Rabu, 23 November 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Permintaan Paling Tak Malu, Gila Dan Bodoh Dari Ibrahim Ali..

Posted: 22 Nov 2011 11:25 PM PST

Ibrahim Ali mahu kem tentera dibina di Pasir Mas

Ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali hari ini mahu kem tentera dibina di kawasan Pasir Mas, dengan membayangkan bahawa ia akan meningkatkan bilangan pengundi 'mesra BN' di situ.

"Jika satu batalion pun, itu ramai pengundi tu. Serampang dua mata.
Binalah sekarang untuk menjamin keselamatan negara. Sediakan payung sebelum hujan," katanya ketika membahaskan peruntukan Kementerian Pertahanan di peringkat jawatankuasa Rang Undang-undang Bajet 2011 di Dewan Rakyat.

Ibrahim berhujah bahawa Kem Briged Kelapan di Desa Pahlawan, dekat Pasir Mas di Kelantan, tidak terletak di tempat yang betul.


"Ancaman sebenarnya di sempadan dengan Thailand. Di mana Pasir Mas bertemu Rantau Panjang. Di situlah berlakunya penyeludupan, dengan dadahnya," katanya.

Beliau bertanya sama ada kementerian berkenaan mempunyai rancangan untuk memindahkan kem tersebut atau membina satu lagi di kawasan pilihan rayanya, dengan peringatan tersirat kepada kerajaan persekutuan bahawa satu batalion tentera akan bermakna sejumlah besar pengundi dari kalangan anggota tentera untuk BN .

Pakatan Rakyat telah menyuarakan kebimbangan mengenai penyalahgunaan undi pos oleh pengundi di kalangan anggota tentera dan pasangan mereka untuk meningkatkan sokongan kepada BN.

Ini merupakan salah satu kebimbangan yang dibangkitkan kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai reformasi pilihan raya.

'Serban pun boleh terbang'

Ibrahim juga menggesa supaya pangkalan kecil Tentera Laut Diraja Malaysia di tempatkan di Kelantan, yang berdepan dengan Laut
China Selatan, dan antara lain, berdepan dengan masalah pelarian Vietnam.

"Bila Jepun takluk kita dulu, mereka datang dari Kelantan, naik kat pantai di Kota Bharu...Tapi hari ini di Kelantan tak ada pertanahan."

Sehubungan itu, Ibrahim menggesa Kementerian Pertahanan menggunakan kapal selam Scorpene bagi meredakan modal politik PAS, yang konsisten mengkritik pembeliannya.

"Hantar satu kapal selam Scorpene ke Kelantan. Saya jamin yang beribu orang akan keluar tengok. Dan jika boleh biar saya bagi syarahan dari atas kapal Scorpene. Untuk bagi penerangan umum."


"Mereka telah selalu dengar PAS berceramah, yang Scorpene ini harganya berbillion dan tak boleh nak selam pun.

"Menteri Besar pun boleh tengok... kemungkinan seban pun boleh terbang bila tengok scorpene ni."

SPR Jangan Menyibuk Laa.. Buat Kerja Sendiri Sudahlah..

Posted: 22 Nov 2011 08:29 PM PST

PAS: Usah pujuk Pakatan, SPR patut minta PM umum awal tarikh PRU

KUALA LUMPUR, 23 Nov — Dewan Pemuda PAS membidas tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang "menyibuk" terhadap urusan parti politik lain dengan mahu memujuk negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat agar mengadakan pilihan raya umum secara serentak.

Sebaliknya, sayap pemuda PAS itu mahu SPR memujuk agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengummkan tarikh pilihan raya umum lebih awal.

Laporan media semalam menyebut, SPR masih meletakkan harapan agar pilihan raya umum ke-13 Parlimen dan Dewan Undangan Negeri membabitkan semua negeri kecuali Sarawak dapat diadakan serentak.


Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata beliau akan menemui para pemimpin Pakatan Rakyat yang memerintah di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan berhubung pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata pertemuan itu bertujuan menerangkan kebaikan pilihan raya peringkat Dewan Undangan Negeri dan Parlimen diadakan serentak antaranya bagi menjimatkan perbelanjaan, masa dan tenaga kerana prosesnya sama.

Sehubungan itu Ketua Penerangan Pemuda PAS Riduan Mohd Nor berkata, SPR tidak berhak untuk masuk campur terhadap urusan pihak lain sedangkan urusan kendaliannya banyak lagi yang tidak selesai.

"Dari segi undang-undang tidak menyekat mana-mana kerajaan negeri untuk mengadakan pilihan raya umum secara berasingan, mengapa SPR pula terhegeh-hegeh mahu menasihati parti politik untuk mengadakan pilihan raya umum secara serentak?" kata Riduan dalam satu kenyataan.

Riduan menambah, sepatutnya urusan mengadakan pilihan raya umum secara serentak atau berasingan diputuskan oleh Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional, dan SPR tidak berhak mempertikai perkara itu.

"Tugas utama SPR adalah melaksanakan perjalanan pilihan raya agar ia berlangsung dengan baik, sistematik, telus, dan adil.

"Mencampuri urusan parti-parti politik terutama pembangkang akan dilihat oleh rakyat bahawa SPR terikat dengan arahan pihak tertentu yang berkepentingan," katanya lagi.

Riduan menambah, pihaknya mahu mengesyorkan, jika SPR benar-benar mahu menasihati pemimpin parti politik, adalah lebih baik Aziz menasihati dahulu Najib agar mengumumkan tarikh pilihan raya umum kepada rakyat daripada awal.

"Ini lebih penting supaya semua pihak dapat membuat persiapan bagi menghadapinya. Merahsiakan tarikh pilihan raya merupakan suatu tindakan yang tidak bijak kerana boleh mengganggu jadual parti politik dan rakyat keseluruhannya," katanya.

MAIS larang Aziz Bari bentang kertas kerja di KUIS

Posted: 22 Nov 2011 08:24 PM PST

Profesor undang-undang Abdul Aziz Bari, yang sebelum ini didakwa kritikal terhadap Sultan Selangor, telah dilarang oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) daripada membentangkan kerta kerja di satu seminar di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Terletak di Kajang, KUIS merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi milik penuh MAIS, yang terletak di bawah bidangkuasa Sultan Selangor.Aziz dijadual membentangkan kertas kerja di seminar itu pagi esok.

Bagaimanapun, katanya, pagi tadi beliau menerima notis yang memaklumkan bahawa seseorang di MAIS, yang mendakwa rapat dengan istana Selangor, telah meminta pihak penganjur menggugurkan kertas kerjanya.


Katanya, pihak penganjur telah merayu kepada mereka untuk mengekalkan beliau seperti yang dijadualkan kerana orang ramai datang ke seminar itu untuk mendengar ucapannya.

Abdul Aziz memberitahu Malaysiakini bahawa seminar tersebut telah dirancang lebih daripada tiga bulan yang lalu.Pakar undang-undang itu menjadi tajuk utama akhbar bulan lalu apabila polis menyiasatnya di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung komennya mengenai titah Sultan Selangor berhubung 'pemeriksaan' Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap makan malam kesyukuran yang diadakan di Damansara Utama pada 3 Ogos.

Berikutan ini, UIA telah digantung perkhidmatan Aziz selama enam hari.

Penggantungan itu ditarik balik selepas bantahan besar daripada pelbagai pihak, termasuk pelajar universiti di seluruh negara dan para ahli akademik

Sewa Kondo Lembu RM70 Ribu Sebulan?

Posted: 22 Nov 2011 07:15 PM PST

Koordinator Jingga 13, Fariz Musa mendesak National Feedlot Corporation (NFC) mendedahkan penyewa kondominium One Menerung di Bangsar yang didakwa membayar sewa bulanan RM70 ribu sebulan.

Fariz menggesa Pengarah Eksekutif NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail mendedahkan penyewa terbabit sekiranya benar kondominium itu dibeli untuk tujuan pelaburan, lapor KeadilanDaily.

"Kami pertikaikan kenyataan Datuk Seri Mohamad Salleh yang menyatakan sewa kondominium itu adalah RM70 ribu sebulan.

"Kami gesa Datuk Mohamad Salleh dedahkan siapakah yang menyewa kondominium itu," kata Fariz.


Beliau yang lebih dikenali sebagai cikgu Fariz mendesak perkara itu sebelum membuat laporan polis terhadap NFC di Balai Polis Dang Wangi, tengah hari tadi.

Menurut Fariz, pengakuan Mohamad Salleh bahawa NFC membeli bukan satu tetapi dua kondominium kononnya sebagai instrumen pelaburan adalah satu bukti nyata aktiviti pecah amanah.

Jingga 13, satu NGO yang memperjuangkan isu-isu yang dekat dengan masayarakat telah membuat laporan pertama di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Putrajaya minggu lalu.

SPRM kemudian menghubungi Fariz dan memaklumkan yang laporan itu kini diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia dan disiasat di bawah Akta 613, Seksyen 409 Kanun Keseksaan bersabit aktiviti jenayah pecah amanah.

Laporan pertama Jingga 13 itu memetik harga kondominium dibeli NFC sebanyak RM9.8 juta. Namun, pengakuan Mohamad Salleh bahawa NFC, sebuah syarikat penternakan lembu yang dibiayai kerajaan- sebenarnya membeli dua unit kondominium mewah berharga RM13.8 juta mendorong Jingga 13 untuk membuat laporan baru pagi tadi.

Semalam, PKR mendakwa NFC membelanjakan RM32,000 wang rakyat bagi membiayai pakej umrah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya.

sumber disini

Hari-Hari Kena Tipu..

Posted: 22 Nov 2011 06:56 PM PST

Akta Perhimpunan Aman usaha BN sekat kebebasan

Rang undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang dibentangkan di Dewan Rakyat, semalam sama sekali bersifat mencegah atau melarang sama sekali sebarang perhimpunan di negara ini, kata bagi AJK PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin.

Menurut Mohamed Hanipa (kiri) yang juga seorang peguam, tindakan menamakan rang undang-undang itu sebagai Akta Perhimpunan Aman sedangkan hakikatnya melarang perhimpunan adalah jelas satu lagi siri penipuan kerajaan BN Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke atas rakyat.


Beliau juga dipetik oleh Harakahdaily sebagai berkata, mana-mana orang yang waras pemikirannya akan dengan mudah memahami sekatan terbaru yang cuba dikuatkuasakan ke atas rakyat itu.

"Sebagai peguam dan AJK PAS Pusat, saya akan mengusulkan kepada pihak PAS untuk mencabar rang undang-undang ini di mahkamah supaya ia tidak akan dimuktamadkan sebagai akta.


"Pada hari ini kami peguam PAS akan melancarkan secara rasmi 'perang' ke atas akta zalim ini melalui saluran undang-undang yang sedia ada," katanya.

Menyusahkan

Semalam, ketika pembentangan rang undang-undang itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata antara kandungan penting undang-undang yang dicadangkan itu, termasuk:

Notis awal 30 hari untuk berhimpun, kecuali mereka yang berada di kawasan yang dtetapkan oleh menteri dalam negeri.

Selepas memaklumkan, perhimpunan boleh diteruskan, kecuali terdapat bantahan daripada polis.

Tiada protes jalanan dibenarkan.

Tiada protes dalam 50 meter daripada kawasan yang dilarang, termasuk hospital, sekolah dan rumah ibadat.

Menurut Mohamed Hanipa, Akta Perhimpunan Aman sepatutnya memudahkan perhimpunan aman bukan menyusahkannya.

Katanya, jika Akta Polis 1967 khususnya seksyen 27 dan 27A sudah bersifat 'draconian dan zalim, akta yang ingin digubal ini beribu-ribu kali lebih zalim daripada Akta Polis yang ingin digantikan.

"Hanya kerajaan zalim seperti Umno sahaja berupaya terfikir untuk menggubal akta sezalim itu.

"Rang undang-undang ini juga secara jelas unconstitutional kerana ia bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Percepatkan ajal

Mohamed Hanipa juga dipetik Harakahdaily sebagai berkata, meskipun Perkara 10 membenarkan sebarang akta digubal oleh Parlimen untuk menghadkan perlaksanaan hak berhimpun namun had itu, katanya, tidak boleh sama sekali sampai ke tahap menghapuskan sama sekali hak rakyat kepada perhimpunan aman.

Tambahnya, secara jelas akta yang ingin digubal mempunyai motif sebegitu.

"Pengalaman saya mengendalikan banyak kes yang melibatkan tuduhan perhimpunan haram khususnya yang melibatkan ahli dan pemimpin PAS menunjukkan bahawa akta ini digubal sebagai manifestasi kekecewaan pihak kerajaan melalui Peguam Negara yang acap kali tewas di dalam kes-kes yang melibatkan tuduhan perhimpunan haram," katanya.

Bagi beliau, akta yang ingin diluluskan di Parlimen itu memburukkan lagi wajah buruk kerajaan BN dan Peguam Negara.

"Apa pun percayalah akta ini akan mempercepatkan lagi ajal kerajaan Umno BN insya Allah," katanya kepada akhbar rasmi PAS itu.

Sementara itu, Keadilandaily melaporkan timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali (kanan) menyifatkan Najib sekali lagi gagal menunaikan janjinya untuk melakukan pembaharuan termasuk memberikan kebebasan terhadap hak berhimpun.

"Kita mempunyai PM yang mengamalkan dasar flip flop dan tidak tuntas, tidak menunaikan janji-janjinya dan ini sudah lama dirasai oleh rakyat," katanya dipetik portal berita itu di Parlimen, semalam.

Lebih teruk

Tegasnya, rang undang-undang itu tidak wajar diperkenalkan kerana perlembagaan sendiri telah memberi jaminan terhadap kebebasan berhimpun.

"Bagi kita perkara ini tidak timbul kerana perlembagaan sudah jelas, (rakyat) diberikan jaminan untuk berhimpun dengan aman. (Kerajaan) tiada keperluan untuk menggubal satu akta lain untuk mengekang kebebasan rakyat," katanya yang juga ahli parlimen Gombak.

Semalam, setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng juga membidas rang undang-undang berkenaan kerana memberi lebih kuasa terhadap polis untuk menahan individu yang terlibat dalam perhimpunan aman.

"Terpulang kepada polis untuk menentukan sama ada sesuatu perhimpunan itu aman atau tidak," katanya lagi yang berpendapat undang-undang tersebut lebih menyekat.

Seksyen 9(5) dalam rang undang-undang berkenaan memberi kuasa kepada polis untuk mengenakan denda ke atas penganjur sebanyak RM10,000 sekiranya tidak mengemukakan notis untuk mengadakan perhimpunan kepada polis.

Manakala Seksyen 21(3) memberi kuasa kepada polis untuk mengenakan denda sehingga RM20,000 berbanding denda sebanyak RM2,000 kepada individu yang ditahan dalam sesuatu perhimpunan.

Tempat larangan yang dinyatakan dalam rang undang-undang berkenaan mengambil takrif kawasan yang diisytiharkan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.

Walaupun undang-undang yang dicadangkan itu tidak menetapkan tempat yang boleh digunakan untuk perhimpunan, namun beberapa kawasan-kawasan dengan jelas dinamakan sebagai kawasan larangan. Ini termasuk.

Empangan, takungan dan kawasan tadahan air

Loji rawatan air

Stesen penjana elektrik

Stesen minyak

Hospital

Balai bomba

Lapangan terbang

Landasan keretapi

Terminal pengangkutan awam darat

Pelabuhan, terusan, limbungan, dermaga, jeti, jambatan dan marina

Tempat ibadat

Tadika dan sekolah

Sumber - Malaysiakini

Buat Lawak Agak-Agak Laa.. Kesian La Sikit Kat Umno/BN

Posted: 22 Nov 2011 07:26 AM PST

KUALA LUMPUR, 22 Nov 2011: Penganalisis Politik, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah menjangkakan Umno- BN bakal hilang penguasaan di tiga negeri dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Bercakap baru-baru ini, Dr Abu Hassan yang juga Pensyarah Pengajian Media di Universiti Malaya (UM) berkata, terdapat banyak faktor yang mendorong ke arah jatuhnya tiga kerajaan itu ke tangan pembangkang

Pertamanya, peralihan sokongan golongan anak muda bukan Melayu dan kecenderungan golongan ini untuk mendaftar sebagai pengundi dapat dilihat perkembangan ke arah itu, katanya.


Sementara, kemasukan maklumat alternatif yang dimainkan oleh media baharu dan media alternatif seperti Harakah menyumbang kepada kesedaran golongan di bandar dan meresap ke kawasan berhampiran, katanya.

Beliau yakin dengan permasalahan besar yang dihadapi kerajaan hari ini, sementara tekanan ekonomi amat dirasai rakyat, tiga negeri BN ini bakal dikuasai pembangkang dengan peralihan undi seperti pada tahun 2008.

Ditanya mengenai sebarang kemungkinan negeri-negeri yang dikuasai Melayu seperti Kelantan dan Kedah akan berlaku perubahan, Dr Abu Hassan menyatakan PAS akan terus menerajui Kelantan kerana imej kepimpinan yang sangat memberi keselesaan kepada rakyat.

"Saya yakin, PAS akan terus berjaya mempertahankan Kelantan, jika mood yang ada hari ini kekal sehingga pilihan raya umum akan datang" katanya.

UUM Anugerah Sijil Dekan Untuk Saiful Bukhari.

Posted: 22 Nov 2011 05:02 AM PST


Di sebalik cabaran dan dugaan berdepan isu liwat, Mohd. Saiful Bukhari Azlan masih mampu mencapai kejayaan dalam pelajaran apabila menerima Anugerah Sijil Dekan Universiti Utara Malaysia (UUM) hari ini.

Beliau yang mengikuti pengajian jarak jauh di UUM cawangan Kuala Lumpur dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Hal Ehwal Antarabangsa memperoleh purata nilai gred keseluruhan (CGPA) melebihi 3.50.


"Anugerah dekan ini membawa makna besar kepada saya, keluarga dan sahabat-sahabat saya. Ia memberi motivasi dan semangat terhadap saya untuk mengekalkan prestasi ini di samping meningkatkan potensi diri sehingga tamat pengajian.

"Walaupun terdapat beberapa pihak yang memandang hina terhadap saya berhubung kes liwat tersebut yang berjalan lebih tiga tahun, namun saya tetap cekal dan fokus terhadap pelajaran kerana saya juga ingin berjaya dalam hidup," katanya kepada Mingguan Malaysia pada Majlis Penganugerahan Sijil Dekan UUM di sini hari ini.

Mohd. Saiful Bukhari, 26, adalah antara 72 pelajar pengajian jarak jauh UUM cawangan Kuala Lumpur menerima Sijil Anugerah Dekan dan Sijil Kecemerlangan Akademik universiti itu.

Anugerah disampaikan Naib Canselornya, Datuk Dr. Mustapha Ishak.

Sumber - Utusex Malaysia.

Orang Selangorpun Benci Dengan Noh Omar., Camna Nak Jadi MB? Hehehe

Posted: 22 Nov 2011 03:47 AM PST


SEKINCHAN, 22 NOV : Hampir 100 petani dan pesawah di sekitar Sekinchan, Sungai Burung dan Sungai Panjang menuntut Menteri Pertanian, Industri Dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar untuk segera meletak jawatan sebagai menteri.

Tuntutan itu ekoran kegagalan beliau membela nasib kaum petani dan pesawah di daerah tersebut serta tidak mengendahkan nasib para pesawah untuk menambah subsidi padi.


Hari ini bertempat di Site B Sekinchan hampir 100 petani berkumpul sambil memegang kain rentang melaungkan slogan "hidup petani" , " naik subsidi RM50 seratus Kilo" dan " Noh Omar letak jawatan".

ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim yang turut sama menyertai perhimpunan aman itu berkata kerjaan pusat tidak mengamalkan unsur monopoli dalam urusan penjualan padi yang mengakibatkan kerugiaan kepada pendapatan pesawah.

" Kita minta supaya harga padi diapungkan untuk penjualan secara bebas,kita tidak mahu Beras Nasional (BERNAS) memonopoli pasaran,kita mahu harga padi dibeli kepada sesiapa yang menawarkan pada harga yang tinggi,harga itu perlu diapungkan supaya pasaran dijual pada harga bebas.

Menurut Ng, nasib para pesawah perlukan perhatian dan pembelaan kerana golongan ini hanya menuai dua kali setahun sebagai sumber pendapatan tahunan mereka.

Katanya tekanan ini semakin mendesak disebabkan kebanyakan para petani hidup dalam keadaan tersepit dan kesusahan angkara kos saraan hidup yang semakin tinggi.

Sehubungan itu beliau meminta agar kerajaan pusat menyemak harga subsidi padi yang tidak pernah dinaikkan sejak 20 tahun lepas.

"Harga di paras RM24.81 untuk seratus kilogram sejak 20 tahun yang lalu,kita minta yang berhormat semak harga supaya dinaikkan kepada RM50.00.

Katanya dengan kenaikan harga subsidi ini akan membolehkan petani menikmati secara terus subsidi tersebut serta mengelak dari penglibatan 'orang tengah' yang cuba mengambil kesempatan sebagimana berlaku sekarang.

Dalam pada itu Ng juga menggesa agar Noh meletak jawatan ekoran laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mendapati berlaku ketirisan wang RM110 juta oleh kementerian dibawah jagaan Noh.

Wang tersebut sepatutnya diberi kepada pesawah untuk skim peningkatan hasil padi.

"Dibawah skim ini, insentif akan diberikan kepada mereka berjaya peningkatan hasil, contohnya pada musim yang pertama 5 tan,musim kedua 7 tan , dan musim ketiga 7 tan, maknanya sudah ada peningkatan sebanyak 2 tan, dan 2 tan itu akan dibayar dengan insentif ini iaitu 1 tan sebanyak RM650 dan 2 tan sebanyak RM1,300.

"Maknanya bantuan kepada golongan petani hilang,oleh yang demikian petani hari ini berdiri di sini, menyatakan rasa tidak puas hati, ke mana duit ini pergi dan Noh Omar perlu menjawab ke mana lesapnya wang RM110 juta.Dan jika Noh Omar tidak boleh menjawab kita mendesak agar beliau meletak jawatan kerana gagal membela hak petani," tegas beliau.

Takziah Buat Keluarga Dan Seluruh Warga Indonesia

Posted: 22 Nov 2011 03:35 AM PST


Dua penyokong Indonesia maut di perlawanan final.Takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban semata-mata untuk menyaksikan perlawanan di Stadium Gelora Bung Karno malam tadi.

http://www.cikgubadarudin.com/2011/11/ajal-maut-di-tangan-allah.html


Tiada ulasan: