MiLo SuaM |
- Portal Kosmo pulak kena godam (hacked)?
- Laman web 1 Malaysia digodam "hacked" oleh hacker Indonesia
- Sos tiram 1 Malaysia langgar peraturan makanan 1985
Portal Kosmo pulak kena godam (hacked)? Posted: 23 Nov 2011 06:55 PM PST PAGI tadi ReJaM© ada siarkan cerita pasal portal 1 Malaysia Najib kena hack dengan hacker dari Indonesia, rujuk sini [kena hack]. Baru sekejap tadi pulak salah seorang kawan hantar mesej di facebook memaklumkan bahawa portal berita Kosmo pulak kena hack. Dalam hati, "Wah betul-betul kena teruk Malaysia kali ni..." Bila ReJaM© tinjau link portal Kosmo yang dimaksudkan, bukan kena hack rupanya tapi admin yang update portal tu mengantuk agaknya, maklumlah kena kerja pagi-pagi buta. Tajuk "Abai ibu bapa selepas dapat harta" baca tajuk macam kisah anak lupa daratan, tapi tunjuk gambar orang bagi sumbangan pulak kah kah kah... ReJaM© "Kalau kena hack bagus juga, Kosmo ni satu kapal dengan Utusan Syaitan..." |
Laman web 1 Malaysia digodam "hacked" oleh hacker Indonesia Posted: 23 Nov 2011 05:06 PM PST LAMAN web 1 Malaysia milik perdana menteri hari ini digodam "hacked" oleh individu yang dipercayai warga Indonesia. Hal itu disedari sebentar tadi menyaksikan laman web peribadi Najib Tun Razak itu memaparkan latar belakang hitam dengan mesej ringkas ditinggalkan oleh penggodam. Antara mesej yang ditinggalkan ialah "this site has been hacked by Tofan Batam" serta logo besar bertulis "Darkness Batam". Sebelum ini beberapa laman web Malaysia turut digodam (hacked) oleh hacker yang dipercayai dari Indonesia difahamkan kerana tidak berpuas hati dengan kekalahan pasukan bola sepak Indonesia ke atas Malaysia. Di bawah ini screenshot yang sempat diambil ketika ReJaM© melayari website www.1malaysia.com.my sebentar tadi. Tinjauan pada pukul 6:54 pagi tadi menyaksikan gambar bendera Malaysia pula dikencingkan oleh karikatur memakai topi dengan bendera Indonesia dipaparkan pada halaman utama web 1 Malaysia. ReJaM©"Rais Yatim kata SKMM dah siap sedia hadapi ancaman penggodam, ni apa cerita?" |
Sos tiram 1 Malaysia langgar peraturan makanan 1985 Posted: 23 Nov 2011 05:35 AM PST KERAGUAN terhadap produk kedai 1 Malaysia, ternyata berasas apabila kementerian kesihatan mengarahkan semua sos tiram di kedai 1 Malaysia ditarik balik kerana melanggar akta peraturan makanan 1985 [Mkini]. Peraturan di dunia ini tidak susah untuk difaham, anda mahu barang berkualiti anda harus berbelanja lebih kerana "kualiti" itu ada harganya. Jika anda inginkan barang yang murah maka dapatlah barang yang kurang berkualiti. Walaupun bergunung hujah untuk membela "kualiti" produk 1 Malaysia, kebenaran terbongkar jua akhirnya. Menteri kesihatan tidak bodoh, sehabis mungkin beliau telah cuba mempertahankan produk 1 Malaysia kerana ia gagasan yang turut didukungnya. Tapi produk ini sudah sampai tahap "buruk" yang melampau apa boleh buat. Najib di dalam usaha untuk menaikkan imejnya cuba menggunakan syarikat-syarikat tertentu supaya mempromosikan 1 Malaysia melalui produk-produk yang murah. Syarikat-syarikat ini semua peniaga, mereka mahu "untung" mereka tiada kepentingan di dalam kempen 1 Malaysia Najib. Bodek dengan "air liur" bolehlah, kalau nak bodek pun kena keluar duit "sorry!", nak bodek kena rugi "boleh blah!". Kalau nak bagi barang murah dan berkualiti boleh, tapi Najib kenalah bagi subsidi kepada produk-produk 1 Malaysia, kalau tidak inilah jadinya, 1 Malaysia tercalar teruk rakyat pula menanggung akibat membeli produk "buruk". ReJaM© "Najib sendiri tak ingin nak beli produk murah 1 Malaysia..." |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan