WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
PERMIT CERAMAH - KETUA POLIS JOHOR TIDAK PERLU TUNJUK MUKA GARANG Posted: 26 Nov 2011 06:00 PM PST Oleh: WFAUZDIN NS TIDAK tahu mengapa, kenapa susah sangat pihak Polis Johor untuk meluluskan permit ceramah PKR di negeri yang dikatakan gagah sangat Umno itu. Pada waktu TPM, Muhyiddin Yasin tidak cukup kaki menjelajah ke setiap pelusuk negeri dan berkempen untuk menjatuhkan Pembangkang dengan dibantu oleh media mereka, hak Pembangkang terus dinafikan dengan berbagai alasan. Seperti di Johor, sempena dengan Kongres Nasional PKR di Pulai Spring Beach Resort, beberapa program telah diatur di beberapa daerah di Johor. Undang-undang telah dipatuhi di mana pihak Penganjur telah memajukan permohonan permit lebih awal. Namun, dimaklumkan berbagai alasan telah diberikan oleh pihak Polis. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff menyebut Polis tidak membatalkan permit ceramah yang dimohon PKR namun menegaskan ia belum diputuskan. Tetapi menyebut pula, polis menolak permohonan PKR untuk mengadakan ceramah di beberapa daerah di negeri ini selepas mengambil kira keselamatan rakyat dan untuk mengekalkan ketenteraman awam (Sinar). Hanya dua alasan diberikan iaitu keselamatan rakyat dan untuk mengekalkan ketenteraman awam. Alasan Ketua Polis Johor itu tidak dapat dibuktikan dengan fakta bahawa program ceramah Pembangkang khususnya dari PKR sebelum ini telah menggugat keselamatan awam. Apa yang boleh kita buktikan melalui fakta iaitu yang tergugat dengan program ceramah Pembangkang ini adalah Umno. Adakah tergugatnya Umno bererti tergugatnya orang awam? Sebelum ini di war-warkan Johor bumi yang selamat. Sewajarnya pihak Polis tidak membuat provokasi dengan mendakwa kehadiran Pembangkang boleh mengubah situasi negeri tersebut. Minda Ketua Polis Johor mesti dicuci dengan melihat bahawa Pembangkang di negara ini telah pun menjadi Kerajaan di beberapa buah negeri. Lihat sahaja negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat, pernahkah berlaku huru-hara? Bahkan, program anjuran Umno/Bn dibenarkan bebas di negeri-negeri berkenaan sehingga mereka boleh berdemontrasi di hadapan pintu pejabat Kerajaan Negeri. Justeru itu, mengapa di Johor mereka melihat Pembangkang seperti puak pengganas? Tidak perlulah Ketua Polis Johor menunjukkan muka garang di hadapan TV dengan memberikan amaran kepada Pakatan Rakyat. Jika amaran dari Ketua Polis Negara sewaktu perhimpunan BERSIH 2.0 pun rakyat tidak endahkan kerana rakyat tahu amaran itu berlawanan dengan hak yang termaktub di dalam Perlembagaan, apa sangatlah amaran dari seorang Ketua Polis Negeri. Kita bukan mahu mencabar pihak Polis, kita cuma mahu Ketua Polis ini bijak sedikit. Jika pemimpin Umno, kita sudah maklum sememangnya tidak pernah bijak, kita tidak mahu Pegawai-Pegawai Polis juga mendapat penyakit yang sama. Amat memalukan jika Ketua Polis Negeri tidak berkembang minda mereka./wfauzdin.blogspot.com |
ADUKA TARUNA - TAK PAYAH COVER LA BEB, NGAKU SALAH JE !! Posted: 26 Nov 2011 09:20 AM PST Apa masalah ko Aduka Taruna? Aku baca tulisan ko di SINI. Bila ko buat tuduhan kat Ketua AMK yang kononnya mahu gunakan perhimpunan BERSIH 3.0 untuk bela nasib Anwar berpandukan laporan Malaysiakini, bukan main lagi ko hentam Shamsul. Tapi bila Malaysiakini betulkan laporan dia, ko pulak kata berapa Anwar bayar kat wartawan Malaysiakini... Aduka Taruna Ko tak biasa ke dengar Malaysiakini selalu betulkan laporan yang mereka siarkan? Habis tu, semua pembetulan oleh Malaysiakini tu kena bayar ke? Ko jangan jadi bodoh sangat Aduka. Kalau Malaysiakini dah buat silap, dia betulkan balik laporan dia, ko pun patut la betulkan laporan ko yang silap tu. Mengapa ko pusing pulak kata Anwar yang bayar? Pasal tu la asyik suka `langgar' orang....lama-lama kepala otak ko pun jadi bengap....semua orang salah, ko je la yang betul...Memang patut pun ko kena `sebijik' kat Rusila dulu... Aku pun mulanya mahu tulis gak nak kutuk Ketua AMK kalau benar dia nak gunakan BERSIH 3.0 itu untuk Anwar. Tapi, aku tak lah sebodoh ko Aduka....nak langgar semua orang. Aku siasat dulu betul ke tak. Sebelum Malaysiakini betulkan laporan tu, aku dah tahu awal dari kengkawan aku yang dok dengar apa yang Sam cakapkan....memang lari dari apa yang Malaysiakini laporkan awalnya. Jadi, memang patut pun Malaysiakini betulkan yang salah tu..... Ko punya nak cover malu...ko tuduh pulak Anwar yang bayar kat Malaysiakini supaya betulkan laporan tersebut. Ko pun tulis, ada kawan ko wartawan Malaysiakini yang bagitahu Anwar call supaya laporan tersebut dibetulkan. Ko jangan nak bodohkan orang la Aduka.....Apa standard Anwar nak bayar wartawan Malaysiakini? Selama ini pun banyak gak laporan Malaysiakini yang hentam Anwar disiarkan, mengapa Anwar tak nak bayar supaya ditarik balik? Aku rasa elok ko tarik balik la tuduhan ko tu....takde malunya nak mohon maaf kalau ko dah buat salah....kecuali ko memang bodoh sombong !!/budakmental |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan