MIMPI SENJA |
- SANTAI MALAM : Isteri keluar kerja, adik ipar masuk bilik
- Fauzi Nawawi (suami Lisdawati) nafi ada kekasih gelap. Akan buat laporan polis
- Isu Lembu Shahrizat : Akhirnya depa mengaku
SANTAI MALAM : Isteri keluar kerja, adik ipar masuk bilik Posted: 18 Nov 2011 07:47 AM PST SAYA suami berusia 29 tahun dan ada anak lelaki berusia setahun. Adik ipar saya yang berusia 19 tahun tinggal bersama untuk membantu menjaga anak. Masalah bermula sebaik saya gagal mengawal nafsu melihat adik ipar yang jelita dan bertubuh seksi serta berbaju tidur nipis masuk ke bilik saya. Buat pengetahuan Dang Setia, sememangnya rutin setiap pagi adik ipar masuk ke bilik untuk mengambil anak selepas isteri saya yang bertugas sebagai guru pergi ke tempat kerja. Saya yang bekerja sendiri, akan ke tempat kerja jam 10 pagi. Jadi, saya tinggal bersama anak dan adik ipar pada setiap hari. Biasanya adik ipar berbaju biasa bila masuk ke bilik saya. Bagaimanapun, pada hari itu adik ipar berani masuk ke bilik saya dengan berbaju tidur nipis yang pendek dan seksi, membuatkan saya gagal mengawal nafsu. Pada mulanya saya bergurau dengan mengajak adik ipar berbaring di sebelah. Kini saya bimbang perlakuan kami diketahui isteri kerana adik ipar seakan-akan mula ketagih seks. Malah, dia mengajak saya melakukan seks oral walau isteri ada di rumah. Adik ipar menghantar SMS untuk menggoda saya bila isteri mandi. Jika saya tidak melayan, dia menghantar MMS bogel dan ini membuatkan saya tewas. Saya tidur lewat dengan alasan ingin menonton bola untuk memuaskan nafsu adik ipar. Namun, saya menyesal dan bersalah terhadap isteri yang menyayangi saya sepenuh jiwa. Bantulah saya untuk menyelesaikan masalah ini kerana pelbagai cara saya lakukan untuk hentikan semua ini daripada berlarutan, termasuk cuba menghantar adik ipar ke kampung. Namun, isteri sentiasa membangkang dengan alasan lebih selamat jika anak kami dijaga adik ipar. Saya buntu dan tertekan selagi tidak dapat mengatasi masalah ini. SUAMI TERTEKAN Johor Bahru JAWAPAN Memang tidak dapat dinafikan saudara bukan Nabi Yusuf a.s yang mampu menepis godaan nafsu wanita secantik Zulaikha tetapi tidak pula bermaksud saudara perlu hanyut dan tenggelam dalam arus nafsu. Malah, terang dan jelas Allah SWT berfirman dalam al-Quran betapa padah jika terlalu akur mengikut kemahuan bernafsu yang berbunyi: "Sesungguhnya nafsu itu selalu mengajak manusia pada kejahatan." [Yusuf: 53] Tambahan pula tindakan mengajak adik ipar seolah-olah menyalakan sumbu api bakal membakar saudara perlahan-lahan dalam bara nafsu. Lebih mengecewakan, Dang Setia tidak sangka saudara berani memilih teman berasmara daripada kalangan darah daging isteri saudara. Tidak tergambar betapa hancurnya hati isteri seandainya dia mengetahui hal sebenar. Cuba bayangkan saudara di tempat isteri, mampukah saudara memaafkan tindakan curang seperti saudara lakukan apabila si pelakunya ialah isteri dan saudara lelaki. Segeralah bertaubat dengan memohon keampunan kepada Allah. Diharap saudara masih ada kesempatan memelihara rumah tangga. Saudara sendiri mengakui isteri sangat menyayangi saudara. Hargailah isteri dan cukuplah setakat ini saudara berkelakuan curang. Ambil tindakan segera dengan mengabaikan segala panggilan dan SMS daripada adik ipar. Jangan tempatkan diri dalam situasi berdua-duaan dengan adik ipar. Jika usaha mengelak tidak difahami adik ipar, saudara perlu bertanggungjawab dengan memperbetulkan kembali kesalahan. Saudara perlu berterus terang dengan adik ipar bahawa saudara tidak mahu lagi menjalin hubungan sulit kerana rasa bersalah. Malah, jika masih bimbang dengan gangguan adik ipar, saudara perlu berbincang dengan isteri kemungkinan berlaku perkara tidak baik jika terus membiarkan adik ipar kekal tinggal di rumah saudara. Insya-Allah, saudara mampu tangani masalah ini sebelum terlewat. |
Fauzi Nawawi (suami Lisdawati) nafi ada kekasih gelap. Akan buat laporan polis Posted: 18 Nov 2011 04:47 AM PST Saya akan buat laporan polis!" tegas pelakon Fauzi Nawawi ketika dihubungi bagi menjelaskan mengenai kontroversi yang kononnya dia mempunyai kekasih gelap. Sebuah blog hiburan tempatan hari ini menyiarkan beberapa screenshot Blackberry Messenger (BBM) yang memaparkan bukti dakwaan kononnya pelakon teater 'Se-Merah Padi' ini sedang menjalinkan hubungan sulit dengan seseorang. "Itu memang bukan saya. Saya memang tak pernah ada kekasih kat luar. Setakat nak tukar nama dan gambar, ia boleh dibuat pada bila-bila masa pun. Sudah tentu sesiapapun boleh menyamar jadi saya. Bagi saya, itu mungkin orang lain yang memang tak suka dengan saya. Jika dia berani menyentuh hal rumahtangga saya, saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis." "Saya dah lihat screenshot itu. Ada salah satu kenyataan kononnya saya tulis 'Kak lis'. Saya tak pernah bahasakan diri isteri saya Kak Lis. Saya selalu panggil dia Lis atau Ayang. Secara logiknya, takkan saya nak tulis Kak Lis, lebih baik saya tulis isteri saya saja. Lis dah tahu mengenai perkara ini dan dia hanya ketawa saja," ujar Fauzi yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran telemovie 'Sebelum Lima Perkara'. "Saya tak pernah kongsi masalah rumahtangga saya dengan ibu atau ibu mertua saya. Inikan pula saya nak cerita kepada orang luar mengenai hal rumahtangga saya. Saya ingin tegaskan bahawa rumahtangga saya dengan Lisdawati bahagia. "Saya anggap ini semua dugaan. Lagipun, ini bukan kali pertama saya kena macam ini. Sebelum inipun saya pernah kena kononnya mengenai video saya dengan Ida Nerina. Apa-apapun, jika ia melibatkan maruah, saya memang akan membuat laporan polis. Saya juga tidak teragak-agak untuk menyaman blog yang mengeluarkan artikel tersebut jika mereka tidak memohon maaf kepada saya." gua.com |
Isu Lembu Shahrizat : Akhirnya depa mengaku Posted: 18 Nov 2011 03:03 AM PST Wanita PKR pula akan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di seluruh negara pada Rabu depan. PETALING JAYA: Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli berkata pihaknya bersedia menghadapi tindakan saman daripada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) berhubung skandal projek lembu di Gemas dan pembelian kondominium One Menerung di Bangsar. Malah beliau menerimanya dengan terbuka memandangkan dakwaan yang dibuat PKR selama ini tidak dinafikan Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail. "Tiga pengakuan Mohamad Salleh mengesahkan keresahan rakyat bahawa anugerah projek ini kepada sebuah syarikat milik keluarga menteri mempunyai unsur-unsur penyelewengan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini. "Ini mengesahkan pendedahan PKR sebelum ini bahawa walaupun dana RM250 juta disebut sebagai pinjaman, ia lebih berupa geran kerana NFC tidak dikenakan sebarang jadual pembayaran atau caj faedah seperti pinjaman biasa," katanya. Beliau turut kesal dengan kenyataan Mohamad Salleh yang bukan sahaja mengesahkan pendedahan PKR tentang pembelian kondominium mewah yang bukannya RM9.8 juta, tetapi RM13.8 juta. Katanya, ketiga-tiga pengakuan NFC mengingatkan rakyat bahawa isu pokoknya adalah soal kebertanggungjawaban menteri dan kerajaan menjaga wang rakyat. Surat debat kepada Khairy Sehubungan itu, beliau menggesa supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak segera menjawab sama ada berlaku penyelewengan di peringkat kabinet semasa penganugerahan projek kepada NFC dan penglibatan Shahrizat dalam proses membuat keputusan. Sementara itu, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata pihaknya akan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di seluruh negara pada Rabu depan. Laporan SPRM itu katanya akan menyentuh soal proses penganugerahan projek yang mempunyai unsur-unsur penyelwengan. Dalam perkembangan berkaitan, Rafizi berkata pihaknya juga hari ini telah menyerahkan surat rasmi kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjemput supaya debat mengenai isu ini diadakan pada 12 Disember depan. Ini berikutan persetujuan Khairy sebelum ini untuk berdebat dengan syarat ia diadakan hanya selepas Perhimpunan Agung Umno selesai pada 3 Disember depan. "Kita hanya sediakan tarikh, terpulang untuk Khairy pilih tempat," kata Rafizi - FMT Surat Rafizi kepada KJ |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan