Khamis, 24 November 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Muhyiddin Minta Rakyat Kedah Tidak Ulangi Kesilapan

Posted: 24 Nov 2011 12:17 AM PST

SUNGAI PETANI- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat Kedah tidak mengulangi kesilapan sekali lagi dengan memilih calon bukan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang sekiranya mahu melihat lebih banyak pembangunan berlaku di negeri ini.

Ketika menyampaikan ucapan ringkas selepas bersarapan pagi bersama orang ramai di Pekan Sungai Lalang Lama di sini, beliau berharap rakyat dapat membuat pertimbangan sebaik-baiknya untuk memilih parti yang akan memerintah Kedah kelak.

"...yang penting kerajaan pusat akan terus bantu rakyat Kedah hidup lebih selesa namun rakyat mempunyai pilihan untuk memilih meminta bantuan daripada Perdana Menteri atau Menteri Besar," kata Timbalan Perdana Menteri.


Terdahulu, ketibaan Muhyiddin di pekan itu dengan menaiki bas ekspres dari Butterworth kira-kira pukul 8.50 pagi disambut pemimpin dan anggota parti komponen BN daripada MCA, MIC, PPP dan Gerakan.

Sejurus turun, Timbalan Perdana Menteri memasuki restoran Yi Ding Xian untuk beramah mesra dengan pengunjung dan kemudian memasuki setiap buah kedai yang membuka perniagaan termasuk meninjau dan bertemu orang ramai yang membeli di Pasar Pekan Sungai Lalang Lama.

Beliau yang dalam rangka lawatan sehari ke Kedah diiringi seramai 25 orang anggota Jawatankuasa Perhubungan Umno negeri diketuai pengerusinya Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dam Ketua Umno Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Mohd Zain.

Muhyiddin dijadual mengadakan perjumpaan dengan orang ramai dan pesara guru serta menyampaikan bantuan kepada sekolah-sekolah agama serta wang bantuan RM100 kepada pelajar sekolah di Universiti Teknoloji MARA (UiTM) Merbok.

- BERNAMA

Terima Kasih Hishamuddin Kerana Tidak Menghormati Hak Rakyat..

Posted: 24 Nov 2011 12:09 AM PST

Hisham: Bil Perhimpunan Aman tak akan dimansuh

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kerajaan tidak akan melayan tuntutan supaya Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 ditarik balik.

Ditanya oleh wartawan sama ada beliau sedia mempertimbangkan desakan dan rayuan daripada pelbagai pihak yang mahu rang undang-undang itu dikaji semula dan dipinda, Hishamuddin berkata beliau tidak bersetuju.

"Tidak ," katanya sambil berkata adalah terlalu awal bagi pembangkang membuat desakan menentang rang undang-undang itu sedangkan ia belum dibahaskan di parlimen.


Selasa lalu, rang undang-undang itu buat pertama kalinya dibacakan di Dewan Rakyat.

Hishamuddin yang juga naib presiden Umno, mendakawa pembangkang menggunakan isu itu demi kepentingan politik mereka.

Beliau juga menafikan rang undang-undang yang akan dibahas petang ini bertujuan menyekat orang ramai daripada berhimpun dan memberi kuasa yang lebih kepada pihak polis.

Adun UMNO Perak Kaki Betina, Kaki Judi Dan Kaki Arak..

Posted: 23 Nov 2011 07:23 PM PST

Menurut info yang di perolehi, ADUN ini merupakan seorang kaki judi. Sejak kebelakangan ini, giannya terhadap judi ini semakin parah dan beliau di katakan pernah main sehingga wang RM 2 juta di habiskan. Permainan judi yang sangat di minatinya ialah 'Jack pot'.

Taksub ADUN ini terhadap judi sehingga adakalanya beliau tidak pulang kerumah kerana asyik dengan permainan itu. Selain dari itu, beliau juga di katakan kaki perempuan dan juga meminum arak. Yang terkini, beliau di katakana telah meniduri PA beliau sendiri.

Untuk mendapat kepastian, kami telah lakukan satu siasatan dan ternyata ianya benar. Kami telah ke kelab yang sering beliau habiskan masa untuk membuat aktiviti-aktiviti gelapnya.


ADUN yang berkhidmat selama 21 tahun ini juga banyak terlibat dengan tauke-tauke cina untuk mendapatkan sumber kewangan. Tidak kurang juga ada tauke-tauke yang telah 'terkena' dengan janji-janji ADUN ini.

Di samping itu, beliau juga telah mempergunakan Pegawai Khas MB Perak, Dato Azhar untuk mencapai hasratnya. Dato Azhar telah di perbodohkan malah telah di laga-lagakan pula dengan Dato Manaf Hashim demi untuk memberi ruang kepada anaknya menjadi calon pada PRU ke 13 nanti.

Baca seterusnya di sini

Sejak Bila Pulak Umno Kedah Prihatin Dengan Islam Nie?

Posted: 23 Nov 2011 07:09 PM PST

Umno Kedah diminta akur

ALOR SETAR - Umno Kedah diminta akur dengan keputusan Majlis Fatwa Negeri Kedah yang mem­benarkan tapak Madrasah Salihiah, Jalan Tambang Badak dibangunkan untuk projek pembangunan kompleks beli-belah, Aman Central.

Ketua Pemuda Pas Kawasan Alor Setar, Mohd Azam Awang berkata, Kerajaan Negeri memperoleh surat persetujuan bertulis daripada Majlis Fatwa, bukannya diputuskan oleh Ke­rajaan Negeri sewenang-wenangnya.

"Kenapa mahu menidakkan ke­putusan yang diputuskan oleh Majlis Fatwa, sedangkan Kerajaan Negeri sendiri merujuk kepada Majlis Fatwa dan Majlis Agama Islam Kedah (Maik) sebelum membangunkan semula projek terbengkalai itu," katanya.


Menurutnya, walaupun status tapak madrasah itu adalah tanah wakaf, namun jika dibangunkan untuk perkara yang lebih baik, ianya dibenarkan.

"Kerajaan Negeri bukan ambil tanah itu percuma, sebaliknya dibayar pampasan RM1.48 juta kepada Maik dan RM36.9 juta kepada waris terlibat," katanya.

Mohd Azam mengulas kenyataan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Ah­mad Bashah Md Hanipah kelmarin, yang membantah tindakan Kerajaan Pas Kedah membenarkan pengam­bilan tapak dan bangunan Madrasah Salihiah bagi dibangunkan kompleks beli-belah.

Ahmad Bashah mendakwa tin­dakan itu seolah membelakangkan masyarakat Islam, selain menjatuhkan kredibiliti Pas, yang sebelum ini lantang memperjuang syiar Islam.

Mohd Azam berkata, sekiranya Umno Kedah tidak berpuas hati de­ngan penjelasan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebelum ini, mereka boleh me­rujuk kepada Majlis Fatwa Negeri Kedah.

"Jika bantah, ke­napa ketika Sidang Dun minggu lalu, tidak bangkitkan isu ini. Saya pasti Menteri Besar sudah bersedia dengan hujahnya un­tuk menangkis dak­waan tidak berasas membabitkan isu pengambilan tanah madrasah," katanya.

Menurutnya, sepatutnya masya­rakat Islam di negeri ini, khususnya bandar raya Alor Setar bersyukur dengan kemudahan surau baru yang disediakan sebagai ganti dalam kom­pleks, kerana mampu menampung 400 jemaah, berbanding jumlah jemaah sedia ada di madrasah itu.

"Pemaju juga ba­gi jaminan surau baru itu boleh diakses dari luar bangunan, tanpa perlu masuk ke dalam kompleks. Ini memudahkan orang ramai yang mahu tunaikan solat," katanya.

Mohd Azam tu­rut menyangkal dak­waan bangunan ma­drasah itu berusia lebih 100 tahun, kerana bangunan asal madrasah itu sudah dirobohkan pada 2007.

"Sebahagian bangunan madrasah itu disewa kepada syarikat lain untuk perniagaan, bukan diguna sepenuhnya untuk aktiviti agama. Malah penduduk berdekatan juga semakin berkurangan. Lebih elok jika Maik gunakan duit pampasan untuk bina surau di lokasi lain yang lebih memerlukan," katanya.

Katak Pasir Mas Yang Semakin Nak Mampus..

Posted: 23 Nov 2011 03:16 PM PST

Perkasa menyokong 100% akta baru ini atas alasan ia penambahbaikan berbanding peruntukan sedia ada. Ibrahim Ali berkata, Akta Perhimpunan Awam masih memberi kebebasan berhimpun dan tidak menyekat kebebasan untuk berhimpun selagi perhimpunan berjalan secara aman.

"Kerajaan bagus, akta baru ini sebenarnya untuk keselamatan rakyat untuk memastikan tiada pihak yang akan mengambil kesempatan, malah kerajaan tetap beri peluang untuk rakyat bersuara, cuma bezanya di kawasan-kawasan yang betul, dan dalam keadaan yang selamat dengan kawalan pihak berkuasa," katanya


"Sekiranya berlaku demonstrasi dan perhimpunan terbuka yang tidak terkawal, penjenayah akan mengambil kesempatan terhadap situasi itu."

"Negara kita ini dipenuhi pendatang asing, ada di antara mereka yang tidak bekerja, menjadi penyamun, perompak, dan sebagainya, sekiranya berlaku demonstrasi, mereka akan gunakan peluang itu untuk melakukan jenayah.

... kesian jugak kat mamat Tendong nie... nak kemaruk sangat nak bertanding pilihanraya... habis dijilatnye najis-najis UMNO.... nak lawan parlimen Pasir Mas ke dun Tendung?

http://dppwm.blogspot.com/2011/11/brahim-katak-terus-menjilat-najis-umno.html


Bukti Sos 1Malaysia Tidak Selamat

Posted: 23 Nov 2011 03:53 AM PST

Sos tiram 1M'sia perlu ditarik segera - Datuk Seri Liow Tiong Lai

Kementerian Kesihatan hari ini mengarahkan semua sos tiram jenama Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) ditarik balik kerana didapati melanggar Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

"Kami telah maklumkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan produk itu dari pasaran.

"Produk itu mesti ditarik balik segera," kata menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada wartawan pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.


Jelasnya, ujian makmal oleh Jabatan Kesihatan, kementerian itu mendapati sos tiram 1Malaysia yang dijual di kedai-kedai KR1M di seluruh negara, mencatatkan kandungan protein yang rendah daripada keperluan yang disyaratkan oleh undang-undang.

Sos tiram itu adalah satu daripada tujuh barangan yang didakwa oleh ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, mencabuli Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Pua sebelum ini berkata pada label sos tiram keluaran Lee Kum Kee dan Tesco menyatakan bahan bahan yang digunakan adalah dari ekstrak tiram. Bagaiamapun, katanya, sos jenama 1Malaysia pula menyatakan ia diperbuat daripada perisa tiram.

Tiada ulasan: