Jumaat, 18 November 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


DR HASSAN ALI LAMBANG KEGAGALAN DAKWAH DI SELANGOR?

Posted: 18 Nov 2011 07:44 AM PST

 Oleh:  Greenboc


Pendedahan Dr. Hassan Ali kononnya bahawa umat Islam di negara ini boleh dimurtadkan dengan menggunakan sejenis radio rakaman menggunakan tenaga solar yang dimuatkan dengan cerita-cerita Kristian mendedahkan kejahilan beliau sendiri di dalam dunia teknologi moden dan maklumat.


Buatlah HIMPUN berjuta kali sekalipun, tapi kalau dah jalan dakwah disekat tiada gunanya...
Ini bererti beliau sudah lama terkurung di dalam gua kebodohan sendiri kerana penyebaran ugama, tak kira apa pun ugama, sudah jauh melangkaui daripada hanya apa yang didedahkan olehnya.

GB ingin bertanya kepada Dr. Hassan Ali dan Jais sendiri, apa sumbangan dan usaha kamu pula di dalam menggunakan teknologi-tekonologi berkenaan untuk menyebarkan dakwah dan pengembangan Islam?


Mana Al-Quran digital kamu? Mana 'Solar Powered Handheld Talking Quran' kamu? Atau paling sengkek, mana portal dan lamanweb Q&A mengenai Islam kamu?

Illek!

Yang hanya kamu tahu nak tangkap dan dakwa orang sampaikan tazkirah di surau seperti kes Bob Lokman. Yang kamu tahu nak berarak buat HIMPUN sehingga HIMPUN sendiri yang kononnya nak perjuangkan aqidah tetapi masing-masing tinggalkan waktu Asar. Yang kamu tahu, ialah bagaimana nak berperanan untuk tumbangkan kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim di Selangor.


Wahai orang yang bernama Hassan Ali dan pertubuhan yang bernama JAIS. Mari kukuliahkan kepada kamu:


Dunia hari ini adalah dunia tanpa sempadan. Dengan adanya internet maklumat semakin rancak di alam siber. Pelbagai bahan yang ada di "langit" ini. Kita tidak dapat menahannya dan tidak dapat mengawalnya, malah tiada sebuah negara pun di atas dunia yang mampu mengawal internet. Tiada sebuah kerajaan pun di dunia yang mampu mengawal arus gelombang maklumat yang bergerak di alam siber.


Bahan lucah, porno, maklumat mengenai ugama-ugama lain, malah ajaran Ayah Pin dan Abuya Asyaari pun bersepah di alam siber.


Ada ratusan, malah ribuan tapak web yang menghidangkannya kepada masyarakat dunia termasuklah masyarakat islam di negara kita.


Malah kini orang sedang sibuk dengan facebook, dengan blog, dengan twitter, dengan segala macam mak nenek teknologi hujung jari terdapat di alam siber ini.

Terangkan kepada saya bagaimana kamu-kamu dapat mengawal itu semua?


Tak boleh. Yang boleh dan perlu kita lakukan kini ialah menggunakan teknologi yang sama, alam yang sama TETAPI menawarkan isi kandungan yang berbeza.


Peperangan zaman dahulu menggunakan kuda dan panah. Tetapi peperangan zaman ini adalah peperangan teknologi dan peperangan maklumat.


Umat Islam perlu muncul dengan ilmu Islamnya untuk dihidangkan di alam siber. Kita perlu menawarkan kebenaran dan keindahan Islam dengan taktik dan teknik yang baru. Menggunakan dan memenafaat alam digital sebagai satu uslub dan media baru di dalam dakwah. Malah ia dilihat sebagai satu wajibul-waqti (kewajipan semasa) ketika ini. Kita perlu tampil dengan kaedah baru, membawa obor Islam untuk menangkis segala serangan aqidah dan syariat yang berlaku ekoran perkembangan pesat teknologi moden hari ini.


Jangan pula kamu datang berlagak dengan press conference bebal kamu dengan menyatakan kesemua blog, twitter, facebook dan peralatan dakwah kena ada tauliah daripada JAIS pula!


Sekarang sekali lagi saya bertanya: apa sumbangan Hassan Ali dan JAIS di dunia siber dan era teknologi moden di dalam usaha memperjuang, memperkembang dan memertabatkan Islam daripada hanya melemparkan tuduhan tetapi kemudian tidak dapat mendakwa kerana ketiadaan bukti?
--------------------------------------------------------------------------------
Ulasan Saya;
Setuju dengan apa yang disebut oleh sahabat Greenboc di atas.  Sebelum Dr Hassan Ali bertegang urat di dalam Dun mendedahkan taktik golongan `Kristianisasi', lebih baik beliau menggunakan pengaruhnya sebagai Exco Agama Kerajaan Negeri Selangor yang mewakili PAS berbincang secara serius dengan JAIS bagaimana untuk memudahkan kerja dakwah di Selangor, khususnya. 
Ketika ini siapa kisah dengan gaya hidup Bob Lokman?  Pernah JAIS atau Dr Hassan Ali kisah?

Sehingga kini, beberapa tokoh politik seperti YB Dr Rani, YB Khalid Samad, YB Shaari Sungip dan beberapa pendakwah yang ikhlas berjuang seperti Bob Lokman telah disekat-sekat kerja dakwah mereka semata-mata kerana Tauliah.  Paling malang sekali, JAIS masih gagal untuk membuktikan kesemua mereka itu mengajar atau bertazkirah ajaran sesat. 
Bila sudah insaf, beliau menjadi mangsa....................

Usahlah Dr Hassan Ali pening memikirkan soal yang lebih tinggi dan dalam seperti soal `tenaga solar' dan sebagainya.  Kita tidak patut pening memikirkan soal tenaga solar itu sekiranya jalan dakwah tidak disempitkan.  Pada saya, Dr Hassan Ali adalah lambang kegagalan dakwah Islam di Selangor dan PAS tidak patut berdiam diri./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: