WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- SALAM MAAL HIJRAH:KITA PERCAYA RAKYAT TIDAK AKAN SELAMANYA BOLEH DIPERBODOHKAN..
- Mesej Pakatan ke Rakyat Johor : Pentadbiran Kita Lebih Baik
- Wan Azizah - PKR Perketat Pemilihan Calon Elak lompat parti
- Langkah Kecil Dekati Anak Muda Adalah Langkah Besar ke Putrajaya
- Langkah Kecil Dekati Anak Muda Adalah Langkah Besar ke Putrajaya
- PM Melayu: Percaturan Shamsul yang akhirnya memerangkap diri
- PR Akan Mengambil Alih Peranan Bela Orang Melayu Secara Mutlak
- PR Akan Mengambil Alih Peranan Bela Orang Melayu Secara Mutlak
SALAM MAAL HIJRAH:KITA PERCAYA RAKYAT TIDAK AKAN SELAMANYA BOLEH DIPERBODOHKAN.. Posted: 26 Nov 2011 08:46 PM PST Maal Hijrah: Nik Aziz yakin kebangkitan rakyat tetap berlaku di Malaysia November 27 KUALA LUMPUR, 27 Nov — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin kebangkitan rakyat yang disaksikan di beberapa negara khususnya rantau Arab akan tetap berlaku di Malaysia. Justeru, kata Menteri Besar Kelantan ini, beliau berharap kebangkitan itu akan membolehkan keamanan terus dikekalkan manakala Islam dapat didaulatkan. "Insya-Allah, fajar semakin menyinsing. Malam pasti berakhir. Kebangkitan yang berlaku di seluruh dunia lambat laun akan tiba juga di negara kita yang tercinta. "Semoga keamanan terus dikekalkan dan semoga Islam dapat didaulatkan. Selamat berhijrah dan selamat berubah," kata beliau dalam perutusan sempena sambutan Maal Hijrah 1433 hari ini. Umat Islam negara ini menyambut Maal Hijrah ketika spekulasi menyebut pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam waktu terdekat, kemungkinan suku pertama tahun depan. Dengan menekankan keperluan amanah dan menghindari skandal rasuah, Nik Aziz (gambar) yang mengetuai kerajaan negeri sejak 1990 berkata, sejak kebelakangan ini setiap hari rakyat negara ini didedahkan dengan pelbagai skandal dalam pengurusan wang sama ada di peringkat pemimpin maupun di peringkat pegawai. Katanya, laporan demi laporan audit yang dibentangkan menyaksikan pelbagai ketirisan yang berlaku sehingga mengakibatkan kerugian puluhan juta ringgit wang rakyat. Laporan Ketua Audit Negara 2010 dikeluarkan 24 Oktober lalu, antara lain memfokus kepada isu salah guna dana projek ternakan lembu membabitkan RM250 juta. "Ketirisan ini jika diselamatkan nyata sekali dapat memberikan manfaat yang lebih besar kepada rakyat jelata. "Kenapakah perkara ini boleh berlaku sedangkan kita mempunyai pelbagai undang-undang pencegahan rasuah dan penyelewengan?" katanya. Jelas beliau, manusia tidak mampu dikawal oleh undang-undang manusia, sebaliknya yang mampu memagari manusia daripada melakukan perbuatan khianat hanyalah taqwanya kepada Allah. "Inilah misi PAS di dalam gerak kerja politik. Kita berjuang melalui pilihan raya untuk mendapatkan kuasa dan untuk membangunkan roh dan jiwa rakyat agar sentiasa bertaqwa kepada Allah SWT," kata beliau. Di Kelantan, kata Nik Aziz, pihaknya menguatkuasakan larangan pembukaan premis judi, penjualan arak secara terbuka, memindahkan wang kerajaan ke perbankan Islam serta memperbanyakkan skim-skim kebajikan seperti takaful kifalah, skim armalah, skim al-it'am dan sebagainya, semuanya bertujuan untuk memberikan kebaikan kepada rakyat dari sudut duniawi dan ukhrawi. "Hijrah juga mengajar kita menjadi optimis dalam perjuangan," katanya lagi. |
Mesej Pakatan ke Rakyat Johor : Pentadbiran Kita Lebih Baik Posted: 26 Nov 2011 08:40 PM PST PASIR GUDANG 27 NOV: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat Johor untuk membawa perubahan pentadbiran dan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat. Katanya, rakyat Johor boleh menilai sendiri prestasi pentadbiran Pakatan yang jelas lebih baik sehinggakan banyak program untuk manfaat rakyat telah pun diberikan secara terus. Antaranya program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang dilakukan di Selangor meskipun berdepan kekangan media dari segi penyampaian maklumat. "Beri peluang kepada kita. Dahulu mereka katakan kita tidak boleh memerintah. Kita dah perintah Selangor dan Pulau Pinang. "Kita berikan air percuma, anak baru lahir kita berikan RM100 kepada mereka sehingga umur 18 tahun. Kita juga berikan RM2,500 kepada warga emas yang meninggal dunia. Bila anak masuk universiti, kita berikan RM1,000 tanpa mengira siapa mereka asalkan layak," katanya di dalam satu ceramah di Ulu Tiram semalam. Dalam pembentangan Bajet Selangor 2012, Kerajaan Selangor mengumumkan Geran Selangorku sebanyak RM300 juta hasil dari penstrukturan semula hutang gergasi yang tertunggak dan penyusunan pengurusan anak syarikat kerajaan negeri. Jelasnya, kehadiran beliau ke Ulu Tiram bukannya untuk menetang individu tertentu, sebaliknya menyanggah dasar dan sikap pimpinan atasan yang mengabaikan rakyat dan mengutamakan kroni. Anwar ketika berucap dihadapan hampir 1,500 orang penduduk Ulu Tiram mengulangi pendirian beliau untuk membantu golongan marhaen dengan menurunkan harga minyak sejurus Pakatan mengambilalih Putrajaya. Selain itu, beliau turut akan membantu pemandu teksi yang selama ini tertindas selain berunding menurunkan tarif elektrik untuk kemudahan rakyat. "Saya jamin, bagi saya sebulan untuk berunding dan Insyaallah kita akan turunkan tarif elektrik," katanya. |
Wan Azizah - PKR Perketat Pemilihan Calon Elak lompat parti Posted: 26 Nov 2011 08:36 PM PST JOHOR BHARU, 26 NOV: Presiden Parti Keadilan Rakyat, (PKR) mengambil sikap berhat-hati dalam membuat penilaian untuk memilih calon untuk diletakkan bertanding dalam pilihanraya akan datang bagi mengelakkan gejala 'lompat parti' berulang semula. Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengakui pada pilihanraya lalu, PKR kekurangan calon untuk bertanding namun kini terdapat banyak calon yang boleh diletakkan untuk PKR memenangi banyak kerusi pilihanraya akan datang. "Sepertimana yang saya ucapkan bahawa dulu masing-masing mempunyai kekurangan calon dan mereka yang datang untuk menjadi calon sekarang ini, kita mesti berhati-hati dan memilih mereka yang benar-benar komited sahaja. "Kita dah ada contoh pada 2008 kita kekurangan calon dan calon yang kita harap-harapkan tidak datang. Tapi kali ini kita ada banyak calon," katanya. Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata perkara yang perlu ditekankan adalah apakah kesan mereka meninggalkan parti. Katanya, sebagai contoh walaupun Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Nordin sering menyerang parti, mendapat liputan meluas daripada media pro-Umno seperti Utusan dan TV3, namun parlimen tersebut mencatatkan pertambahan anggota kedua terbanyak sejak setahun lalu. Beliau turut memaklumkan setakat ini semua program penerangan isu semasa yang dianjurkan oleh PKR berjalan lancar dan mendapat kerjasama baik daripada semua pihak. Beliau berkata demikian ketika sidang media sejurus selepas menyampaikan Ucapan Dasar Presiden yang bertajuk 'Demi Rakyat, Melakar Masa Depan Malaysia'. |
Langkah Kecil Dekati Anak Muda Adalah Langkah Besar ke Putrajaya Posted: 26 Nov 2011 08:32 PM PST JOHOR BAHRU, 27 NOV: Pergerakan Angkatan Muda, Wanita dan Srikandi serta seluruh ahli parti perlu memberi perhatian untuk menguasai golongan muda kerana kuasa kemenangan dalam PRU-13 akan datang terletak ditangan golongan ini. Wakil Srikandi, Farah Afzan berkata berdasarkan rekod, pertambahan pengundi baru semenjak PRU-10 sehingga PRU-12 peningkatan di antara 6 hingga 7.5 peratus. Walau bagaimanapun, semenjak PRU12 jumlah pengundi baru menunjukkan peningkatan sebanyak 12.3 peratus. Katanya pertambahan tersebut datangnya dari pengundi baru atau golongan muda yang berjumlah hampir dua juta pengundi muda. "Walaupun kita tidak menafikan pertambahan pengundi tersebut juga datang dari pengundi Bangla (Bangladesh) dan rakyat Indonesia yang diberi kad pengenalan tapi golongan muda paling besar," jelas beliau. Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memaklumkan bilangan pengundi baru yang mendaftar meningkat tiga kali ganda berbanding 2009 selepas spekulasi bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam masa terdekat. Seramai 820,156 mendaftar dalam tempoh setahun berbanding tahun sebelumnya yang hanya berjumlah 276,621. Menurut Farah,setiap cabang perlu mengenal pasti setiap pengundi baru dan membuat susulan segera. "Cabang boleh hantar penghargaan dengan mengucapkan tahniah dan menjemput pengundi muda tersebut bersama parti kita. Penghargaan ini amat penting bagi menandakan sokongan dan keperihatinan kita kepada pengundi baru" katanya. Melihat kepada senario ini, Farah mengesa sayap muda agar lebih berkerja keras mendekati golongan pengundi muda sebagai langkah memperkasa pegundi muda. "Ingatlah bahawa langkah kecil mendekati anak muda ini adalah langkah besar menuju ke-Putrajaya," kata beliau yang mendapat tepukan gemuruh dari perwakilan. |
Langkah Kecil Dekati Anak Muda Adalah Langkah Besar ke Putrajaya Posted: 26 Nov 2011 08:32 PM PST JOHOR BAHRU, 27 NOV: Pergerakan Angkatan Muda, Wanita dan Srikandi serta seluruh ahli parti perlu memberi perhatian untuk menguasai golongan muda kerana kuasa kemenangan dalam PRU-13 akan datang terletak ditangan golongan ini. Wakil Srikandi, Farah Afzan berkata berdasarkan rekod, pertambahan pengundi baru semenjak PRU-10 sehingga PRU-12 peningkatan di antara 6 hingga 7.5 peratus. Walau bagaimanapun, semenjak PRU12 jumlah pengundi baru menunjukkan peningkatan sebanyak 12.3 peratus. Katanya pertambahan tersebut datangnya dari pengundi baru atau golongan muda yang berjumlah hampir dua juta pengundi muda. "Walaupun kita tidak menafikan pertambahan pengundi tersebut juga datang dari pengundi Bangla (Bangladesh) dan rakyat Indonesia yang diberi kad pengenalan tapi golongan muda paling besar," jelas beliau. Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memaklumkan bilangan pengundi baru yang mendaftar meningkat tiga kali ganda berbanding 2009 selepas spekulasi bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam masa terdekat. Seramai 820,156 mendaftar dalam tempoh setahun berbanding tahun sebelumnya yang hanya berjumlah 276,621. Menurut Farah,setiap cabang perlu mengenal pasti setiap pengundi baru dan membuat susulan segera. "Cabang boleh hantar penghargaan dengan mengucapkan tahniah dan menjemput pengundi muda tersebut bersama parti kita. Penghargaan ini amat penting bagi menandakan sokongan dan keperihatinan kita kepada pengundi baru" katanya. Melihat kepada senario ini, Farah mengesa sayap muda agar lebih berkerja keras mendekati golongan pengundi muda sebagai langkah memperkasa pegundi muda. "Ingatlah bahawa langkah kecil mendekati anak muda ini adalah langkah besar menuju ke-Putrajaya," kata beliau yang mendapat tepukan gemuruh dari perwakilan. |
PM Melayu: Percaturan Shamsul yang akhirnya memerangkap diri Posted: 26 Nov 2011 03:39 PM PST Ada yang ke kongress bermain golf dari memberi fokus kepada apa yang perlu dibuat.
Mungkin ia sesuatu yang sukar untuk dibayangkan, apabila Timbalan Presiden partinya datang dengan membawa "semangat zaman (zeitgeist)" dalam ucapan perasmiannya; malah dalam ucapan dasar dirinya memetik bekas Timbalan Presiden yang menekankan "keadilan untuk semua" sebagai prinsip perjuangan parti - namun akhirnya "Perdana Menteri untuk Melayu" pula yang menjadi tumpuan - dalam kongres sayap pemuda sesebuah parti yang mendakwa membawa politik baru dengan melaungkan "Keadilan Untuk Semua". Baca: PM hanya untuk Melayu: Hanya cabaran untuk UMNO? Baca: Anwar: PKR-PR tidak sokong pindaan perlembagaan untuk PM hanya Melayu *Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Malaysia. |
PR Akan Mengambil Alih Peranan Bela Orang Melayu Secara Mutlak Posted: 26 Nov 2011 01:42 AM PST JOHOR BAHRU, 26 NOV : Tekanan keterlaluan pemerintahan Umno terhadap kaum melayu selama ini, mendesak gagasan Pakatan Rakyat mengembeleng kekuatan mengambil alih peranan membela nasib dan kebajikan kaum itu. Ketua Umum PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim berkata cabaran yang dilontar oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) mencabar kepimpinan Umno meminda undang-undang memastikan jawatan Perdana Menteri hanya boleh dipegang oleh seorang Melayu hanya cabaran menguji sejauh mana keikhlasan janji parti itu membela dan memartabatkan kaum melayu. "cabaran itu bukan pendirian AMK mahupun parti, oleh kerana Umno lunak membicarakan soal melayu, kita mencabar Umno untuk meminda, itupun kalau mereka sanggup. "Kita masih berpegang pada perlembagaan Malaysia selain prinsip adil dan saksama, apa yang dilontarkan itu hanyalah cabaran,"katanya. Anwar berkata demikian dalam satu sidang media di Pulai Spring Resort, di sini hari ini. Semalam, pada Kongres Nasional Wanita dan Angkatan Pemuda Keadilan kali ke-8 di sini, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin melontarkan mencabarnya kepada kepimpinan Najib Razak untuk meminda undang-undang bagi memastikan jawatan Perdana Menteri hanya dari kalangan melayu Cabaran itu menurut Shamsul antara lainnya adalah untuk membuktikan bahawa Umno bukan lagi juara orang Melayu seperti apa yang didakwa parti itu selama ini. Dalam perkembangan sama, Shamsul menerusi program bual bicara 'Fokus Berita' bersama TVSelangor berkata walaupun polimik berhubung isu melayu akan dimainkan oleh media arus perdana dan pemimpin Umno namun isu tersebut harus di lihat secara positif. Selama ini ternyata Umno telah gagal memertabatkan orang melayu dalam semua bidang termasuk hak istimewa orang melayu, tanah rizab orang melayu dan ekonomi orang melayu yang jauh tersisih. Pemerintahan Umno lebih 54 tahun yang kononnya membela nasib melayu bagaimana pun telah membuka mata rakyat mengenali wajah sebenar kepimpinan Umno. Mengulas lanjut, Anwar berkata PKR teguh mendaulatkan perlembagaan tanpa berbelah bagi dan mengingatkan media agar tidak mengambil kesempatan untuk mengelirukan rakyat dengan cubaan ini. "Pendirian kita ialah kekalkan peruntukan pelembagaan yang ada, kita cabar Umno kerana Umno bicara soal melayu, itupun kita pertikai kerana bukan melayu rakyat (golongan melayu bawahan),"jelas Anwar.
|
PR Akan Mengambil Alih Peranan Bela Orang Melayu Secara Mutlak Posted: 26 Nov 2011 12:02 AM PST JOHOR BAHRU, 26 NOV : Tekanan keterlaluan pemerintahan Umno terhadap kaum melayu selama ini, mendesak gagasan Pakatan Rakyat mengembeleng kekuatan mengambil alih peranan membela nasib dan kebajikan kaum itu. Ketua Umum PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim berkata cabaran yang dilontar oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) mencabar kepimpinan Umno meminda undang-undang memastikan jawatan Perdana Menteri hanya boleh dipegang oleh seorang Melayu hanya cabaran menguji sejauh mana keikhlasan janji parti itu membela dan memartabatkan kaum melayu. "cabaran itu bukan pendirian AMK mahupun parti, oleh kerana Umno lunak membicarakan soal melayu, kita mencabar Umno untuk meminda, itupun kalau mereka sanggup. "Kita masih berpegang pada perlembagaan Malaysia selain prinsip adil dan saksama, apa yang dilontarkan itu hanyalah cabaran,"katanya. Anwar berkata demikian dalam satu sidang media di Pulai Spring Resort, di sini hari ini. Semalam, pada Kongres Nasional Wanita dan Angkatan Pemuda Keadilan kali ke-8 di sini, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin melontarkan mencabarnya kepada kepimpinan Najib Razak untuk meminda undang-undang bagi memastikan jawatan Perdana Menteri hanya dari kalangan melayu Cabaran itu menurut Shamsul antara lainnya adalah untuk membuktikan bahawa Umno bukan lagi juara orang Melayu seperti apa yang didakwa parti itu selama ini. Dalam perkembangan sama, Shamsul menerusi program bual bicara 'Fokus Berita' bersama TVSelangor berkata walaupun polimik berhubung isu melayu akan dimainkan oleh media arus perdana dan pemimpin Umno namun isu tersebut harus di lihat secara positif. Selama ini ternyata Umno telah gagal memertabatkan orang melayu dalam semua bidang termasuk hak istimewa orang melayu, tanah rizab orang melayu dan ekonomi orang melayu yang jauh tersisih. Pemerintahan Umno lebih 54 tahun yang kononnya membela nasib melayu bagaimana pun telah membuka mata rakyat mengenali wajah sebenar kepimpinan Umno. Mengulas lanjut, Anwar berkata PKR teguh mendaulatkan perlembagaan tanpa berbelah bagi dan mengingatkan media agar tidak mengambil kesempatan untuk mengelirukan rakyat dengan cubaan ini. "Pendirian kita ialah kekalkan peruntukan pelembagaan yang ada, kita cabar Umno kerana Umno bicara soal melayu, itupun kita pertikai kerana bukan melayu rakyat (golongan melayu bawahan),"jelas Anwar. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan