Kelab Greenboc |
- Misteri Pembunuhan Adrian Jay Pereira Terungkai
- Mahkamah Rayuan Tolak Permohonan SYABAS
- Gobala Diberi Amaran Keras, Tidak Minta Maaf Bukti Beliau Bukan Lelaki Sejati
- Mengapa PERKASA Tak Berani Dajjalkan Sama Marina Mahathir?
- [Waspada] "Bak Kut Teh" Halal Diragui
- K'jaan Selangor Akan Beri Bayaran Kepada Mereka Yang Lapor Rasuah
- Projek Lembu: Apa Hubungan Shahrizat Dan Noh Omar Sehingga Saling Membela?
- [WASPADA] Harga Beberapa Barangan KR1M Jauh Lebih Mahal
- Jasad Pelajar Malaysia Mati Dibunuh Di Jawa Timur Tiba Di KLIA
- Najib Sedang Menuju Jalan Mati Dan Pilihan Terbaik Baginya Ialah Berundur
Misteri Pembunuhan Adrian Jay Pereira Terungkai Posted: 10 Nov 2011 12:45 AM PST Malang - Misteri pembunuhan Adrian Jay Pereira pada Isnin lalu mula terungkai apabila polis Indonesia semalam mendedahkan bahawa dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal kapcai dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut ANGGOTA polis Indonesia mencari bukti-bukti di luar kawasan rumah sewa Adrian di Malang semalam bagi mengenal pasti pembunuhnya. Perkara itu diperoleh hasil penemuan bukti dan siasatan polis forensik di Tempat Kejadian Perkara (TKP) yang dilakukan bersama Pasukan Identifikasi Polis Jawa Timur yang mengambil keterangan daripada beberapa saksi yang mempunyai maklumat. "Kita ketahui pelaku melibatkan dua lelaki yang menunggang motosikal kapcai," kata Ketua Polis Daerah Kota Malang, Adjutan Pesuruhjaya Besar Polis (KBP) Teddy Minahasa yang ditemui Detiksurabaya.com di sini semalam. Menurut Teddy, dua suspek yang menaiki motosikal kapcai itu juga memakai baju hujan dan mereka memakai topi keledar menutup muka. Mengulas lanjut, kata beliau, pihaknya yakin kedua-dua suspek yang membunuh mahasiswa semester lima Fakulti Kedoktoran di Universiti Brawijaya itu merupakan penjenayah yang berpengalaman dalam kegiatan mencuri motosikal. Ia berdasarkan modus operandi yang digunakan oleh suspek sehingga Adrian terbunuh di depan rumah sewanya. "Dua suspek itu diyakini penjenayah tegar," ujar Teddy. Hasil siasatan TKP itu, kata Teddy, pihaknya sedang mengumpulkan seluruh data suspek yang terlibat dalam kes-kes kecurian motosikal yang pernah dilakukan sebelum ini. Katanya, siasatan kes Adrian yang melibatkan pasukan khas diharapkan dapat diselesaikan dalam waktu terdekat. "Kerjasama daripada orang ramai amatlah diperlukan untuk menyegerakan siasatan kes ini," kata beliau. Teddy berkata, motif pembunuhan Adrian jelas disebabkan jenayah. -kosmo Pembunuh Mahasiswa Malaysia Pakai Sepeda Motor |
Mahkamah Rayuan Tolak Permohonan SYABAS Posted: 09 Nov 2011 10:56 PM PST Kuala Lumpur, 9 Nov: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas ) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan menolak permohonan pihak Syabas untuk memenjarakan Ahmad Lutfi Othman dan peguam Kerajaan Selangor, Fahdah Nur Ahmad Kamal di atas dakwaan menghina mahkamah. Pada 5 Julai lalu, Hakim Tuan Mohamad Arif Md Yusuf menolak permohonan Syabas yang mendakwa artikel Harakah yang bertajuk 'SAR bantu kempen bantah kenaikan tarif air ' adalah satu penghinaan mahkamah. Mohamad Arif di dalam keputusannya memutuskan artikel tersebut bukan satu penghinaan kepada mahkamah meskipun ianya diterbitkan dalam keadaan kes Syabas menyaman Kerajaan Selangor masih dalam proses mahkamah. Hakim tersebut memutuskan artikel Harakah tersebut adalah menyentuh kepentingan awam dan Ahmad Lutfi dan Fahdah dilindungi oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bersuara yang merangkumi kebebasan media. Beliau juga mengarahkan Syabas membayar kos RM20,000 kepada Ahmad Lutfi dan RM20,000 kepada Fahdah. Ketika menolak rayuan pihak Syabas, hakim-hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Zainon Ali, Datuk Ramly Ali dan Datuk Zaharah Ibrahim memutuskan bahawa mereka tidak nampak wujudnya kesilapan di dalam keputusan Mahkamah Tinggi dan memutuskan enggan mengganggu keputusan tersebut. Mahkamah Rayuan juga memutuskan supaya Syabas membayar kos RM60,000 iaitu RM30,000 kepada Ahmad Lutfi dan Fahdah. Ahmad Lutfi diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin manakala Fahdah pula diwakili peguam Tommy Thomas. -HD Klik untuk baca |
Gobala Diberi Amaran Keras, Tidak Minta Maaf Bukti Beliau Bukan Lelaki Sejati Posted: 09 Nov 2011 09:08 PM PST Ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan semalam diberi amaran oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam supaya tidak memberi sebarang komen membabitkan perbicaraan kes yang sedang berjalan. Gobalakrishnan diperintahkan hadir ke mahkamah untuk memberi penjelasan berhubung kenyataannya yang didakwa 'menyerang' peribadi Manjeet Singh Dhillon, peguam dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain. Kenyataan ahli parlimen itu diterbitkan di dalam akhbar Utusan Malaysia di bawah tajuk 'Manjeet selalu burukkan kerajaan' pada 16 Ogos lepas dan kenyataannya itu turut disiarkan dalam Buletin Utama TV3 pada hari yang sama. Hakim Datuk Akhtar Tahir berkata Gobalakrishnan tidak sepatutnya membuat komen yang tidak betul dan subjudis terhadap kes yang sedang berjalan apatah lagi beliau tidak pernah hadir ke mahkamah untuk mengikuti kes itu. Beliau berkata apa yang membimbangkannya ialah ahli parlimen itu telah melibatkan mahkamah dan memanipulasikannya untuk tujuan politik. "Biar saya beritahu anda, hakim-hakim di Malaysia lebih bebas daripada apa yang kamu fikirkan. Kami tidak bodoh dan hanya duduk di sini membenarkan timbalan pendakwa raya dan peguam lakukan apa yang mereka mahu. "Kami berlandaskan undang-undang. Saya tidak bercadang untuk ambil tindakan kepada kamu hari ini kerana saya percaya untuk memberi peluang kedua. Saya akan memberi amaran kepada kamu dan ini adalah amaran terakhir, ada apa-apa kamu nak cakap," kata Akhtar. Gobalakrishnan kemudian memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak mengingati komen yang diberikannya. Akhtar berkata beliau telah memanggil wartawan Utusan Malaysia yang menemubual ahli Parlimen itu dan berdasarkan penjelasan wartawan berkenaan Gobalakrishnan didapati telah mengeluarkan komen tersebut. "Jika anda lelaki sejati anda akan meminta maaf, jangan ulangi lagi. Saya tidak mahu membuang masa saya. Awak boleh pergi jika awak mahu," kata Akhtar. Gobalakrishnan yang hadir memakai kemeja panjang biru, berseluar hitam dan berkasut sukan kemudian dilihat terus meninggalkan mahkamah. Sebelum ini, Akhtar turut memberikan amaran yang sama kepada ketua pengarang dan wartawan Utusan Malaysia, Raja Syahrir Abu Bakar serta memerintahkan penerbit Buletin Utama TV3 untuk hadir ke mahkamah bagi memberi penjelasan berhubung penyiaran kenyataan anggota Parlimen Bebas itu. Pada 18 Ogos lepas, Manjeet yang mewakili tertuduh pertama dalam kes berkenaan, N.Pathmanabhan, membangkitkan mengenai penerbitan artikel tersebut yang didakwa subjudis terhadap perbicaraan kes itu. Dalam artikel dan berita tersebut, Gobalakrishnan dilaporkan memberi komen berhubung tindakan Manjeet yang didakwa beberapa kali meminta mahkamah mengenakan tindakan menghina mahkamah terhadap pihak pendakwaan dalam kes pembunuhan itu. Manjeet kemudian memfailkan saman fitnah pada 26 September lepas bagi menuntut gantirugi am serta khas berjumlah RM2.5 juta dan beliau menamakan Gobalakrishnan, Raja Syahrir, Utusan Melayu (M) Berhad dan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) sebagai defendan-defendan. Dalam penyataan tuntutannya, peguam itu mendakwa tindakan kesemua defendan menyebabkan reputasi dan keperibadian termasuk profesionalisme beliau telah tercemar di mata rakyat Malaysia dan antarabangsa. Sementara itu, saksi ke-65 pendakwaan, pegawai perubatan dari Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Amir Saad Abdul Rahim, 40, memberitahu prosiding perbicaraan bahawa sampel darah isteri dan tiga anak salah seorang mangsa, pegawai bank Noorhisham Mohamad, telah diambil pada 19 September tahun lepas untuk dibuat perbandingan asid deoksiribonukleik (DNA). Turut memberi keterangan pada hari ini ialah jurutera utama DiGi Telecommunication Chong Chee Wah dan penolong pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi Sarjan Syed Mohd Nazri Syed Darus, 51. Pathmanabhan, bekas peguam, dan tiga pekerja ladang T.Thilaiyalagan, R.Matan dan R.Khatavarayan didakwa membunuh Sosilawati, 47, Noorhisham, 38, Ahmad Kamil, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010. Pathmanabhan, 42, Thilaiyagan, 20, Matan, 21, dan Khatavarayan, 31, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Perbicaraan yang masuk hari ke-47 bersambung hari ini. - Bernama Ulasan GB Semakin menjadi-jadi kedajalan Gobala dan semakin banyak kehinaan menimpanya semenjak keluar dari PR. Baru sahaja beliau dihalau keluar dari Dewan Rakyat lalu. Dia menyangka dia kebal undang-undang untuk berbuat dan bercakap sesuka hatinya apabila telah menjadi ahli parlimen bebas. Dia berfikir, BN akan bantunya di dalam setiap tindakan. Semalam diberi pula amaran keras oleh mahkamah. Hakim berkata "Jika anda lelaki sejati anda akan meminta maaf" tetapi apa yang dilakukan Gobala ialah "Gobalakrishnan yang hadir memakai kemeja panjang biru, berseluar hitam dan berkasut sukan kemudian dilihat terus meninggalkan mahkamah." Rumusan: Gobala bukan lelaki sejati. |
Mengapa PERKASA Tak Berani Dajjalkan Sama Marina Mahathir? Posted: 09 Nov 2011 07:37 PM PST Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan sama ada kumpulan pendesak Melayu, PERKASA akan juga melabelkan anak mantan perdana menteri, Datin Paduka Marina Mahathir sebagai dajal kerana menyokong dan pernah merasmikan program Seksualiti Merdeka sebelum ini? Menurut Mahfuz, beliau hairan Marina, yang bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga penaung PERKASA tidak didajalkan oleh kumpulan itu atau mana-mana "pertubuhan rasis yang setiap hari berbohong kononnya memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam". "Mengapa tidak ada seorang pun dari gerombolan itu yang mendajalkan, menuntut supaya dilucutkan kewarganegaraan Marina dan dihalau dari negara ini? "Tak tahulah kalau-kalau Dr Mahathir yang dilaporkan sebagai penaung PERKASA atau (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk) Mukhriz (Mahathir) yang akan tampil sebagai junjungan besar puak itu dan mendajalkan serta menuntut dilucutkan kewarganegaraan Marina serta dihalau dari negara ini. Hawa nafsu "Maklumlah, sebelum ini PERKASA melabelkan Ambiga sebagai dajal dan menuntut supaya ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menyokong program songsang itu dan beberapa pertubuhan rasis pula menuntut dilucutkan kewarganegaraannya dan dihalau dari negara ini," kata Mahfus yang dipetik oleh organ rasmi PAS, Harakahdaily. Pada 2 November lalu, PERKASA menerusi Ketua Wiranya, Irwan Fahmi Ideris melabelkan pengerusi BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan sebagai 'dajal' kerana bersetuju merasmikan program Seksualiti Merdeka yang dijadualkan pada 9 November. Katanya, pejuang pejuang dan pendokong hak sivil itu sedang membawa "agama baru" yang bergabung sama dengan hak asasi dan menggalak homoseksual. Bagi Mahfuz, tidak dapat disangkal lagi penentangan kumpulan rasis berkenaan terhadap Seksualiti Merdeka bukan didorong oleh kesedaran agama dan moral tetapi semata-mata diapi-apikan oleh hawa nafsu oportunis untuk menghukum Ambiga yang pernah terlibat menuntut pilihan raya adil dan bersih. "Bila anak Dr Mahathir bertegas dengan pendiriannya, mereka tutup mulut rapat-rapat. Sikap dan perangai mereka jelas membuktikan bahawa bukan Tuhan, halal haram dan akhlak yang menjadi perkiraan dan penyebab tindakan mereka. "Apa mereka peduli tentang Tuhan, halal haram dan akhlak sedangkan tidak henti-henti nafsu oportunis mereka menggasak upah dari pemimpin-pemimpin perasuah dan perompak harta negara?" katanya lagi. Kelab maksiat Harakahdaily juga memetik pemimpin PAS itu berkata, pertubuhan-pertubuhan rasis seperti PERKASA, tidak pernah lantang pun sebelum ini tentang keruntuhan akhlak dan kebejatan moral. "Bersepah-sepah kelab-kelab maksiat, lorong maksiat serta sarang pelacuran dan pondan, mereka tidak ambil peduli, kerajaan tidak ambil peduli dan polis juga tidak mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan sebarang pengharaman. "Agaknya kerana Ambiga tidak merasmikan kelab, lorong dan sarang-sarang itu," sindir beliau. Akibat desakan kumpulan pelampau itu dan campurtangan pemimpin politik tertentu, polis juga mengharamkan semua acara anjuran Seksualiti Merdeka. Meskipun sedih dan terkilan dengan keputusan itu, penganjurnya memutuskan semua acara-acara awamnya yang dijadualkan tidak akan diteruskan demi menjaga keselamatan orang ramai yang bakal hadir. Program bagi memperkasakan hak golongan homoseksual (golongan lesbian, gay, bisexual and transgender - LGBT) agar mereka dihormati dan diterima di masyarakat negara ini telah dianjurkan sejak tahun 2008. -mk |
[Waspada] "Bak Kut Teh" Halal Diragui Posted: 09 Nov 2011 06:15 PM PST Seorang pengguna yang mengunjungi sebuah pasar raya di Damansara Damai di sini, terkejut apabila mendapati Mi Segera Sayuran 'bak kut teh', yang sering dikaitkan dengan penggunaan babi sebagai salah satu ramuan, dijual secara terbuka, dua minggu lalu. Gambar: YUSMARIATI menunjukkan mi bak kut teh dengan logo halal yang dibelinya di sebuah pasar raya di Damansara Damai, Pataling Jaya. Tambah mengelirukan pengguna terbabit, Yusmariati Yusof, 32, mi segera jenama A1 yang dikilang sebuah syarikat dari Johor itu bukan saja dipamerkan bersama produk halal lain oleh pengurusan pasar raya berkenaan, malah turut mempunyai tanda halal dikeluarkan Islamic Food Research Centre Asia (IFRCA) "Saya kesal dengan tindakan pengurusan pasar raya berkenaan yang dilihat tidak sensitif dengan isu ini sedangkan umum mengetahui 'bak kut teh' sinonim dengan babi. "Bagaimana makanan dengan ramuan haram dimakan umat Islam boleh mendapat sijil halal serta dijual secara terbuka tanpa sebarang pemberitahuan kepada pengguna," katanya ketika ditemui Sentral di sini. Kesal dengan kejadian berlaku, Yusmariati kembali semula ke pasar raya itu keesokannya untuk membeli mi segera berkenaan sebagai bukti tetapi mendapati ia tidak lagi dipamerkan diatas rak, sebaliknya disimpan di dalam stor oleh pengurusan pasar raya. "Pengurusan pasar raya itu berkeras tidak mahu menjual produk berkenaan tetapi apabila saya berkeras, mereka akhirnya bersetuju, itu pun pembelian dilakukan tanpa resit, tanda harga serta plastik yang tertera nama pasar raya itu," katanya. Tinjauan Sentral mendapati, stok mi segera sayuran bak kut teh itu, kini tidak lagi dijual di pasar raya dimaksudkan. Pengurus A K Koh Enterprise Sdn Bhd, (A K Koh) Law Teng How ketika dihubungi mendakwa produk mi segera sayuran bak kut teh yang dikilangkan syarikat itu, tidak mempunyai ramuan babi seperti dikatakan pengguna. "Kami sedia maklum dengan kekeliruan yang timbul disebabkan nama produk ini tetapi ingin saya jelaskan, mi segera sayuran bak kut teh keluaran A K Koh tidak mengandungi babi, sebaliknya hanya resipi sup herba daging. "bak kut teh sebenarnya membawa maksud sup daging tulang, dan boleh dimakan sama ada dengan daging lembu atau kambing dan tidak semestinya babi seperti disangkakan kebanyakan pengguna. "Produk kami disahkan tidak mengandungi ramuan terlarang, termasuk babi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan A K Koh sendiri kini dalam proses memohon sijil halal daripada badan itu sejak Julai lalu. "Kami juga dalam proses menukar nama serta pembungkusan bagi produk ini kerana menurut JAKIM ia menimbulkan kekeliruan di kalangan pengguna, terutama sekali umat Islam," katanya. Sementara itu, wakil JAKIM ketika dihubungi memaklumkan pihaknya akan memberi maklum balas segera berhubung produk keluaran A K Koh itu. -BH |
K'jaan Selangor Akan Beri Bayaran Kepada Mereka Yang Lapor Rasuah Posted: 09 Nov 2011 04:25 PM PST Orang ramai yang melaporkan rasuah bakal menerima hadiah di bawah satu geran RM15 juta yang akan dilaksanakan di bawah bajet Kerajaan Selangor 2012. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, geran itu merupakan duit yang dahulunya hilang akibat rasuah dan ianya kini digunakan bagi melaksanakan program pembasmian rasuah yang lebih berkesan dan sistematik. Abdul Khalid berkata pelapor kes rasuah dan penyelewengan di dalam agensi Kerajaan Negeri Selangor yang berjaya dibuktikan akan diberikan hadiah oleh Kerajaan Selangor. "Kerajaan negeri menyediakan peruntukkan untuk masyarakat memerangi rasuah, dan ianya bukan sekadar cakap-cakap sahaja, tetapi dibuktikan dengan tindakan melalui peruntukan yang disalurkan. "Kita mempunyai ketelusan dan kebertanggungjawaban, dan kerajaan negeri menyediakan peruntukan untuk memastikan kerajaan negeri mengamalkan pentadbiran yang telus," kata Abdul Khalid semasa sidang media selepas pembentangan bajet. Dana tersebut juga boleh diguna untuk mengaudit pihak yang menyalahgunakan peruntukan kerajaan, Abdul Khalid berkata. "Dan jika ada pihak yang mempunyai maklumat berkenaan rasuah, dan memerlukan peguam untuk mendapatkan perlindungan, kita akan menilai perkara tersebut terlebih dahulu, dan jika dia benar-benar memerlukan, barulah kerajaan akan meluluskannya," katanya. -tvsnews |
Projek Lembu: Apa Hubungan Shahrizat Dan Noh Omar Sehingga Saling Membela? Posted: 09 Nov 2011 03:00 PM PST Shahrizat: Keluarga saya berhak dapat projek lembu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil menegaskan bahawa keluarganya mendapat projek Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC) yang menelan jutaan ringgit, namun beliau percaya isu berkenaan telah digunakan untuk menyerang beliau selaku ketua wanita Umno dan pengerusi Wanita BN. "Pada diri saya sendiri, saya lihat ini adalah agenda politik. (Ia) satu percubaan daripada pembangkang untuk melemahkan semangat dan tindakan Wanita Umno. Kami tidak semudah itu untuk dirobohkan," katanya. "(Perkara) ini sudah dijawab dengan panjang lebar oleh menteri pertanian dan industri asas tani. "Dan daripada apa yang saya dimaklumkan, jawapan daripada beliau itu sangat jelas dan nyata," katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan pameran Raja'ah oleh artis seni visual veteran, Dr Sulaiman Esa di Balai Seni Visual Negara di ibu negara petang ini. Shahrizat berkata keluarganya tidak sepatutnya dilayan sedemikian dengan apa yang dikatakan oleh pembangkang. Sebaliknya, kata beliau, keluarganya berhak mendapatnya (NFC) kerana mereka telah bekerja kuat. "...menteri dah jawab, dan saya gembira kerana kementerian akan pantau kejayaan projek itu. Saya dah lama dalam politik," tambahnya. "Mereka (pembangkang) bukan minat sangat dengan NFC. Itu memang diarahkan kepada saya, selaku ketua Wanita Umno, dan juga pengerusi Wanita BN," katanya lagi. Dalam pada itu, Sharizat turut mengambil peluang untuk menempelak Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin kerana mengaitkan keluarganya dengan projek berkenaan. "Agenda politik mereka begitu jelas. Mereka terumbang-ambing, macam ketua Wanita PKR tu. Saya malulah dia seorang wanita Malaysia macam tu," katanya sinis. -mk Menteri mesti jawab segera penyelewengan NFC Ulasan GB Kes ini melibatkan wang rakyat yang beratus juta nilainya. Siasatan ke akar umbi perlu dilakukan. Penyelewengan dan salahlaku seperti yang didedahkan oleh Jabatan Audit egara adalah jelas. Alasan Shahrizat bahawa keluarganya berhak mendapat projek lembu berkenaan kerana mereka telah bekerja kuat adalah teramat lucu dan dilihat cuba "melembukan" orangramai. Hubungan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Md. Noh Omar dengan keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu juga disiasat kerana Noh Omar terlalu kuat membela pemberian projek itu kepada Shahrizat. Dan Shahrizat pula cukup bergantung kuat kepada jawapan menteri berkenaan untuk menjustifikasikan keluarga beliau diberikanprojek berkenaan. "(Perkara) ini sudah dijawab dengan panjang lebar oleh menteri pertanian dan industri asas tani. Najib sepastinya akan menolak Suruhanjaya Siasatan ditubuhkan kerana beliau juga telah terlibat awal-awal membela pemberian projek itu kepada Shahrizat. Tiada pilihan lain, Pakatan Rakyat perlu menang di dalam PRU13 ini bagi mempastikan kesemua penyelewengan dan salahlaku ini terbongkar. Yang bersalah, seperti yang GB katakan sebelum ini, mengikut hukum kebenran dan keadilan, perlu dihambat masuk ke penjara. Itu kandang yang sesuai bagi mereka kerana mengkhianati wang rakyat dengan jumlah yang begitu besar. |
[WASPADA] Harga Beberapa Barangan KR1M Jauh Lebih Mahal Posted: 09 Nov 2011 07:15 AM PST Pakatan Rakyat menggesa pemimpin BN berhenti membuat promosi kononnya harga produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) lebih murah dan menjimatkan kerana perbandingan harga yang dibuat menunjukkan sebaliknya. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, tinjauan harga yang dibuat di KR1M dan pasaraya Carrefour menunjukkan perbezaan harga yang kecil malah ada sesetengah produk di Carrefour lebih murah berbanding di KR1M. "Dalam pada sesetengah produk lebih murah di KR1M, ada produk yang jauh lebih murah di Carrefour iaitu 30 hingga 50 peratus," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Beliau turut membawa pencuci lantai serbaguna dan cecair peluntur KR1M yang harganya lebih mahal berbanding di Carrefour serta mengedarkan salinan senarai harga produk KR1M yang lebih mahal berbanding pasaraya lain. "Untuk 1 liter cecair peluntur KR1M, harganya RM1.90 iaitu 30 peratus penjimatan tetapi bila pergi ke Carrefour atau Tesco, harganya cuma RM1.29 iaitu 40 peratus lebih jimat daripada KR1M," katanya sambil menunjukkan produk tersebut kepada pemberita. Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pada sidang media sama mempersoal peruntukan RM40 juta untuk KR1M yang didakwa tersasar daripada tujuan sebenar kewujudannya. Beliau berkata, sangat malang apabila kerajaan memperuntukkan dana yang besar dengan alasan untuk meringankan beban rakyat namun pada masa yang sama melakukan penipuan harga. "Bagaimana kerajaan membelanjakan RM40 juta ke arah mewujudkan 85 unit KR1M apabila di lapangan harga yang ditawarkan adalah jauh menyasar daripada pengumuman? "Iklan yang dibuat oleh GTP serta pengumuman kementerian tidak terlalu kasar jikalau hakikat sebegini dikatakan adalah satu bentuk penipuan kepada rakyat," katanya. Selain itu turut dipersoal mengenai tindakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mewujudkan Kedai Rakyat MAIWP Oktober lalu yang dikatakan menawarkan harga rendah sehingga 40 peratus daripada pasaran biasa bagi membantu rakyat di sekitar ibu kota terutama golongan asnaf dan rakyat termiskin. Sedangkan katanya sudah terbukti dakwaan produk jenama 1Malaysia mempunyai kualiti setanding dengan pasaran biasa adalah satu penipuan. "Bagaimana pihak MAIWP menjustifikasi penggunaan duit rakyat dalam mewujudkan kedai-kedai ini? "Berapakah jumlah dana yang akan diguna, berapa jumlah kedai yang akan diwujudkan, dan dari sumber apakah dana ini diambil?" soalnya. Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata tiada gunanya kerajaan mempunyai hasrat yang murni untuk membantu rakyat tetapi pelaksanaannya tidak menunjukkan demikian. "Kerajaan tidak ada pertanggungjawaban dalam memastikan pelaksaannya benar-benar memberi manfaat kepada rakyat. "Apa gunanya kalau produk yang sama, harga lebih tinggi tetapi cuma ditulis 'dibungkus oleh Kedai Rakyat 1Malaysia', katanya. -HD
|
Jasad Pelajar Malaysia Mati Dibunuh Di Jawa Timur Tiba Di KLIA Posted: 09 Nov 2011 05:08 AM PST Sepang: Jasad penuntut Malaysia Adrian Jay Pereira, yang ditetak mati di luar rumah sewanya di bandar Malang, Jawa Timur, Indonesia, malam Selasa, selamat tiba di Advance Cargo Centre (ACC), MAS Kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Rabu. Jasad mendiang yang tiba pada pukul 2.30 petang dengan penerbangan MH 870 dari Surabaya, disambut beberapa anggota keluarganya yang begitu sebak melihat jasad itu. Pereira, 23 penuntut Fakulti Perubatan, Universiti Brawijaya, Malang, dilaporkan ditetak dengan senjata tajam ketika cuba menghalang seorang lelaki mencuri motosikalnya di luar rumah sewanya di bandar Malang, Jawa Timur pada malam Selasa. Turut mengiringi jasad mendiang yang akan dibawa ke rumahnya di Taman Klang Jaya, Klang, Selangor, adalah wakil Kementerian Pengajian Tinggi dan wakil Kedutaan Indonesia di Malaysia. Sebanyak 173 penuntut Malaysia kini mengikuti pengajian di Malang dan daripada jumlah itu, 161 adalah di Universiti Brawijaya. -BERNAMA 'Dialah Segala-Galanya Bagi Saya '- Ibu Penuntut Malaysia Yang Maut Dibunuh Di Jawa Timur |
Najib Sedang Menuju Jalan Mati Dan Pilihan Terbaik Baginya Ialah Berundur Posted: 09 Nov 2011 03:15 AM PST Buku: Najib perlu undur sebelum PRU, korban selamatkan Umno-BN KUALA LUMPUR, 9 Nov — Sementara Datuk Seri Najib Razak baru sahaja selesai menunaikan haji manakala Umno pula membuat persiapan mengadakan perhimpunan agung 2011 hujung bulan ini, buku terbaru tulisan seorang ahli parti itu, yang menggesa beliau berundur sebagai presiden dan perdana menteri memasuki pasaran. Tulisan buku itu juga mendakwa kepimpinan Najib sudah tidak boleh diyakini dan dipercayai, dan harus berundur untuk menyelamatkan Umno dan masa depan orang Melayu. Najib juga merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN). Buku setebal 267 halaman dengan judul "Kesilapan-kesilapan Najib" membuat rumusan — "Najib wajar berundur sebelum pilihan raya umum ke-13." Penulisnya Shahbudin Husin berkata, Najib harus sanggup melakukan pengorbanan besar dengan meletakkan jawatan sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri sebelum pilihan raya umum ke-13 dan menyerahkan kepada pemimpin lain mengemudi parti dan kerajaan. "Ini kerana Najib sudah tida ada harapan lagi untuk memulihkan sokongan rakyat bagi membawa kemenangan kepada Umno dan BN," kata Shahbudin yang pertengahan tahun ini menghasilkan buku pertama mengenai Najib iaitu "Tak berubah, faktor Rosmah & pola Sarawak petanda BN The End . . . Najib Perdana Menteri Terakhir . . ." Shahbudin, ahli Umno bahagian Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berhujah bahawa pelbagai percubaan dilakukan oleh Najib seperti memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), memberikan gula-gula dalam Bajet 2012, naik bas, naik basikal dan pelbagai cara lainnya seperti tidak membuahkan hasil. "Beliau tetap dipertikai dan tidak dipercayai," kata penulis. Dia menambah, "menang atau mendapat majoriti dua pertiga masih jauh dari lingkungan Najib." Katanya, pilihan raya umum ke-13 hanya memberi makna kepada Najib jika beliau berjaya melepasi garisan dua pertiga majoriti sokongan di Parlimen, "sesuatu yang sangat-sangat mustahil sebenarnya untuk dicapai." Dengan menggariskan 19 kesilapan Najib menerusi bukunya, Shahbudin berkata, kegagalan memenangi pilihan raya umum ke-13 sudah tentulah akan menyebabkan Umno dan BN hilang kuasa dan Najib akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya jika gagal. "Orang-orang Melayu dan ahli Umno tidak akan dapat memaafkan Najib kerana merasakan kekalahan itu adalah berpunca daripada kelemahan dan kegagalannya yang menyebabkan melakukan terlalu banyak kesilapan dan kehilangan sokongan," Shahbudin menulis lagi. Katanya, jika gagal mendapat majoriti dua pertiga pula, pasti akan timbul suara-suara yang akan memintanya berundur kerana setelah diberi peluang sebagai Perdana Menteri, Najib dilihat gagal melakukan yang terbaik. "Akan wujud desakan supaya pemimpin lain pula mengambil alih teraju kepimpinan parti dan kerajaan. "Sehingga ini pun sudah kedengaran suara-suara dalam Umno sendiri yang mahu bertindak mendesak Najib berundur jika beliau gagal membawa BN melepasi garisan dua pertiga itu nanti," katanya lagi sambil berkata pandangan itu dikumpulkan menerusi pengamatan dan perbincangan dengan ahli-ahli akar umbi Umno dan BN. Senarai kesilapan itu disenaraikan di bawah tajuk: "1Malaysia Silap Pertama Di Hari Pertama Sebagai PM", "Menghapuskan Kementerian Pembangunan Usahawan", "Mewujudkan Kabinet Kawan-kawan", "Kabinet Lemah dan Ramai Menteri Senator", "Rasionalisasi (Sebenarnya Pemotongan) Subsidi", "Pelantikan APCO", "Gagal Mengawal Karenah dan Gaya Mewah Rosmah", "Gagal Mengurus Parti Komponen dan Anggota Kabinet", "Terlalu Banyak Program Transformasi Tapi Hasil Diragui", "Tidak Tegas dan Flip Flop". Tajuk-tajuk lain yang menyusul ialah "Manipulasi Media Yang Melampau", "Menjadikan Umno Kurang Melayu", "Terlalu Bergantung Kepada Bekas Panglima Anwar", "Merestui Budaya Politik Jijik dan Lucah", "Membiarkan Amalan Nepotisme dan Kronisme", "Mempunyai Ramai Pegawai Tapi Tidak Membantu", "Tidak Bijaksana Mengendali Bersih 2.0", "Mansuhkan ISA Rugikan Melayu" dan " Terlalu Mengejar Populariti". Tajuk-tajuk kecil itu merujuk kepada detik dan insiden sepanjang dua tahun lalu khususnya perkembangan sejak awal 2011. Shahbudin juga menulis, kalau pun desakan untuk berundur lambat muncul, Najib juga sebenarnya harus berundur secara terhormat jika BN gagal mendapat majoriti dua pertiga. "Rujukan mengenai perkara itu sudah ada dan Najib tidak harus berlengah untuk mematuhinya," katanya lagi. "Kesimpulannya Najib sedang menuju jalan mati dan pilihan yang terbaik baginya hanyalah berundur bagi mengelakkan Umno dan BN yang dipimpinnya turut sama terhumban ke gaung kekalahan," kata Shahbudin lagi. Dengan merujuk kepada kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan aktivis Dr Chandra Muzaffar bahawa jalan bagi BN masih belum cerah untuk menang besar, penulis ini menambah, "di sinilah Najib perlu berjiwa besar" demi menjaga nama baik Tun Abdul Razak Hussein, yang juga bapanya dan perdana menteri kedua. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan