Sabtu, 19 November 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Kempen Manager Zul Nordin di Kulim Menyesal Tak Sudah..

Posted: 19 Nov 2011 01:09 AM PST




Mangsa Tipu Mengamuk

Posted: 18 Nov 2011 10:24 PM PST

KUALA LUMPUR – Gambar-gambar yang bakal anda saksikan di bawah ini adalah kejadian sebenar amukan sekumpulan mangsa sindiket gores dan menang yang berlaku di sebuah syarikat seumpama itu di Kepong semalam.Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pasukan Bertindak Hak Pengguna (CRTF)kebetulan sampai di tempat kejadian ketika sekumpulan lelaki yang dikatakan menjadi mangsa bersemuka dengan kakitangan syarikat itu.

Mynewshub.my tidak menutup muka mereka yang dibelasah itu agar anda juga dapat mengenali wajah kumpulan yang menipu anggota masyarakat kita.Jarang masyarakat Malaysia bertindak seperti ini melainkan tahap kemarahan yang sudah sampai ke peringkat yang tidak mampu dikawal lagi.



Seperti yang kita semua maklum, media dan akhbar tempatan sering melaporkan berita-berita mengenai sindiket penipuan syarikat 'gores dan menang!' yang mempedaya orang ramai sehingga mengakibatkan kerugian jutaan ringgit.Kebanyakan mangsa yang tertipu dengan aktiviti tersebut hanya mampu bersabar atau sekadar bertindak melaporkan kes mereka kepada pihak berkuasa.Malangnya tidak semua kes yang dilapor berjaya diselesaikan akibat kelicikan sindiket-sindiket seumpama itu.

Namun bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.Menerusi emel yang diterima Mynewshub.my petang semalam, insiden berdarah melibatkan salah satu sindiket itu dapat dirakamkan dalam bentuk gambar.


Dalam kejadian tersebut, PPIM bersama beberapa orang aktivis CRTF telah berkunjung ke premis syarikat tersebut di Kepong ekoran aduan dari pengguna yang mendakwa mereka diperdaya dan ditipu syarikat itu.

Bagaimanapun, setibanya PPIM dan CRTF di premis tersebut, mereka dikejutkan apabila disambut dengan bunyi bising.Kami terkejut! wartawan yang kami bawa bersama ada yang lari meninggalkan tempat kejadian,"kata seorang aktivis PPIM, Harshnoel Murshim yang dihubungi Mynewshub.my di sini hari ini.

Memberanikan diri, beberapa aktivis PPIM dan CRTF menghampiri premis tersebut dan 'berpeluang' menyaksikan pergaduhan yang berlaku di antara kumpulan dipercayai keluarga mangsa penipuan sendiket berkenaan dengan sekumpulan lelaki dipercayai pekerja syarikat itu.Bagaikan bertemu buku dengan ruas, pekerja-pekerja yang bersubahat menipu orang ramai itu dibelasah secukup-cukupnya oleh kumpulan lelaki berkenaan yang mendakwa ditipu sebanyak RM2 juta oleh sendiket berkenaan.

Menurut Harshnoel, kumpulan lelaki yang menyerang ibu pejabat syarikat tersebut dianggarkan seramai 10 hingga 15 orang manakala pekerja syarikat itu hanya sekitar lima hingga enam orang.

Selain itu, beliau turut mendengar amaran yang diberikan kepada wakil syarikat itu yang mengancam akan mengambil tindakan lebih teruk terhadap mereka sekiranya cuba menipu orang ramai lagi."Kau buat lagi kat orang Melayu, kami kasi mati..! Kami tak bagi chance (peluang)..,"kata lelaki tersebut kepada wakil-wakil syarikat berkenaan yang 'separuh mati' dipukul. Enggan melibatkan diri dengan apa yang terjadi, PPIM dan CRTF terpaksa menunda hasrat mereka untuk berbincang dengan syarikat itu yang dikatakan telah menipu seorang pengguna sebanyak RM75,000 baru-baru ini.

Bagaimanapun, PPIM dalam kenyataan yang dihantar melalui emel berharap agar tiada lagi sesiapa yang akan terpedaya dengan kumpulan sindikit seumpamanya di negara ini pada masa akan datang.

Sepandai pandai penipu gores & menang, akhir kena belasah jua.Padan muka.

http://www.miecyber.com/2011/11/buku-bertemu-ruas-amukan-mangsa-gores.html

Siasat 'Lapangan Terbang Haram' di Hulu Bernam

Posted: 18 Nov 2011 10:13 PM PST

SHAH ALAM, 18 Nov : Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi Kerajaan, Badan Berkanun dan Anak-Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor (ABAS) menggesa agar Kerajaan Selangor menyiasat dan mengambil tindakan tegas berhubung kewujudan sebuah lapangan terbang ditanah milik Yayasan Selangor yang sebelumnya berstatus tanah dusun seluas 217 ekar di Hulu Bernam.

Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz semasa sidang DUN Selangor berkata ABAS telah membuat lawatan ke Hulu Bernam pada Oktober lepas ekoran dakwaan wujudnya sebuah landasan kapal terbang haram iaitu Bernam River Airfield .

Menurut ABAS lapangan terbang tersebut berada dalam tanah milik Yayasan Selangor di Geran hakmilik bernombor HSD 45128, No Pt 2924 yang keluasan asal 225 ekar.


"Jawatankuasa Pilihan ABAS mendapati perkara tersebut tidak patut berlaku , tanah tersebut telah diberi kepada Syarikat Aviation Development Sdn Bhd (ADC) pada tahun 2006 seluas 217 ekar, dan sepatutnya digunakan dengan cara yang betul, tetapi yang menjadi masalah kepada kita ialah anak-anak syarikat tidak mempergunakan tanah tersebut dengan betul dan keuntungannya dikaut oleh pihak yang lain," katanya.


Beliau berkata, Jawatankuasa Pilihan ABAS menyararankan supaya kerajaan mewujudkan satu pasukan untuk menyemak dan meneliti perjanjian usahasama yang ditandatangani pada 15 Ogos 2007 antara Yayasan Selangor dan Syarikat ADC.

Ini bagi memastikan sebarang amalan yang menyalahi peraturan dan etika dapat diperbetulkan dan individu-individu terlibat bagi pihak anak syarikat kepada kerajaan negeri dapat dipertanggungjawabkan .

"Kerajaan negeri perlu mewujudkan satu pasukan khas bagi mengkaji secara mendalam kesesuaian tanah seluar 217 ekar pada dasar penggunaan nilai semasa, serta unjuran penggunaan tanah pada masa hadapan, berbanding syarat kelulusan asal bagi menjana hasil dan pulangan yang optimum kepada kerajaan negeri dan manafaat sebaiknya kepada kerajaan Selangor," katanya.

Sementara itu, Adun Subang Jaya Hannah Yeoh yang menyokong usul itu berkata Yayasan Selangor telah membuat laporan terdapat aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral dan menyalahi undang-undang di kawasan lokasi tersebut dan menggesa agar syarikat tersebut juga disiasat.


"Syarat nyata di kawasan ini ialah untuk tanaman dusun tetapi digunakan untuk membina kawasan lapangan terbang dan aktiviti ini telah bermula sejak 2007 namun jawatankuasa mendapati tidak ada tindakan langsung daripada Majlis Daerah Hulu Selangor ataupun Pejabat Tanah.

"Saya menyeru agar disiasat siapa yang di belakang syarikat ADC ini, dan diminta kerajaan negeri cepat menyiasat bagi menjamin keselamatan pendudukdi sekitar kawasan tersebut," katanya.

Menteri Besar , Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika memberi respon berhubung perkara ini menyatakan perjanjian yang ditandatangani pada 2007 tersebut didapati banyak terma-terma perjanjian yang berat sebelah dan merugikan Yayasan Selangor.

"Saya diberitahu Yayasan Selangor telah membuat inisiatif untuk membawa kes ini ke mahkamah, supaya dapat menghentikan syarikat tersebut daripada menjalankan penyalahgunaan status tanah tersebut." katanya.

Syoknya Bila Jadi Kroni..

Posted: 18 Nov 2011 06:59 PM PST

Ipar Tajudin intai RM1.4 juta daripada Naluri

Pendengaran saman RM1.47 juta oleh Rizana Mohamad Daud memperlihatkan bagaimana Naluri Corporation Bhd yang dahulunya memiliki Malaysia Airlines, diuruskan oleh hartawan Tajudin Ramli.

Rizana, 46, ipar kepada Tajudin - bekas pengerusi Naluri dan MAS - mengakui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa dia tidak mempunyai latar belakang undang-undang atau kelayakan, tetapi dibenarkan mengetuai unit korporat dan undang-undang Naluri antara 2002 hingga 2005.

Rizana yang sebelumnya menjadi setiausaha Naluri sejak 1996 dan mendapat gaji RM20,000 sebulan, juga mengakui bahawa peguam peribadinya menderaf surat lantikannya sendiri dengan Naluri dan bukan daripada jabatan sumber manusia.


Ekoran itu, klausa 18 dalam kontraknya menjadi pertikaian kerana tidak ada dalam kontrak pekerja Naluri yang lain.

Peguam Naluri Ben Chan Chong Choon mencadangkan bahawa kontrak itu menyimpang, hasil daripada naungan khas kerana berkahwin dengan Bistamam Ramli, bekas pengarah Naluri yang juga adik Tajudin, yang mana Rizana segera menafikannya.

Mengikut kontrak, penamatan sebagai ketua perundangan dan sekretariat korporat membolehkannya menerima pampasan gaji selama 36 bulan, yang mencecah angka RM1,469,774.04.

Wang bantuan sekolah RM100 diberi di pejabat Umno

Posted: 18 Nov 2011 06:38 PM PST

Sebuah sekolah rendah di Ampang membawa pelajarnya ke pejabat Umno bahagian untuk mendapatkan wang bantuan terbabit.
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang juga ketua Wanita PKR hari ini mendedahkan wang bantuan RM100 kepada murid sekolah diberikan di pejabat Umno.

Zuraida mendakwa sebuah sekolah rendah di Ampang membawa pelajarnya ke pejabat Umno bahagian untuk mendapatkan wang bantuan terbabit.

Malah bantuan tersebut diberikan oleh Ketua Umno bahagian Datuk Ismail Kijo di bangunan Umno Ampang di Jalan Bukit Belacan.


"Saya dapat panggilan dari guru besar dan ibu bapa yang memberitahu murid-murid terpaksa dibawa ke bangunan Umno Ampang untuk menerima wang itu," kata Zuraida dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Tindakan itu disifatkan Zuraida sebagai petanda jelas Umno begitu terdesak untuk menipu rakyat bagi mendapatkan undi kerana ia sepatutnya disalurkan terus kepada sekolah dan tidak membabitkan campur tangan parti politik.

Diumum Najib

"Sepatutnya bantuan itu diserahkan oleh kakitangan kerajaan atau pun daripada Kementerian Pelajaran," katanya.

Wang bantuan persekolahan RM100 seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Belanjawan 2012 sepatutnya disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing dengan serta-merta.

Wang bantuan itu akan diagihkan kepada pelajar Tahun Satu hingga Tahun Lima dan dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan 2011.

Manakala bayaran bantuan kepada pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu sesi persekolahan 2012 akan dibayar pada Januari tahun depan.

Lebih Banyak Penyelewengan Umno Selangor Akan Dibongkar

Posted: 18 Nov 2011 06:21 PM PST

SHAH ALAM: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan beliau akan membongkar lebih banyak penyelewengan wang bernilai jutaan ringgit oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) Selangor, hanya menunggu masa yang sesuai sahaja.

Buat masa ini, beliau sedang mengumpul maklumat penyelewengan dan salah guna kuasa melibatkan mantan Menteri Besar Dr Mohamad Khir Toyo dan Ketua Pembangkang Datuk Mohamad Satim Diman.

"Ada beberapa kes melibatkan Khir Toyo yang saya akan kumpulkan jika perlu. Sebelum ini saya mendedahkan mengenai kes penyelewengan transaksi tanah di Science Park 2 oleh Satim.


"Dan di Ijok pula mengenai lot tanah Revolusi Hijau di Alam Perdana, yang telah dijual kepada Barisan Elit Sdn Bhd yang melibat Khir Toyo," kata Khalid dalam sidang media selepas tamat sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) di sini semalam.

Tegas beliau, "tujuan saya lakukan ini untuk menunjukkan perbezaan di antara Pakatan Rakyat dan BN. Pakatan menumpukan usaha untuk kebajikan semua rakyat dan tidak beri kepada kroni. Tapi BN, kroni mereka yang terlibat," katanya.

Khalid juga menegaskan bahawa bukti yang melibatkan transaksi yang didedahkan beliau pada sidang dewan Selasa lalu adalah jelas.

Wang rakyat

Katanya, tindakan beliau itu bukan untuk menuding jari kepada individu yang bersalah, sebaliknya menjelaskan wang rakyat yang diselewengkan.

"Bukan nak cakap dia salah tetapi hasil yang dilakukan ini bukan untuk rakyat.

Transaksi yang dibuat juga sudah jelas. Itu yang saya hendak tunjukkan. Program Jom Shopping yang kita lakukan pergi kepada rakyat. Tapi sebaliknya apa yang berlaku dulu, beli tanah dari ejen dan beri pula kepada dia (individu yang menyeleweng)," katanya.

Selasa lalu, Khalid mendedahkan mengenai beberapa transaksi penjualan tanah di Science Park 2 di mana tanah kerajaan negeri telah diberikan kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPNS) dan dijual dengan harga murah kepada Nikmat Inai Sdn Bhd.

Satim adalah salah seorang pemegang saham dan Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu.
Malah terdapat usaha pengambilan tanah oleh Khir Toyo berhubung beberapa lot dijual kepada Barisan Elit Sdn Bhd untuk taman perindustrian walaupun tanah masih berstatus pertanian.

Ketua Polis & Hishammuddin Pertahan Guna ISA

Posted: 18 Nov 2011 06:53 AM PST

KUALA LUMPUR, 18 Dis ― Penahanan 13 anggota kumpulan militan di Sabah baru-baru ini menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibuat selepas polis mendapat maklumat risikan dari dalam dan luar negara, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

"Saya bertindak atas maklumat risikan bukan dalam negara sahaja, (malah) dari serata dunia. Ini (isu keselamatan) berhubung kait dengan rantau lain.

"Ini bukan isu main-main.

"Saya terpaksa bertindak ikut kekuatan undang-undang yang masih relevan di negara kita and saya telah memberi penjelasan kepada Menteri Dalam Negeri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis taklimat Polis Diraja Malaysia untuk perwakilan asing di Maktab PDRM Cheras di sini.


Dipetil Bernama Online, beliau (gambar) diminta mengulas mengenai kenyataan Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling, yang menggesa polis supaya menjelaskan kedudukan sebenar penahanan itu supaya tidak disalah tafsir dan menimbulkan sangkaan buruk.

Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan juga mempertikaikan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menjanjikan mahu memansuhkan ISA tetapi mereka ditahan.

Ismail berkata, soal keselamatan tidak harus dipermainkan kerana keselamatan negara adalah tanggungjawab utama polis iaitu bagi membendung apa sahaja boleh mengancam dan menggugat keselamatan negara.

"Kita buat (tindakan ini) demi keselamatan negara. Kita tidak boleh tunggu sehingga sesuatu itu berlaku. Nasihat saya kepada sesiapa juga, jangan putar belitkan," katanya.

Ismail semalam mengesahkan tujuh rakyat Malaysia dan enam warganegara asing ditahan di Sabah sejak Isnin lalu mengikut Seksyen 73 (1) ISA kerana disyaki ada kaitan dengan usaha untuk menghidupkan kembali gerakan militan di Sabah.

Identiti dan nama kumpulan militan itu tidak dinyatakan namun sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan polis menahan anggota militan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Omar yang juga dikenali sebagai kumpulan Kaltim dan berpangkalan di Kalimantan.

Laporan media menyebut kumpulan militan berkenaan menggunakan Tawau sebagai lokasi transit untuk pengumpulan senjata yang diperoleh dari selatan Filipina.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula kesemua enam warga Indonesia yang ditahan kerana terbabit dalam aktiviti militan akan diusir segera ke negara asal mereka.

Beliau berkata, tujuh warga tempatan yang turut ditahan bersama mereka akan didakwa di mahkamah sebaik siasatan selesai dan segala bukti dapat dikumpulkan.

Katanya, semua yang ditahan itu didapati mendapat latihan ketenteraan serta terbabit dalam penyeludupan senjata dan kegiatan mereka dikategorikan serius bukan saja oleh Malaysia tetapi juga pihak berkuasa Indonesia dan agensi lain di peringkat antarabangsa.

"Buat masa ini, semua mereka ditahan di bawah ISA kerana akta itu masih boleh digunakan untuk membendung kegiatan keganasan sehinggalah akta baru digubal pada Mac tahun depan," katanya.

Menyatakan bahawa beliau sebelum ini sudah dimaklumkan mengenai kegiatan kumpulan itu oleh pihak Indonesia, Hishammuddin mengingatkan semua pihak supaya tidak cuba mempolitikkannya kerana ia menyentuh secara langsung keselamatan dan kedudukan negara.

"Kita tidak gunakan sewenang-wenangnya ISA. Ia akan terhad kepada isu keganasan jadi pengesahan pihak Indonesia itu sedikit sebanyak membantu membuktikan kewajaran tindakan kita," katanya.

Walaupun negara tidak dijadikan sasaran, Hishammuddin berkata beliau tidak mahu melihat Malaysia dijadikan negara transit atau tempat menyimpan senjata atau dijadikan tempat latihan untuk merancang aktiviti keganasan di rantau ini.

Tiga belas individu yang ditahan di Tawau, Sabah sejak Isnin lalu itu disyaki terbabit dalam kegiatan subversif, termasuk cubaan menghidupkan kegiatan militan yang dikhuatiri boleh mengancam keselamatan negara dan rakyat.

September lalu, Najib mengumumkan ISA dimansuhkan dan memberi jaminan dua undang-undang baru yang akan digubal untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang serta perbuatan jenayah tidak akan digunakan untuk menahan sebarang individu semata-mata kerana ideologi politik.

Bagaimanapun, dua akta baru bagi menggantikan ISA perlu dikuatkuasakan dahulu sebelum pemansuhan ISA boleh dilakukan.

NFC: PKR gesa Putrajaya dedah minit mesyuarat Kabinet

Posted: 18 Nov 2011 04:36 AM PST

PETALING JAYA, 18 Nov ― PKR kini menuntut agar pentadbiran Najib mendedahkan minit mesyuarat Kabinet sejak 2006 kepada umum bagi menentukan sama ada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak terlibat secara langsung dalam penganugerahan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) kepada syarikat suaminya.

Pengarah Strateginya Rafizi Ramli berkata kenyataan NFC semalam hanya mengesahkan kesemua pendedahan dibuat oleh parti komponen Pakatan Rakyat itu ke atasnya.

Oleh itu kata Rafizi, Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang juga suami Shahrizat, tidak menafikan sebarang dakwaan sebaliknya menawarkan penjelasan kepada pelbagai percanggahan terbabit dalam projek ternakan lembu RM250 juta dibiayai kerajaan persekutuan itu.


"Beliau (Mohamad Salleh) menjawab sembilan pendedahan. Tetapi tidak satu pun adalah penafian ataupun menolak dakwaan kami.

"Setiap apa yang dikatakan olehnya hanylah untuk menjelaskan, memberi alasan kepada apa yang kami dedahkan," kata Rafizi pada sidang akhbar di sini petang ini.

Tambah beliau PKR akan mendedahkan lagi isu berkenaan projek itu.

Rafizi berkata dalam kenyataan dengan Berita Harian hari ini Salleh ada mengakui bahawa perjanjian pinjaman RM250 juta "tidak menyatakan jadual pembayaran balik."

"Ini mengesahkan pendedahan PKR sebelum ini bahawa walaupun dana RM250 juta disebut sebagai pinjaman, ia lebih berupa geran kerana NFC tidak dikenakan sebarang jadual pembayaran atau caj faedah seperti pinjaman biasa.

"Saya juga kesal dengan kenyataan Datuk Seri Dr Mohamad Salleh yang bukan sahaja tidak menyangkal pendedahan PKR mengenai pembelian kondominium mewah menggunakan dana rakyat, malah mengesahkan bahawa dana yang diselewengkan adalah lebih tinggi dari yang didedahkan minggu lepas," katanya.

Tambah beliau, pembelian dua unit kondominium mewah di unit B1-1 dan B1-2 di Tingkat 1, Blok B One Merenung sebenarnya membabitkan perbelanjaan RM13.8 juta.

Kata beliau, ketiga-tiga pengakuan NFC ini mengingatkan rakyat bahawa isu pokoknya adalah soal kebertanggungjawaban menteri dan kerajaan menjaga wang rakyat.

Tambah beliau, ketiga-tiga pengakuan tersebut mendedahkan bagaimana projek negara diberikan kepada keluarga menteri yang langsung tidak mempunyai latar belakang dan kepakaran dalam bidang penternakan komersil; dana RM250 juta diberikan begitu sahaja tanpa ada syarat-syarat ketat dan pemantauan walaupun ia dipanggil pinjaman; dan dejumlah RM13.8 juta diselewengkan sewenang-wenangnya untuk membeli hartanah yang akhirnya menjadi milik keluarga menteri kerana NMLC milik keluarga Shahrizat sepenuhnya.

"Oleh itu, PKR menggesa supaya Perdana Menteri bertindak segera menjawab sama ada berlaku penyelewengan semasa penganugerahan projek ini kepada NFC dan menerangkan penglibatan Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam proses membuat keputusan kerajaan bersabit projek ini.

"Kesemua keterangan lain yang dibuat NFC semalam akan dihuraikan dalam satu sidang media khas di lobi Parlimen hari Isnin ini melibatkan YB Saifuddin Nasution Ismail, YB Zuraida Kamaruddin dan saya sendiri, untuk membolehkan kami meneliti semua maklumat dan dokumen yang kami ada setakat ini," katanya lagi.

themalaysianinsider

Debat NFC - 12 Disember Ini.. Ada Berani Ke Khairy??

Posted: 18 Nov 2011 04:32 AM PST

KUALA LUMPUR, 18 Nov ― Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mengesyorkan debat antara beliau dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berhubung isu projek kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) diadakan pada 12 Disember ini.

Perkara itu dinyatakan dalam satu surat dihantar kepada Khairy oleh Rafizi hari ini.

Salinan surat diedarkan kepada media petang ini.

Tiada ulasan: