMM dan semua agensi yang bertanggungjawab mengenai keselamatan siber," katanya .. laporan penuh sila baca di ( SINI ) Pagi ini.. seorang sahabat melaporkan.. LAMAN web 1 Malaysia milik perdana menteri hari ini digodam "hacked" oleh individu yang dipercayai warga Indonesia. Hal itu disedari sebentar tadi menyaksikan laman web peribadi Najib Tun Razak itu memaparkan latar belakang hitam dengan mesej ringkas ditinggalkan oleh penggodam. Antara mesej yang ditinggalkan ialah "this site has been hacked by Tofan Batam" serta logo besar bertulis "Darkness Batam". Sebelum ini beberapa laman web Malaysia turut digodam (hacked) oleh hacker yang dipercayai dari Indonesia difahamkan kerana tidak berpuas hati dengan kekalahan pasukan bola sepak Indonesia ke atas Malaysia. Di bawah ini screenshot yang sempat diambil beliau ketika melayari website http://www.1malaysia.com.my/". Tinjauan pada pukul 6:54 pagi tadi menyaksikan gambar bendera Malaysia pula dikencingkan oleh karikatur memakai topi dengan bendera Indonesia dipaparkan pada halaman utama web 1 Malaysia. Kenapa pula masih boleh digodam sedangkan Rais telah berkata telah mengambil tindakan pencegahan yang perlu menerusi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)? Mungkinkah MAMPU itu tidak mampu untuk melaksanakan tugasnya? Apa kata Rais Yatim? Sumber info : Milo Suam |
Scandal Fidlot : SPRM, polis jangan ‘double standard’ Posted: 23 Nov 2011 07:18 PM PST PENANTI 23 Nov: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Polis Di Raja Malaysia diingat supaya tidak bersikap 'double standard' dalam isu penyelewengan RM250 juta oleh National Feedlot Corporation (NFC). Ketua Wanita KEADILAN Pulau Pinang, Norhayati Jaafar berkata, pihak berkuasa itu perlu segera menyiasat NFC yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil bagi membuktikan ketelusan. "Kami mendesak SPRM dan PDRM membuktikan ketelusan mereka menyiasat dan mendakwa mereka yang terlibat dalam skandal NFC, membabitkan wang rakyat yang telah diamanahkan oleh kerajaan," kata beliau kepada media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Kubang Semang, hari ini. Laporan polis itu merupakan satu dari 13 laporan polis yang dibuat di seluruh negara berhubung beberapa penyelewengan dalam pengurusan NFC membabitkan keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu. Selain Shahrizat, mereka menamakan empat individu lain iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar, dan Pengerusi NFC merangkap suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh. Menurut Norhayati, peruntukan dari hasil kutipan cukai rakyat tidak digunakan untuk rakyat, sebaliknya dimanipulasikan untuk kepentingan kroni dan suku-sakat. "Objektif asal kementerian menyalurkan peruntukan tersebut ternyata tidak tercapai dan tersasar. Oleh kerana itu Wanita Keadilan Pulau Pinang dengan ini mendesak SPRM dan PDRM segera menyiasat dan membawa mereka yang berlaku curang sebagai pemegang amanah ke muka pengadilan," ujarnya lagi. Tambahnya lagi, sekiranya Umno dan BN terus diberi mandat untuk menerajui kepimpinan negara, banyak lagi kerosakan dan pemborosan yang melibatkan wang rakyat serta dana kerajaan akan disalahgunakan. Sehubungan itu katanya, Umno dan BN mesti ditolak secara total dalam pilihan raya umum yang akan datang. http://www.keadilandaily.com/?p=23366 |
Dokumen yang membuktikan Satim Diman adalah Pengkhianat Melayu. Posted: 23 Nov 2011 09:21 AM PST Lelaki yang sedang berucap diatas adalah Satim Diman, beliau merupakan Ketua UMNO Bahagian Puchong merangkap ADUN Seri Serdang yang juga Ketua Pembangkang Selangor, beliau dianggap sebagai pejuang Melayu oleh pencacai-pencacai UMNO.. Pejuang Melayu biasanya adalah satu gelaran yang diberikan kepada sesiapa sahaja yang berbangsa Melayu yang mempertahankan apa saja hak Melayu baik adat resam, budaya, maruah dan juga tanah. Walau seinci sekalipun andaikata tanah milik bangsanya dicerobohi oleh bangsa asing, pejuang tersebut sanggup bermandi darah untuk mempertahankannya.. Dokumen yang disiarkan dibawah membuktikan bahawa Satim Diman bukanlah seorang yang layak untuk digelar sebagai pejuang Melayu tetapi lebih layak digelar sebagai Pengkhinat Melayu.. Dokumen yang pertama ialah permohonan kebenaran pindah milik tanah dengan lot nombor HSD 247 141 dan HSD 247 yang telah dibuat oleh UMNO Bahagian Puchong dimana Ketuanya adalah Satim Diman sendiri. Ianya menerangkan bahawa permohonan UMNO Bahagian Puchong telah ditolak kerana ianya melibatkan pindah milik tanah antara pertubuhan bumiputera kepada syarikat bukan bumiputera. Selain itu ianya juga ditolak oleh Pengarah Tanah dan Galian Selangor dan juga Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim demi mengekalkan kouta milik bumiputera.. Syarikat bukan Bumiputera yang dimaksudkan ialah Lagi Gemilang Development Sdn. Bhd. lihat dokumen di bawah pula.. Syarikat tersebut ditakrifkan sebagai Syarikat bukan Milik Bumiputera kerana 75% pegagnag saham dalam Syarikat tersebut dikuasai oleh individu atau pemilik bukan Bumiputera.. lihat dokumen di bawah.. Andaikata permohonan ini dilakukan ketika Khir Toyo masih menjadi Menteri Besar Selangor sudah pasti tanah milik Bumiputera itu akan berpindah milik kepada bukan Bumiputera.. Jadi... wajarkah lelaki dibawah ini digelar sebagai Pejuang Melayu?? Dokumen yang lebih jelas sila lihat di sumber dokumen ini diperolehi, iaitu di SINI |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan