Era Pasca |
Posted: 23 Nov 2011 09:01 PM PST Pengabaian berterusan warga Tiong Hua di Parlimen Silam, terutama di DUN Lahad Datu telah meresahkan Parti Komponen BN yang mewakili masyarakat berkenaan terutama MCA dan LDP. Pengerusi MCA Silam, Datuk Teah Heok Kuin, ketika menghubungi Sabahkini.net menggesa agar Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah mendengar rayuan dan keluhan masyarakat Tiong Hua yang tersepit di celah kekangan birokrasi dan mengharapkan mereka diwakili oleh parti Cina. "Kita sudah terlalu bosan mengadu masalah masyarakat Tiong Hua kepada Adun Lahad Datu dan Ahli Parlimen Silam. Mereka seakan tidak mempedulikan masyarakat Tiong Hua yang sering menjadi 'King Maker' sebarang keputusan pilihanraya DUN Lahad Datu dan Parlimen Silam," kata Datuk Teah lagi. Kendatipun Barisan Nasional (BN) melaungkan 'Semangat BN' tetapi konsep serta prinsip kerjasama di antara Parti Komponen BN tidak pernah wujud dan parti berasaskan Cina terkial-kial sendiri memperjuangkan hak asasi secara kendiri. "MCA di Silam kini bagaikan PATI iaitu 'Parti Asing Tanpa Izin' di dalam Komponen BN sedangkan MCA merupakan salah satu Parti Komponen di Sabah," kata Datuk Teah yang mendakwa BN 'tidak wujud' di Silam. Ketaksuban pemimpin UMNO di Silam telah melenyapkan semangat kerjasama antara parti dan memerlukan sentuhan ajaib Ketua Menteri Sabah agar BN tidak kecundang di parlimen Silam pada pilihanraya umum akan datang. Kata Datuk Teah, sekalipun MCA adalah parti kecil di Sabah, tetapi peranan yang dimainkan amat penting, terutama sebagai 'penimbang tara' kepada para peniaga yang merasa teraniaya dengan penguncupan ekonomi kerana agehan kek ekonomi yang tidak seimbang dan budaya rasuah yang menjerut mereka memaksimakan keuntungan. Memandangkan jumlah pengundi Tiong Hua adalah kedua tertinggi selepas bumiputera Islam iaitu 14.37 peratus daripada 43,488 pemilih berdaftar di Silam, maka kata Datuk Teah, pengundi Tiong Hua menjadi penentu kepada kemenangan semua calon BN pada semua pilihanraya umum sejak 1994. "Kini tiba masanya kerusi DUN Lahad Datu diserahkan kepada MCA, itupun jika Sabah masih mengamalkan Konsep Perkongsian Kuasa dan bukannya menafikan kuasa rakyat untuk membuat penentuan," kata Datuk Teah yang mendesak agar Pengerusi BN Silam tidak menjadikan MCA dan LDP sebagai 'Nasi Tambah' atau 'Air Cucian Tangan' setelah kenyang makan kenduri./ sabahkini [N.Contest 1]: Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini (ChurpChurp) [N.Contest 2]: Percuma Sms dan Free Music di sini. Hadiah sehingga Rm 600.00 jika share (DiGi Youth) |
UMPORNO Dalam Banner Berani lah! kahkahkah Posted: 23 Nov 2011 05:05 PM PST Sound dalam banner aje lah! debat?? awww!! Tak berani nyahhhh!! Ishhh!! Dah berpuluh-puluh posting teman pasal ngajak UMNO debat neh! Dah berbuih mulut bercakap.. Dah lenguh tangan dan jari menaip..!! Tak paham-paham lagi?? baik PKR.. baik PAS.. baik DAP.. Tak faham-faham ke?? Perkataan 'debat' ni boleh menyebabkan UMNO jadi tikus! UMNO hanya boleh jadi singa di hadapan wartawan dan jurukamera TV3 dan RTM sahaja.. Ataupun Astro.. Depan rakyat? Depan pencacai UMNO ok.. memang bergegor langit mendengar tempik soreh UMNO! Errr.. debat?? iskkkk!! Jangan sebut perkataan tuhh!! Mau terkencing dalam seluar karang!! sebab yang nyata.. mulut dah pernah berbuih!! errr.. kalau Presiden UMNO pun ketakutan diajak berdebat.. inikan pula Ketua Pemuda! Wakakakakakak!! Ibarat anjing menyalak bukit la Rafizi oiiii!!! budakbalun 14112011 Skandal NFC: Rafizi cabar Khairy debat KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mengucapkan terima kasih kepada Khairy Jamaluddin, ahli Parlimen Rembau dan Ketua Pemuda Umno yang tampil cuba memberi beberapa penerangan mengenai kemelut penyelewengan wang rakyat dalam Projek Fidlot Kebangsaan yang semakin memualkan rakyat. "Sejak PKR mendedahkan perkara ini, beliau menjadi satu-satunya pimpinan Umno yang paling lantang membela NFC. "Beliau juga dengan sukarela menjawab pelbagai persoalan walaupun beliau tidak ada apa-apa portfolio di dalam kerajaan," ujarnya dalam satu kenyataan. Malah, beliau berkata, Khairy melantik diri sendiri sebagai pegawai media dan jurucakap rasmi kepada NFC sejak kebelakangan ini. "Kalaulah beliau benar-benar dilantik oleh NFC untuk bercakap bagi pihak mereka, maka NFC telah melantik seorang jurucakap yang memberikan jawapan yang paling dangkal berhubung skandal pembelian kondominium mewah menggunakan dana rakyat," ujarnya.-Harakahdaily [N.Contest 1]: Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini (ChurpChurp) [N.Contest 2]: Percuma Sms dan Free Music di sini. Hadiah sehingga Rm 600.00 jika share (DiGi Youth) |
Posted: 23 Nov 2011 03:00 PM PST Bayangkan jika apa yang akan aku tulis ni mengenai Karpal Singh atau DAP, pasti hingga menjelang PRU13 non-stop semua media dibawah kekuasaan lembUMNO akan canang habis habisan, siap komen pak menteri, komen pak ostad, lebai lebai, warga kota, pakcik makcik kampung, malah x ketinggalan komen komen dari lembu lembu ternakan yang ada hasil dari wang rm250juta. MALANGNYA, bukan Karpal atau DAP punya cerita, tapi adalah rakan karib, sehidup semati, makan sepinggan tidur sebantal dengan Ketuanan lembUMNO, iaitu MCA dibawah pimpinan Al-Bangsat Lebai Chua Soi Lek Al-Kulup. Waktu : 9:30am - 2:30pm Tempat : Ibu Pejabat MCA,Jalan Ampang,Kuala Lumpur. Mengikut keterangan RAJA PORNO MCA Chua Soi Lek, Forum itu juga akan turut membincangkan keadaan di 3 buah negara Islam yang dikatakan melaksanakan hudud iaitu Afghanistan, Pakistan, Iran... (http://www.mca.org.my/en/mca-forum-will-prove-hudud-law-does-affect-non-muslims/) Aku MENCABAR PARTI KETUANAN MELAYU yang gah kononnya mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara yg tidak lain tidak bukan lembUMNO untuk MENGHALANG dan MENTARBIAH 'rakan sekatil semimpi' mereka ni kerana bebas sebebasnya menghina hukum yang diturunkan oleh Allah di dalam Al Quran. [N.Contest 1]: Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini (ChurpChurp) [N.Contest 2]: Percuma Sms dan Free Music di sini. Hadiah sehingga Rm 600.00 jika share (DiGi Youth) |
You are subscribed to email updates from Era Pasca GROUP To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan