WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- MB : Syabas Berniaga Air Cara Hutang
- MUKA TAK MALU MAKAN DUIT RAKYAT
- MULA MULA NAFI ...AKHIRNYA TARIK PULA....
MB : Syabas Berniaga Air Cara Hutang Posted: 16 Nov 2011 06:22 AM PST SHAH ALAM, 16 NOV : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan tindakan beberapa syarikat konsesi air seperti Syabas yang menjalankan operasi perniagaan mereka secara berhutang dan bukannya berdasarkan kemampuan kewangan syarikat terbabit. Kesan dari itu mengakibatkan Syabas terpaksa menaikkan tarif air bagi membayar pelbagai tunggakan kepada pihak yang memberi hutang. Menurut Khalid, selepas Syabas mendapat kontrak bagi konsesi perbekalan air, syarikat tersebut menjadikan perjanjian kontrak tersebut sebagai cagaran untuk mendapatkan hutang dari pasaran-pasaran kewangan. "Syabas telah berhutang sebanyak RM3 bilion dari syarikat-syarikat kewangan sejurus selepas memperoleh perjanjian konsasi tersebut. "Ini menunjukkan asas perniagaan Syabas adalah dari sumber hutang bukannya dari kemampuan kewangan syabas sendiri." kata beliau ketika menjawab soalan Adun Lembah Jaya, Abdul Khasim Abdul Aziz. Beliau yang juga Adun Ijok berkata akibat dari bebanan hutang yang tinggi, bebanan tersebut terpaksa ditanggung oleh rakyat dengan cara Syabas menaikkan tarif air. "Apabila hutang tidak dapat dibayar Syabas telah meminta dari kerajaan persekutuan. "Disebabkan nak bantu syarikat kroni kerajaan pusat telah menggunakan wang rakyat dengan memberi pinjaman sebanyak RM300 juta tanpa faedah selama tujuh hingga lapan tahun." jelas Khalid. Menurut Khalid lagi akibat dari ketidakcekapan Syabas serta beberapa syarikat konsasi air di Selangor ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa menggunakan dana yang tinggi untuk mengambil alih industri air dinegeri ini. "Selangor perlu menggunakan hampir RM10 bilion untuk mengambil alih air Selangor kerana kos tersebut turut melibatkan hutang-hutang syarikat konsasi tersebut dengan pasaran-pasaran kewangan. "Walaupun bayarannya agak besar tetapi industri air ini perlu diselamatkan bagi menjamin tidak berlaku penguasaan yang sewenang-wenangnya oleh mereka yang tidak bertanggung jawab yang akhirnya dibebankan kepada rakyat." ujar beliau lagi.
| ||
MUKA TAK MALU MAKAN DUIT RAKYAT Posted: 16 Nov 2011 06:18 AM PST Berdasarkan rekod kewangan syarikat projek ternakan lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), PKR mendakwa terdapat lebih banyak penyelewengan dalam syarikat yang dimiliki oleh keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil. 2. Lembu-lembu bernilai RM70,000 dikatakan dijual secara kredit kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique pada tahun 2008; dan harga pembelian hanya dibayar sepenuhnya pada tahun 2009. Syarikat itu, sebelum ini, didakwa telah membelanjakan sebanyak RM250 juta dana awam yang diperuntukan dalam bentuk pinjaman mudah. Namun sehingga hari ini, tiada ulasan berhubung segala dakwaan yang dilemparkan dijawab. | ||
MULA MULA NAFI ...AKHIRNYA TARIK PULA.... Posted: 16 Nov 2011 06:14 AM PST Tak habis-habis kerajaan Njib 1 Malaysia ni dengan berbagai skadal dan juga pentadbiran.Walau diberikan maklumat yang tepat berhubung dengan beberapa barangan yang tercemar, seperti biasanya kerajaan dan pecacai Umno tetap menafikan sehinggalah ianya terbukti. Sikap beginilah yang sedang menjahanamkan Umno dan kita harap ianya dapt menyedarkan rakyat bahawa kerajaan yang ada sekarang ini tidak harus di kekalkan dan harus di tolak bagi menggantikan dengan kerajaan yang baru. Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah menarik balik susu tepung jenama itu dari pasaran, sehari selepas dakwaan bahawa kandungannya melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Akta Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Dalam satu kenyataan di laman web hari ini, KR1M berkata produk itu telah dikeluarkan buat sementara waktu tetapi tidak memberikan sebarang sebab bagi berbuat demikian. "Pembekal susu tepung KR1M telah dimaklumkan dan produk berkenaan telah dikeluarkan buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak," petik kenyataan itu. Mengenai dakwaan sos cili jenama 1Malaysia yang didakwa mempunyai tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan, pengendalinya menafikan perkara itu. "Buat masa ini, ujian makmal dari pembekal menunjukkan bahawa formula produk itu mematuhi keperluan Akta Peraturan-Peraturan Makanan," petik kenyataan itu lagi. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan