WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
HAJI NAJIB DAN HAJAH ROSMAH, MUNGKINKAH ADA PERUBAHAN? Posted: 09 Nov 2011 10:47 AM PST Oleh: WFAUZDIN NS Haji Najib dan Hajah Rosmah kembali dari menunaikan Haji. Ada perubahankah? TEPAT jam 3.25 petang semalam, sebuah pesawat khas telah mendarat di KLIA dengan membawa seorang pemimpin negara bergelar Haji Najib dan isterinya Hajjah Rosmah Mansor. Walaupun mereka berdua dikatakan bakal Haji paling lewat berlepas ke Mekah, tetapi mereka paling awal balik ke tanahair. Saya pernah mendengar orang tua-tua dahulu berkata, apabila hati kita begitu ikhlas dan rindu ke Tanah Suci, kita akan merasa tidak sabar untuk sampai ke Tanah Suci dan ramai yang berebut-rebut untuk bertolak awal. Apabila selesai ibadah Haji pula, mereka akan merasa begitu berat untuk kembali ke Tanah Air kerana hati sudah terlekat di bumi Mekah malahan ada yang merasa alangkah bertuahnya jika dapat mati di sana dan dikebumikan di bumi yang terkandung di dalamnya kekasihNya Nabi Muhammad S.A.W. Dikatakan, seandainya tiada lagi waris atau keluarga yang terpaksa dijaga di Tanah Air, mereka tidak mahu kembali ke negara mereka. Itulah hebatnya keikhlasan orang yang mengerjakan Haji. Hajah Rosmah Mansor kembali dari Mekah Tok-Tok Guru juga pernah memberitahu, untuk mengetahui seseorang itu mendapat Haji yang Mabrur atau tidak boleh dilihat selepas mereka kembali dari menunaikan Haji. Peribadi, kelakuan dan amalannya pasti lebih baik dari sebelum menunaikan Haji. Sekiranya yang dilihat adalah sebaliknya atau tiada perbezaan apa-apa, maka amat malang sekali. Orang yang diuji dengan kesusahan dan kesukaran di Tanah Suci Mekah, dan mereka dapat bersabar dengan segala ujian itu, InsyaAllah, amalan mereka diterima Allah dan mereka mempunyai harapan cerah untuk mendapat Haji yang Mabrur. Bagaimana pula dengan mereka yang hadir ke sana dengan `senang lenang' malahan mendapat jagaan `istimewa' di Tanah Suci Mekah? Wallahu Aklam. Kita bertuah mempunyai PM dan isterinya yang kini berstatus `Haji'. Bertuah juga mereka kerana amal ibadat mereka dilihat oleh seluruh negara melalui `live' setiap hari. Tentunya rakyat di negara ini tiada yang tidak tahu bahawa mereka kini bergelar `Haji'. Sebagai orang yang bergelar `Haji', tentulah rakyat mahu lihat apa yang akan pemimpin ini lakukan selepas ini. Tentulah kita mendoakan agar kesemua yang mengerjakan Haji akan mendapat Haji yang Mabrur, termasuk Haji Najib dan Hajjah Rosmah. Bukan kerja kita untuk menilai `Haji' seseorang, itu adalah kerja Allah S.W.T. Kita cuma mahu pemimpin kita ini lebih baik dari sebelum bergelar Haji. Amat malang sekiranya kembalinya dari Haji, kezaliman masih berleluasa, pemimpin rasuah masih dikekalkan di dalam kerajaan dan hak rakyat tidak dikembalikan semula. Jika dahulunya kuat menipu, selepas bergelar `Haji', jangan pula bertambah kuat menipu. Gelaran `Haji' bukanlah benteng untuk mengelak dari bertanggungjawab di dalam beberapa isu yang masih belum selesai seperti isu, "Mengapa Altantuya Dibunuh" dan "komisyen kapal selam" serta isu `Cincin Puaka RM 24 Juta' itu./wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan