MIMPI SENJA |
Tidak layak jadi PM, populariti Najib palsu semata Posted: 22 Nov 2011 06:08 AM PST oleh : K Suresh, Malaysia Chronicle Bukankah ganjil bahawa kaji selidik selepas kaji selidik yang dikeluarkan pada minggu lalu menunjukkan seolah-olah Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak - dengan bibir merah jambunya yang hanya berjaya memenangi separuh pengundi di Pekan - terus kekal popular. Adalah sukar untuk menerima hasil daripada kaji selidik itu yang dilakukan atas dasar meraih wang sahaja memandangkan Najib sendiri ragu-ragu untuk mendapatkan mandat sendiri daripada rakyat. Sebaliknya, dia hanya menggunakan mandat yang diperolehi oleh Abdullah Badawi. Ini merupakan sesuatu yang penuh kontradiksi. Isteri beliau Rosmah Mansor pula langsung bukan aset kepada kerjaya politik beliau. Rosmah juga telah dikaitkan dengan pelbagai skandal yang sudahpun diketahui ramai. Dia seolah-olah tidak dapat mengawal; apatah lagi memberitahu isterinya batas-batas isteri seorang Perdana Menteri. Isterinya itu bersikap seperti seorang yang degil, keras kepala dan menjalani gaya hidup mewah menggunakan wang awam. Altantuya akan menhantuinya seumur hidup Untuk berlaku adil Najib, beliau boleh membuat tuntutan bahawa beliau adalah sepopular Tunku Abdul Rahman dan Abdullah Badawi di saat-saat terbaik mereka tetapi hantu model Mongolia Altantuya Shaariibuu yang telah diletup dengan C4 sentiasa mengekori bayangan beliau . Hantu itu tidak akan menghilang walau bagaimana sekalipun dia berdoa. Kes bunuh tersebut menghantui beliau dimana jua beliau berada dan itu adalah seperti tindakan bunuh diri untuk politik. Beliau enggan memberi sebarang penjelasan kerana merasa dirinya tidak akan terlepas. Bukan itu sahaja, ada lagi kes rasuah Scorpenes yang berjumlah RM 7 billion Itulah sebabnya beliau cuba memandang remeh kes terseut. Malangnya tiada sesiapa pun yang mempercayai hakikat itu. Persepsi rakyat adalah yang paling penting dalam politik. Kes yang sedang berjalan di Mahkamah Perancis itu mungkin akan memburukkan lagi keadaan untuk Najib pada bulan-bulan yang mendatang dan mungkin sejurus sebelum Pilihan Raya ke-13 nanti. Sekarang pun sudah nampak bahawa Timbalannya Muhyiddin Yassin, menjauhi dirinya daripada Najib apabila berada di khalayak ramai, memberi tanda bahawa sesuatu yang buruk pasti akan timbul tidak lama lagi. Masih banyak persoalan yang tidak terjawab daripada kes pembunuhan Altantuya: peranannya dalam pembelian kapal selam berbilion-bilion ringgit dari Perancis dan Sepanyol; rekod kemasukan beliau ke negara ini yang dipadam daripada sistem Jabatan Imigresen; hubungan antara Abdul Razak Baginda; pegawai peribadai Najib dan sepupu Altantuya; dan mengapa kedua-dua pembunuh yang disabitkan dalam kes itu masih di penjara dan belum dijatuhkan hukuman mati. Badan Kehakiman perlu memberi banyak penjelasan sebelum PRU 13. Ini semua adalah persoalan-persoalan yang akan muncul sekali lagi pada GE 13. Liwat II Seolah-olah bau busuk daripada membunuh Altantuya tidak mencukupi, peranan Najib dalam kes liwat II juga menjadi pemberat besar yang tergantung dilehernya. Beberapa pihak yang berkenaan percaya bahawa Najib telah bertemu dengan Saiful Bukhari, lelaki yang telah menuduh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwatnya. Dakwaan tersebut ditolak oleh pakar perubatan dan seolah-olah mencadangkan,seperti yang telah didakwa Anwar bahawa ada konspirasi peringkat tinggi terhadapnya seperti kes Liwat I Kes Liwat 1, telah dicipta oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang terpaksa membayar harga yang tinggi apabila beliau pula terpaksa melepaskan jawatan disebabkan pemberontakan dalam Umno dan Kabinet Persekutuan yang diketuai oleh Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein Onn dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Akhirnya, Mahkamah rayuan memutuskan bahawa Anwar tidak meliwat Azizan Abu Bakar, pemandu isterinya. Malah mereka yang membenci Anwar berasa kasihan terhadapnya dan meninggalkan Umno walaupun mereka masih enggan untuk mengundi beliau. Kes Liwat I telah menjatuhkan Umno dalam pilihan raya. Liwat II, seperti Liwat I telah dicipta oleh Mahathir, dan jelas Umno menanggung kerugian besar dalam pilihan raya. Perak yang dicuri daripada PakatanRakyat oleh Umno beberapa bulan selepas GE 12 pada tahun 2008, pasti akan kembali kepada pakatan pembangkang. Terengganu dan Malaysia Timur sasaran sedangkan Najib terus bermain-main Selain Perak, PR sedang memburu Terengganu, Negri Sembilan dan melapangkan jalan-jalan di Sabah dan Sarawak, negeri-negeri yang dianggap Deposit Tetap Umno kerana banyak pendatang haram dalam daftar pemilih di sana . PR telah meningkatkan pendaftaran pengundi tempatan untuk meneutralkan bilangan pendatang tanpa izin dalam daftar pemilih. Najib juga tidak dapat melarikan diri daripada persepsi awam bahawa Mahathir memeras ugut beliau dan beliau dalam keadaan berserah diri pada setiap segi dan sudut. Beliau sekarang sudah nampak perangai sebenar Mahathir yang dirahsiakannya daripada orang ramai selama hampir 22 tahun sehinggalah keluarnya kes Liwat I. Sejarah akan mengejar kita Skandal Najib selain pembunuhan Altantuya, Liwat I dan Liwat II juga pengkhianatan terhadap orangkuat Umno Kelantan Tengku Razaleigh Hamzah dalam perbalahan terkenal pada tahun 1987 untuk jawatan Presiden Umno dengan Mahathir. Razaleigh tidak pernah memaafkannya dan terus menahan sokongan beliau yang penting dan juga tidak menghalang kemaraan PAS, ahli gabungan PR. Bau busuk yang sama kuatnya dengan kes Altantuya dari Abdul Razak, ayah Najib, atas peranannya dalam rusuhan Melayu-Cina pada 13 Mei 1969 di mana Mahathir dan bekas Menteri Besar Selangor Harun Idris juga menjadi dalang. Ketiga-tiga dalang ini juga menjatuhkan Tunku Abdul Rahman daripada jawatan Perdana Menteri. Sihir tidak boleh menukar Najib daripada Katak kepada Putera Najib akan mati dengan kematian perlahan tetapi pasti boleh diduga memandangkan beratus-ratus juta wang pembayar cukai telah digunakan untuk perhubungan awam membersihkan imej beliau. Contoh jelas adalah rentetan 'kaji selidik' populariti beliau. Untuk itu, pujian haruslah diberi kepada ketua media baru yang telah dilantik dan berpusat di NST. Sungguhpun begitu, yang menyedihkan adalah usaha itu secara terang-terangan memalukan. Ahli silap mata terkenal seperti Houdini pun tidak akan dapat mengubah Najib daripada katak kepada Putera! Sama ada dia mengaku atau tidak, suara hati Najib sedang mendambakan hukuman, dan pembersihan daripada dosa. Sesiapapun boleh meneka bagaimana dan bilakah masa kejatuhan beliau akan tiba. Mungkin sedikit akan menitiskan air mata untuk Najib dan Malaysia menanti seorang penyelamat yang akan membawanya keluar dari masalah yang telah ditanggung lebih daripada setengah abad. Najib sememangnya bukanlah orang itu.- Malaysia Chronicl |
Pesawah tuntut Noh Omar letak jawatan Posted: 22 Nov 2011 02:38 AM PST SEKINCHAN, 22 NOV : Hampir 100 petani dan pesawah di sekitar Sekinchan, Sungai Burung dan Sungai Panjang menuntut Menteri Pertanian, Industri Dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar untuk segera meletak jawatan sebagai menteri. Tuntutan itu ekoran kegagalan beliau membela nasib kaum petani dan pesawah di daerah tersebut serta tidak mengendahkan nasib para pesawah untuk menambah subsidi padi. Hari ini bertempat di Site B Sekinchan hampir 100 petani berkumpul sambil memegang kain rentang melaungkan slogan "hidup petani" , " naik subsidi RM50 seratus Kilo" dan " Noh Omar letak jawatan". ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim yang turut sama menyertai perhimpunan aman itu berkata kerjaan pusat tidak mengamalkan unsur monopoli dalam urusan penjualan padi yang mengakibatkan kerugiaan kepada pendapatan pesawah. " Kita minta supaya harga padi diapungkan untuk penjualan secara bebas,kita tidak mahu Beras Nasional (BERNAS) memonopoli pasaran,kita mahu harga padi dibeli kepada sesiapa yang menawarkan pada harga yang tinggi,harga itu perlu diapungkan supaya pasaran dijual pada harga bebas. Menurut Ng, nasib para pesawah perlukan perhatian dan pembelaan kerana golongan ini hanya menuai dua kali setahun sebagai sumber pendapatan tahunan mereka. Katanya tekanan ini semakin mendesak disebabkan kebanyakan para petani hidup dalam keadaan tersepit dan kesusahan angkara kos saraan hidup yang semakin tinggi. Sehubungan itu beliau meminta agar kerajaan pusat menyemak harga subsidi padi yang tidak pernah dinaikkan sejak 20 tahun lepas. "Harga di paras RM24.81 untuk seratus kilogram sejak 20 tahun yang lalu,kita minta yang berhormat semak harga supaya dinaikkan kepada RM50.00. Katanya dengan kenaikan harga subsidi ini akan membolehkan petani menikmati secara terus subsidi tersebut serta mengelak dari penglibatan 'orang tengah' yang cuba mengambil kesempatan sebagimana berlaku sekarang. Dalam pada itu Ng juga menggesa agar Noh meletak jawatan ekoran laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mendapati berlaku ketirisan wang RM110 juta oleh kementerian dibawah jagaan Noh. Wang tersebut sepatutnya diberi kepada pesawah untuk skim peningkatan hasil padi. "Dibawah skim ini, insentif akan diberikan kepada mereka berjaya peningkatan hasil, contohnya pada musim yang pertama 5 tan,musim kedua 7 tan , dan musim ketiga 7 tan, maknanya sudah ada peningkatan sebanyak 2 tan, dan 2 tan itu akan dibayar dengan insentif ini iaitu 1 tan sebanyak RM650 dan 2 tan sebanyak RM1,300. "Maknanya bantuan kepada golongan petani hilang,oleh yang demikian petani hari ini berdiri di sini, menyatakan rasa tidak puas hati, ke mana duit ini pergi dan Noh Omar perlu menjawab ke mana lesapnya wang RM110 juta.Dan jika Noh Omar tidak boleh menjawab kita mendesak agar beliau meletak jawatan kerana gagal membela hak petani," tegas beliau. |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan