Sabtu, 26 November 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Wanita paling seksi di Asia

Posted: 26 Nov 2011 07:00 PM PST

SETELAH bersaing sengit dengan Katrina Kaif dan beberapa artis Bollywood lain, akhirnya Kareena Kapoor (gambar) dinobatkan Wanita Asia Paling Seksi oleh majalah Eastern Eye!

Dari sepuluh wanita yang dinobatkan, Kareena berjaya meraih kedudukan teratas.

Eastern Eye adalah majalah mingguan Britain yang mengambil data dari berbagai laman sesawang di Internet.

Berdasarkan kajian tersebut, nama Kareena diletakkan sebagai artis wanita teratas yang paling diminati oleh pengguna laman sesawang-laman sesawang tersebut.

Dalam pada itu, menurut apunkachoice, saingan rapat Kareena, iaitu Katrina Kaif mendapat tempat kedua manakala Priyanka Chopra, Bipasha Basu dan Freida Pinto masing-masing mendapat tempat ketiga, keempat dan kelima.

Sementara tangga keenam dan ketujuh menjadi milik Aishwarya Rai dan Deepika Padukone manakala tangga kelapan diberikan kepada artis berasal dari pakistan bernama Humaima Malik.

Tangga kesembilan dan ke-10 kembali menjadi milik artis dari India iaitu Sonam Kapoor dan Noureen DeWulf. - mStar

Yang tak sedap dibaca dan didengar ...

Posted: 26 Nov 2011 06:38 PM PST

Azmin Akui Pembangkang Hadapi Krisis Berebut Kerusi Di Johor
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

JOHOR BAHRU: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali mengakui bahawa parti itu masih berhadapan dengan kemelut perebutan kerusi antara PAS dan DAP di Johor dalam meletakkan calonbertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Menurut beliau hingga kini ketiga-tiga parti itu masih belum mencapai kata putus berhubung 'hak' bertanding di beberapa kerusi yang menjadi tumpuan pakatan pembangkang itu.

Jelas Mohamed Azmin, pertikaian berhubung parti mana yang lebih layak bertanding itu berlaku sama ada di peringkat Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Mungkin dalam satu dua minggu ini saya sendiri akan turun ke Johor untuk bersama-sama dengan pemimpin DAP dan PAS bagi melihat kaedah untuk menyelesaikan kerusi-kerusi yang bertindih.

"Jumlahnya kecil sahaja...kurang daripada sepuluh peratus," katanya kepada mStar Online ketika ditemui selepas majlis perasmian Kongres Nasional PKR ke-8 di sini, Sabtu.

Bagaimanapun Mohamed Azmin yakin bahawa kemelut berkenaan boleh diatasi selewat-lewatnya hujung tahun ini.

"Kita perlu memuktamadkan secepat mungkin kerana kita menjangkakan pilihan raya sudah semakin hampir.

"Ianya penting untuk jentera kita tumpu di kawasan-kawasan yang akan diwakili parti masing-masing," katanya.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin berkata, pembangkang meletakkan harapan yang tinggi untuk merampas Johor pada PRU-13 bagi mengulangi kejayaan mentadbir Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan pada pilihan raya lalu.

"InsyaAllah berkat kerja kuat dan sokongan rakyat saya tak nampak sebarang masalah walaupun Johor pernah dilihat sebagai deposit tetap Umno, tapi ini bukan alasan untuk tidak berlaku perubahan," katanya.

Tiada ulasan: