Isnin, 21 November 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Celupar! Yahoo News lapor Indonesia kalahkan Malaysia!

Posted: 20 Nov 2011 05:27 PM PST

WALAUPUN perlawanan bola sepak Akhir Sukan SEA Malaysia menentang Indonesia belum lagi bermula, laman sesawang Yahoo News melaporkan "Indonesia mengalahkan malaysia dalam final bola sepak sukan SEA" [Yahoo News].

Isi berita yang dipetik dari AFP itu menceritakan perjalanan pasukan Indonesia dan pasukan Malaysia sehingga ke perlawanan akhir yang akan berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno.



Persoalannya bagaimana tajuk berita yang digunakan begitu mengelirukan? "Indonesia beat Malaysia in SEA Games football final".

ReJaM© "Belum lawan lagi Yahoo News dah laporkan Malaysia kalah, celupar!"

Ekonomi kita lebih baik berbanding negara maju kata Najib

Posted: 20 Nov 2011 03:42 PM PST

INI propaganda untuk memperbodohkan orang kampung. Kalau ekonomi kita sudah lebih baik berbanding negara maju, maka kita lebih maju dari negara maju itu sendiri.

Kalau ekonomi kita lebih baik dari negara maju, maka sasaran menjadi negara maju pada 2020 sudah tercapai lebih awal dari target.

Lebih lawak, Berita Harian laporkan ekonomi negara kita lebih baik berbanding beberapa negara maju termasuk Amerika Syarikat. Hebat! Ekonomi kita sudah mengalahkan Amerika! [Bharian]


Orang kampung terpegun dengan kehebatan PM Najib mentadbir negara. Berita Harian nak tipu siapa? Nak tipu orang kampung, ayam, itek, lembu dan kambeng? Kah kah kah.

Wartawan dah buang tebiat atau editor dah hilang akal?

ReJaM© "Antara propaganda paling bodoh tahun ini..."

Hacker Indonesia godam laman web rasmi PAS?

Posted: 20 Nov 2011 01:47 PM PST

BERIKUTAN ketegangan perlawanan akhir bola sepak antara Malaysia menentang Indonesia dalam temasya Sukan SEA ke 26, beberapa blog mendakwa laman sesawang rasmi Parti Islam se-Malaysia, PAS digodam pihak tidak bertanggung jawab.

Ia menyaksikan sebuah laman sesawang di alamat pas.com.my menjadi mangsa digodam oleh penggodam yang dipercayai penyokong bola sepak Indonesia berdasarkan kepada paparan mesej yang ditulis.

Gambar seorang lelaki memegang sepanduk "Final kami datang" di dalam sebuah stadium menjadi paparan utama laman sesawang tersebut. Difahamkan ia merupakan satu tindakan perang saraf penyokong bola sepak Indonesia, rujuk sini [pas.com.my].


Bagaimanapun, tinjauan ReJaM© mendapati alamat laman sesawang pas.com.my bukanlah laman sesawang rasmi Parti Islam se-Malaysia, PAS. Laman sesawang PAS di alamat pas.org.my masih di dalam keadaan baik.



ReJaM© "Kerana bola perang berhenti, kerana bola juga perang bermula...."

Polis sembur serbuk lada kepada pelajar (video)

Posted: 20 Nov 2011 01:03 AM PST

SEBUAH video yang dimuatnaik di laman sesawang YouTube menunjukkan bukti bahawa dakwaan polis bertindak kasar kepada pelajar adalah satu kebenaran.

Video tersebut menunjukkan bagaimana pegawai polis menyemburkan serbuk lada kepada para pelajar yang sedang duduk beramai-ramai di dalam satu protes yang diadakan di perkarangan Universiti Carlifornia.

Saksi menyaksikan kejadian tersebut dalam keadaan ketakutan sementara polis menyembur serbuk lada kepada demonstrator sebelum menangkap 10 orang di mana 9 daripada mereka merupakan pelajar.


Video tersebut menunjukkan bagaimana pegawai polis menunjukkan sebuah botol penyembur sebelum menyemburnya kepada peserta demonstrasi yang sedang duduk. Kebanyakkan pelajar dilihat menundukkan kepala, namun sekurang-kurangnya seorang terkena semburan di muka.

Sebilangan peserta yang berkumpul di tempat kejadian menjerit dan menangis. Mereka kemudiannya melaungkan "shame on you" secara serentak. Beberapa pegawai polis muncul dengan helmet dan kayu pemukul kemudian.


Video tersebut menjadi topik hangat di internet, menyaksikan ramai pengguna yang menyebarkannya terutama di laman-laman sosial seperti facebook dan Twitter. Ia juga mendapat tontonan lebih 100,000 meskipun baru dua hari dimuatnaik.


Sumber: Free Malays

Tiada ulasan: