MIMPI SENJA |
- Filem porno : 2 kembar Indonesia popular di Amerika
- Lagi artis beraksi seksi di majalah FHM Indonesia
- Tahanan Wanita Terakhir Di Bawah ISA Dibebaskan
Filem porno : 2 kembar Indonesia popular di Amerika Posted: 09 Nov 2011 03:31 PM PST JAKARTA: Sejak berita mengenai dua bintang filem porno popular di Amerika Syarikat, Jade dan Nyomi Marcela (gambar) berasal dari Tegal, Jawa Tengah, ia menimbulkan perbincangan hangat pro dan kontra di antara artis seksi di Indonaesia. Malah, Datuk Bandar Tegal, Ikmal Jaya kesal dan mengecam dua beradik kembar yang telah membintangi ratusan filem seks. Artis seksi, Nikita Mirzani berpendapat, keputusan dua saudara kembar untuk menjadi bintang porno di Amerika, adalah keputusan peribadi dan hak mereka sendiri. "Bagi mereka, itu mungkin keputusan yang terbaik. Di luar negara setiap pekerjaan itu memang dihargai," kata Nikita kepada Pos Kota. semalam. "Tahniah kerana mereka berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Ini mungkin kerana mereka mempunyai kelebihan berbanding dengan wanita tempatan di sana (Amerika)," katanya. Julia Perez atau lebih dikenali sebagai Jupe berpendapat dia tidak mempunyai hak unutk menilai peribadi Jade dan Nyomi yang sekarang dikenali sebagai artis porno di negara 'Uncle Sam' itu. "Saya tak ada hak untuk menilai. Sekiranya itu pilihan mereka, mahu kata apa lagi?" katanya. Jupe yang sering tampil seksi di dunia perfileman tempatan menambah, kedua Jade dan Nyomi Marcela membuat keputusan sendiri dan tiada siapa yang boleh menghalang. "Sekiranya mereka merasakan keputusan itu tidak merugikan diri mereka sendiri maka orang lain tidak ada hak untuk mencampuri urusan peribadi mereka," kata Jupe. - Pos Kota |
Lagi artis beraksi seksi di majalah FHM Indonesia Posted: 09 Nov 2011 05:25 AM PST NAMA PENUH: Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul KETURUNAN: Melayu, Iran dan Scottish TARIKH LAHIR: 9 September 1987 ASAL: Kuala Lumpur KERJAYA: Pelakon dan model AKADEMIK: Diploma Broadcasting & A Levels Law and Business STATUS: Bujang KELUARGA: Anak kelima dari lapan beradik Sumber http://bulanpurnama89.blogspot.com/2011/11/gambar-zarina-anjoulie-seksi-dalam-fhm.html#ixzz1dDLoJqpr |
Tahanan Wanita Terakhir Di Bawah ISA Dibebaskan Posted: 09 Nov 2011 04:26 AM PST TAIPING: Tahanan wanita terakhir di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terlibat dengan kegiatan penyeludupan manusia dibebaskan pada Rabu selepas 217 hari menjalani proses pemulihan di Tempat Tahanan Perlindungan Taiping di Kamunting di sini petang Rabu. Wanita berusia 48 tahun itu menyifatkan tempat tahanan itu sebagai "tempat terbaik" untuk mereka yang seperti beliau bagi menjalani proses kesedaran serta pemulihan. "Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk kembali ke pangkuan anak-anak yang lama saya tinggalkan, keluarga dan masyarakat. "Saya insaf dan tidak ingin mengulangi kesilapan. Wajib bagi kita rakyat Malaysia untuk taat kepada negara supaya tidak lakukan kesilapan yang boleh mendatangkan bencana kepada negara," katanya kepada pemberita di Bilik Gerakan, Tempat Tahanan Perlindungan Taiping di sini. Katanya beliau tidak mahu lagi mengungkit atau menyebut lagi kisah lama itu kerana ingin membina hidup baru bersama-sama kedua-dua anaknya yang berusia 29 dan 25 tahun. Sepanjang menjalani tahanan dan proses pemulihan, wanita yang merupakan seorang kerani perkapalan sebelum ini, telah mempelajari kemahiran kraftangan di samping ilmu agama dan aktiviti lain. "Saya berterima kasih kepada Menteri Dalam Negeri, semua pegawai dan anggota Tempat Tahanan Perlindungan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan lain-lain. Bagi saya ini tempat terbaik untuk menjalani proses pemulihan. "Pemulihan di sini ternyata memang ke arah membina kehidupan yang baru," katanya. Beliau dibebaskan pada 4.30 petang tadi dan kepulangannya ke pangkuan keluarga disambut oleh anaknya di sini. Wanita itu yang ditahan sejak 7 April tahun ini merupakan antara empat wanita yang ditempatkan di Tempat Tahanan Perlindungan Taiping sejak 10 tahun lepas. Tiga yang lain dibebaskan sebelum ini. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pembebasan wanita yang sepatutnya ditahan selama dua tahun itu dibuat dengan bersyarat dan berdasarkan penilaian tertentu khususnya mencakupi aspek keagamaan, psikologi serta kaunseling. Pengarah Tempat Tahanan Perlindungan Taiping Mohd Roslen Ramly pula berkata jumlah tahanan yang masih menjalani proses pemulihan di situ kini sebanyak 37 orang, dan daripada jumlah itu, 23 adalah warga negara asing. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan