WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
PILIHANRAYA BERASINGAN DI SELANGOR, KALI INI KENA BERSETUJU DENGAN NOH OMAR Posted: 22 Nov 2011 07:02 PM PST Oleh: WFAUZDIN NS KALI ini aku amat bersetuju dengan pandangan Noh Omar di dalam Malaysiakini, bahawasanya `tidak masuk akal' jika MB Selangor tidak mahu membubarkan Dun Selangor serentak dengan pembubaran Parlimen nanti. Aku bersetuju sememangnya `tidak masuk akal' kepada Noh Omar kerana semenjak bila Noh Omar ada akal? Apabila akal sudah tiada, bagaimana mahu masuk? Bukti Noh Omar ini tidak mempunyai akal apabila beliau tidak mengetahui undang-undang atau Perlembagaan Negeri beliau sendiri iaitu boleh atau tidak Dun Selangor dibubarkan berasingan dengan Pembubaran Parlimen? Alasan yang diberi oleh Tan Sri Khalid iaitu dengan menjadikan Sarawak sebagai contoh itu adalah untuk menunjukkan bahawa Negeri Sarawak juga tidak menyalahi undang-undang apabila Dun mereka dibubarkan secara berasingan dengan pembubaran Parlimen. Mengapa Noh Omar bimbang sangat jika Selangor tidak serentak dengan Pusat untuk mengadakan Pilihanraya khususnya di kerusi Dun? Sudah tentu beliau bimbang sebab di dalam Bajet yang baru diumumkan oleh MB Selangor itu terlalu banyak keistimewaan dan kebajikan untuk rakyat Selangor. Jika kesemua yang dijanjikan di dalam Bajet berkenaan dapat ditunaikan, ertinya hajat Umno untuk merampas Selangor pasti berkecai. Itu sebenarnya mimpi buruk yang dialami oleh Noh Omar yang sudah terbayang akan berkecainya harapan beliau untuk duduk di kerusi yang pernah diduduki oleh Khir Toyo itu. Oleh yang demikian, aku amat-amat bersetuju dengan langkah MB Selangor itu kerana kebajikan rakyat perlu diutamakan. Pedulikan dengan pujuk rayu Pengerusi SPR yang mahu agar negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat membubarkan Dun masing-masing serentak dengan pembubaran Parlimen. Alasan yang diberikan oleh Pengerusi SPR bahawa Pilihanraya yang berasingan akan menyebabkan kos pilihanraya menjadi tinggi. Memanglah kos tinggi, malahan sebelum ini pun kos sudah tinggi kerana pihak Umno/Bn sentiasa menggunakan segala jentera kerajaan malahan tenaga manusia di bawah setiap jabatan untuk berkempen. Ini lah salah satu faktor mengapa kos pilihanraya terlalu tinggi. |
Pakatan Rakyat tembusi kubu kuat Umno, Felda Posted: 22 Nov 2011 08:51 AM PST Darwish Zainal JEMPOL 22 Nov: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat kini semakin bertapak kukuh di pedalaman khasnya kawasan Felda yang sebelum ini dianggap kubu kuat Umno-Barisan Nasional. Dalam satu program ceramah di Gugusan Felda Palong di sini malam tadi, Anwar berkata, ia memberikan isyarat bahawa Pakatan Rakyat kini semakin hampir ke Putrajaya dan bakal menyingkirkan Umno-BN pada Pilihan Raya Umum akan datang. Ceramah berkenaan yang diadakan di Felda Palong 6, berjaya menarik kehadiran lebih 2,000 peneroka dari Gugusan Felda Palong. Dalam ucapannya, Anwar melahirkan rasa terharu dengan sambutan luar biasa dan kehadiran ribuan peneroka Felda yang menandakan bahawa kubu kuat Umno di Negeri Sembilan itu berjaya ditembusi Pakatan Rakyat. "Saudara dan saudari pada malam ini berjaya membuktikan bahawa akhirnya antara kubu Umno yang terkuat di Negeri Sembilan berjaya juga ditembusi. "Saya percaya kebangkitan warga peneroka pada malam ini khususnya anak muda akan memberikan kemenangan kepada calon PR di Palong, Jeram Padang, Serting dan Jempol," katanya di hadapan kira-kira 2,000 peneroka Felda dari Gugusan Felda Palong. Anwar dalam ucapan lebih sejam mengingatkan Umno-BN terhadap penyelewengan yang dilakukan Felda dan kegagalan parti itu membela nasib peneroka. Felda kini berdepan saman dari ribuan peneroka dari Negeri Sembilan, Kelantan, Johor dan Pahang ekoran penyelewengan yang dilakukan agensi itu terhadap hasil pendapatan peneroka. "Nasihat saya kepada Umno, jangan berdendam, jangan balas dendam, jangan hukum orang apabila menyedari sokongan warga Felda kini mula berpihak kepada PR. "Anda (Umno) harus persalahkan diri anda sendiri kerana gagal membela nasib warga peneroka Felda," kata Anwar dan disambut dengan sorakan gamat daripada para hadirin. Dalam program berkenaan Anwar turut menerima penyerahan borang kemasukan seramai 412 ahli baru KEADILAN dari Ranting Felda Palong 6; 105 ahli dari Ranting Felda Palong 4 dan 257 ahli dari Ranting Felda Palong 2. Untuk rekod Gugusan Felda Palong mempunyai 16 Tanah Rancangan Felda bermula dari Felda Palong 1 dan berakhir dengan Felda Palong 16. Beliau juga menyempurnakan pemberian Geran 'Pengisytiharan Tanah Berkelompok Persendirian' kepada 32 peneroka Felda Palong 8 yang mengusahakan penanaman semula getah dan kelapa sawit secara persendirian dan bukan melalui Felda. Ketua Pembangkang itu turut menerima kemasukan 80 peneroka Felda Palong 8 yang menyerahkan Borang Permohonan Peneroka Generasi Baru. (Baca `Janji Palong' di SINI) |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan